Anda di halaman 1dari 27

INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

PORTFOLIO PELAJAR ( TAHUN 2008 )


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PGSR KUMPULAN PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN (November 2008)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


NAMA PENSYARAH EN. AB. RAZAK BIN MOHD. AMIN NAMA PELAJAR HARRISION SANIE ANAK NIJA 760316-13-5545
TARIKH : 16 MAC 2009

BIODATA

NAMA KAD PENGENALAN T. LAHIR ALAMAT RUMAH ALAMAT SEKOLAH

: : : :

HARRISION SANIE ANAK NIJA 760316-13-5545 SIBU,SARWAK SK LEPONG MENUAN, KAPIT ( KAWASAN P3 ) PEJABAT PELAJARAN DAERAH KAPIT 96800 KAPIT

: KPG BENUK , KM 34 BORNEO HEIGHTS , KUCHING

TAHUN BERKHIDMAT : FAIL PERIBADI TELEFON E-MAIL : : :

9 TAHUN S 32290 019-8793763 qag6770@yahoo.com 1. TADIKA KG PENGAWA , TEDBRAU JOHOR 2. SK TLDM , LUMUT PERAK 3. SMK LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN 4. SMK SIBURAN , KUCH / SERIAN 5. KOLEJ TUN ABDUL RAZAK , KUCH / SERIAN 6. MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG, KUCHING

SEJARAH PENDIDIKAN :

TAJUK TUGASAN :

Jelaskan Pengaruh Globalisasi Terhadap Perkembangan Tamadun Manusia Dan Relevansinya Terhadap Pembentukan Masyarakat Malaysia.

Pendahuluan Tarifan Manusia dan Masyarakat : Manusia ialah sejenis makhluk yang dicipta oleh yang Maha Esa yang boleh berfikir dan dikategorikan dalam peringkat tertinggi dari kalangan makhluk yang lain di dunia ini. Berdasarkan kajian arkeologi , manusia telah wujud sejak 500 000 tahun dahulu. Manusia boleh berfikir untuk memperbaiki diri sendiri dan mencipta hubungan sesama manusia. Sekumpulan manusia sama ada kecil atau besar akan membentuk masyarakat. Dari segi sosiologi, manusia boleh dikaji dari segi empat sudut iaitu : a) Perjanjian masyarakat Pembentukan manusia sesebuah negara atau kerajan yang dilakukan menerusi perjanjian sesama manusia. b) Masyarakat majmuk Masyarakat yang teriri daripada pelbagai kelompok. Contohnya di Malaysia, masyarakatnya terdiri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, dan kepelbagaian kelompok masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah.

(1)

c)

Masyarakat massa Satu unit poltik yang tersusun atau disebut sebagai sebuah negara moden

sepertimana yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini. d) Masyarakat Folk Masyarakat yang hidup secara nomad yang sentiasa hidup secara berpindah-randah atas faktor-faktor dalam memperbaiki taraf kehidupan seharian. Menurut Lamarck ( 1749-1829) dan Charles Darwin ( 1802-1889 ) , kejadian manusia adalah berdasarkan evolusi monyet. Teori ini sangat berpengaruh di Eropah dan negara-negara Islam pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sungguhpun demikian, dari sudut Islam, Al-Quran menjelaskan bahawa asal kejadian manusia ialah daripada keturunan Nabi Adam a.s. Hanya Nabi Adam sahaja yang dicipta oleh Allah secara langsung daripada tanah. Kesimpulannya, Akal membezakan manusia daripada haiwan. Namun akal yang terbatas memyebabkan manusia itu sentiasa terlupa. Asal kejadian manusia menurut Islam berbeza dengan pandangan pengkaji antropologi yang popular dengan teori dengan kejadian manusia daripada monyet.

(2)

Tarifan Tamadun Mengikut Kamus Dewan , tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan dan peradaban. Satu lagi perkataan dalam Bahasa Melayu yang hampir sama pengertiannya dengan perkataan tamadun ialah peradaban yang membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan ( jasmani dan rohani ) Merujuk kepada perkataan arab , tamadun bermaksud mudun dan madain yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan sesuatu Bandar. Mengikut pandangan barat , Civilization yang berasal dari Greek iaitu citivas yang membawa maksud kehidupan di Bandar . Lebih menekankan kepada skop seni bina, undang-undang,sistem tulisan, politik dan ekonomi berbanding dengan pandangan Islam yang lebih menyeluruh meliputi aspek jasmani dan rohani.

Tarifan Globalisasi Menurut Kamus Dewan, perkataan globalisasi dari perkataan global. Ia ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan maklumat. Manakala cendiakawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, social dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadikan milik bersama dalam konsep dunia tanpa sepadan. (3) manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi

Alvin Toffler menerusi bukunya Third Wave pula mentafsirkan fenomena globalisasi sebagai suatu gelombang ketiga : Kita sedang berada pada abad di mana berlaku gelombang ketiga. Fenomena paling menonjol terjadi pada kurun waktu ini adalah terjadinya proses globalisasi. Perubahan yang demikian menyebabkan terjadinya pula pergeseran kekuasaan dari pusat kekuasaan yang bersumber pada tanah, kemudian kepada capital atau modal, selanjutnya ( dalam gelombang ketiga) kepada penguasaan terhadap informasi ( ilmu pengetahuan dan teknologi )

Perkembangan pengaruh dan relevansinya Matlamat globalisasi menurut Ahmad Faraj antara lain adalah untuk menjadikan semua aktiviti hidup setiapa bangsa di dunia seperti ekonomi, industri , pemikiran , budaya , keilmuan , ciptaan dan penghasilan industri, hak kemanusiaan , alat perhubungan , teknologi maklumat dan sebagainya itu bersifat globaldan tidak lagi menjadi ciri kepada mana-mana bangsa atau sejarah mereka , baik yang bersifat agama, keturunan atau budaya. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dahulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan . Perkembangan pedagang-pedagang dahulu contohnya yang terpaksa mengharungi tempoh yang agak lama untuk bergerak dari tempat asal untuk ke destinasi yang ingin ditujui. Namun kini ia tidak berlaku lagi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

(4)

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideology, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Antaranya adalah wujudnya kesedaran mengenai kekangan hidup terutamanya selepas Perang Dunia Kedua yang membawa malapetaka kepada manusia. Penubuhan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB) misalnya yang bertujuan memelihara kedaulatan dan membela nasib terutama dalam pelbagai isu berkaitan dengan peperangan dan kedamaian, pembangunan dan kemunduran , demokrasi , hak asasi manusia, bencana alam dan sebagainya. Sungguhpun demikian, adalah menjadi persoalan mengapakah sehingga ke hari ini perbalahan antara pihak Israel dan Pelestin masih lagi belum diselesaikan sehingga terlalu banyak nyawa yang melayang sepanjang tempoh krisis ini. Dewasa ini, persoalan tentang globalisasi semakin menarik dan rancak diperkatakan. Globalisasi yang semakin melebarkan ufuk jajahannya ke merata dunia sebenarnya telah lama wujud. Menurut Riggs (1999), proses globalisasi telah wujud sejak 500 tahun yang lalu, namun ia hanya dikenalpasti dengan jelas selepas kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991. Kenyataan ini menunjukkan proses globalisasi yang melanda dunia sekarang, bukanlah satu proses yang baru berlaku. Lima ratus tahun dahulu globalisasi lebih dikenali sebagai kolonialisasi Barat ke atas negara mundur ( membangun ) akibat cetusan Revolusi Industri. Dalam revolusi ini pengeluaran barangan secara besar-besaran oleh kilang bagi tujuan

perdagangan antarabangsa , penggunaan teknologi moden diperkenalkan serta kemajuan dalam bidang pengangkutan. (5)

