Anda di halaman 1dari 9

1.

Soalan-soalan temuduga;

(i) Teori Kepimpinan Transaksi adalah teori yang berfokus kepada pengurusan
kawalan, organisasi dan perancangan. Teori ini juga dikenali sebagai
kepimpinan pengurusan yang menekankan peranan penyelia. Sebagai seorang
pengetua adakah Encik Vincent pernah mengamalkan dan mengaplikasikan
teori ini dalam mentadbir dan menguruskan sekolah yang diamanahkan
kepada Encik Vincent?

Soalan susulan 1
Jika pernah, sejauh manakah keberkesanan teori ini jika diamalkan dalam
mentadbir dan mengurus sesebuah sekolah yang ditadbirurus oleh Encik
Vincent?

Penggunaan teori kepimpinan bergantung kepada TOV dan juga situasi


sekolah semasa. Pada pendapat saya, personaliti ini terbentuk dan berubah
mengikut konteks dan situasi. Ia dipengaruhi oleh keadaan dan situasi
persekitaran. Sebagai contoh, pengalaman saya di SMK Sg Paoh, SMK
Sacred Heart & SMK Tinggi Sarikei ketika menjadi seorang pengetua, teori
ini memang diamalkan sebagai asas kepada permulaan, perancangan,
organisasi dan kawalan sebagai seorang ‘leader’. Kita perlu menyesuaikan
personaliti kita dengan keadaan, situasi persekitaraan dan individu yang kita
hadapi. Personaliti saya berubah sebab apabila memegang jawatan Penolong
Kanan, kita perlu berhadapan dengan guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan
ketua jabatan. Apatah lagi personaliti sebagai pengetua, kita mempunyai
sahsiah tersendiri tetapi suasana persekitaran baru mempengaruhi dan
mencorak personaliti yang berbeza.

Soalan susulan 2
Jika tidak berkesan, apa teori kepimpinan lain yang sesuai diamalkan bagi
memastikan pentadbiran dan pengurusan sekolah terus berkesan.

a) Transformasional
b) Visionary
c) Moral
d) Situasi
e) Path Goal
-digunakan mengikut kesesuaian dan situasi sekolah semasa untuk mencapai
kecemerlangan.

(ii) Penetapan visi dan misi sekolah adalah sangat penting berdasarkan matlamat
yang ingin dicapai oleh pengetua/guru besar selaras dengan kehendak warga
sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara Teori
Kepimpinan Transaksi dan Teori Kepimpinan Transformasi, teori yang
manakah lebih sesuai diterapkan dalam usaha seseorang pengetua/guru besar
untuk menjelaskan visi dan misi yang ingin dicapai kepada guru-guru, AKP,
pelajar dan para ibu bapa agar mereka jelas dengan perkara-perkara yang ingin
dicapai oleh seseorang pengetua/guru besar dalam mentadbir dan
menguruskan sekolah.

-Visionary dengan menggunakan ‘Road Map’ sebagai panduan dan titian atau
halatuju sekolah. Contohnya semasa di SMK Tinggi Sarikei hala tuju ialah;
a) First Choice - 2011
b) Breakthrough - 2012
c) Excellence - 2013
d) Distinction - 2014
e) Cluster - 2015

Soalan susulan 1
Adakah kedua-dua teori tersebut boleh digabungkan untuk mendapatkan hasil
yang terbaik.
- Ianya bergantung kepada;
a) personaliti / perwatakan
b) kualiti diri
c) Tahap Profesionalisme
--hasilnya bergantung kepada kekuatan pada diri individu
tersebut sebagai pemimpin yang berkarisma.

