Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke - 3

Minggu praktikum : Ketiga

Tarikh : 13 Ogos 2018 hingga 17 Ogos 2018

Tajuk Jurnal :

1. Masalah / Peristiwa

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum cuti penggal ketiga bermula.
Bermula hari isnin minggu tersebut, beberapa pertandingan yang berkaitan dengan bulan
kemerdekaan telahpun dimulakan. Antara pertandingan tersebut ialah pertandingan kelas
paling patriotik, saringan pertandingan nyanyian dan sebagainya. Saya dan rakan guru
pelatih yang lain telah dipilih sebagai AJK pemantauan ataupun juri dalam pemarkahan
pertandingan kelas paling patriotik.

2. Analisis

Sepanjang minggu ini, kami telah membahagikan tugas sesame guru pelatih untuk
melakukan pemantauan dari kelas ke kelas bagi tujuan pemarkahan. Aspek yang diambil
kira adalah termasuk kreativiti, susunan meja kerusi, kebersihan dan juga patriotik. Saya
dan dua orang lagi rakan guru pelatih lain telah meninjau kelas tahun 1, tahun 2 dan juga
tahun 3. Apa yang kami dapati, terdapat beberapa kelas dihias dengan kemas, dan ada juga
yang masih lagi dalam usaha untuk menambah baik keadaan kelas mereka.

3. Cadangan tindakan susulan

Sebagai salah seorang guru subjek bagi kelas tahun3, 4 dan 5, saya telah
memaklumkan kepada kelas yang diajar supaya lebih menitikberatkan aspek-aspek yang
akan diambil kira untuk pemarkahan pertandingan. Namun, saya tetap menasihati mereka
untuk meneruskan usaha tersebut walaupun pertandingan tidak dijalankan.

4. Tempoh masa tindakan susulan

Saya telah memaklumkan kepada kelas-kelas yang saya ajar bahawa pemantauan
tersebut akan berlangsung selama tiga minggu berturut-turut. Saya juga turut membuat
tinjauan terhadap beberapa kelas yang saya dapati agak tercorot markah kebersihan
kelasnya, dan memaklumkan kepada mereka untuk sama-sama bertugas menceriakan
kelas pada minggu-minggu akan datang.
5. Senarai rujukan

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai