Anda di halaman 1dari 4

UJIAN PRA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

GRAF FUNGSI
Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Titik-titik (2, 15), (3, 20), (4, 25), (5, 30), (6, 35) berada di atas satu garis lurus yang menunjukkan
fungsi y terhadap x. Pernyataan yang manakah menerangkan fungsi tersebut dengan tepat?
A Tambah nombor pertama dengan 13
B Tolak 17 daripada nombor pertama
C Darab nombor pertama dengan 2 dan kemudian tambah 9
D Darab nombor pertama dengan 5 and kemudian tambah 5

2 Bilangan botol jenis P dan bilangan botol jenis Q yang boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak dalam
satu masa dimodelkan dengan fungsi 5a + 15b = 250, dengan a ialah jumlah botol jenis P dan b ialah
jumlah botol jenis Q. Jika 20 botol jenis P dimasukkan ke dalam kotak itu, berapakah jumlah botol Q
yang boleh dimuatkan ke dalam kotak tersebut?
A 5 B 10
C 15 D 20

3 Jadual di bawah mewakili hubungan bagi fungsi y terhadap x. Tentukan sama ada fungsi tersebut adalah
fungsi linear atau fungsi tak linear. Berikan justifikasi anda.

x y
1 3
2 7
3 9
4 12

4 Antara titik-titik (1, 8), (2, 14), (3, 20), (4, 25) dan (5, 32), yang manakah tidak berada di atas garis lurus
y = 6x + 2?
5 Kedai Bakeri Murni membelanjakan RM5000 untuk membeli sebuah mesin pengadun tepung. Purata
kos bahan mentah bagi membuat sebuku roti ialah RM0.55. Lengkapkan jadual berikut dengan
menunjukkan hubungan fungsi antara bilangan roti yang dikeluarkan, r, dengan jumlah kos yang
ditanggung oleh Bakeri Murni, iaitu kos mesin dan bahan mentah, K. Adakah fungsi tersebut suatu
fungsi linear atau fungsi tak linear? Berikan justifikasi anda.

r K
100
200
300
400
500

6 Sebiji mentol dinyalakan untuk tempoh 10 minit dan kemudian dipadamkan. Mentol tersebut mengambil
masa 5 minit untuk sejuk. Setelah sejuk, mentol itu dinyalakan semula untuk tempoh 10 minit. Lakar
graf fungsi suhu mentol terhadap masa.
JAWAPAN
1 D

2 B

3 Fungsi tak linear kerana kadar perubahan y tidak tetap atau terdapat titik yang tidak berada pada garis
lurus atau jawapan yang munasabah.

4 (4, 25)

5 r K
100 5055
200 5110
300 5165
400 5220
500 5275

Fungsi linear kerana kadar perubahan K adalah tetap atau jawapan yang munasabah.

6
y

Anda mungkin juga menyukai