Anda di halaman 1dari 4

1.

HASIL DAN PERBINCANGAN

1.1 Penyenaraian Hazad Keselamatan dan Hazad Kesihatan

Setelah di buat pemerhatian sepanjang kajian ini di dijalankan, didapati terdapat beberapa

hazad-hazad yang berisiko besar untuk mendatangkan kecederaan kepada pekerja. Di bawah ini

disenaraikan hazad-hazad yang dikenalpasti yang terdapat di Packing Plant dan Cement Silo:

Hazad keselamatan

1. Tergelincir dan jatuh kebawah

2. Tersangkut pada loading bay

3. Berdiri yang terlalu lama

4. Pegerakan yang berulang

5. kedudukan yang tidak stabil

6. mengangkat dan membawa beban

7. forklift yang tidak diselenggara

Hazad kesihatan

1. debu

2. habuk silica

3. Menbongkok dan menyodok debu simen


Saranan

Objektif terakhir dalam kajian ini adalah untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko dan

bahaya yang telah dikenalpasti dan disenaraikan. Terdapat pelbagai jenis langkah kawalan yang

boleh diaplikasikan ke atas setiap risiko dan hazad. Langkah-langkah kawalan ini di pecahkan

kepada enam peringkat kawalan iaitu penghapusan, penggantian, pengasingan, kawalan

kejuruteraan, kawalan pengurusan, dan peralatan perlindungan diri.

Teknik penghapusan adalah dengan tidak menggunakan bahan atau kaedah yang merbahaya.

Manakala teknik kedua adalah dengan menggantikan bahan atau kaedah yang digunakan dengan

yang lebih selamat. Teknik ketiga mengasingkan kerja yang berbahaya ke satu persekitaran yang

disediakan khusus untuknya. Seterusnya kawalan kejuruteraan dengan mengubah suai mesin

supaya lebih selamat. Teknik kelima adalah dengan menyediakan prosedur kerja dan latihan.

Yang terakhir dengan menyediakan dan menggunakan peralatan perlindungan diri.

Setelah mengenal pasti hazad-hazad dan risiko yang terdapat di tempat kerja, terdapat enam

hazad keselamatan dan dua hazad kesihatan yang telah di pilih berdasarkan tahap keseriusan

hazad tersebut. Mengikut kajian terdapat empat hazad keselamatan yang telah dikenalpasti

manakala dua hazad kesihatan yang telah di klasifikasikan sebagai berisiko tinggi dan bahaya

iaitu:

Anda mungkin juga menyukai