Apabila pihak Eropah membandingkan peradaban mereka sebagai satu peradaban yang sedang naik dan peradaban diluar Eropah pula dalam keadaan menurun, terjelma pada pihak Eropah wujudnya jurang diantara kedua-dua peradaban ini. Pihak Eropah yang berasaskan semangat progresivisme-alaJudeo-Kristian berasa bertanggungjawab dan mengambil inisiatif untuk merapatkan jurang tersebut melalui salvation ( God,Goldy and Glory ) atau dikenali sebagai imperialisme dan kolonialisme. Usaha ini kemudiannya dikensepsikan sebagai modeniti Globalisasi dalam era Islam tertonjol dalam empat bidang ilmu, bidang ekonomi khususnya perdagangan, bidang agama dan bidang sains dan teknologi. Ilmu adalah salah satu penggerak utama peradaban Islam. Sikap positif Islam terhadap semua jenis ilmu pengetahuan telah memungkinkan tercetusnya gelombang pertama globalisasi ilmu yang pernah disaksikan oleh dunia. Dalam zaman kemegahannya, institusi ilmu seperti universiti betul-betul telah berperanan sebagai agen globalisasiilmu dalam pengertian yang difahami hari ini. Islam mempunyai semangat globalisme dan sangat berminat untuk melihat segala persoalan kemanusiaan dari perspektif global. Salah satu sumbangan besar Islam terhadap peradaban dunia ialah semangat globalisme dan kesejagatan yang telah dipupuknya dan ditiupnya kesegenap penjuru dunia. Semangat inilah yang telah memungkinkan Islam menjadi pengasas penulisan sejarah dunia, ilmu perbandingan agama,sosiologi, tradisi sains sejagat, institusi ssinstifik bertaraf antarabangsa dan pengembaraan dunia.

(6)

Tanpa terasas semua amalan yang berdimensi global ini, sudah pasti kemajuan dunia dan proses globalisasi di zaman-zaman berikutnya lebih perlahan (ibid). Selama 4 kurun , iaitu dari kurun 10 hingga ke kurun 14 M , pelayar-pelayar Islam menjadikan raja laut yang tidak ada tandingannya. Kemajuan dalam bidang pelayaran berkait rapat dengan kemajuan komunikasi dan globalisasi perdagangan. Maka bukanlah secara kebetulan sahaja Islam mendoninasi perdagangan dan ekonomi dunia. Globalisasi agama turut berlaku dalam globalisasi perdagangan tersebut. Disamping mempunyai semanagat globalisme, Islam juga mempunyai institusi yang berperanan besar dalam meniupkan roh globalisasi di sepanjang zaman. Institusi haji merupakan agen terpenting globalisasi dalam peradaban Islam. Peranan institusi ini memang unik. Ia mencetuskan dan menggerakkan globalisasi dalam berbagai-bagai bidang termasuklah globalisasi maklumat dan ilmu dan politik. Oleh kerana institusi ini bersifat kekal, maka peranannya sebagai agen terpenting globalisasi dalam Islam juga berkekalan.

Apakah relevansinya terhadap masyarakat kita di Malaysia ? Di Malaysia , perkembangan globalisasi ini agak ketara kedengaran semenjak tahun 1990-an. Konsep ini digunakan secara meluas oleh ahli-ahli politik, perniagaan,pemeraju industri teknologi maklumat , pusat-pusat pemikir dan media massa. Menerusinya, globalisasi difahami sebagai dunia tanpa sempadan atau global village Berikut adalah diantara kesan-kesan proses globalisasi yang telah diserapkan oleh Malaysia sejajar dengan perkembangan peredaran zaman yang kian semakin moden dan canggih. (7)

Pertama, globalisasi telah mencetuskan budaya sains dan teknologi maklumat dengan memperlihatkan perkembangan pesat media komunikasi yang menghapuskan jarak dan sempadan yang secara sedar atau tidak telah menular agenda pengecilan dunia yang berpunca daripada fenomena world at your finger tip atau kesertamertaan media. Kini , Negara dalam usaha agar tidak ketinggalan dalam fenomena globalisasi ini, telah mengadaptasikannya bagi tujuan pembangunan

terutamanya daalam bidang teknologi dan komunikasi (ICT) . Contohnya, pembinaan tapak Putrajaya , Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre ( KLCC), koridor Raya Multimedia ( MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara dengan keluasan tanah 15 kilometer x 50 kilometer. Pada masa kini MSC telah menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan pemyumberan (SSO) berkelas dunia yang mewujudkan kira-kira 11200 peluang pekerjaan. Perkembangan ini juga dapat kita lihat dengan pelancaran sebuah satelit yang mempunyai teknologi sensing atau penderiaan jauh untuk merakam gambar sebarang aktiviti alam dan manusia di bumi. Satelit ini dikenali sebagai TiungSAT yang dilancarkan dengan sebuah roket khas di Baikanor

Cosmodrome, Kazahstan pada 25 September 2000. Dan adalah menjadi satu peristiwa yang bersejarah juga kepada Malaysia apabila Datuk Dr Sheikh Muzzafar telah menjadi rakyat Malaysia yang pertama ke bulan kerjasama German Space Agency pada tahun 2008.

(8)

Teknologi tinggi dan sentuhan tinggi ( High-tech and high-touch ) dalam globalisasi memberikan focus kepada pembangunan teknologi canggih. Ia menjadikan tanda aras terhadap kemajuan sesebuah negara. Isu teknologi tinggi menjadi utama bagi perombakan dasar pendidikan sesuatu negara kerana ada tanggapan bahawa perkembangan teknologi mempunyai kaitan rapat dengan kemajuan manusia dan sesebuah negara. Sebagai suatu usaha mempersiapkan diri menempuh fenomena dunia tanpa sempadan ini, menerusi Pelan jalur Lebar Kebangsaan (NBP), negara telah mensasarkan kadar celik jalur lebar sebanyak 10% menjelang tahun 2008. Pelan tersebut turut mempertingkatkan usaha memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan Bandar-bandar kecil dan daerah

perkampungan menjelang tahun 2010. Selain daripada itu, kemudahan yang dibawa oleh ICT juga memberikan satu kelebihan dari segi penyediaan asas yang kukuh bagi aplikasi teknologi dalam sektor awam mahupun swasta. Kebolehan ICT menukar cara bekerja dan mereka semula proses kerja yang diamalkan bukan sahaja dapat mengurangkan karenah birokrasi malah memantapkan keutuhan pengurusan sesuatu organisasi. Dalam era globalisasi ini, ICT boleh membantu perlaksanaan perlaksanaan sesuatu urusan dengan mudah, cepat, efisien, berkualiti dan produktif. Malahan juga, penggunaan ICT juga diperluaskan bukan sahaja di peringkat universiti atau institute bahkan juga telah dilaksanakan di peringkat awal persekolahan murid-murid di peringkat sekolah rendah , bermulanya dengan penubuhan Sekolah Bestari dan seterusnya ke semua jenis sekolah (9)

seluruh negara. Berdasarkan 3 dasar utama ICT dalam pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan warga negara atau generasi kini dapat menguasai ilmu perkomputeran sejajar dengan perkembangan abad ke-21 ini. ( Bab 8 , Buku PembangunanPendidikan 2001-2010 ) Dalam bidang komunikasi, ledakan maklumat juga semakin pantas berkembang dari semasa ke semasa. Pengaruh media massa umpamanya sama ada secara bercetak mahupun secara elektronik. Dengan adanya siatem terkini, stesen-stesen penyiaran tv dan radio, maklumat serta yang terkini dapat disalurkan dengan cepat dan mudah diperolehi. Contohnya stesen penyiaran tv iaitu RTM, TV3 dan juga ASTRO. Perkembangan juga dapat dilihat melalui kemunculan pelbagai teknologi-teknologi canggih yang terkini seperti telefon , kamera digital , Komputer dan banyak lagi peralatan berelektronik yang lain. Sungguhpun demikian , perkembangan ini haruslah dipantau dan digunakan dengan sebaik yang mungkin. Dewasa ini kita melihat bagaimana teknologi dalam media elektronik umpamanya disalahgunakan untuk maksud nafsu-nafsi yang akhirnya akan menjerumuskan manusia memiliki sifat rakus, gelojoh dan tabiat keji yang lain. Oleh yang demikian, soft-skill iaitu asas komunikasi keinsanan yang menyentuh mengenai adab dan sopan santun amat diperlukan oleh setiap manusia. Sentuhan keinsanan ini amat penting bagi kehidupan yang beradab.

(10)

Kedua, proses globalisasi juga telah meletakkan kita berada di pertengahan jalan dalam perjuangan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Dalam bidang ekonomi juga tidak ketinggalan dalam melalui proses globalisasi. Perkembangan ini dapat dilihat melalui pencapaian yang amat mengujakan apabila Syarikat Multinasional Corporation (MNC) turut bersamasama bersaing dengan negara-negara lain yang mengungguli pentas ekonomi dunia Proses ledakan maklumat ini juga telah mengubah corak pembaharuan terhadap ssitem Kementerian kewangan kita. Contohnya

perlaksanaan E-perolehan, iaitu satu daripada aplikasi utama kerajaan elektronik negara yang diperkenalkan menerusi inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC). Melalui E-perolehan, pembekal-pembekal dan pusat tanggungjawab (PTJ) kerajaan boleh melakukan urusniaga perolehan secara elektronik dari mula hingga akhir proses transaksi dalam persekitaran siber yang selamat, cepat, mudah dan terjamin tanpa sebarang kerumitan. Jesteru, dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9 , yang bertemakan Membina Tamadun Menjulang Martabat bangsa , Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006, telah mengumumkan agenda Misi Nasional yang membabitkan rangka dasar menyeluruh pembangunan Negara dalam tempoh 15 tahun akan dating kea rah memajukan Malaysia. Bagi menangani pelbagai perubahan besar dalam dunia global, matlamat adalah untuk memastikan kemajuan dinikmati secara saksama oleh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Inisiatif Rancangan ini juga akan

(11)

berpandukan kepada prinsip Islam Hadhari dalam pembentangannya RMK-9 di Parlimen pada 31 Mac 2006. Y.A.B Perdana Menteri menegaskan bahawa ; Kita mahu membina tamadun negara, seiring dengan kecemerlangan tamadun tamadun Islam dan tamaduntamadun Islam dan tamadun-tamadun lain Prinsip zakat juga adalah antara contoh penting pembangunan ekonomi yang sedang diusahakan kerajaan dalam mempergiatkan sistem kewangan Islam. Usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkankan saiz pelaburan,kecekapan perkhidmatan, kepelbagaian produk, pemantapan

infrastruktur dan juga peningkatan bilangan institusi. Menerusi ini juga kerjasama di kalangan negara-negara OIC dapat mengeratkan silaturrahim di samping membangunkan ekonomi ummah melalui kekuatan umat di dunia. Dengan adanya pengutipan zakat, disamping mengeratkan persaudaraan, saluran batuan kewangan dapat diberikan kepada mereka yang amat memerlukan . Secara perspektifnya, globalisasi di peringkat ekonomi dapat dilihat melalui 3 tahap iaitu : a) Perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan mentah. b) Perusahaan multi nasional , iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. c) Perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global. (12)

