Anda di halaman 1dari 5

INOVASI

KAEDAH ‘OH BULAN’


PDP

TEKNIK MENGINGATI FASA-FASA BULAN | NORDIN SANAT


INOVASI PdP 2
KAEDAH ‘OH BULAN’

ABSTRAK

Modul ini menerangkan tentang kaedah memahami dan mengingatiurutan fasa-fasa Bulan yang
merupakan salah satu kemahiran yang sukar difahami dan dikuasai oleh murid- murid sekolah rendah
khasnya. ‘Kaedah Roda’ yang diperkenalkan ini merupakan teknik yang sangat mudah difahami dan
diguna pakai oleh murid-murid. Pemerhatian, dan analisis ujian pra dan pasca yang dibuat adalah
testimoni kepada penggunaan Kaedah Roda. Dapatan yang diterima menunjukkan bahawa Kaedah Roda
dapat meningkatkan kemahiran murid- murid dalam menyambung huruf- huruf hijaiyyah.
Kesimpulannya, Kaedah Roda ini juga dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar untuk guru- guru
Pendidikan Islam atau Bahasa Arab dan ibu bapa yang ingin mengajar anak- anak mereka di rumah.

Kata Kunci : Memahami, Mengingati dan Menulis

2
INOVASI PdP 3
KAEDAH RODA

PERNYATAAN MASALAH

Menyambung huruf tunggal hijaiyyah dengan huruf hijaiyyah selepasnya merupakan salah satu
kemahiran yang ada dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Ramai murid yang keliru dan gagal menyambungkan huruf- huruf hijaiyyah tersebut. Ini kerana
mereka tidak tahu sama ada huruf tersebut boleh bersambung dengan huruf selepasnya atau
tidak. Permasalahan mereka ini berpunca dari masalah buta huruf, tidak boleh mengingat senarai
huruf- huruf yang tidak boleh bersambung dan juga keliru dengan kaedah- kaedah yang pernah
dipelajari sebelum ini.

Secara keseluruhannya, murid-murid masih lagi berada di tahap yang lemah dalam
kemahiran menyambung huruf ini. Jika diperhatikan di dalam kertas soalan Bahasa Arab dan
Jawi yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, soalan menyambung huruf berada
di muka surat depan kertas soalan yang merupakan soalan aras rendah. Amat rugi jika murid-
murid tidak menguasai kemahiran menyambung huruf ini yang menyumbang kepada sepuluh
markah. Apabila murid- murid gagal dalam menyambung huruf- huruf hijaiyyah ini, secara
automatiknya, minat untuk mempelajari Bahasa Arab atau Pendidikan Islam ini menurun. Murid-
murid kelihatan cepat berputus asa kerana gagal menjawab soalan yang diberikan.

Oleh yang demikian, Kaedah Roda ini mampu mengatasi masalah kekeliruan murid
menyambung huruf-huruf hijaiyyah sekaligus membantu mereka untuk mengingat bilangan
huruf- huruf hijaiyyah yang tidak boleh bersambung. Seterusnya mampu menyuburkan daya
kognitif mereka dalam proses pemikiran yang akhirnya memberikan impak positif dalam diri
mereka.

3
INOVASI PdP 4
KAEDAH RODA

Kaedah Roda

Kaedah Roda yang diperkenalkan ini adalah salah satu teknik yang digunakan untuk
menyambung huruf hijaiyyah dengan huruf selepasanya. Kaedah ini amat sesuai digunakan oleh
para guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam sekolah- sekolah rendah, ibu bapa dan murid-murid
Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Antara objektif inovasi Kaedah Roda ini ialah:

i) Membantu murid- murid lemah mengenal bentuk huruf- huruf hijaiyyah yang tidak
boleh bersambung.
ii) Membantu murid- murid menghafal senarai huruf hijaiyyah yang tidak boleh
bersambung.
iii) Membantu murid- murid menyambung huruf hijaiyyah dengan huruf selepasnya
dengan betul.

Langkah 1. Mengenal Huruf Roda

Bilangan huruf hijaiyyah yang tidak boleh bersambung dengan huruf selepasnya ada lapan.

Huruf- hurufnya ialah:

1. ‫( ر‬Ra)
2. ‫( و‬Wau)
3. ‫( د‬Dal)
4. ‫( ا‬Alif)
5. ‫( ز‬Zai)
6. ‫( و‬Va)
4
INOVASI PdP 5
KAEDAH RODA

7. ‫( ذ‬Dzal)
8. ‫( أ‬Hamzah)

Dalam Kaedah Roda ini, hanya empat huruf sahaja yang diperkenalkan secara langsung iaitu

‫( ور‬Ro) ‫(اد‬Da). Manakala empat huruf lagi iaitu ‫ ز و ذ‬dan ‫ أ‬juga diperkenalkan sebagai
huruf Roda dengan menyebut ‫( ور‬Ro) ‫(اد‬Da) tetapi ditambah dengan menyebut formula
Kaedah Roda ini iaitu Titik, Titik, Titik, Hamzah.

‫ر و د ا‬
‫ز و ذ أ‬
Rajah 1: Huruf Roda

Langkah 2 Menerangkan teknik Kaedah Roda.

Langkah berikutnya, guru perlu mengingatkan murid- murid, setiap kali terjumpa mana- mana
huruf Roda ini dalam soalan menyambungkan huruf, murid- murid mestilah melakukan tiga
langkah- langkah ini seperti mana dalam rajah 2.

1. Bulat (membulatkan huruf Roda).


2. Anak pangkah (melukis anak panah ke kiri huruf).
3. Pangkah (menandakan ‘x’ di bawah anak panah tadi ).

Anda mungkin juga menyukai