Anda di halaman 1dari 3

Mengajar Komponen Bahasa khususnya Bahasa Inggeris amat mencabar bagi guru-guru prasekolah.

Maklumlah
bukan semua boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Di daerah saya sendiri ramai guru yang mengeluh
untuk mengajar bahasa ini. Kenapa ia berlaku? Jawapannya mudah sahaja kerana di maktab perguruan, kita
bukan belajar secara mendalam. Bukan major subjek. Ia hanya sisipan yang mesti dipelajari tidak sebagaimana
guru-guru Bahasa Inggeris (TESL). Guru tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka gagal menguasai
kemahiran bahasa ini dengan baik. Setakat yang saya tahu pelajar lepasan Universiti Malaya wajib lulus
matapelajaran Bahasa Inggeris (kerana saya juga lepasan Universiti Malaya) untuk membolehkan mendapat
ijazah sarjana muda dengan kepujian. Ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak,
kami wajib lulus kertas Bahasa Inggeris Universiti yang mengandungi kemahiran bertutur, menulis dan
mendengar. Malah saya gagal dalam ujian pertama dan terpaksa mengulang subjek tersebut dalam Semester
Khas. Puas juga saya menangis di hadapan Professor Nisamala. Malah menurutnya dia juga tidak menyangka
saya gagal dalam ujian itu. Memang amat mencabar ketika itu kerana di dalam sejarah persekolahan saya dari
sekolah rendah hingga menengah, saya tidak pernah gagal dalam subjek ini. Kegagalan itu juga memberikan
saya inspirasi untuk membantu rakan-rakan yang lain untuk mengatasi kelemahan yang ada.

Bagi memudahkan anda mengajar Bahasa Inggeris, berikut adalah laman web yang boleh dicuba. Nasihat saya,
anda jangan mudah menyerah kalah. Bangunlah demi masa depan anda dan anak-anak didik serta anak didik
anda sendiri. Tanamkan minat yang mendalam dalam diri anda dan saya percaya anak didik anda juga pasti
akan dapat merasai aura kesungguhan anda itu.

1. Building Vocabulary Skills - Learn vocabulary words while sorting items that belong in each building.

2. Colors - Each color has its own separate interactice page for the children to click on the objects to learn to
recognize colors. Shapes, letters and numbers are also available here.

3. Color Room - Select the Mixing Room for the students. This is more of a class activity as the mouse skills may
be above some students. Click and drag two colors into the machine and see what new color is made. Great
site for discovering primary color mixes.

4. Color Room - Select the Sorting Room for the students. A class activity that gives critical thinking questions
and asks students to find the combination colors of red and yellow, blue and yellow, etc.

5. Color Room - Select the Coloring Room for the students. Introduce site as whole class activity, then it can be
used at Center Time. When students click on a primary color and paint a particular area, then click on another
primary color and paint that same area, the color on the picture will show as the combination of those two
primary colors.

6. Colors - The Shop of Colors - Story of colors, students select color that is named in the story.

7. Letterella - Meet the letters of the alphabet. Listen as Letterella sings each letter and pronounces each
phoneme in words beginning with the letter

8. Listen and Learn English - Increase vocabulary with these basic concepts. Listen and match objects after
learning their names. Great for ELL students!

9. Loosey Goosey Rhymes - Loosey Goosey letters keep falling off the words. Try to guess what letters are
missing.
10. My Picture Dictionary - Pictures to help students recognize objects around them.

11. Nursery Rhymes - listen to the poem, sequence the poem, sing the poem

12. Patterning - Color Sequencing - Find the picture to match the one shown.

13. Patterning - Color Sequencing - Color the picture to match the one shown.

14. Patterning - Copy the Bead pattern to match the one shown.

15. Poems - Listen to poems online.

16. Rhyme Time - two lines are read, students click an object to hear the rhyming word at the end of line two

17. Same and Different - Two cards are shown. If they are the same, then click the SNAP button. If they are
different, do not click. Great activity to introduce same and different.

18. What's in the Bag? - Audio directions to listen to clues and then decide what is in the bag.

J: Apa yang jelas ialah cara untuk meningkatkan pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah
rendah dan menengah adalah dengan mengemaskan program, bahan kurikulum dan kaedah pengajaran
bahasa Inggeris itu dan masa tambahan untuk bahasa Inggeris, bermula dari sekolah rendah lagi.

Pendekatan yang digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) kini adalah
communicative English.

Pendekatan ini menekankan kaedah lisan (mendengar dan berbual) dulu dan kemudian membaca dan menulis.
Tujuannya ialah supaya murid dapat 'berkomunikasi' lisan dalam konteks seharian, situasi bersama kawan dan
keluarga, membeli barang di kedai, berbual dalam telefon dan sebagainya.

Soalnya, dalam konteks kebanyakan pelajar di sekolah, terutama di luar bandar, adakah bahasa Inggeris
berfungsi atau diguna untuk lisan dalam kehidupan seharian? Rata-rata tidak. Jadi mengapa ditekankan
pembelajaran kemahiran berkomunikasi begini? Pelajar yang hendak pergi belajar di luar negara, di UK dan
Amerika Syarikat memang diajar communicative English pada mulanya, supaya mereka ini terus dapat
berkomunikasi dalam komuniti yang mengguna bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian di sana.

