Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ‘Write It Right’

SJK(T) Ladang Temerloh,


34800 Trong, Perak.

NAMA PROGRAM
Program ‘Write it Right’

ANJURAN
Panitia Bahasa Inggeris, SJK (T) Ladang Temerloh

PENGENALAN
Di sekolah, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi mereka dengan menggunakan
ayat yang gramatis, ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Kini,
kemahiran menulis memainkan peranan yang amat penting dalam pencapaian
akademik murid.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Temerloh juga ingin melatih murid
untuk menulis ayat dengan struktur ayat yang betul. Tujuan utama Program ‘Write it
Right’’ ini dijalankan adalah bagi meningkatkan kemahiran menulis serta
penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran membina ayat yang mempunyai struktur ayat yang
betul dan gramatis.
2. Membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid
untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa ketiga dalam kehidupan harian mereka.

SUMBER
1. Tenaga - Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris
2. Kewangan - Sekolah

SASARAN
Murid Tahun 3, 4 dan 5.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn.I.Santhanamary A/P Isaac


Setiausaha : Elaiyaraja A/L Moorthy
Ahli Jawatankuasa : Moganavalli A/P Tan Keng Yu

TARIKH PELAKSANAAN
- Bermula pada Oktober 2019 hingga November (Permulaan)

WAKTU PERLAKSANAAN
Waktu Rehat (Selasa dan Khamis)

TEMPAT PELAKSANAAN
‘English Corner’

KAEDAH PELAKSANANAN
Program ‘Write it Right’’ dijalankan pada waktu rehat iaitu pada hari selasa
dan khamis. Murid akan membina ayat menggunakan ‘Noun’, ‘Verb’ dan ‘Adjective’
yang dipilih dalam bekas yang disediakan.

Sebelum
1. Menyediakan tiga bekas ‘Noun’, ‘Verb’ dan ‘Adjective’.
2. Dalam tiga bekas tersebut mempunyai beberapa perkataan yang ditulis diatas
batang ais krim mengikut pengelasanya.
3. Guru menerangkan cara pelaksanaan program di perhimpunan.

Semasa
1. Murid akan memilih satu perkataan dari tiga bekas tersebut.
2. Murid akan membina ayat menggunakan tiga perkataan tersebut dalam buku
kecil yang ada pada murid.
3. Murid akan menghantar buku tersebut pada hari khamis kepada guru
matapelajaran Bahasa Inggeris masing-masing.

Selepas
1. Guru membetulkan ayat murid sekiranya salah atau terdapat kesalahan
tatabahasa mahupun kesalahan ejaan.
2. Murid akan membuat pembetulan bagi ayat tersebut dalam buku kecil.

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Batang Ais Krim 2 paket X RM 2.10 RM 4.20
2. Buku Kecil (Poket) 13 buku x RM 1.00 RM 13.00
Jumlah Besar RM 17.20

PENUTUP
Adalah diharapkan semoga Program ini dapat berjalan dengan lancar dan
membantu murid-murid untuk lebih berkeyakinan untuk menulis dalam Bahasa
Inggeris dengan betul.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,


…………………………………………… …..…………………………
(ELAIYARAJA A/L MOORTHY) (PN.I.SANTHANAMARY A/P ISAAC)
Setiausaha Program ‘Write it Right’ Guru Besar
SJK (T) Ladang Temerloh SJK (T) Ladang Temerloh

Anda mungkin juga menyukai