Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan kerja kursus Hubungan Etnik dengan
sempurna dan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Dalam prosea menyiapkan tugasan ini,
beberapa orang yang telah bersama-sama dengan saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Oleh yang demikian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada
pensyarah pembimbing bagi subjek Hubungan Etnik, Encik YM Raja Zaid bin Raja Kadir
kerana telah memberi bimbingan dan bantuan kepada saya dalam usaha menyiapkan kerja
kursus ini dari segi pembetulan format dan penulisan kerja kursus supaya lebih sempurna.

Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya Encik Zamzury
bin Arifin serta Puan Rubiah binti Ali yang telah memberi bimbingan dan galakan kepada saya
sepanjang proses melaksanakan tugasan ini dari segi dorongan serta bantuan sumber-
sumber untuk mendapatkan bahan rujukan.

Seterusnya, jutaan terima kasih saya juga ditujukan kepada rakan- rakan saya yang
menjadi penyemarak semangat saya untuk menyiapkan tugasan dari segi berkongsi bahan-
bahan rujukan serta memberikan pendapat yang amat berguna kepada saya supaya saya
tidak melakulan kesilapan sepanjang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai