Anda di halaman 1dari 1

Muhamad Rizani Bin Mohd Riffin

No.22, Jalan 35/126B,


Seksyen 35, 40470 Shah Alam,
Selangor D.E. Jun 2014

Hjh. Rosezairani Marmuji


Pengarah Bangunan,
Jabatan Bangunan,
Majlis Bandaraya Shah Alam,
Tkt.8, Wisma MBSA,
Persiaran Perbandaran,
40706 Shah Alam,
Selangor D.E.

Puan,

PER: MEMOHON KEBENARAN UBAHSUAI MELEBIHI HAD ANJAKAN 20’ DI BAHAGIAN


TEPI KEPADA RUMAH TERES 2 TKT. JENIS LOT TEPI DI NO.22, JALAN 35/126B,
SEKSYEN 35, 40470 SHAH ALAM, SELANGOR.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhamad Rizani Bin Mohd Riffin adalah pemilik rumah teres
3 tingkat seperti tajuk yang tertera di atas. Saya bercadang untuk mengubahsuai rumah tersebut
sebelum berpindah masuk pada hujung tahun ini.

2. Dengan ini saya memohon kebenaran dari pihak Puan untuk membuat tambahan melebihi
had anjakan 20’ di bahagian tepi rumah kerana;

a) Dapur sediada adalah sangat kecil, jadi saya bercadang untuk menambah bahagian tepi
supaya ruang dapur dapat diluaskan dan dapat dijadikan ruang makan kedua bagi menyambut
tetamu yang ramai & saudara-mara yang berkunjung.
b) Saya juga memerlukan sebuah bilik kecil untuk dijadikan stor bagi menyimpan barang-barang
rumah lama sewaktu berpindah masuk ke rumah ini.

3. Bersama ini disertakan lakaran pelan bersaiz A4 menunjukkan cadangan ubahsuai yang akan
dibina di bahagian tepi rumah sediada di tapak.

4. Saya berharap agar pihak Puan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan memberi
kebenaran bertulis bagi membuat ubahsuai tersebut dan saya bersedia untuk mematuhi syarat-
syarat tambahan yang dikenakan oleh MBSA.

Kerjasama dari pihak Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Yang benar,

--------------------------------------------
Muhamad Rizani Bin Mohd Riffin
012-6744670

Anda mungkin juga menyukai