Anda di halaman 1dari 26
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Goverment Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ‘Tel: 03-8884 6077 Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8869 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web: wiewmoe.govimy Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 Jid. (45°) Tarikh: Disember 2017 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 9 TAHUN 2017 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KELAS BERCANTUM DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELBAGAI GRED TUJUAN 1. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan untuk memaklumkan Garis Panduan Pelaksanaan Kelas Bercantum dengan Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred kepada pentadbir sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berenroimen 30 dan ke bawah. LATAR BELAKANG 2, Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred di sekolah berenrolmen 30 dan ke bawah merupakan strategi jangka pendek Inisiatif #40: Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Sekolah Kurang Murid. Strategi ini dilaksanakan di sekolah yang bilangan murid dan nisbah murid kepada guru yang kecil Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred ini akan dapat meningkatkan kecekapan guna tenaga guru. 1 3. Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil. 10/2016 pada 3 Ogos 2016, Mesyuarat Ketua Bahagian Bil. 10/2016 pada 10 Ogos 2016, Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 12/2016 pada 10 Ogos 2016, Mesyuarat Profesional KPM Bil. 37/2016 pada 15 Disember 2016 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-213 pada 28 Mac 2017. 4, Kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred di sekolah berenrolmen 30 dan ke bawah akan dilaksanakan mulai hari pertama sesi persekolahan 2018 melibatkan murid-murid Tahun Dua hingga Tahun Lima. TAFSIRAN 5. Pelbagai gred merujuk kepada tahun persekolahan iaitu Tahun Satu hingga Tahun Enam. 6. Kelas bercantum dilaksanakan di sekolah berenrolmen 30 dan ke bawah untuk Tahap | dan Il. PELAKSANAAN 7. Kelas bercantum melibatkan penggabungan tahun persekolahan seperti yang berikut: i. Tahap |: Tahun Dua dengan Tahun Tiga; dan ii. Tahap Il: Tahun Empat dengan Tahun Lima. 8. Pelaksanaan kelas bercantum di sekolah-sekolah yang terlibat dalam Program Dual Language Programme hendaklah melibatkan kelas Tahun Dua & Tiga dan/atau kelas Tahun Empat & Lima yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. 9. Persediaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred merangkumi aspek yang berikut: i. Peranan pentadbir dan guru; ii. Pengurusan kelas bercantum; iii, Pengurusan kurikulum kelas bercantum; dan iv. Strategi pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum. 10. Bagi memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan lancar, _pihak YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan hendaklah merujuk Garis Panduan Kelas Bercantum di sekolah KPM yang disertakan. PENGECUALIAN 11, Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred tidak terpakai kepada murid-murid kelas berikut i, Tahun Satu; dan ii, Tahun Enam. 12, Pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred juga tidak terpakai kepada sekolah yang mempunyai kepelbagaian dan keperluan khusus iaitu: i. SK Orang Asli; ji. SK Pendidikan Khas; dan ili, Kelas Pendidikan Khas Integrasi. TARIKH KUAT KUASA. 143. Surat pekeliling ikhtisas ini berkuat kuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2018.

Anda mungkin juga menyukai