Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN APRESIASI

Tajuk karya : Damai


Jenis shot : High level shot
Media : GoPro Hero 5 Session
1.0 Pengenalan

Apresiasi membawa banyak makna. Antara yang saya petik dari Kamus Dewan dan
Bahasa Edisi 4, apresiasi bermaksud sebuah pengiktirafan serta penghayatan nilai terhadap
sesuatu karya sastera atau seni. Ia juga membawa maksud mengiktiraf dan menghayati nilai
sesuatu karya dengan lebih bermakna dan berkesan. Dalam penulisan kali ini, saya akan
menulis sebuah apresiasi terhadap karya saya sendiri.

2.0 Deskripsi

Karya fotografi saya yang bertajuk “Damai”, menjadi pilihan untuk diapresiasikan
kerana bagi saya ia merupakan sebuah karya yang mengandungi pelbagai makna tersirat
yang boleh dihuraikan. Gambar yang diambil ini berada di bawah kategori high level shot
kerana teknik pengambilan gambarnya adalah tepat di atas objek. Untuk menghasilkan
gambar tersebut, saya telah menggunakan action camera iaitu Gopro Hero 5 Session dengan
pilihan mode ultra-wide angle.

Antara deskripsi karya ini ialah, ia diambil menggunakan ISO-32 dan bukaan
aperturenya pula ialah f2.2. Kelajuan shutter yang digunakan ialah 1/3957 saat. Seterusnya,
komposisi yang memenuhi ciri-ciri karya tersebut ialah Noise dan Texture. Berdasarkan karya
tersebut, kita dapat lihat bahawa noise yang terhasil di dalam gambar adalah berupa bintik-
bintik kecil. Ia terhasil dari ketidaksempurnaan dalam kerja sensor kamera kerana kurangnya
cahaya. Noise gambar dapat dikurangkan dengan cara menurunkan ISO dan menaikkan
aperture. Selain itu, komposisi karya ini juga mempunyai teksturnya yang tersendiri. Tekstur
merupakan komposisi foto yang memaparkan jalinan subjek yang digambarkan. Dengan
tekstur, subjek akan lebih kelihatan terutamanya jika dibantu dengan pencahayaan yang baik.
Contoh tekstur yang dapat dilihat dalam gambar ialah tekstur pasir dan bot nelayan.

3.0 Menganalisis

Terdapat beberapa elemen asas seni yang boleh didapati di dalam karya. Aplikasi
berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan. Di dalam karya ini, terdapat pelbagai garisan antaranya
adalah garisan nipis dan beralun. Di sini dapat dilihat garisan nipis terdapat pada bot-bot
nelayan manakala garisan beralun pula pada persisir pantai berhampiran laut.

Seterusnya, unsur rupa pula merupakan garisan luar ataupun outline yang
mengelilingi objek. Apa yang dapat dilihat melalui karya ini ialah, rupa yang dapat dilihat
merupakan rupa rupa sebenar ataupun rupa organik. Rupa organik mempunyai rupa bebas
dan tidak terikat dengan bentuk khusus (geometri). Contoh rupa organik di dalam karya ini
ialah pokok.
Bentuk pula mempunyai struktur jisim dan isi padu. Karya ini memaparkan bentuk ilusi
kerana ia bersifat rata. Antara contoh bentuk yang terpapar adalah bot dan pokok. Unsur
jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Oleh sebab
gambar ini mempunyai permukaan rata oleh itu jalinan yang boleh ditafsirkan adalah jalinan
tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah permukaan pasir dan pokok
bakau.

Seterusnya, warna yang terdapat di dalam gambar ini pula lebih kepada warna-warna
primer dan sekunder. Contohnya bot-bot nelayan menggunakan warna primer seperti merah,
biru dan kuning manakala pokok-pokok dan pasir pula menunjukkan warna sekunder seperti
jingga dan hijau. Keadaan warna langit yang menunjukkan warna sejuk (warna biru) pula
menggambarkan ketenangan suasana pinggir pantai dengan keadaan laut yang tenang.

