Anda di halaman 1dari 1

Faktor kritikal bagi menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi manusia adalah melalui

pembangunan modal insan (Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 2017). Pembelajaran abad ke-
21 menerapkan elemen komunikatif, kolaboratif, kreativiti, pemikiran kritis, sifat kenegaraan, dan
perwatakan dalam diri murid itu sendiri. Selaras dengan itu, guru-guru pemulihan khas khususnya
perlu mempersiapkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran abad -21 dalam kelas pemulihan
khas bagi menambah baik mutu pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, kita tidak mahu
murid-murid pemulihan khas ketinggalan dari aspek kemahiran-kemahiran yang mereka perlu
terapkan dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Selaras dengan seruan Kementerian
Pendidikan Malaysia, iaitu aspirasi murid yang ingin dibentuk adalah murid yang memiliki
pengetahuan, kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran kepemimpinan, kemahiran Bahasa,
etika dan kerohanian serat identiti nasional untuk berjaya dalam abad ke-21 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012).

Warga pendidik khususnya guru pemulihan memainkan peranan penting dalam membentuk
generasi muda masa kini dengan budaya pemikiran aras tinggi, dan kreatif dalam kalangan murid
(Mahadzir Khalid, 2017). Pelaksanaan transformasi pendidikan ini memerlukan pendekatan dan
strategi baru agar setiap murid pemulihan mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam abad ke -21.Setiap aktiviti abad ke-21 itu haruslah menepati tahap kognitif
murid pemulihan khas. Oleh itu, kajian ini merupakan satu usaha untuk mengenalpasti tahap
kesedian guru pemulihan dalam mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di
dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai