Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI

Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular
dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan
pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga
dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis
pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat
seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu
pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori
seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan
menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula
yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari
makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan
sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman
bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi
mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The
British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda
dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga
disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan
yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di
luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk.

MAKANAN YANG SESUAI

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan
yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita
bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa
berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat
aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti
statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam
tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh
badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti
bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu
lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan
melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat.

AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF


Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ad
penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti
anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan
setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi
hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan,
berenang dan sebagainya.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya
adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit.
Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan
(kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika
bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta
menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar.
Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat
membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan
mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan
yang lain.

HASWANI BINTI HARUN (206751)

MENGUBAH TABIAT

Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan
seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu
mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-
perkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk
mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa
menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan
mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila
mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk
meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan
jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam
tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan
lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan
sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi
semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka.
UBAT-UBATAN

Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat
badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang
enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada
menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan
bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk
mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan
mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa
kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan
sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan .ubat
yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan
memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat merupakan ubat
antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia tidak digunakan untuk
mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubat-
ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu juga
boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate 5.produk tersebut
dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr. Rozmey
membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya
mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan
mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu
keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet
yang mungkin memberi kesan buruk.

NUR HANIM BINTI AYOB (206745)

KESIMPULAN

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan
mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang
terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh
badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

Anda mungkin juga menyukai