Anda di halaman 1dari 13

HBEF1503

TAKE HOME EXAMINATION

SEPTEMBER / 2020

HBEF 1503

MASYARAKAT DAN TAMADUN

NO. MATRIKULASI : 860509387077001


NO. KAD PENGNEALAN : 860509387077
HBEF 1503
Bahagian A : Soalan 1 (a)

Terdapat beberapa sistem pengeluaran yang berbeza mengikut zaman dan ia


juga berbeza berdasarkan kepada kaedah mendapat dan memproses makanan.
Manusia mempunyai beberapa keperluan sosial untuk terus hidup. Antara yang paling
mustahak adalah untuk mendapatkan makanan daripada alam sekitar. Manusia akan
pupus jika tidak mampu menyelesaikan masalah bagaimana hendak mendapatkan
makanan secara sistematik untuk keperluan ahli-ahlinya.
Pada dasarnya, ia bermula daripada memburu dan meramu binatang seperti
yang dilakukan oleh masyarakat awal seperti masyarakat inuit. Ia terus berkembang
kepada Hortikultur. Ia menandakan perubahan daripada masyarakat yang mengumpul
makanan kepada masyarakat mengeluarkan makanan.
Seterusnya, Pastoralisme pula merujuk kepada penternak haiwan seperti
lembu, kambing, biri-biri sebagai sumber makanan seperti susu dan daging. Manakala
agrikultur berbeza dengan hortikultur kerana ia amat bergantung kepada tenaga
haiwan dan teknologi. Akhinrya, perkembangan revolusi Industri telah membawa satu
era baru dalam sejarah pegeluaran makanan di Eropah.
Antara perkembangan yang berlaku selepas revolusi industri Eropah adalah
dari segi teknologi moden yang digunakan seperti kincir angin, kincir air, traktor, baja
kimia. Ini adalah berbeza daripada tenaga manusia ataupun haiwan dipraktikan
sebelum revolusi ini.
Penggunaan teknologi moden secara meluas ini telah melipatgandakan hasil
pengeluaran petani. Daripada bertani untuk tujuan sara diri, petani moden ini juga
boleh menjual lebihan hasil agrkultur mereka untuk tujuan komersial. Tetapi pasa
masa yang sama, teknologi moden ini juga melibatkan kos yang ama tinggi.
Antara contoh yang terbaik untuk mengambarkan penggunaan teknologi
moden dalam pertanian adalah penggunaan sistem penentu kedudukan global ataupun
sangat dikenali sebagai GPS (Global positioning system). Teknologi moden ini
membolehkan penentuan kedudukan, masa dan arah dengan tepat dalam masa nyata.
Ini bermakna petani boleh mengawasi ukuran berkenaan air, tanah dan hasil tanaman
secara tepat. Konsep pertanian ini juga dikenali sebagai pertanian teliti kerana ia
membolehkan para petani melakukan perkara yang betul, pada masa yang tepat serta
tempat juga adalah betul.

1
HBEF 1503
Selain itu, enjim stim juga dicipta bagi komersialkan makanan yang dihasilkan
oleh para petani. Enjin ini dicipta khasnya bagi memudahkan penghantaran makanan
ke seluruh tempat serta ia juga dapat memperkembangan pengeluaran makanan.
Lebihan makanan juga dieksport dan peladang juga menjadi pedagang antarabangsa.
Ini seterusnya dapat memberikan makanan yang cukup kepada semua. Malah, tuan
tanah juga menjadi pengusaha ladang serta keuntungan dapat dimaksimumkan.
Ini merupakan antara perkembangan yang berlaku dalam pengeluaran
makanan selepas revolusi industri Eropah.

Bahagian A : Soalan 1 (b)

