Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MESYUARAT AGUNG PIBG


SK SEKENDI KALI KE 43

HARI : SABTU
TARIKH : 12 JANUARI 2019
TEMPAT : ANJUNG ILMU
MASA : 8.00 pagi – 1.00 petang

BIL ACARA SKRIP TINDAKAN


1. Hadirin ambil Assalamualaikum wbt Pn Haslina
tempat di
dewan. Dijemput semua tetamu mengambil tempat
kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Diminta kerjasama para hadirin untuk memenuhi


kerusi kosong di bahagian hadapan. Terima
kasih.

(HADIRIN AMBIL TEMPAT)

3. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan En Azrul

Yang Berbahagia En. Hassan B Jureme,


penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN
Sungai Air Tawar

diiringi oleh

Yang Berusaha Tn Haji Abdul Hamid B Mat Arif


Guru Besar SK Sekendi

dan barisan tetamu jemputan ke Mesyuarat


Agung PIBG SK Sekendi kali ke 43.

(VIP MASUK DEWAN)

4. Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim En. Azrul


Yang Berbahagia En Hassan B Jureme,
penyelaras Pusat Khidmat Peduli Rakyat DUN
Sungai Air Tawar

Yang Berusaha Tn Haji Abdul Hamid B Mat Arif


Guru Besar SK Sekendi dan Penasihat PIBG SK
Sekendi

Yang Dihormati En. Mad Latib B. Mahpop


Yang Dipertua PIBG SK Sekendi

Yang Dihormati Pn. Ramlah Bt. Hj. Mohd Noor


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Sekendi

Yang Dihormati Pn. Fatmah Wati Bt. Abd Moes


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Sekendi

Yang Dihormati En. Ayub B. Mahmuddin


Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
SK Sekendi

Tetamu-tetamu jemputan

Barisan ahli jawatankuasa PIBG SK Sekendi


Guru-guru dan kakitangan SK Sekendi

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan serta


anak didik sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera .

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah


dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari
yang berbahagia ini bagi menyempurnakan
Mesyuarat Agung PIBG SK Sekendi kali ke 43 ini.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pihak majlis mengalu-alukan kedatangan
kepada semua tetamu jemputan dan ibu bapa
bagi menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Nyanyian lagu Para hadirin yang saya kasihi sekalian, sebelum


kita mulakan majlis kita pada pagi ini, marilah
sama-sama kita menyanyikan dua buah lagu
iaitu lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.
Para hadirin mohon berdiri.

(NYANYIAN LAGU)
5. Bacaan Doa Para hadirin dipersilakan duduk. Pn Haslina

Hadirin yang dihormati sekalian,

Awal Bismillah pembuka bicara,


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan dalam acara,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada


hari ini,marilah kita sama-sama menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh, al fadhil Ustaz Norazam B. Said
Adui .

Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

6. Ucapan YDP Amin, amin Ya Rabbal Al Amin. Pn Haslina


PIBG
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ustaz Norazam B Said Adui di atas
bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan
Majlis kita akan dimulakan dengan ucapan
daripada

Yang dihormati, Yang Dipertua Persatuan Ibu


Bapa dan Guru iaitu PIBG SK Sekendi, En Latib b
Mahpop. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
( UCAPAN YDP PIBG)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada YDP


PIBG SK Sekendi, En Latib b Mahpop di atas
ucapan beliau sebentar tadi.

7. Ucapan Guru Hadirin sekalian, En. Azrul


Besar
Majlis pada hari yang mulia ini diteruskan
dengan ucapan alu-aluan dari

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hamid B Mat Aif,


Penasihat PIBG SK Sekendi.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

(UCAPAN GB)

8. Ucapan Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan En. Azrul


Perasmian Guru Besar SK Sekendi atas ucapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Untuk acara seterusnya, pihak majlis dengan


berbesar hati menjemput

Yang Berbahagia
En Hassan B Jureme, penyelaras Pusat Khidmat
Peduli Rakyat DUN Sungai Air Tawar
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan pembukaan Mesyuarat Agung
PIBG SK Sekendi kali ke 43.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN VIP)

9. Persembahan Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Pn Haslina


murid 1 Berbahagia En. Hassan b Jureme, atas ucapan
perasmian itu tadi.

Tuan-puan yang saya hormati sekalian, acara


kita pada pagi ini akan diteruskan dengan
penyampaian cenderamata kepada Murid
Cemerlang UPSR bagi tahun 2018.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput En
Hassan B Jureme, diiringi oleh YDP PIBG SK
Sekendi En Latib B Mahpop.
Berikut adalah senarai penerima cenderamata:

Tahniah diucapkan kepada murid yang telah


menerima cenderamata itu tadi.

Seterusnya, sudi kiranya untuk En Hassan B


Jureme untuk menerima sedikit cenderati
daripada pihak PIBG SK Sekendi. Dipersilakan
YDP PIBG En Latib B Mahpop diiringi oleh Tuan
Guru Besar SK Sekendi Tn Haji Abd Hamid b Mat
Arif untuk menyampaikan sedikit cenderamata.

Terima kasih diucapkan kepada En Hassan B


Jureme dan YDP PIBG serta Tuan Guru Besar.
Jamuan Sidang hadirin dan hadirat yang saya hormati,
majlis dengan ini akan berehat seketika sebelum
Mesyuarat Agung PIBG. Dipersilakan para
tetamu kehormat dan jemputan khas serta ibu
bapa untuk menjamah makanan yang telah
disediakan.
24. Penutup Para hadirin yang dihormati, En. Azrul

Dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu


tadi, maka berakhirlah majlis pada hari ini.

Sebelum melabuhkan tirai, majlis sekali lagi


menyampaikan sekalung penghargaan kepada
Yang Berbahagia En. Mohd Zaki Bin Sungib di
atas kesudian untuk bersama dengan kita di hari
yang istimewa ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua


hadirin dan hadirat yang sudi hadir untuk
memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Saya dan rakan pengacara mewakili pihak
majlis ingin memohon maaf andai tersilap kata,
tersalah bicara sepanjang majlis kita
berlangsung pada tengah hari ini.

Seterusnya, pihak majlis mempersilakan tetamu-


tetamu jemputan diiringi oleh Tuan Guru Besar
dan barisan GPK, serta AJK PIBG dan guru-guru
ke dalam kantin sekolah untuk menikmati
juadah yang telah disediakan.

Dengan itu, sekian


Wabillahhitaufik walhidayah,
wassalamualaikum warrahmatullah
hiwabarakatuh .

Anda mungkin juga menyukai