Soalan susulan 2;
Jika boleh digabungkan, Bagaimanakah cara teori-teori ini boleh
digabungkan?
Teori ini boleh digabungkan sama ada secara sedar atau tidak sedar, secara
sengaja atau pun sebaliknya berdasaran kelewesan atau bersifat fleksibiliti.
Iaitu bergantung kepada kejujuran atau keikhlasan dan sifat intergriti
pemimpin atau individu tersebut.
(iii) Pengurusan sumber manusia seperti guru-guru dan anggota kakitangan
pengurusan (AKP) adalah memainkan peranan yang sangat penting dalam
mencapai visi dan misi seseorang pengetua/guru besar. Tambahan pula
sumber manusia yang dibekalkan oleh pihak KPM sangat terhad dan tidak
100% memenuhi keperluan jawatan di sekolah. Apakah tindakan berdasarkan
gaya kepimpinan yang sesuai untuk mengatasi isu ini?

a) Developmental Supervision.
Sebagai seorang pemimpin kita harus progress untuk kemajuan staf,
iaitu guru, AKP atau sesiapa sahaja dalam organisasi kita.
b) Penetapan KPI
Pencapaian yang cemerlang dan yang memuaskan wajar diberi
ganjaran.
c) Inpirasi
Untuk membentuk budaya kerja sesuatu sekolah, pemimpin
memainkan peranan penting dalam rangsangan intelektual. Pemimpin
sekolah menjadi role model bagi mempengaruhi budaya kerja seseorang
guru. Dalam keadaan tertentu, kadang kala kita perlu menunjukkan
tunjuk cara dan memberi cadangan kepada staf apabila mereka merasakan
kerja tersebut sukar untuk dilaksanakan. Selain itu, sebagai seorang
pemimpin, dia perlu mempunyai kemahiran ‘coaching and mentoring’.
Mentoring bermakna membimbing seseorang individu mencapai matlamat dan
kesannya akan dilihat dalam jangka masa. Coaching bermakna melatih dan
kita akan nampak kesannya dalam masa yang singkat. Melalui ‘coaching dan
mentoring’ yang dilaksanakan sesama rakan sejawat maka pembentukan
pembangunan kapasiti guru dapat diperkembangkan. Dengan ini amalan kerja
berpasukan wujud dan semua staf akan bekerjasama dan tiada yang merasakan
dirinya ketinggalan. Pemantauan dan juga pementoran wajib dilakukan untuk
memberi ruang dan peluang agar menjadi inspirasi kepada generasi atau
pelapis kepada pemimpin yang berkalibar.
Selain itu, pemberian APC bukanlah elemen dalam kepimpinan
transaksi. Ia lebih sebagai kepimpinan visionary di mana pemimpin memberi
APC sebagai inspirasi dan motivasi kepada staf. Pemberian APC adalah
berdasarkan markah LNPT dan kini kita guna pakai PBPPP. Dalam konteks
ini, pemimpin menginspirasikan dan memberi penghargaan kepada guru
melalui APC. Ini adalah kerana dalam penilaian PBPPP, penilaian dibuat
berdasarkan interaksi. Interaksi ini merupakan satu perkongsian untuk
meningkatkan profesionalisme. Maka pemberian APC tidak berunsur
kepimpinan transaksi.

(iv) Dalam mencapai hala tuju sekolah, sudah pasti ada dikalangan warga sekolah
memberikan cadangan atau pendapat dalam sesuatu perkara. Apakah tindakan
tuan sekiranya ada guru yang mengemukakan pendapat dan cadangan yang
bertentangan dengan pendirian tuan pengetua?

Menjadi satu kebiasaan setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza,


tetapi mereka mempunyai matlamat sama. Gabungan pendapat melalui
runding cara akan mencapai kata sepakat. Pemimpin haruslah bijak
berkomunikasi. Pengstrukturan organisasi telah dilakukan di mana mesti ada
‘interlink’ antara hieraiki. Demokrasi dalam kepimpinan, iaitu yang minoriti
mengikut yang majoriti. Jadi, kepimpinan dapat menjana perubahan dari
peringkat bawah ke peringkat atas iaitu ‘win-win situational’.
Setiap individu mempunyai pendapat dan cadangan dan berhak
menyuarakannya asalkan berlandaskan perkara berikut;
a) Prinsip-prinsip Kerja/ Etika Kerja.
b) Tonggak 12
c) 7 teras perkhimatan
d) Tatasusila Profesion Perguruan dan,
e) Moral Leadership

(v) Kepelbagaian pendapat dan perbezaan tahap komitmen dalam kalangan guru
dan AKP di sekolah semasa menjalankan tugas mempengaruhi sejauh mana
visi dan misi seseorang pengetua/guru besar terhadap sekolah dapat dicapai.
Apakah pendekatan tuan pengetua dalam menangani guru dan AKP yang
berprestasi rendah?

Sebagai seorang pengetua, prestasi guru dan juga AKP harus diambil berat
agar gandingan bahu yang mantap akan melahirkan sekolah yang berkualiti
dan berprestasi tinggi. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku (staf berprestasi
rendah) perkara berikut dilakukan untuk membantu menangani masalah ini
iaitu;
a) Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
b) Perubahan Bidang Tugas – berdasarkan minat dan
kebolehan/kelebihan staf tersebut.
c) Penanda Aras – bertujuan untuk membuka minda staf serta
menyuntik semangat agar untuk lebih cemerlang.
(vi) Setelah kepercayaan diberikan kepada guru dan AKP untuk melaksanakan
sesuatu kerja atau tugas, bagaimanakah cara tuan pengetua memantau
perlaksanaan kerja atau tugas guru dan AKP yang telah diagihkan?

Bagi menjalin hubungan baik, seorang pemimpin perlulah ‘approachable’,


‘acceptable’ and ‘compartible’. Oleh itu, saya mewujudkan telegram sekolah.
Saya meminta guru-guru mewujudkan telegram. Dengan ini perbincangan,
perkongsian idea dan maklumat melalui penggunaan media sosial ini. Oleh
itu, tiada guru yang menyatakan “saya tidak tahu”. Penggunaan media sosial
sebagai satu saluran untuk menjalinkan hubungan baik.
Tetapi, kadang kala kita perlu bertindak sebagai orang jahat. Filosofi ada
mengatakan ‘ start with bad man, end up with good man’.

(vii) Hubungan baik antara pemimpin sekolah dengan guru dan ahli kakitangan
pengurusan (AKP) amat penting dalam kelancaran pengurusan sesuatu
sekolah. Pada pendapat tuan pengetua, apakah peranan motivasi dalam
melancarkan hubungan kerja antara tuan pengetua dengan guru dan AKP?

Bagi mewujudkan budaya kerja yang baik, kita tidak boleh pilih kasih, tidak
mengira pangkat baik dikalangan guru atau AKP. Kita perlu memberi peluang
menyediakan platform kepada guru untuk mengurus sesuatu program
mengikut kepakaran dan kebolehannya untuk memimpin. Dengan ini, ciri
kepimpinan dalam diri dapat dicungkil dan terserlah yang seterusnya
membawa kepada pembentukan budaya kerja yang efektif. Budaya ini
terbentuk dan akan kekal berterusan walaupun berubah pucuk kepimpinan.

(viii) Setiap tugas pasti ada cabaran yang mungkin mengganggu emosi dan memberi
tekanan kepada seseorang guru dan AKP. Bagaimanakah cara tuan pengetua
dalam memberikan galakan kepada guru dan AKP dalam menjalankan tugas
terutamanya melibatkan tugas yang kali pertama mereka laksanakan?

Sebagai seorang pemimpin, seseorang itu perlu melihat organisasi secara


menyeluruh. Dalam konteks di sekolah, seorang pengetua perlu melihat aspek
latar belakang guru, opsyen, minat dan keupayaan setiap guru dalam membuat
keputusan. Ini adalah kerana setiap guru mempunyai personaliti, minat dan
latar belakang yang berbeza. Oleh itu, seorang pengetua perlu memainkan
pelbagai peranan bagi mengelakkan pilih kasih. Jadi, kita memang akan
melihat secara profesional iaitu bergantung kepada “right person, right job,
right place and right time”.
Selain itu, seorang pemimpin perlu sentiasa cekal dan berfikiran positif. Ini
adalah kerana kadang-kala kita menghadapi situasi atau keadaan yang kita
tidak suka, tetapi kita perlu menerima hakikat tersebut dan berusaha untuk
menyelesaikan masalah. Hubungan kepimpinan yang baik dengan staf juga
memainkan peranan dalam keberkesanan sesebuah sekolah. Hubungan
kepimpinan itu menjadikan ahli dalam organisasi lebih berkesan, lebih cekap,
berpengaruh supaya lebih ramai ahli akan bersama untuk mencapai matlamat
organisasi. Oleh itu, saya sentiasa memberi peluang kepada guru untuk
menonjolkan kehebatan diri berdasarkan minat dan kebitaran guru.
Contohnya, mungkin seseorang guru mempunyai kebolehan dan kemampuan
dalam bidang seni kebudayaan, maka saya akan memberikan medan, ruang
dan pentas untuk beliau menonjolkan bakat serta potensinya.
(ix) Pengurusan kewangan yang cemerlang merupakan elemen penting dalam
memastikan kelancaran pentadbiran dan pengurusan di sesebuah sekolah.
Bagaimanakah pendekatan tuan pengetua dalam mengurus tadbir kewangan di
peringkat sekolah bagi memastikan peruntukkan dibelanjakan seoptimum
yang boleh, memandangkan peruntukkan yang diberikan oleh pihak KPM
tidak mencukupi sebenarnya?

