Anda di halaman 1dari 3

(JKJ 131)

Ruj. Tuan : DY-DESB-JKKP-GWM-F548-GWM

Ruj. Kami : JKKP IS 127/453/2-2019235148(6)

Tarikh : 21-Nov-2019

Pengurus
Dynaciate Engineering Sdn Bhd
Plo 772, Zon 12B,
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang
81700 Pasir Gudang
Johor

Tuan,

Kelulusan Rekabentuk Bejana Tekanan Tidak Berapi


Perkara : Glass Wool Melter
Ukuran : 2200 ID mm x 6386 OL mm x - H mm
No. Pelan : DY-0519-H78354 to H 78375
Model : Melter Tank

Dengan kuasa yang diberikan kepada saya sebagai Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, Malaysia
dengan ini saya menguntukkan tekanan kerja selamat bagi bejana tekanan yang tersebut di atas
seperti berikut :-

Tekanan Kerja Selamat yang diuntukkan


Bahagian
kPa Psi
Jacket 200 29
Shell -50 -7

2. Kelulusan ini adalah tertakluk pada syarat-syarat berikut :

(i) Bejana ini pada keseluruhannya hendaklah dibina menurut pelan-pelan rekabentuk yang
tercatat di atas. Bahagian-bahagian bejana ini hendaklah dibina daripada bahan-bahan
yang tidak kurang tarafnya daripada spesifikasi yang tercatat di dalam lukisan tersebut atau
dokumen yang dikemukakan,

(ii) Hanya pengimpal-pengimpal yang diiktiraf oleh Jabatan ini sahaja, dengan syarat-syarat
yang telah ditetapkan, dibenarkan membuat kimpalan ke atas bejana ini. Dua salinan
borang Kej. 175A hendaklah dikemukakan ke Jabatan ini bagi setiap bejana yang
tuan/wakil tuan bina,

(iii) Pembinaan bejana dari segi prosedur dan kawalan mutu hendaklah menurut kod
ASME SECTION VIII DIV. 1, EDITION 2017,

(iv) Bejana ini hendaklah lulus ujian hidrostatik dengan disaksikan oleh Pemeriksa Kilang dan
Jentera pada tekanan ujian seperti yang berikut:

Tekanan Ujian
Bahagian
kPa Psi
Jacket 286 41

(bersambung di muka sebelah)


-2-
(v) Pepasangan mustahak menurut Peraturan 47, Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan
Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970, mestilah dipatuhi.

3. Peruntukan tekanan kerja selamat ini adalah sah sehingga :

(i) Berlakunya sebarang perubahan atau pembaharuan kod rekabentuk semasa yang
mengkehendaki perubahan dari segi rekabentuk, pembinaan dan pemeriksaan yang
berlainan daripada spesifikasi dan praktis ketika kelulusan ini diberi atau,

(ii) Jabatan ini membatalkan atau menarik balik peruntukkan tekanan kerja selamat tersebut.

Pihak tuan adalah bertanggungjawab memerhatikan status rekabentuk ini menurut perkara (i) dan (ii) di atas
untuk pembinaan bejana-bejana yang serupa pada masa hadapan.

4. Bejana ini dibina oleh Dynaciate Engineering Sdn Bhd, Plo 772, Zon 12B, Kawasan
Perindustrian Pasir Gudang 81700, Pasir Gudang, Johor

5. Sila berhubung dengan pejabat berikut untuk :

i) Ujian Hidrostatik : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Tempatan

ii) Kebenaran Memasang : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Johor

6. CATATAN : Kelulusan ini sah untuk pembinaan sehingga dua tahun bermula daripada tarikh
surat ini.

7. Bejana ini dibina untuk :


KNAUF INSULATION SDN BHD
Jalan Nibong 4, Kawasan Perindustrian Tanjung
Langsat, Pasir Gudang
Johor
Malaysia
Keupayaan padu : 20.77 meter padu / 733.39 kaki padu

Media kerja : Water

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(IR HAMILI BIN OMAR)


b.p Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Malaysia.

s.k : Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Johor

ao/2019235148
-3-

Anda mungkin juga menyukai