Anda di halaman 1dari 1

Asal usul nama BAHULU

Mengikut sejarah orang-orang dahulu, perkataan BAHULU atau BAULU adalah datang dari frasa
"buah tangan daru hulu".Ini kerana orang-orang dahulu menggunakan pengangkutan air sebagai
jalan utama.Oleh kerana ketinggian budi orang Melayu, mereka sangat menghormati jiran tetangga
dan saudara mara..
Kuih bahulu dijadikan buah tangan dan menjadi medium pengerat hubungan sesama mereka.
selain itu bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu
yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.

Di Brunei, kuih ini dipanggil Kuih Buah Ulu, ada yang memanggilnya Bahulu.
Sebenarnya kesemua nama untuk kuih ini ada saling kaitnya.
Singkatan nama:
Baulu - Ba Ulu - Buah Hulu
Bahulu - Buah Hulu
Buah ulu - Buah Hulu

Jadi baulu, bahulu dan buah ulu ini kenapa namanya berbeza? Inilah revolusi perkataan dan
istilah. Pada masa dahulu, nenek moyang orang Melayu ada yang tinggal di hulu sungai dan ada
yang tinggal di hilir sungai.
Sungai itu bukankah salah satu sistem pengangkutan orang-orang zaman dahulu?
Orang-orang yang berada di hulu sungai, dipercayai adalah orang yang pertama yang mencipta
kuih baulu ini. Kuih baulu ini selalunya dijadikan buah tangan.
Orang-orang pada masa itu menyebut kuih ini sebagai buah tangan dari hulu. Lama-kelamaan
sebutannya diringkaskan menjadi, baulu.Oleh itu kuih baulu adalah ringkasan daripada kuih
buah tangan dari hulu.

Anda mungkin juga menyukai