Sokongan padu dari alumni berbentuk kewangan membantu merealisasikan


impian dalam mentransformasikan sekolah selain sokongan daripada wakil
rakyat serta badan NGO yang lain.

(x) Pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik merupakan tuntutan utama


oleh semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia. Apakah
peranan utama di sekolah dan tindakan yang tuan pengetua akan ambil bagi
memastikan kemajuan staf serta pencapaian akademik pelajar seiringan yang
menuju ke arah kecemerlangan ini dapat direalisasikan?

Saya sentiasa berpegang kepada prinsip hidup saya mudah sahaja iaitu ‘do the
best’. Maksudnya, saya buat yang terbaik kepada sekolah saya. Dalam
menjalankan tugas yang penuh rintangan, mahu tidak mahu kita perlu
menempuhi rintangan tersebut. Kejayaan yang paling membanggakan saya
adalah kejayaan SMK Tinggi Sarikei dinobatkan sebagai Sekolah
Kecemerlangan Kluster. Kecemerlangan prestasi pencapaian adalah hasil
usaha sama semua warga sekolah. Sudah tentu kita tidak boleh menidakkan
sumbangan pemimpin-pemimpin sebelum ini, kejayaan ini merupakan
kesinambungan usaha yang berterusan. “We have to help the future leader to
continue the achievement”.
Kejayaan kedua saya adalah membantu guru-guru dengan memberi peluang
kepada guru untuk kenaikan pangkat. Saya melahirkan ramai Guru
Cemerlang.

Kejayaan ketiga adalah mewujudkan peluang untuk sekolah mendapat


anugerah seperti SMK Sacred Heart dan SMK Tinggi. Untuk menjadi seorang
pemimpin, kita perlu mempunyai ‘self-esteem’ yang tinggi.

Peranan serta tanggungjawab ini berbeza dan memberi impak yang berbeza
disebabkan situasi, latar belakang serta tempat dan masyarakat yang berbeza.

(xi) Kejayaan SMK Meradong yang dapat dilihat pada masa sekarang adalah hasil
daripada perhubungan yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti
setempat. Ini membuktikan bahawa sokongan yang padu daripada komuniti
setempat mampu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Apakah perancangan
yang telah tuan pengetua lakukan untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama
yang aktif daripada Persatuan Ibu Bapa?

Ketika usia saya muda, saya ingin mencapai misi dan visi dalam masa yang
singkat. Apabila usia kita meningkat, cara kepimpinan pun mengalami
perubahan. Visi dan misi saya adalah mencapai keputusan KPI yang
ditetapkan. Saya juga mensasarkan guru memperoleh prestasi LNPT
mencapai KPI saya dan begitu juga sahsiah baik pelajar-pelajar mencapai KPI
(tiada salah laku) yang telah ditetapkan. Sarana bersama ibu bapa dan
komuniti setempat adalah kekuatan sekolah saya sekarang. Sokongan padu
dalam pelbagai aktiviti amat memberangsangkan.

(xii) “Redesigning the organization” atau penstrukturan semula organisasi adalah


langkah yang sering diambil oleh seseorang pemimpin jika pentadbiran dan
pengurusan sekolah tidak berjalan dengan lancar. Sebagai seorang pengetua,
apakah bentuk penstukturan semula organisasi yang pernah dibuat dan sedang
dibuat bagi memastikan sekolah yang ditadbirurus berjalan lancar pentadbiran
dan pengurusannya?

