Anda di halaman 1dari 16

30 Idea Untuk Tulis

Follow Up.
NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan


di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan
awal di Negeri Johor dan mendapat
peluang melanjutkan pelajaran di MRSM
Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun
Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan


yang cemerlang pada peringkat PMR
dan SPM seterusnya menyambung
pengajian ke peringkat matrikulasi di
Tangkak. Masakini beliau merupakan
pelajar sepenuh masa di Universiti
Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah
berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau
mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik
ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa


mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan


paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia


ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Pendahuluan.

Dalam pemasaran emel. Follow up adalah segala-galanya. Jika follow up


anda gagal, anda juga akan gagal. Apabila seseorang masuk ke dalam
kedai, seorang jurujual haruslah ada untuk memberi nasihat atau
pandangan kepada pelanggan. Begitu juga dengan jualan di Internet,
apabila seseorang telah subscribe, anda perlu temani mereka dengan ayat-
ayat follow up.

Follow Up berfungsi untuk memberi pandangan dan nasihat pada para


subscriber. Di samping itu, ia juga berfungsi untuk memikat pelanggan
membeli produk yang anda jual. Untuk memikat pelanggan, ada di antara
Internet Marketer, menawarkan kursus 7 hari kepada subscriber mereka.
Ada juga yang menawarkan ebook percuma dan ada juga yang menawarkan
preview ebook atau program.

Namun, ayat di dalam follow up haruslah menggoda si pembaca supaya


mereka bertindak. Goda dan terus goda. Setiap 3 hari, hantar emel dan
goda serta terus goda sampailah si pembaca membeli produk itu. Jika anda
perhatikan dalam pemasaran emel, mereka yang berminat sahaja akan buka
emel anda. Jadi, gunakan ia sebaik mungkin. Mereka memang berminat
untuk mengetahui dan adalah tugas follow up untuk menggoda.
Di dalam ebook ini, saya akan sertakan 30 tips untuk menghasilkan emel
follow up. 30 tips ini terdiri dari tema dan anda boleh gunakan tema ini
untuk menghasilkan ayat follow up yang berkualiti.
30 idea Follow Up

1. Harga naik.

Tulis emel yang mengatakan produk akan di naikkan harga dalam


masa terdekat. Yakinkan si pembaca dengan mengatakan anda
terpaksa menaikkan harga kerana sebab-sebab tertentu. Katakan
juga anda sedang mengalami kerugian kerana menjual pada harga
yang murah.

2. Pembayaran mudah.

Tulis emel bahawa anda sudah menyediakan pembayaran produk cara


murah. Jika sebelum ini tiada option kad kredit, anda boleh
tambahkan option tersebut dan beritahu pada list. Jika produk anda
harga mahal, anda boleh benarkan pembeli untuk membayar secara
ansuran dengan autodebit dari kad kredit mereka.

3. Server down
Katakan pada subscriber, server anda mengalami gangguan kerana
terlalu ramai pelawat yang melawat laman web anda. Anda juga boleh
katakan terlalu ramai yang download produk yang anda jual sehingga
mengganggu kelancaran server anda.

4. Emel di target spam.

Tulis pada subscriber, bahawa emel pertama anda telah di kesan


sebagai emel spam dan minta mereka untuk check di spam folder.
Anda katakan pada mereka anda terlupa untuk periksa kadar spam
dalam emel yang di hantar dan meminta maaf. Di samping itu, pikat
mereka dengan produk anda. Tujuan emel ini di hantar adalah untuk
menarik perhatian mereka untuk membaca kerana manusia memang
suka mengetahui masalah orang lain.

5. Kurangkan harga.

Katakan pada subscriber, anda telah kurangkan harga produk yang di


jual di sebabkan terdapat ramai orang yang mahu membeli tetapi
mereka tidak mampu. Kurangkan harga dan wujudkan kuota. Katakan
pada mereka, anda memang benar-benar ikhlas untuk membantu
mereka mendapatkan produk itu.

6. Tambahan Bonus.
Wujudkan satu lagi bonus untuk pembeli produk dan katakan pada
mereka bonus itu istimewa dan sangat-sangat terhad. Beritahu
selengkap mungkin maklumat mengenai bonus itu.

7. Masalah autoresponder.

Tulis tajuk yang gempak dan katakan anda tidak berpuas hati dengan
autoresponder anda. Katakan emel pertama tadi tidak lengkap tetapi
autoresponder anda terus menghantarnya. Di samping itu promosi
produk anda. Teknik ini untuk menarik pembaca yang minat pada
kontroversi.

8. Jualan hampir tamat

Dua tiga bulan selepas perlancaran, katakan pada subscriber anda


yang masih liat untuk membeli bahawa jualan sudah hampir tamat
dan mereka boleh dapatkan sekarang atau akan menyesal pada
kemudian hari nanti.

9. Amaran kuantiti.

Wujudkan satu suasana kecemasan, katakan produk anda semakin


laris dan mula mencapai kuota atau sasaran anda. Katakan pada
mereka rahsia di dalam produk anda itu bakal tersimpan selama-
lamanya.
10. Emel ketika waktu cuti.

Hantar emel pada subscriber anda selepas hari cuti. Ceritakan


kenangan indah anda ketika percutian dan kaitkan faedah di dalam
produk anda dengan percutian anda.

11. Jawab Soalan.

Tulis emel berbentuk Question and Answer. Cari sebanyak mungkin


soalan yang relevan dengan produk anda dan tulis jawapannya sekali.
Teknik ini bagi menghuraikan persoalan tersirat di dalam minda
subscriber.

12. Bonus affiliate.

Beritahu para subscriber mengenai bonus yang di beri oleh para


affiliate produk anda. Di sini mungkin mereka akan berminat untuk
membeli dari salah seorang affliater anda.

13. Link rosak.


Teknik ini adalah salah satu cara untuk memikat si subscriber untuk
membaca emel anda. Hantar dua emel, emel pertama di sertakan
dengan link yang rosak dan emel kedua bercerita mengenai emel
pertama dan sertakan dengan link yang betul.

14. Peluang affliate.

Teknik ini boleh di lakukan ketika pra pelancararan. Beritahu para


subscriber bahawa anda bakal membuka sistem affliate untuk produk
anda di sebabkan terlalu ramai yang mengatakan produk anda bagus
dan mereka berminat untuk promosi produk anda.

15. Preview percuma ebook

Bongkarkan dengan lebih lanjut mengenai produk anda. Beritahu pada


para subscriber mengenai rahsia terbesar di dalam produk anda.
Beritahu secara samar-samar sahaja supaya mereka tidak nampak
rahsia sebenar tetapi dapat merasai kehadiran rahsia tersebut.

16. Tambahan pada minisite.

Beritahu pada subscriber anda mengenai tambahan pada minisite


anda. Tambahan tersebut boleh jadi ecover baru, tambahan modul,
tambahan bukti atau tambahan testimoni.

17. Percubaan percuma.


Bina satu konsep free trial sama ada dalam harga yang rendah atau
percuma terus pada masa tertentu. Di dalam free trial itu, ceritakan
secara ringkas mengenai produk anda itu. Hantar emel pada
subscriber anda mengenai tawaran anda itu.

18. Bonus produk sudah hampir habis.

Ceritakan pada subscriber anda bahawa bonus yang di beri bersama-


sama dengan produk anda adalah terhad dan ia semakin menghampiri
kuota yang di benarkan. Ceritakan mengenai kehebatan bonus anda
itu.

19. Pengumuman pakej.

Jika produk yang anda jual kurang mendapat sambutan, mungkin


anda boleh pecah-pecahkan mengikut kategori dan letakkan pada
harga yang berlainan. Sudah tentu, mereka akan dapat diskaun jika
mereka beli semua pakej. Umumkan khas pada subscriber anda
sahaja.

20. Testimoni dalam bentuk emel.

Tunjukkan pada subscriber anda testimoni yang anda terima melalui


emel. Kalau boleh sertakan dalam bentuk screen shot supaya
subscribe akan lebih cair akan tawaran anda.
21. Lebihkan produk dan masa.

Ceritakan pada para subscriber berkenaan dengan produk anda.


Katakan pada mereka betapa lakunya produk anda dan anda terpaksa
menutup jualan kerana kuota telah hampir penuh. Namun, khas untuk
para subscriber, anda lanjutkan tawaran untuk produk tersebut.

22. Emel tepu.

Ceritakan pada para subscriber anda mengenai kerancakan promosi


yang di jalankan oleh affliate anda. Anda cerita mengenai beberapa
beberapa orang telah hubungi anda berceritakan tekanan mereka
menerima emel yang banyak berkenaan dengan produk anda. Emel ini
menunjukkan produk anda memang mendapat sambutan kerana
ramai yang sedang promosikannya.

23. Keputusan jualan.

Ceritakan pada subscriber anda berkenaan dengan jumlah conversion


yang di terima oleh anda.

24. Pendapatan affiliate.

Tunjukkan pada subscriber pendapatan yang di terima oleh affiliate


anda. Cemburukan subscriber anda dengan pendapatan yang di terima
oleh para affiliate. Namun, anda perlu ceritakan juga berkenaan
dengan produk anda.
25. Terlupa sesuatu.

Hantar emel berceritakan konon-kononnya anda terlupa sesuatu pada


emel sebelum ini. Ketika ini masukkan point-point yang anda tidak
masukkan pada emel sebelum ini.

26. Keputusan pada kadar yang cepat.


Ceritakan pada subscriber anda berkenaan dengan pembeli yang
mendapat keputusan cepat apabila menggunakan teknik yang anda
jual itu.

27. Kesilapan besar.

Jika sesuatu emel yang anda hantar tidak mendapat sambutan, hantar
satu emel menyusul menyatakan kesilapan yang anda lakukan
sebelum ini.

28. Konsep bayaran mudah.

Ceritakan proses pembayaran untuk produk anda. Anda pasti terkejut


dengan hasilnya. Mungkin ada subscriber anda akan membeli terus
produk anda.

29. Support affiliate.


Ceritakan pada subscriber mengenai cara anda membantu para
affiliate dengan memberi tools yang bertepatan seperti koleksi emel,
keyword dan sebagainya. Penceritaan anda secara tidak langsung
akan memberi gambaran pada pembeli bahawa produk anda sangat
bagus.

30. Rumusan mengenai kesibukan.

Ceritakan bagaimana sibuknya anda sejak anda melancarkan produk


anda itu. Ceritakan suka dan duka anda. Ini secara tidak langsung
memberi gambaran produk anda mendapat sambutan yang hangat.

Kesimpulan.

Tujuan utama emel follow up adalah untuk menarik perhatian para


subscriber mengenai produk anda. Setiap strategi mempunyai kelebihan dan
kelemahan masing-masing. Biasanya 7 emel follow up pertama adalah emel
memujuk yang agresif, selepas itu, anda hanya hantar emel berbentuk
santai. Ini untuk mengelakkan mereka menyampah pada anda.
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium


Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com

Anda mungkin juga menyukai