Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan apakah yang anda faham tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FPK telah digubal supaya menjadi satu garis panduan dan merupakan penentuan dalam
hala tuju system pendidikan Negara. FPK merangkumi semua aspek keperluan sistem
pendidikan yang kukuh disamping mendukung martabat Negara. FPK menjadi suluh yang
memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan system
pendidikan Negara. Ia juga dilihat berperanan sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan kurikulum, bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. I juga
menentukan modal insan yang perlu dihasilkan melalui system pendidikan Negara. FPK juga
memberi ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk memiliki ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kelayakan yang sesuai di samping mempunyai akhlak yang mulia dan
bertanggungjawab. FPK juga merangkumi salah satu elemen rukun Negara iaitu kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini menunjukkan FPK juga memberi penentuan dalam aspek
agama dimana semua rakyat bebas menganuti agama masing-masing seperti mana
termaktub di dalam undang-undang Malaysia. Secara keseluruhannya, FPK telah menjadi
tunjang dan asas kepada membentuk masyarakat Malaysia yang memiliki fikiran dan sikap
yang waras, jiwa yang tenang serta tubuh badan yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai