Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR,

15100 KOTA BHARU,


KELANTAN

Rujukan Kami : SKPH PSS 700-2/1 (19)


Tarikh : 15 November 2018

Kepada

Ibu bapa / Penjaga


Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2018

Tuan/Puan

PENAMATAN JAWATAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2018

Perkaran di atas dirujuk,

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua jawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi sesi
persekolahan 2018 akan ditamatkan. Penamatan ini adalah disebabkan tempoh lantikan pengawas hanyalah
berkuatkuasa bagi tahun semasa sahaja.

3. Sehubungan itu, pelantikan anak/ jagaan tuan/puan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)
akan ditamatkan bermula 23 November 2018.

4. Pihak sekolah dan Jawatankuasa Pengurusan PSS Sk Pasir Hor akan menilai semula dan mengambil
keputusan samada anak/jagaan tuan/puan dipilih atau dilantik semula bagi sesi persekolahan 2019.

5. Atas kerjasama dan komitmen anak/ jagaan tuan/puan selama ini amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(MOHAMMAD NAZIR B AB RAHMAN)
Guru Besar,
SK Pasir Hor,
15100 Kota Bharu, Kelantan
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR,
15100 KOTA BHARU,
KELANTAN

Rujukan Kami : SKPH PSS 700-2/1 (20)


Tarikh : 15 November 2018

Kepada

__________________________
__________________________

Saudara/Saudari

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih dan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah
(PSS) bagi sesi persekolahan 2019.

2. Untuk makluman ibu bapa, lantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dibuat setiap tahun berdasarkan
kepada prestasi akademik dan prestasi kerja mereka. Sekiranya prestasi akademik para pengawas yang
dilantik tidak memuaskan, tidak menjalankan tugas dengan sempurna atau melakukan salah laku, setelah
diberi nasihat, maka pihak pengurusan Pusat Sumber Sekolah berhak untuk tidak melantik semula mereka
pada tahun berikutnya atau melucutkan jawatannya .

3. Pihak Pusat Sumber Sekolah berharap anda akan mematuhi segala peraturan Pusat Sumber Sekolah
serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, berdedikasi dan cemerlang mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

4. Sila pastikan anda mengisi borang-borang berikut dan menyerahkannya kembali kepada Pn. Wan
Amirah bt Wan Mohd Ishak pada atau sebelum 21 November 2018 (Rabu).

a) Borang perakuan ibubapa


b) Borang aku janji Pengawas PSS

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………..
(MOHAMMAD NAZIR B AB RAHMAN)
Guru Besar,
SK Pasir Hor,
15100 Kota Bharu, Kelantan
--------------------------------------------
--------------------------------------------
--------------------------------------------
--------------------------------------------

Guru Perpustakaan dan Media,


SK Pasir Hor
15100 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh :

Puan,
Pelantikan Sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Saya ibu/bapa penjaga kepada ___________________________________ membenarkan/ tidak membenarkan


anak saya jagaan saya menjadi Pengawas Pusat Sumber Sesi 2018 dan saya memahami segala syarat-syarat
yang telah digariskan oleh pihak sekolah.

Yang benar,

………………………………………...
( )
No. K.P:
No. Telefon

Anda mungkin juga menyukai