Anda di halaman 1dari 1

Tulis suatu catatan tentang lawatan ke Muzium Kesenian Islam

Sabtu, 16 Julai 2018

8.00 pagi

Aku tiba di sekolah agak lewat. Aku terus berjalan ke tempat letak kereta. Bas sekolah sudah
sedia menunggu. Aku meminta maaf kepada Cikgu Yusnita. Beliau menyuruh aku menaiki bas itu.

Bas sekolah terus meluncur ke arah jalan raya utama. Sepanjang perjalanan ke Muzium Kesenian
Islam di ibu kota, aku melihat-lihat pemandangan di luar tingkap bas. Banyak bangunan tinggi dibina
di sepanjang jalan tersebut.

9.30 pagi

Bas tiba di perkarangan meletak kenderaan di Muzium Kesenian Islam. Kami berbaris selepas turun
dari bas. Kami berjalan perlahan-lahan ke arah pintu masuk muzium itu. Cikgu Yusnita membayar
tiket untuk kami masuk.

9.45 pagi

Kami melihat -lihat barang yang dipamerkan di dalam muzium tersebut. Kebanyakan barang tersebut
berkait rapat dengan ketamadunan islam seperti pakaian, kitab-kitab suci dan senjata peperangan
pada zaman silam.

11.45 pagi

Cikgu Yusnita menyuruh kami keluar dari muzium itu. Kami bertolak pulang ke sekolah . Kami
berjalan kearah bas sekolah dalam barisan. Bas mula bergerak untuk meninggalkan Muzium
Kesenian Islam.

Belum puas rasanya aku melihat-lihat barang pameran tadi. Pada cuti sekolah akan datang, aku
akan mengajak ayah dan ibuku ke muzium itu lagi.

Anda mungkin juga menyukai