J: Berdasarkan pendekatan ini saya perhatikan susunan unit dalam buku teks bahasa Inggeris (Tahun 1 - 3) tidak
berturutan untuk pengajaran dan pembelajaran BI. Oleh kerana buku teks dan buku kerja sumber utama
pengajaran dan pembelajaran kebanyakan guru dan murid, maka bahan dalam buku teks BI menyukarkan
proses pengajaran dan pembelajaran BI; dan ini membantut pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris
pelajar.

Dalam KSSR sejak tahun 2010, pendekatan mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah ditukar mengguna
kaedah fonik, iaitu membunyikan semua huruf dahulu sebelum murid diajar membaca.

Murid dilatih membunyikan setiap huruf dalam sesuatu perkataan apabila hendak 'mengeja' perkataan itu.
Saya perhatikan kebanyakan mereka sukar dan kekok. Dalam kaedah fonik perkataan, frasa dan ayat yang
dipilih untuk melatih murid membaca 'kurang bermakna' kepada kebanyakan murid di Malaysia; perkataan
yang dipilih lebih kerana 'bunyinya' dan ritma.
Sejauh manakah murid Tahun 1 SK memahami apa yang dibaca? Jika perkataan dan ayat kurang bermakna bagi
kebanyakan murid sekolah kebangsaan di Malaysia, sukarlah murid mempelajari bahasa Inggeris. Kaedah ini
popular diguna bagi mengajar murid yang baru belajar membaca bahasa ibunda di UK. Buku aktiviti pelajar
disediakan dengan sangat cetek dan tidak mengena dengan apa yang dibaca dalam buku teks. Dalam
pengajaran bahasa, menulis dan membaca itu perlu kukuh mengukuh antara satu sama lain. Ini prinsip yang
perlu difahami. Sukar untuk murid sekolah kebangsaan menguasai bahasa Inggeris jika kita menggunakan buku
teks dan buku aktiviti yang sedia ada. Pendekatan (fonik) ini bercelaru dan tidak sesuai dengan konteks dan
keperluan di sekolah kebangsaan.

S: Jadi apakah pendekatan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah rendah di negara ini?

J: Pendekatan saya mudah. Murid yang sudah boleh membaca dan menulis bahasa Malaysia peringkat asas,
dengan mudah kita mengajarnya 2M (membaca dan menulis) dalam bahasa Inggeris, kerana asas 'membaca
huruf rumi' dan mengecam perkataan sudah ada. Kita boleh mengguna kebolehan sedia ada murid untuk
mengajar 2M bahasa Inggeris. Kita boleh mengguna apa yang ada dalam bahasa ibunda untuk mempelajari
bahasa lain, terutama dalam konteks bahasa kedua.

Prinsip mengguna bahasa ibunda (L1) untuk mempelajari bahasa kedua (L2) sudah lama difahami dan
diamalkan di Korea Selatan, Jepun dan Eropah, bahkan di California AS. Bahasa ibunda boleh diguna untuk
memudahkan murid memahami makna sesuatu perkataan atau ayat.

Jabatan Pendidikan California (tahun 2012) menggalakkan guru mengguna kemahiran 2M 'native language'
pelajar untuk membantu pelajar belajar BI kepada murid yang berbahasa ibundanya Sepanyol, Mexico atau
Jepun di negeri itu. Di Malaysia amalan ini dianggap 'salah', dan dimomokkan belajar BI perlu diajar dalam BI
tidak boleh digunakan dengan bahasa lain. Ini satu anggapan yang tidak berasaskan kajian.

Kaedah English in Context for Content (ECC), saya telah menulis panjang lebar pendekatan ini dalam sebuah
kertas kerja yang dibentang dalam persidangan kebangsaan transformasi pendidikan di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Kita harus mengajar 2M bahasa Inggeris dengan mengguna perkataan, ayat dan cerita yang 'bermakna' kepada
kebanyakan murid di SK. Jadi dengan adanya kemahiran mengecam perkataan yang 'bermakna' maka lebih
mudah dan cepat murid belajar BI. Pengajaran dan pembelajaran pun lebih menarik; dan guru lebih mudah
membantu murid membuat latihan yang relevan. Penambahan perbendaharaan bahasa Inggeris murid berlaku
dengan lebih cepat dan murid cepat memperluaskan perbendaharaan kata, menguasai corak ayat dan
memahami 'cerita' yang bermakna. Inilah asas mempelajari bahasa kedua, atau bahasa asing.

Saya juga memperkenalkan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) untuk mengajar 2M BI. Kajian-kajian
mendapati KGBK mudah dan berkesan untuk mengajar 2M BM. Sekarang ia luas juga digunakan di tadika
Kemas, di sekolah rendah untuk pemulihan dan di Brunei. Saya fikir KGBK boleh diguna juga bagi mengajar awal
2M Bahasa Inggeris.

Saya perkenalkan ECC ini sebagai satu ikhtiar untuk mengatasi masalah pembelajaran BI di SK yang kurang
berkesan sekarang; sebagai alternatif kepada pendekatan komunikasi dan kaedah fonik yang digunakan di SK
sekarang.

Anda mungkin juga menyukai