Peperangan didefinisikan sebagai pertempuran yang sistematik, teratur dan


berinstitusi antara kumpulan-kumpulan yan berbeza. Sepertimana yang kita ketahui,
masyarakat mempunyai cara-cara mengatur hubungan sosial ahli-ahlinya. Masyarakat
juga mempunyai mekanisme-mekanisme untuk menguruskan hubungan luar dengan
kumpulan-kumpulan lain, keturunan lain dan sebagainya. Manusia yang enggan untuk
bersikap anti-sosial atau agresif jika kelakuan sebegitu boleh mengundang serangan
daripada kuasa-kuasa luar. Terdapat beberapa faktor yang mengundang kepada
peperangan.
Antaranya, masalah-masalah sosial iaitu apabila wujudnya sosial dalaman,
ketua-ketua politik mungkin mengalihkan kekecewaan masyarakat terhadap
kumpulan yang lain. Orang luar dipaparkan seolah-olah mereka mempunyai lebih
daripada apa yang mereka sepatunya dapat ataupun seakan-akan mereka merupakan
punca kepada masalah sosial. Rusuhan kaum biasanya berlakunya kerana perkara ini.
Contohnya, peperangan dalaman yang berlaku negara palestin disebabkan oleh ketua-
ketua politik dalam negara tersebut dan juga negara jiran Israel.
Selain daripada itu, ancaman juga merupakan faktor yang menyebabkan
kepada peperangan. Dalam sesetengah kes, manusia akan berperang apabila mereka
berasakan keselamatan atau kesejahteraan mereka digugat. Contohnya, Perang
Vietnam yang berlaku adalah disebabkan oleh Amerika Syarikat bimbang bahawa
komunisme semakin menular di negara tersebut. Bukan sahaja itu, Amerika Syarikat
juga bimbang komunisme juga dapat merebak ke seluruh Asia jika tidak dapat diatasi
di negara Vietnam.

2
HBEF 1503
Seterusnya, motivasi politik juga merupakan faktor yang menyebabkan
peperangan. Kadangkala, negara-negara mungkin berperang untuk tujuan melanjutkan
objektif politik mereka di negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat
merupakan contoh masyarakat yang memainkan perananya sebagai ’Polis Dunia’ bagi
tujuan melanjutkan tujuan politiknya di semua negara. Ini juga menyebabkan
berlakunya peperangan antara Amerika Syarikat dengan Iraq.
Antara faktor yang terakhir adalah objektif moral. Pada asasnya sebarang
peperangan yang berlaku dalam sejarah manusia disebabkan agenda yang
tersembunyi iaitu keagamaan. Walaupun peperangan berlaku kerana sebab-sebab
politik dan ekonomi, mereka yang menghantar askar-askar ke medan peperangan akan
memberi justifikasi bahawa mereka bertindak atas dasar agama. Sebagai contoh,
Perang Salib di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku di atas sebab-sebab
keagamaan. Perang diantara negara Palestin dengan Israel juga berlaku disebabkan
oleh bab keagamaan.

3
HBEF 1503

Bahagian A : Soalan 3 (a)

Tamadun barat merupakan tamadun yang dominan hingga ke hari ini. Namun,
asasnya tetap dibina atas tamadun-tamadun yang terdahulu. Tamadun barat juga
mendapat input dari tamadun kontemporari. Ia sering melibatkan tamadun terdahulu
seperti tamadun Yunani, Runawi, India, Islam dan juga China. Tamadun barat pernah
mengalami zaman kegelapanya di Eropah.
Zaman kegelapan Eropah berkaitan rapat dengan kemunculan dan kejatuhan
tamadun Islam. Zaman kegelapan Eropah adalah 500 - 1000 tahun masihi. Sewaktu
zaman Kegelapan, Eropah rata-rata dilitupi hutan tebal dengan penempatan kecil
bertaburan yang terasing dari satu sama lain. Sistem jalanraya pula kecil dan bahaya
dan penggunaanya terdedah kepada ancaman binatang buas serta perompak.
Dari situasi ini, timbul sistem pemerintahan berdasarkan tanah yang berpusat
kepada rumah-rumah agama yang dikuasai oleh pihak aristokrat. Rumah-rumah
agama ini berfungsi sebagai entiti berautonomi. Literasi dalam kalangan penduduk
pada masa terhad kepada mereka yang menuntut di biara-biara dan mereka yang
mampu menggaji guru persendirian.
Semasa zaman kegelapan juga kita dapat melihat kejatuhan empayar Rom
telah menyebabkan kuasa pusat hilang. Hal ini bertambah parah apabila kuasa pusat
pentadbiran hilang tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah serta mengawal tingkah
laku rakyat dan pegawai kerajaan. Selain itu, di zaman gelap, kuasa Baron meningkat
dalam penguasaan ke atas tanah di wilayah yang diduduki. Golongan baron turut
bertindak menjadi penguasa wilayah dengan memberi perlindungan kepada golongan
petani untuk menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar
cukai kepada tuan tanah.
Keadaan ini menyebabkan petani yang tidak berkemampuan untuk membayar
cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi
hamba.Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan rajadan sebagai tukaran
golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada
raja. Oleh itu, system feudal di Eropah ketika ini berasaskan hubungan golongan
rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah.
Selain itu, Zaman Kegelapan di Eropah adalah satu keadaan di mana
penyebaran ilmu pengetahuan sangat lembab dan hampir tiada usaha untuk
4
HBEF 1503
menyebarkan ilmu kepada masyarakat. Semasa zaman gelap, gereja berkuasa dan
miliki harta yang banyak. Keadaan ini yang menyebabkan gereja berkuasa untuk
mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.

Bahagian A : Soalan 3 (b)

Kolonisasi adalah sebenarnya terma yang luar yang membawa maksud


bermula dari kemasukan ataupun perpindahan sesuatu kumpulan ke dalam sesuatu
tempat dan terus hidup bersama penduduk asal hinggalah kepada pengalihan kuasa
secara formal dan sepenuhnya oleh kuasa asing yang datang dan menakluki sesuatu
kawasan ataupun daerah. Zaman kolonial juga merupakan berbentuk eksploitatif dan
kemudianya membawa juga agenda penyebaran agama dan eksploitasi oleh syarikat
persendirian. Selepas Zaman Kolonial, wujud beberapa lima zaman iaitu Zaman
Absolutisme, Zaman Pencerahan, Zaman Revolusi, Zaman Liberalisme dan juga
Zaman Perang Dunia.
Pertama adalah Zaman Absolutisme iaitu ciri-cirinya mengikut Hackett (1992)
adalah pasca peperangan besar antara pengikut Katolik dan Protestan yang mencari
kebebesan dan keamanan. Sewaktu era ini, berlaku pendebatan dan perbalahan kuasa
antara kuasa agama dan natural laws. Hasilnya, timbul idea Kontrak Sosial. Raja-raja
mencari keseimbangan antara menjadikan masyarakat mereka lebih maju dan efisyen.
Ini adalah untuk kuasa mereka berkurangan. Pada masa ini kewujudan kuasa mutlak
raja-raja dalam negara-negara yang besar dapat dilihat serta memindahkan kuasa
mutlak dari aristokrat daerah kepada kerajaan pusat.
Seterusnya adalah Zaman Pencerahan ataupun enlightment merupakan
gerakan intelektual yang menjurus kepada memahami alam semula jadi dan tempat
manusia melalui pemikiran rasional dan bukti saintifk tanpa perlu kembali kepada
agama. Pemikiran zaman ini banyak dipengharungi pemikir-pemikir dari Zaman
Rasional abad ke-17 dan 18 seperti Thomas Payne.
Zaman Revolusi iatu dari 1700 hingga 1848 masihi dikatakan tradisi-tradisi
lama dan kuno telah pupus dengan kemunculan tekologi baru sains san ideologi
dengan intelektual dan aforisme yang meluas.
Selepas itu, kewujudan Zaman Liberalisme yang berlaku secara mendadak di
empat buah negara-negara Eropah iaitu Britain, Rusia, Jerman dan Perancis. Semasa
zaman ini berlaku beberapa perubahan di negara-negara tersebut seperti revolusi politi
5
HBEF 1503
di Britain, Penindasan di Rusia, Nasionalisme di Jerman dan Republikanisme di
Peranchis.
Zaman yang terkahir wujud selepas Zaman Kolonial adalah Zaman Perang
Dunia iaitu dalam lingkungan 1914 hingga 1945. Pada tempoh ini berlaku perang-
perang besar di sekitar 1914 hingga 1945 termasuklah perang antara negera-negara
Eropah dan benua lain seperti Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan juga
Perang Dingin. Berlaku beberapa perubahan di negara-negara Eropah dan juga benua
Asia akibat daripada perang-perang besar ini. Antaranya kesekutuan negara-negara
tertentu untuk monopoli semua negara dan seterusnya memerintahkanya.

6
HBEF 1503

Bahagian B : Soalan 1

Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat universal. Ini adalah kerana
setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam. Sungguhpun
sebahagian besar daripada tamadun Islam terbina daripada tamadun Arab, masyarakat
Islam dari pelbagai budaya dan tamdun menyumbang kepada pembinaan tamadun
Islam seperti di Parsi, Turki, Afrika, India, Cina dan Asia Tenggara. Salah satu
daripada ciri Islam adalah ia bersifat akomodatif, iaitu kesediaan Islam untuk
menerima dan mengiktiraf ilmu dan pengetahuan daripada tamadun lain, selagi ia
tidak bercanggah dengan akidah Islam.
Salah seorang daripada pemikir terkenal dalam bidang sains sosial Islam
adalah Ibn Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunis pada tahun 1332, dan meninggal dunia
di Kaherah pada tahun 1406. Karya beliau, Muqadimmah, memperlihatkan keluasan
pengetahuan serta sikapnya yang objektif dan kritis. Beliau juga telah menghimpun dn
merumuskan segala ilmu pengetahuan yang wujud dalam bahasa arab pada waktu itu
ke dalam sebuah falsafah sejarah pertama di dunia. Sumbangan penting pemikiran
beliau adalah bagaimana untuk menganalisis maklumat yang diperoleh dengan
sistematik iaitu dari lapangan ke dalam bentuk yang boleh mudah difahami.
Pemikiran beliau yang sangat penting ialah yang berkaitan dengan sifat
manusia dan sifat masyarakat. Manusia sebagai individu tidak boleh hidup
bersendirian, tetapi memerlukan satu sama lain. Pandangan inilah yang menjadi asas
kepada konsep masyarakat. Mengikut Ibn Khaldun, manusia mempuyai beberapa
kelemahan dan kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan
mereka akal dan keupayaan untuk berfikir dengan abstrak. Masyarakat terbentuk
kerana keperluan untuk mengatasi kelemahan tersebut. Ini adalah kerana tanpa
masyarakat, manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama.
Namun, keperluan ini telah menimbulkan satu paradoks atau pertentangan
antara sifat manusia yang tamak dan ingin bebas, dengan sifat masyarakat yang
memaksa manusia bekerjasama sesama sendiri. Keadaan ini boleh menyebabkan
berlakunya konflik dalaman serta luaran di mana bentuk dan punca konflik ini
berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan. Seterusnya, bentuk konflik ini berbeza-
beza mengikut tempat dan keadaan. Seterusnya, bentuk konflik yang wujud itu juga
7
HBEF 1503
mempengahurungi tahap kesepaduan sosial dalam masyarakat berkenaan. Sebagai
contohnya, dalam keadaan yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak
begitu menjamin, kesepaduan sosial adalah tinggi, seperti yang dapat dilihat pada
masyarakat padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku. Sebaliknya, jika
punca kehidupan lebih terjamin dan lebih mewah, maka tahap kesepaduan sosial
semakin merosot, seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakkan masyarakat bandar.
Selain daripada itu, Ibn Khaldun juga melihat masyarakat sebagai satu
keperluan mutlak dalam kehidupan manusia. Namun demikian, timbul juga datu
masalah iaitu konflik. Ini adalah disebabkan oleh sifat manusia yang lebih
mementingkan diri sendiri, sedangkan dia harus akur kepada kehendak masyarakat.
Dalam analisanya, ternyata Ibn Khaldun merupakan salah seorang daripada pengasas
awal teori konflik dan teori perubahan sosial.

