Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENGENALAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Sekolah Rendah bertanggungjawab


merekabentuk perkhidmatan dan program kaunseling kerjaya untuk murid-murid.
Perkhidmatan dan program yang dijalankan boleh membimbing murid-murid dengan
memberi input tentang kerjaya dari segala perspektif berdasarkan situasi ekonomi
negara dan kebolehpasaran kerjaya tersebut. Dalam melaksanakan program
sedemikian, UBK perlu mengambil kira keperluan-keperluan pemilihan dan
pembangunan kerjaya murid (Othman Mohamed, 2005). Pelaksanaan kaunseling
dalam pendidikan diamalkan di setiap peringkat iaitu di sekolah rendah, menengah
dan pusat-pusat pengajian tinggi. Perkhidmatan kaunseling memainkan peranan
yang sangat penting dalam bidang pendidikan terutamanya dalam perkembangan
dan kemajuan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam laporan Utusan
Online pada 30 April 2016 menyatakan pelajar hendaklah memilih bidang pengajian
yang bersesuaian dan tahu sepenuhnya bidang tersebut supaya dapat membentuk
kerjaya dengan cemerlang. Tambahan lagi, pelajar yang dapat membuat pilihan
dengan tepat dalam bidang pengajian yang diceburi juga dapat menjimatkan masa
dan wang. Hal ini juga boleh mengurangkan kadar pengangguran dan keciciran
dalam kalangan pelajar di negara ini.

2.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KERJAYA

Menurut (Aziz Shah etl, 2009), Pendidikan kerjaya di sekolah rendah dapat
membantu murid-murid untuk mendapatkan pendedahan awal berkaitan jenis-jenis
kerjaya yang boleh diceburi pada masa hadapan. Pendedahan yang diperolehi akan
memberikan kefahaman laluan kerjaya yang sesuai dengan minat murid-murid agar
mereka boleh menetapkan matlamat awal kerjaya mereka bersesuaian dengan
kemampuan yang dimiliki. Sebagai contoh, murid yang mempunyai minat dalam
bidang pekerjaan yang lasak boleh didedahkan dengan bidang ketenteraan seperti
polis dan askar.

Selain itu, pendidikan kerjaya juga mampu memberikan celik akal dan
pengetahuan kepada murid-murid tentang kepelbagaian sektor pekerjaan yang wujud
di Malaysia pada hari ini. Melalui pengetahuan tersebut, mereka dapat melihat skop
gambaran yang lebih luas dan jelas berkaitan sektor pekerjaan di Malaysia sekaligus
murid dapat membuat perbandingan berkaitan syarat-syarat kelayakan untuk
memasuki sesuatu bidang tersebut. Contohnya, murid dapat membandingkan

1
syarat-syarat menjadi seorang doktor dan seorang guru. Oleh itu, perbandingan yang
dibuat akan memberikan celik akal kepada murid berkaitan keperluan-keperluan
akademik yang penting untuk menjadi seorang doktor dan guru.

3.0 CABARAN PENDIDIKAN KERJAYA

Terdapat pelbagai cabaran yang menjadikan pendidikan kerjaya di Malaysia


pada hari ini terbatas fungsinya untuk dilaksanakan secara menyeluruh. Antara
cabaran tersebut ialah status ekonomi negara yang tidak stabil sejak akhir-akhir ini
menjadikan pendidikan kerjaya semakin sukar untuk dilaksanakan. Hal ini kerana,
kurangnya peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia
menyebabkan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) tidak dapat melaksanakan
program pendidikan kerjaya seperti Hari Kerjaya dan Ceramah Kerjaya (Amia Salleh
etl, 2009). Bagi melaksanakan program-program sebegini, pihak Unit Bimbingan dan
Kaunseling perlu mendapatkan dana yang mantap dahulu untuk melibatkan
agensi-agensi luar khas dalam menjayakan program yang dirancang.

Seterusnya, Globalisasi yang melanda masyarakat dunia pada hari ini juga
menjadi satu cabaran kepada pendidikan kerjaya. Menurut Khadijah Rohani (2015),
Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup
terutama dalam kalangan murid-murid di bangku sekolah yang begitu terpengaruh
dengan amalan negatif kehidupan masyarakat barat. Mereka lebih tertarik dengan
budaya hiburan yang melampau, fesyen dan sebagainya sehingga menggangu fokus
utama mereka di sekolah untuk membina masa hadapan. Oleh yang demikian, GBK
menghadapi cabaran untuk melaksanakan program pendidikan kerjaya tersebut
disebabkan anak muda pada hari sudah tidak menghiraukan masa depan yang perlu
dibina.

Selain itu, kadar pengangguran menjadi kebimbangan kepada Guru Bimbingan


dan Kaunseling (GBK) yang mana pada tahun 2015 Malaysia telah merekodkan
sebanyak 10.7% pengangguran dalam kalangan anak muda. Pengangguran belia
semakin meningkat dalam tempoh kebelakangan ini kerana kadar pengambilan
pekerja yang menurun sejak tahun 2014. Menurut Dian Hikmah dan Mohd Zaidi
(2014), Golongan belia merupakan golongan yang paling mudah terjejas oleh trend
pengangguran ini dan merupakan kumpulan terakhir yang diambil bekerja tetapi yang
pertama akan diberhentikan.kerana kekurangan pengalaman dalam bidang yang
diceburi. Oleh yang demikian, cabaran ini memberikan kesan secara langsung
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah untuk membimbing

2
murid-murid memilih kerjaya yang sesuai dan mempunyai kebolehpasaran yang
tinggi.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) pada era modenisasi ini perlu
mengambil pelbagai inisiatif untuk mengharungi pelbagai cabaran dalam
melaksanakan pendidikan kerjaya di sekolah rendah agar murid-murid di Malaysia
tidak pernah tersilap dalam membuat pilihan sesuai dengan minat, potensi dan
personaliti mereka dalam menentukan kerjaya mereka pada masa depan. Bagi
menjayakan program pendidikan kerjaya di sekolah-sekolah pada hari ini, semua
pihak hendaklah berganding bahu bagai air dengan tebing demi memastikan masa
depan murid-murid terjamin dengan memilih kerjaya yang sesuai.

3
RUJUKAN

Amia Salleh , Zuria Mahmud dan Salleh Amat. 2009. Bimbingan dan Kaunseling
Kerjaya. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Dian Hikmah Mohd Ibrahim dan Mohd Zaidi Mahyuddin. 2014. Pengangguran
Belia di Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan Dasar. Kuala Lumpur. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Othman Mohamed. 2005. Pemilihan dan Pembangunan Kerjaya Murid. Selangor.


Universiti Putra Malaysia.

Khadijah Rohani bt Mohd Yunus. 2015. Pengaruh Globalisasi Adalah Perubahan


Gaya Hidup. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ph.D.


Ahmad Jazimin Jusoh, Ph.D , Syed Sofian Syed Salim dan Md. Noor Saper. 2009.
Kemahiran Bimbingan Kaunseling: Pendidikan Kerjaya. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Utusan Online bertarikh 30 April 2016 dimuatturun


http://www.utusan.com.my/mobile/berita/nasional/pesanan-mahdzir-kepada-guru-ibu-
bapa-pelajar-1.582051

Anda mungkin juga menyukai