Meskipun warna yang terdapat di dalam karya kelihatan agak suram, namun masih
terdapat unsur kontra yang menaikkan lagi subjek di dalam karya tersebut. Contoh kontra
yang ditonjolkan dalam karya ini adalah seperti perbezaan di antara warna alam semula jadi
(pasir, awan, pokok) yang berwarna suram dengan warna bot nelayan yang berwarna merah,
biru dan terdapat sedikit kuning. Perbezaan warna ini membawa kepada prinsip penegasan.
Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek yang lain. Di dalam karya ini, penegasan yang wujud disebabkan
perbezaan warna dan saiz objek. Misalnya, tiga buah bot tersebut memberi kesan kepada
pemerhati untuk melihatnya kerana saiznya yang paling besar di dalam gambar serta
warnanya yang paling terang.

4.0 Tafsiran/interpretasi
Berdasarkan karya ini, apa yang saya dapat lihat ialah segala subjek yang terkandung
di dalamnya begitu berkait dengan tema utama iaitu komuniti lestari. Terdapat tiga elemen
yang menjadi subjek utama di dalam karya ini. Antaranya ialah bot nelayan, pokok bakau dan
persisir pantai. Setiap subjek yang ditampilkan ini membawa makna yang tersendiri. Di dalam
karya ini jelas terlihat bahawa setiap ahli komuniti tersebut merupakan tunjang utama yang
menyumbang kepada kelestarian alam. Pemandangan di dalamnya jelas menggambarkan
kedamaian suasana perkampungan nelayan pada waktu tengahari.

Karya ini juga memberi gambaran mengenai identiti masyarakat setempat yang
bekerja sebagai nelayan. Buktinya, terdapat banyak bot nelayan yang berlabuh di persisir
pantai tersebut pada waktu tengahari. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa waktu petang
merupakan fenomena air surut, dan di dalam gambar tersebut boleh kita saksikan bagaimana
fenomena itu berlaku.
Selain itu, karya ini juga menimbulkan kesan harmoni apabila unsur-unsur seni yang
terdapat di dalamnya mempunyai tema yang sama dan disusun dengan teratur. Sebagai
cobtoh, tona karya tersebut lebih ke arah tona gelap yang menunjukkan suasana jerebu.
Susunan objek serta keseimbangan di dalamnya juga jelas menunjukkan komposisi yang
seimbang.

Kombinasi unsur jalinan, rupa, bentuk, warna, dan sebagainya telah membentuk
gagasan karya yang kompleks. Di dalam karya ini wujudnya prinsip kepelbagaian kerana
kombinasi unsur seni dari segi jalinan pada persisir pantai, pelbagai bentuk bot nelayan, dan
warna yang memberi sentuhan suasana di persisir pantai dan sebagainya.

5.0 Penilaian
Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan dan suasananya yang
menggambarkan keindahan persisir pantai ketika air laut sedang surut pada waktu tengahari.
Karya ini juga dapat memberi kesedaran di dalam diri individu mengenai fenomena semulajadi
seperti air pasang dan juga keindahan alam ciptaan tuhan. Ada jalinan, cahaya dan sesuatu
yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan secara realiti. Nilai yang ingin
disampaikan dalam karya ini adalah suasana damai dan tenang tatkala petang hari dan
sebuah kehidupan di perkampungan nelayan.

Karya yang menggambarkan kedamaian dan kehidupan masyarakat perkampungan


nelayan sebegini menjadikan karya ini mempunyai identity istimewanya tersendiri. Di sini kita
dapat lihat bahawa karya ini dapat menimbulkan identiti masyarakat tempatan sebagai
nelayan dengan imej yang digambarkan melalui tiga buah bot. Karya sebegini merupakan
suatu dokumentasi yang penting kepada masyarakat serta generasi akan datang kerana
ianya terkandung kedamaian dan suasana tempatan yang berhampiran laut dan
perkampungan nelayan.
Rujukan

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2017. http://prpm.dbp.gov.my/

Anda mungkin juga menyukai