Anda di halaman 1dari 7

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat


jemputan dan
ibu bapa Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Hasan bin
Malek Duta Besar Malaysia ke Kemboja
merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah
diiringi oleh En Mazlan bin Latif
(Pengetua SMK Juasseh, En Rusli bin
Mohd Yusof(Yang Dipertua PIBG), Guru-
Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh.
Para hadirin diminta berdiri.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


2. Negeri Selangor
dan Lagu Marilah bersama sama kita menyayikan
Negaraku lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas
nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Kata Alu-aluan Melayang serindit di atas permatang


3. Pengacara
Majlis Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara


Yang Berhormat Tuan Yang Terutama
Dato Seri Hasan bin Malek Duta Besar
Malaysia ke Kemboja merangkap Ahli
Parlimen Kuala Pilah

Yang Berusaha En. Mazlan bin Latif


Pengetua SMK Juasseh

Yang Dihormati En.Rusli bin Mohd Yusof


Yang Dipertua PIBG SMK Juasseh

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik SMK Juasseh

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan serta


hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh... dan selamat petang.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petangi


ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya
dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-18 bagi tahun 2018
ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK


Juasseh, turut sama merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya
kepada Yang Berhormat Tuan Yang
Terutama Dato’ Seri Hasan bin Malek
kerana sudi meluangkan masa bagi
bersama-sama menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada
hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-


4. sama kita mendah tangan dengan penuh
ketakwaan untuk mengaminkan doa yang
akan dibacakan oleh Ustaz Norkamar bin
Nordin..Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


Ustaz Norkamar bin Nordin atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.

Bulat Air Kerana Pembentung


Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Juasseh kali ke-18

Ucapan Alu- Sebagai pembuka persada ucapan, majlis


5. aluan YDP dengan segala hormatnya menjemput En
PIBG Rusli bin Mohd Yusof YDP PIBG SMK
Juasseh untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada En Rusli bin Mohd Yusof atas
ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
Pengetua sekalian,

Seorang pemimpin hebat,


Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Dengan itu, majlis dengan segala


hormatnya menjemput En Mazlan bin Latif
Pengetua SMK Juasseh merangkap
Penasihat PIBG SMK Juasseh untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....

……………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Tuan pengetua atas ucapan sebentar
tadi.

Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar


6. Perasmian amanat dan ucapan yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan
Yang Terutama Dato Seri Hasan bin
Malek Duta Besar Malaysia ke Kemboja
merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah dan
seterusnya merasmikan penutupan
Mesyuarat Agung PIBG SMK Juasseh kali
ke18 bagi tahun 2018

Majlis dengan segala hormatnya


dipersilakan.
………………….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berhormat Tuan Yang
Terutama Dato’ Seri Hasan bin Malek atas
ucapan dan perasmian penutupan
sebentar tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan Yang Berhormat Tuan Yang
Terutama Dato’ itu tadi dapat kita hayati
dan ambil tindakan bersama.

7.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan


cenderamata penyampaian cenderamata kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Juasseh bagi
tahun 2017.
Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput Yang Berhormat Tuan Yang
Terutama Dato Seri Hasan bin Malik dan
diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Juasseh
En Mazlan bin Latif untuk menyampaikan
cenderamata

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi penerima pertama, dijemput YDP


PIBG bagi tahun 2017 En Rusli bin Mohd
Yusof.

(Seterusnya rujuk lampiran)

Majlis sekali lagi menjemput Yang


Berhormat Dato untuk menyampaikan
bantuan awal persekolahan 1 Malaysia
kepada para pelajar , diiringi oleh Tuan
Pengetua dan YDP PIBG SMK Juasseh.

Berikut merupakan pelajar-pelajar yang


menerima bantuan tersebut:

(Rujuk Lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berhormat Tuan Yang Terutama Dato Seri
Hasan bin Malek atas penyampaian
bantuan awal persekolahan 1 Malaysia
kepada pelajar SMK Juasseh sebentar
tadi. Semoga dengan bantuan yang
disalurkan oleh pihak kerajaan akan
meringankan beban ibu bapa dalam
membuat persediaan untuk anak-anak
mereka.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan


cenderahati penyampaian cenderahati kepada tetamu
kepada YB istimewa pada hari ini

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan


En Mazlan bin Latif, Pengetua SMK
Juasseh untuk menyampaikan
cenderahati tanda ingatan daripada warga
PIBG SMK Juasseh kepada tetamu
istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan


Pengetua atas penyampaian cenderahati
sebentar tadi

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian


8. cenderahati itu tadi, maka selesailah
sudah Majlis Perasmian Penutup
Mesyuarat Agung PIBG SMK Juasseh,
kali ke 18 bagi tahun 2018.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan warga SMK


Juasseh merakamkan penghargaan
terima kasih kepada YB Tuan Yang Utama
Dato Seri Hasan bin Malek atas kesudian
meluangkan masa pada petang ini untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK
Juasseh kali ke-18. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru serta hadirin
sekalian.

Pihak majlis berbesar hati menjemput


Yang Berhormat Dato serta tetamu VIP
untuk menikmati sedikit juadah di dewan
sri juasseh.

Sekian,

Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…..

Mengumumkan tetamu kehormat


meninggalkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai