Anda di halaman 1dari 1

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT MUDA LEPASAN SPM 2017


YOUNG TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME (YTP)

MAKLUMAT PERMOHONAN

 Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web MARA
http://www.mara.gov.my mulai 19 Mac 2018 jam 10.00 pagi hingga 26 Mac 2018 jam 5.00
petang.
 Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk
menghadiri MARA Student Assessment Programme (MSAP).
 Semakan panggilan untuk menghadiri MARA Student Assessment Programme (MSAP)
boleh disemak dari semasa ke semasa dalam laman web MARA.

SYARAT UMUM

 Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara
Malaysia.
 Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
tindakan undang-undang MARA.
 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja
atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
 Lulus pemeriksaan kesihatan.
 Keutamaan diberi kepada Pelajar Cemerlang dari golongan keluarga yang berpendapatan
rendah (B40).

SYARAT KHUSUS
 Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pertama kali pada tahun 2017.
 Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-

Telefon : 03-261 32487 / 32108 / 32065 / 32098


Email : postspm@mara.gov.my
Facebook : Postspmmara

Waktu Urusan
Hari Isnin hingga Khamis Jumaat

Masa 9.00 pagi – 1.00 tengah hari 9.00 pagi – 12.15 tengah hari

Rehat 1.00 tengah hari – 2.00 petang 12.15 tengah hari – 2.45 petang

Masa 2.00 petang – 4.30 petang 2.45 petang 4.30 petang


TUTUP PADA SABTU, AHAD DAN CUTI KELEPASAN AM

Anda mungkin juga menyukai