Anda di halaman 1dari 2

DAYAK BIDAYUH DI SARAWAK

Bidayuh adalah istilah kolektif untuk mengelompokkan beberapa sub suku Dayak Darat di Sarawak. Pada
zaman kolonial, kelompok ini lebih dikenal dengan nama “Land Dayak” atau “Dayak Darat”. Istilah ini
digunakan untuk membedakan mereka dari orang Iban yang biasa disebut “Sea Dayak” atau “Dayak
Laut”. Istilah Land Dayak semata-mata didasarkan atas lokasi pemukiman mereka yang sebagian besar
berada di daerah pedalaman, hulu-hulu sungai, dan dataran tinggi. mm

Dayak Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian
Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat sub suku yaitu:

1. Selakau/Lara (Daerah Lundu) 2. Jagoi/Singai (Daerah Bau) 3. Biatah (Daerah Kecil Padawan) 4.
Bukar/Sadong (Daerah Serian) 5. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah
Antara Padawan Dengan Bau)

Mereka kebanyakannya beragama Kristen. Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah
panjang. Secara umum penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh
musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bedanya dengan struktur rumah panjang
masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau
sagu, manakala dindingnya pula dibuat dari bambu buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula
diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian yaitu kamar atau bilik utama, awah
dan tanju. kamar utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di
dalam kamar ini masyarakat Bidayuh umumnya meletakkan barangbarang peribadi milik keluarga dan
keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai
tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat
Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada
masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan kegiatan keseharian mereka seperti menganyam,
berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk
sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti
pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat
Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju
lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan
sebagainya.

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini
adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa
Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini
menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain sekiranya mereka adalah
suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh, suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut
"makan" ialah "maan" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai
"man". Ada juga bidayuh yang baru dikenali sebagai Bidayuh Kuching Tengah atau "Bidayuh Moden (
Baru ), oleh kerana bahasa dan adat yang bercampur dari bidayuh bau jagoi dan bidayuh padawan.Kaum
Bidayuh ini boleh ditemui dikawasan perkampungan berdekatan dengan bandar kuching iaitu : 1.
Kampung Tematu Simorang 2. Kampung Semeba 3. Kampung Sudat 4. Kampung Bumbok

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat
Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang
kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami
dengan kombinasi warna utama yaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan
corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik
halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula
umumya mengenakan sepasang baju berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek
dengan sedikit corak berunsur flora dan celana hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru,
merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

Bagi masyarakat Bidayuh, musik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan
yang mereka jalankan. Musik ini berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai
pententeram kepada semangat roh. Musik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif
sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya musik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada
sepasang gong besar terbagi daripada dua yaitu Oguong dan Kitaak, canang, Gendang atau Pedabat dan
Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat musik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan
gitar buluh. Namun alat musik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang
agak rumit.

Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam
kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini untuk berperang pada
zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan
untuk kegiatan pertanian.

Anda mungkin juga menyukai