Anda di halaman 1dari 7

KOLEKSI AYAT-

AYAT SYIFA
Surah Yunus – ayat 57 :
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-
Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang
menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Surah An Nahl – ayat 69 :


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan
keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan
warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-
bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir.

Surah Al Isra’a – ayat 82 :


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci
yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang
yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Surah Asy Syu’araa’ – ayat 80 :


“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

Surah Fussilat – ayat 44 :


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,
tentulah mereka akan berkata: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya
(dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing
sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?” Katakanlah (wahai
Muhammad): “Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar
bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak
beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang
menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan
gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang
menerangi). Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran
Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat
yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau
melihat dengan nyata)”.
Surah At Taubah – ayat 14 :
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan
(perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta
menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati
orang-orang yang beriman.

Jikalau anak meragam atau kembung perut, baca ayat-ayat syifa ini & hembuskan ke dalam
air. Kemudian, bagi mereka minum & sapukan pada muka serta badan mereka sambil
membaca Ya Syafi (Yang Maha Menyembuh) sebanyak boleh. InsyaAllah, anak akan menjadi
tenang.

Sakit Kepala
Baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh
menghilang/meredakan, insyaAllah.

19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab
menikmatinya.
Doa-doa dari hadis nabi SAW

‫كان رسول ا صلى ا عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان‬


‫ف أتنن ت‬
‫ت‬ ‫س توانش ف‬ ‫ب الننا ف‬ ‫س تر ن‬ ‫ب التبأن ت‬
‫مسحه بيمينه ثم قال فانذته ف‬
‫النشاففيِ لت فشتفااء إفنل فشتفارِؤتك فشتفااء تل رِيتغافدرِر تستقما ا‬
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan
tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian
manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan
kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat
Muslim)

‫كان النبيِ صلى ا عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين‬


‫ إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإإسحاق أترِعورِذ‬: ‫ويقول‬
َّ‫ا النتانمفةَّ فمنن رِكلُل تشنيطْا تإن توتهانمإةَّ توفمنن رِكلُل تعنيإن تلنمة‬ ‫فبتكلفتما ف‬
‫ت ف‬
(‫)رواه البخاري‬
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata :
Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi
Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada
setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat
jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

‫أن جبرائيل أتى النبيِ صلى ا عليه وسلم فقال يا محمد‬


‫ئ رِي نؤفذني ت‬
‫ك‬ ‫ي‬‫ن‬ ‫ت‬
‫ش‬ ‫ل‬
ُ‫ل‬ ِ‫ر‬
‫ك‬ ‫ن‬
‫ن‬ ‫م‬
‫ف‬ ‫ك‬
‫ت‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫ق‬
‫ف‬ ‫ن‬
‫ر‬ ِ‫ا أ ر‬
‫ فبنسفم ف‬: ‫ قال‬, ‫اشتكيت ؟ قال نعم‬
‫إ‬
‫ا أ رِنرفقني ت‬
‫ك‬ ‫ ارِ رِينشففنيتك فبنسفم ف‬, ‫س أت نوتعنيإن أت نو تحافسإد‬
‫فمنن تشلُر رِكلُل تننف إ‬
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu
mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang
mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan
hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus
baca doa berwarna biru :

ِ‫أنه شكا إلى رسول ا صلى ا عليه وسلم وجعا يجده في‬
‫جسده منذ أسلم فقال له رسول ا صلى ا عليه وسلم ضع‬
‫ وقل سبع‬, ‫يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم ا ثلثا‬
‫ل توقرِندترفتفه فمنن تشلُر تما أتفجرِد توأ رِتحافذرِر‬
‫ أترِعورِذ فبا ف‬: ‫مرات‬

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat
ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat
yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku
berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin
hindari. ( Riwayat Muslim)

‫قال رسول ا صلى ا عليه وسلم من عاد مريضا لم‬


‫يحضر اجله فقال عنده سبع مراإر أتنسأ ترِل ت‬
‫ا التعفظنيتم تر ن‬
‫ب‬
‫ك إل عافاه ا من ذلك المرض‬ ‫ش التعفظنيفم أتنن رِينشففتي ت‬
‫التعنر ف‬

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba
ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah
yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu
kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang
sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan
lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

Anda mungkin juga menyukai