Cabaran utama adalah dari aspek pengurusan sumber manusia. Oleh itu
penstrukturan semula organisasi perlu dirancang agar sekolah dapat
ditadbirurus agar pengurusan daan pentadbiran dapat seiringan dan berjalan
lancer. Setiap organisasi atau sekolah tidak terkecuali daripada menghadapi
masalah ini. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai personaliti dan
kerenah yang berbeza. Sebagai pemimpin, kita menghadapi pelbagai karenah
sama ada daripada guru atau murid. Setiap hari, saya perlu berhadapan
dengan masalah-masalah yang dibawa oleh guru dan murid.

Contohnya, ketika saya berpindah ke stesen baru saya, saya dapati tempat
duduk di bilik guru kurang strategik di mana kedudukan tempat duduk guru
tidak menggalakan perbincangan professional. Oleh itu, saya telah menyusun
semula tempat duduk mengikut panitia bagi menggalakkan komunikasi dan
perbincangan professional antara ahli. Ada segelintif staf juga tidak
menjalankan tugas mengikut bidang tugasnya tetapi lebih berminat dan juga
berpotensi dalam bidang kerja lain. Misalnya ada staf berbakat bercucuk
tanam maka sekarang saya membuat projek menanam jagung, membuat
kolamikan. Maka saya menggunakan kepakaran dan minatnya terhadap kerja
atau bidang tersebut maka ia memberi impak dan membantu
memtransformasikan sekolah dengan wajah baru.

(xiii) Kedua-dua teori kepimpinan iaitu Teori Kepimpinan Transaksi dan Teori
Kepimpinan Transformasi mempunyai kelebihan dan kelemahan dalam
pentadbiran dan pengurusan. Bagaimanakah cara seseorang pemimpin
memilih elemen-elemen daripada setiap teori kepimpinan bagi memastikan
teori-teori ini berjaya diaplikasikan di sekolah?

Bagi menjalin hubungan baik, seorang pemimpin perlulah ‘approachable’,


‘acceptable’ and ‘compartible’. Oleh itu, saya mewujudkan telegram sekolah.
Saya meminta guru-guru mewujudkan telegram. Dengan ini perbincangan,
perkongsian idea dan maklumat melalui penggunaan media sosial ini. Oleh
itu, tiada guru yang menyatakan “saya tidak tahu”. Penggunaan media sosial
sebagai satu saluran untuk menjalinkan hubungan baik.

Tetapi, kadang kala kita perlu bertindak sebagai orang jahat. Filosofi ada
mengatakan ‘ start with bad man, end up with good man’. Justeru itu, kita
harus bijak memilih jenis kepimpinan bergantung kepada situasi, masa dan
keadaan pada masa tersebut dengan mengambil kira pelbagai aspek. Maka
disitulah peranan keintelektualan kita perlu diadaptasi bergantung kepada
perkara situasi tersebut.

(xiv) Akhir sekali saya ingin bertanya, sebagai seorang pemimpin seharusnya
‘masa’ itu merupakan cabaran utama disamping menjadi pemimpin disekolah
dan juga sebagai penggembleng institusi keluarga, bagaimanakah Tuan
Pengetua membahagi masa agar tidak pincang dalam kedua-duanya?
Pengurusan masa amat penting, sebagai seorang pemimpin ketepatan masa
harus dijadikan amalan mulia dan satu budaya. Begitu juga masa bersama
keluarga harus diambil berat, jadikan setiap detik yang berharga itu suatu detik
indah dan sentiasa dihargai. Oleh itu saya harus mengundur diri kerana telah
berjanji dengan anak saya untuk meraikan kejayaannya dalam SPM baru-baru
ini untuk memberi semangan serta sokongan dan motivasi kepadanya.

Terima kasih atas kesudian tuan pengetua untuk ditemuramah


pada hari ini. Tahniah diatas kejayaan anak Tuan.
Tuan Pengetua: Sama-sama.

Disediakan oleh; Disahkan oleh pegawai


ditemuduga;

[KUMEK ANAK NYELIPI] (Mr. Vincent Mr. Liong Shou Chuan)


Pengetua SMK Meradong
Tarikh temuduga : 16.03.2017

Anda mungkin juga menyukai