Anda di halaman 1dari 1

Rendang Ayam Noxxa

Bahan-bahannya:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai - dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Penyediaannya:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik
3. Masukkan santan pekat
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu
atau senduk plastik.
5. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan
masukkan 8 minit. Sentuh butang On
6. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM.Tujuannya adalah
untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak
dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
7. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
8. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja
di dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas bolehlah
guna fungsi WARM-REHEAT.

Anda mungkin juga menyukai