8
HBEF 1503

Bahagian B : Soalan 2

Tamadun China merupakan tamadun besar asia tenggara yang difahamkan


tamadun pertama China adalah tamadun Xia diantara abad ke-21 dan ke-16 sebelum
masihi. Tamadun ini berasaskan pertanian, memburu dan juga perternakan. Amnya,
terdapat empat bidang utama dalam ciptaan terpenting tamadun China iaitu bidang
penulisan, pertahanan, pelayaran dan juga perubatan.
Dari segi bidang penulisan, ciptaan yang penting dari tamadun China dicipta
semasa Dinasti Han Barat iaitu pada 202 sebelum masihi hingga 16 masihi. Pada
masa itu, Cai Kum (25-220) menggunakan kulit kayu, cebisan tali, kain buruk dan
cebisan jala untuk menghasilkan kertas. Tulisan yang dibuat di atas kertas pada era ini
masih boleh dibaca hingga ke hari ini. Mesin blok cetak juga telah dicipta pada zaman
Dinasti Tang. Namun, ia bukanlah ciptaan kedua di China. Bi Sheng dari dinasti Song
Utara mencipta mesin cetak yang menggunakan jenis yang boleh diubah pada tahun
1040 iaitu 400 tahun jauh lebih awal dari mesin ciptaan Gutenberg di barat.
Tamadun China juga sangat termasyur dalam bidang pertahanan dimana
membuat beberapa ciptaan dalam bidang ini. Ciptaan dalam bidang pertahanan adalah
berdasarkan kepada tulisan He Hong pada abad ke-3 iaitu semasa Dinasti Tang (618-
907 masihi) apabila belerang atau serbuk peledak mula digunakan sebagai senjata
pada tahun 1126. Pada asalnya, serbuk letupan telah digunakan di China untuk
membuat bunga api dan percikan api demi hiburan. Sejak Lima Dinasti ia mula
digunakan untuk tujuan ketenteraan.
Mengikut sejarah, Li Gang menggunakan ‘meriam api’ untuk
mempertahankan bandarnya daripada puak Nuzhen. Selepas itu, belerang pesat
digunakan semasa Dinasti Song (960-1126) iatu jauh lebih awal dari kegunaanya di
Eropah. Malah, Meriam pertama di Eropah pada tahun 1128 secara langsung
menunjukkan ciri bahawa ia adalah hasil peniruan dari China. Meriam telah mula
digunakan dengan pesatnya di China di antara 1280 dan 1380. Selain meriam, senjata
api dalam bentuk tong juga muncul. Rifles dan senapang pantas telah digunakan
dalam peperangan pada Dinasti Song; ini telah bertambah baik di dalam Dinasti Yuan
dan Ming. Koleksiku yang berterusan menembak yang dicipta di Dinasti Ming boleh
menembak berturut-turut 28 peluru.
9
HBEF 1503
Dalam bidang pelayaran pula, hasil ciptaan tamadun China adalah kompas
dimana ia mula digunakan pada zaman Dinasti Han. Kompas pada masa itu
mempunyai 24 arah dan dipanggil Sinan. Kompas pada masa itu juga dianggap
menunjuk ke arah Selatan dan digunakan sehingga abad ke-8 masihi.
Wang Chong dari Dinasti Han Timur menjelaskan pembuatan kompas. Ia
diperbuat daripada magnet semulajadi yang digilap ke dalam bentuk sudu. Apabila
diletakkan pada tempat yang rata, sudu mengendalikan berpaling ke titik di selatan
secara automatik. Dalam Dinasti Song, kompas sudah digunakan untuk belayar. Zhu
Yu yang disebut di dalam bukunya "Travels Pingzhou" bahawa beliau telah bertemu
dengan seorang kelasi induk di Canton, yang tahu tentang kedudukan geografi.
Semasa Dinasti Song, Shen Kuo menggunakan kompas terapung yang membolehkan
pelayar China menjelajah jauh ke negeri-negara Arab dan Eropah.
Kompas juga merebak ke negeri Arab pada abad kedua belas, di mana ia
dikenali sebagai "kawan kelasi". Selepas ia merebak ke Eropah, ia kemudiannya
digunakan untuk belayar di laut. Penggunaan kompas di lautan navigasi telah
mempercepatkan kemajuan tamadun manusia.
Seterusnya, pada bidang perubatan orang-orang China juga menyerlah serta
rekod menunjukkan rawatan deman berjangkut seawal 2000 sebelum Masihi lagi.
Begitu juga untuk penyakit arthralgia dan penyakit kulit eczema, lichen dan alopecia.
Mereka juga mempunyai rekod menggunakan bahan-bahan daripada binatang,
tumbuh-tumbuhan dan galian untuk tujuan perubatan seawall abad ke-2 sebelum
masihi. Semasa Dinasti Han (202 S.M - 220 M) yang menjadi asas kepada perubatan
China sehingga kini.
Zhang Zhongjing merupakan seorang pakar perubatan Dinasti Han Timur
telah menulis buku perubatan yang masih menjadi bahan rujukan hingga ke hari ini.
Hua Tuo, ahli sains perubtan Dinasti Han Timur pula, telah menulis tentang beberapa
cabang perubatan termasuk pembedahan. Beliau, memperkenalkan penggunaan ubat
bius keseluruhan badan sebelum pembedahan, supaya pesakit-pesakit tidak merasa
sakit ketika dibedah. Beliau juga telah menggunakan ‘pergerakkan dan pernafasan’
sebagai Teknik perubatan.
Selain itu, sistem perubatan akupuntur yang popular kini dicipta seawall
pemerintahan Tiang Sheng (1023 - 1032) dari Dinasti Song. Ge Hong dari Dinasti Jin
Timur (317 - 420) memperkenalkan kajian kimia. Beliau juga orang pertama merekod

10
HBEF 1503
dan mengkaji demam cacar serta rawatanya. Manakala di Barat, rawatan ini hanya
diketahui pada awal abad ke-19.
Bukan sahaja itu, buku rujukan perubatan yang dihasilkan ketika Dinasti Tang
(618 - 907) merupakan buku rujukan farmasi pertama di dunia. Ia mengandungi 56
volum dan merekod penggunaan 850 jenis dadah atau ubat. Hasil-hasil perubatan
China dikumpul oleh Li Shizhen (1518-1593) ketika Zaman Dinasti Ming yang
merujuk kepada 800 preskripsi. Ia menjadi buku rujukan perubatan dunia pertama dan
diterjemah ke dalam enam bahsa semenjak diterbitkan dalam tahun 1596.

11
HBEF 1503

12

Anda mungkin juga menyukai