Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK.

GUGUSAN 1439H/2018
LEKIR
M
1. PENGENALAN
Kedatangan ramadhan adalah nikmat dan anugerah dari Allah untuk kita bagi menambah
amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat
sunat tarawih, tadarus al-Quran, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan
dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini. Dalam konteks pendidikan di sekolah, ia sebagai
penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah
seluruhnya.

2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan agar penghayatan Ramadhan
dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi warga sekolah supaya cita-cita melahirkan
generasi beriman, berilmu dan berakhlak tercapai.

3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan insan bertakwa yang memiliki sahsiah diri yang mulia.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan
Ramadhan dan menyemarakkan syiar Islam di sekolah ini.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan serta turut sama
bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang memerlukan.
3.4 Sebagai satu wadah berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati
keberkatan,kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Mengukuhkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam dengan penekanan terhadap bacaan al-
Quran.

4. SASARAN
4.1 Murid tahap 1 dan 2
4.2 Murid Prasekolah dan Pendidikan Khas
4.3 Guru-guru dan Staf Sekolah

1
KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK. GUGUSAN 1439H/2018
LEKIR
M

5. AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

JADUAL PELAKSANAAN BULAN DAKWAH & PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2018

BIL. TARIKH AKTIVITI OBJEKTIF TEMPAT


1. 16 MEI 2018 1. MAJLIS 1.Memaklumkan kepada DEWAN SERI GUGUSAN
PELANCARAN IHYA’ semua guru, murid dan
RAMADHAN warga sekolah, AJK PIBG
1439H/2018M tentang aktiviti dalam bulan
2. PELANCARAN puasa
TABUNG INFAQ DAN
WAKAF SEBUTIR
BENIH AKHIRAT
(GALAKAN BERSEDEKAH
DI BULAN RAMADHAN)
2. KUTIPAN TABUNG 1.Kesedaran tentang TABUNG BERGERAK KE
INFAQ DAN WAKAF hikmah dan kepentingan SETIAP KELAS
17 MEI- 06 JUN SEBUTIR BENIH infaq dan wakaf. (17 MEI-07 JUN 2018)
2018 AKHIRAT 2. Menghilangkan perasaan TINDAKAN: USTAZAH
(GALAKAN BERSEDEKAH bakhil dalam pemilikan. KAUTHAR BT. ISMAIL
DI BULAN RAMADHAN) 3. Merasai perkongsian USTAZ MUHAMMAD
harta dalam menjayakan LUQMAN BIN MASSUTI
sesuatu pembangunan syiar USTAZAH SUHANA BINTI
Islam. KERIYA

3. 17 MEI HINGGA TADARUS AL-QURAN/ 1.Memperbaiki bacaan MUSOLLA AL-AZAM


7 MEI 2018 TAHSIN AL-FATIHAH murid MURID TAHUN 3-6
(3 MINGGU) 2. Mengimarahkan surau TINDAKAN: UST. LUQMAN
dengan bacaan ayat-ayat al- CIKGU MADRISAM
Quran CIKGU ISMAIL
3. Membaiki dan (WAKTU REHAT)
memperelokkan bacaan
surah al-Fatihah MURID TAHUN 1-2
BILIK GERAKAN
TINDAKAN: USTZ. SUHANA
(WAKTU REHAT)

4. 16 MEI & RISALAH RAMADHAN 1. Menyampaikan MENGEDARKAN RISALAH


28 MEI 2018 maklumat RAMADHAN KEPADA
berkaitan SEMUA WARGA SEKOLAH
ramadhan TINDAKAN USTAZAH
KAUTHAR

2
KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK. GUGUSAN 1439H/2018
LEKIR
M

5. 8 JUN 2018 MAJLIS PENUTUPAN 1. Merasai kesedihan DEWAN SERI GUGUSAN


IHYA’ RAMADHAN berakhirnya bulan TINDAKAN:
-KHATAM AL-QURAN Ramadhan UST. LUQMAN
-PEMBERIAN DUIT RAYA 2. Merasai kegembiraan USTAZAH KAUTHAR
KEPADA MURID bakal menyambut Hari Raya USTAZAH SUHANA
-SUMBANGAN KEPADA Aidilfitri
ANAK YATIM & 3.Menginsafi
GOLONGAN YANG diri/Muhasabah diri
MEMERLUKAN tentang Rezeki, Semoga
rezeki yang ada dapat
dikongsi bersama golongan
yang memerlukan.

6. JAWATANKUASA
6.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi: En. Azman bin Abd. Wahid (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi: Pn. Sharidah bt. Shariff (Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 1: Pn. Noor Akma bt. Rashidi (Pen. Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2: Pn. Azikha bt. Ahmad(Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha: Pn. Suhana bt. Keriya
Penolong Setiausaha: Pn. Kauthar bt. Ismail
Bendahari: En. Muhammad Luqman bin Tn. Hj. Massuti

6.2 Ahli Jawatankuasa


Jawatankuasa Tadarus/Tahsin al-Fatihah
- En. Muhammad Luqman b. Massuti
- Pn. Suhana bt. Keriya

Jawatankuasa Sumbangan Fakir Miskin dan Anak Yatim

- Pn. Norazimah bt. Abd. Aziz


- Pn. Jamnah bt. Arifin
- Pn. Intan Sakindah bt. Ishak

3
KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK. GUGUSAN 1439H/2018
LEKIR
M
-

Jawatankuasa Risalah Ramadhan

- Pn. Kauthar bt. Ismail

Jawatankuasa Persiapan Tempat/Kawalan Murid

- En. Ismail bin Din


- En. Muhamad Madrisam b. Muhamad
- Pn. Nor Hasniza bt. Mohd. Nordin
- Pn. Hazatul Fauziah bt. Hamzah
- Cik Rohaiza bt. Mohd. Khairi

Jawatankuasa Backdrop/ Persiapan Pentas

- Pn. Nurrulhuda bt. Husin


- Pn. Salwa bt. Yaakob
- Pn. Noorazizawati bt. Sanusi

Jawatankuasa Juru Gambar

- En. Mohd. Rodzi b. Taupik


-
7. KEWANGAN
7.1 Anggaran Perbelanjaan

PERKARA ANGGARAN CATATAN


Cenderahati Peserta Khatam
RM7 x 12 orang = RM 84.00 Wang Kegiatan Agama Islam
al-Quran
Tabung 1 RM80 x 1 = RM 80.00 Wang Kegiatan Agama Islam
Padlock 1 RM 3.30 x 1= RM 3.30 Wang Kegiatan Agama Islam
Fotostat Bahan Risalah 262 Helai x RM O.10
Wang Kegiatan Agama Islam
Ramadhan =RM 26.20
Kertas Warna A4 RM 3.50 x 3 PKT=RM 10.50 Wang Kegiatan Agama Islam
JUMLAH RM 204.00 Wang Kegiatan Agama Islam
Sumbangan anak Yatim RM20 x 4 orang = RM80.00 Duit Kutipan Tabung Infaq
Sumbangan Murid Yang
RM 15 x 21= RM 315.00 Duit Kutipan tabung Infaq
Memerlukan
RM2 x 130 orang =
Sumbangan Hari Raya Duit Kutipan Tabung Infaq
RM260.00
JUMLAH RM 655.00 Duit Kutipan Tabung Infaq

4
KERTAS KERJA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SK. GUGUSAN 1439H/2018
LEKIR
M

7.2 Sumber Kewangan


 Wang kegiatan Agama Islam
 Duit Kutipan Tabung Infaq

8. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang dan dapat
melahirkan warga sekolah yang cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang
bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan
di akhirat. Ia juga sedikit sebanyak akan dapat membantu murid-murid yang kurang bernasib
baik. Semoga amalan yang kita lakukan mendapat Keredhaan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………………….. …………………………………
(SUHANA BINTI KERIYA) (AZMAN BIN ABDUL WAHID)
Penyelaras dakwah SK. Gugusan Lekir Guru Besar,
SK. Gugusan Lekir

Anda mungkin juga menyukai