Dari Padangan dalam bidang politik pula, dimensi globalisasi telah mewujudkan keadaan penyah-wilayahan iaitu suatu proses yang melintasi sempadan dunia yang dekenali menerusi perwatakkan yang membawa idea demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap sebagai prinsip sarwajagat yang diwajibkan kepada semua umat manusia. Dalam proses globalisasi , Perdana Menteri berharap , agar tanggapan orang lain terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur kelas pertama, tetapi mentaliti kelas ketiga dapat dikikis. Dengan ini , pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang menyeluruh bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai ektika dan minda yang progresif. Antara usaha yang terus dilaksanakan ialah seperti bagi menutup ruang untuk rasuah, amalan tidak sihat serta penyalahgunaan kuasa berlaku, baik di sektor awam mahupun swasta. Inisiatif juga melibatkan ketelusan serta mengurangkan pembaziran. Bagi memperbaiki mutu penyampaian perkhidmatan awam, sebarang karenah birokrasi akan diatasi di samping menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan. Bagi memantapkan sesebuah negara jatuh atau bangunnya adalah bergantung kepada cara pemimpin-pemimpin yang dipilih menerusi pihanraya yang dijalankan . Pemimpin-pemimpin yang terpilih pula haruslah memainkan peranan yang besar dalam mempertingkatkan kemajuan dan kestabilan politik negara di samping di samping memperjuangkan kepentingan rakyat dan hak-hak asasi mereka.

(13)

Dalam globalisasi masa kini, hubungan dengan negara-negara lain juga harus diutamakan bagi mengeratkan interaksi pelbagai hala dan disamping perkongsian pelbagai maklumat dan sumber. Proses globalisasi juga telah mempengaruhi masyarakat Malaysia dari segi kebudayaan. Menurut Deal dan Peterson (1999) budaya ialah satu entiti keseluruhan yang komplek dan dirangkumi dengan aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan,kesenian, moral, undang-undang, norma, adapt resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi atau diperoleh dan dipraktis oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Manakala , Marof Redzuan dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabric masyarakat dan institusinya melalui satu set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat itu sendiri atau lebih dikenali sebagai concensual dan holistic. Kini, proses globalisasi yang menyerapkan masuk telah menolak budaya asal dan mengembangluaskan budaya baru yang biasa berasal dari budaya bawaan barat. Perluasan pasaran ekonomi bebas turut sama memesatkan budaya consumer seperti ini hingga ia menjadi suatu normal yang diterima tanpa soal ( Ab.Rahman Ismail, 2003 ) Antara perkembangan globalisasi budaya yang telah diguna pakai oleh masyarakat Malaysia sehingga kini dapat dihuraikan seperti contoh-contoh di bawah.

(14)

a)

Materialisme Sikap dan sifat yang mementingkan kebendaan. Ini dapat dilihat dengan

cara berbelanja, corak kehidupan, cara memilih kerja dan membina impian mereka tanpa memikirkan keadaan pada masa akan dating. Konsep berbelanja dangan sederhana dan tanggungjawab jarang sekali diamalkan pada masa kini. b) Hedonistik Budaya ini merupakan budaya yang suka berhibur dan bergembira serta inginkan kebebasan. Malahan budaya ini jika disalahgunakan boleh membawa kepada kerosakkan akhlak seperti berlakunya masalah sosial. Contohnya keskes dadah, pencabulan, buang anak , vandalisme dan sebagainya akibat mengikut nafsu yang keterlaluan. c) Individualistik Melibatkan kalangan mereka yang semakin terpengaruh dengan kehidupan yang sebebasnya. Tidak menghiraukan lagi hal-hal kekeluargaan, kemasyarakatan serta persekitaran. Segala nilai murni dalam kehidupan telah dipenuhi dengan gaya pentingkan diri dalam kehidupan moden. Contohnya lebih banyak meluangkan masa bersama-sama rakan di luar tanpa memikirkan masa bersama keluarga di rumah dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

d)

Gaya ala Barat Gaya yang telah dilihat dengan mudah diresapi dan diterima untuk

diadaptasikan terhadap diri. Contohnya dari segi penampilan fesyen pakaian, pertuturan bahasa yang dicampur adukkan, gaya hidup harian yang penuh

(15)

kemodenan bagi melambangkan status , atau pengamalan makanan fast food ke KFC, Sugarbun , Mc Donald dan sebagainya.

e)

Nasionalisme sempit Jika kita lihat , semakin hari masyarakat kita mulai hilang semangat

cintanya kepada agama , bangsa dan negara. Contohnya segelintir masyarakat yang tidak mahu mengambil peduli segala kemiskinan, penindasan, penjajahan, ketidak adilan, pengekploitasian dan pembunuhan. Tanpa disedari , perasaan perikemanusian semakin terhapus dalam jiwa seseorang. Sehinggakan ada yang sanggup mempermain-mainkan lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita.

Proses globalisasi pada abad ini telah meresap masuk secara besarbesaran dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia melipui semua bidang peradaban manusia. Wlaupun demikian, pengaruh yang disebar ada kebaikan dan keburukannya. Berdasarkan Chandra Muzaffar , aktivis hak asasi manusia , beliau telah menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi dan 13 keburukkan globalisasi kepada manusia sejagat..

Kebaikan dari sudut pandangan positif 1. 2. Kemiskinan dapat dikurangkan melalui peranan pelaburan asing (FDI) Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah

(16)

3.

Penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan melalui teknologi dan Kominikasi.

4. 5. 6. 7.

Penjimatan dalam komunikasi Interaksi terbuka sesama umat manusia Peluang bersimpati ke atas manusia yang ditimpa kesusahan Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti Pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang, hak asasi manusia

8.

Penonjolan hak-hak asasi hak wanita

Keburukan dari sudut pandangan negatif 1. 2. 3. kemerosotan kualiti alam sekitar Pembangunan yang tidak seimbang Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak Negara terutamanya di negara-negara selatan. 4. 5. Modal jangka pendek yang keluar masuk dengan cepat Pengangguran yang semakin meningkat dan jurang perbezaan yang terlalu ketara. Contohnya di Malaysia baru-baru ini, peningkatan rakyat asing yang diambil bekerja sementara rakyat tempatan tersisih. 6. Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilainilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia terutamanya kesan kepada remaja Malaysia. 7. 8. Kecenderungan kearah pembentukan suatu budaya global. Penyebaran budaya pop Amerika

(17)

9.

Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan Kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik

10.

Pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Contohnya penyebaran Bahan-bahan pornografi.

11.

Amerika dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasikan politik dunia.

12. 13.

Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung Pengantarabangsaan penyakit seperti AIDS, penyakit nyamuk chikugunya, HFMD, selsema burung dan sebagainya.

Rumusan

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

(18 )

Globalisasi juga membawa erti sejagat. Ini membawa maksud segala aspek kehidupan sama ada dari segi budaya, kesenian , ekonomi ,sosial dan sebagainya yang kini tiada lagi batas. Maka timbullah sikap saling

mempengaruhi antara satu budaya dengan budaya yang lain. Contoh yang terkini apabila dunia mengalami kenaikan harga minyak yang sedikit sebanyak telah menyusahkan pelbagai pihak. Dan kini, masalah krisis ekonomi dan kewangan materialistik. Pada masa ini, penapisan adalah menjadi satu amalan yang amat mustahil. Setiap yang baik pastinya ada keburukan dan bergantung kepada kita untuk menerima atau tidak berlandaskan etika hidup kita yang positif. Dalam erti kata lain, menjadikan teknologi sebagai alat yang memberikan kemudahan adalah suatu tanggungjawab dan pada masa yang sama membangun minda kepenggunaan sihat adalah isu yang sihat seiringan dengannya. global mendorong renungan semula terhadap gaya hidup

(19)

REFLEKSI KENDIRI

Dalam melaksanakan tugasan ini, saya merasakan satu tajuk yang sukar untuk dilaksanakan memandangkan setelah sekian lama tidak aktif dalam menghasilkan penulisan seumpama ini mahupun membuat penyelidikanpenyelidikan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sungguhpun demikian , sebagai guru yang terlibat dalam PGSR ini, adalah menjadi tanggungjawab bagi saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik-baiknya walaupun pada kini juga dibebani dengan pelbagai tugas yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah serta tanggungjawab kepada P&P murid. Hasil-hasil maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber, sama ada melalui suratkhabar, majalah-majalah, sumber internet , malahan melalui kebetulan melalui siaran berita di televisyen. Saya juga menggunakan kaedah perbincangan sesame staf di sekolah memandangkan ada di kalangan rakanrakan di sini sedang melalui proses PJJ seperti di OUM, UPM dan USM. Guruguru KPLI juga banyak menyumbang idea-idea dan malahan dengan senang hati menyemak hasil kerja saya sebagai pemurnian sebalum cetakan. Tajuk tugasan yang diberikan telah banyak membantu saya dalam memahami apakah itu perkataan globalisasi dan proses-proses yang terlibat dan seterusnya melihat apakah implikasinya terhadap kehidupan manusia kini dan juga kepada diri sendiri. Melalui maklumat yang diperolehi adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menerapkan nilai-nilai yang positif , bermoral , dan amalan murni kepada anak didik di sekolah berkaitan perkembangan mereka

(20)

yang sedang melalui proses globalisasi yang mana tanpa disedari banyak pengaruh-pengaruh boleh boleh meresapi ke dalam jiwa mereka. Akhir kata, diharapkan tugasan yang telah dilaksanakan dapat memenuhi kehendak dan memuaskan. Sebarang kekurangan mahupun kelemahan yang ada terutamanya dalam teknik penyampaian akan diperbaiki untuk tugasan yang seterusnya sepanjang saya berada di dalam program PGSR ini. Sekian.

(21)

Sumber Rujukan 1. Prof Dr Sidek Baba ,Majalah Pendidik , September 2008 2 Arjuna@Mohd. Noor Yunus,Sejarah Islam STPM ,Penerbitan Pelangi sdn. Bhd 1991 3 Haji Dusuki Haji Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam ,Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka 4 Mahayudin Hj. Yahaya,Tamadun Islam STPM,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd , Cetakan keempat 2000 5. Ibrahim Yusof,Sejarah Peradaban Dunia,Penerbit Pan Earth Sdn.Bhd 1994 6. Marzita Abdullah,Majalah estidotmy , Julai 2002 7. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ),Pusat Perkembangan Kurikulum KPM Julai 2001 8. Rancangan Malaysia ke-9 2006-2010,Utusan Sarawak Mac 2006 9. Panduan Perlaksanaan Program Perngkomputeran Di sekolah Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan KPM , Julai 2002

10. Sumber Internet Globalisasi

(22)

INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK

PORTFOLIO PELAJAR ( TAHUN 2008 )


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PGSR KUMPULAN PENGAJIAN SOSIAL AMBILAN (November 2008)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101


NAMA PENSYARAH EN. AB. RAZAK BIN MOHD. AMIN NAMA PELAJAR HARRISION SANIE ANAK NIJA 760316-13-5545
TARIKH : 16 MAC 2009

BIODATA

NAMA KAD PENGENALAN T. LAHIR ALAMAT RUMAH ALAMAT SEKOLAH

: : : :

HARRISION SANIE ANAK NIJA 760316-13-5545 SIBU,SARWAK SK LEPONG MENUAN, KAPIT ( KAWASAN P3 ) PEJABAT PELAJARAN DAERAH KAPIT 96800 KAPIT

: KPG BENUK , KM 34 BORNEO HEIGHTS , KUCHING

TAHUN BERKHIDMAT : FAIL PERIBADI TELEFON : :

9 TAHUN S 32290 019-8793763 1. TADIKA KG PENGAWA , TEDBRAU JOHOR 2. SK TLDM , LUMUT PERAK 3. SMK LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN 4. SMK SIBURAN , KUCH / SERIAN 5. KOLEJ TUN ABDUL RAZAK , KUCH / SERIAN 6. MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG, KUCHING

SEJARAH PENDIDIKAN :

Anda mungkin juga menyukai