Anda di halaman 1dari 5

ORGANISASI DAN MASYARAKAT (GMGM 2013)

Soalan Kuiz

1. Apakah yang anda faham tentang masyarakat?


2. Bincangkan 3 ciri – ciri utama masyarakat
3. Terangkan evolusi masyarakat dari segi ketamadunan
4. Organisasi mempunyai karektor tertentu. Huraikan.
5. Bincangkan hubungan organisasi dan masyarakat.

Jawapan

1. Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang
hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah
masyarakat. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmoni antara pelbagai
kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Masyarakat Malaysia sering disebut sebagai masyarakat majmuk iaitu sebuah
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya,
agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri.

Secara asasnya, masyarakat adalah sebuah populasi manusia yang


diklasifikasikan oleh bentuk hubungan antara individu yang berkongsi perbezaan
budaya atau institusi. Sebuah masyarakat juga merupakan suatu bentuk ekonomi,
sosial dan infrastruktur industri yang mana ianya mengandungi kepelbagaian
manusia. Sebagai contoh, kehidupan tolong menolong dan saling membantu bagi
memudahkan proses pengorganisasian dalam masyarakat dan juga norma yang
harus dipatuhi oleh setiap individu.

2. 3 ciri utama masyarakat :


a. Berkelompok

Page | 1
ORGANISASI DAN MASYARAKAT (GMGM 2013)

Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan yang berbeza dan bagi
mengembangkan kemampuan serta keinginan, individu tersebut memerlukan
bantuan dan pertolongan orang lain bagi menjalani kehidupan. Kerana itulah
individu hidup secara berkelompok sekaligus membentuk masyarakat. Melalui
amalan kehidupan sebegini, maka wujudnya norma – norma atau peraturan
bagi mewujudkan keamanan dan kestabilan sejagat.

b. Budaya
Budaya tidak akan wujud jika tiadanya masyarakat di mana manusia
bertanggungjawab untuk mencipta, mengubah atau melestarikan budaya serta
menurunkan kepada generasi akan datang. Proses ini akan membantu
perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Budaya juga terdiri
daripada pemikiran sains, teknologi, kepercayaan adat resam, falsafah
mahupun kususateraan dan agama.

c. Mengalami perubahan
Perubahan pada masyarakat telah berlaku sejak zaman dahulu, tetapi pada
masyarakat yang berpegang teguh pada adat resam, perubahan yang berlaku
sangat lambat. Masyarakat ini dikenali sebagai masyarat statis.

Kebelakangan ini, perubahan masyarakat berlaku dengan begitu cepat dengan


kepesatan teknologi menjadi faktor utama. Golongan ini dekenali sebagai
masyarakat dinamis. Masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami
perubahan kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing,
khususnya pengembangan Bahasa Melayu. Perubahan juga terdiri daripada
beberapa sifat iaitu secara umum,cepat atau lambat, setiap masyarakat mesti
mengalami perubahan, perubahan secara meluas atau tidak dan merupakan
hal yang wajar berlaku.

Page | 2
ORGANISASI DAN MASYARAKAT (GMGM 2013)

3. Perkembangan evolusi telah mewujudkan ketamadunan di mana kehidupan


masyarakat menjadi lebih baik, tersusun dan lebih berbudi pekerti. Terdapat 5 ciri
ketamadunan manusia menurut Xavier Bartlett iaitu :
a. Ketamadunan manusia mengalami beberapa peringkat iaitu dibahagikan
kepada beberapa penempatan kecil seperti kawasan kampong dan kawasan
lebih besar dan akhirnya membentuk sebuah bandar
b. Terdapat pusat pengembangan agama, sistem politik dan juga sistem
pentadbiran yang membentuk undang – undang kea rah kehidupan
masyarakat yang lebih aman
c. Lebihan sumber akan membantu pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan
pertukaran yang akhirnya mewujudkan proses perdagangan barang
d. Terdapat lapisan masyarakat yang berbeza mengikut pekerjaan terutama bagi
masyarakat yang tinggal di kawasan bandar
e. Masyarakat semakin sedar bahawa pentingnya untuk merekod segala
maklumat dan juga informasi yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Kehidupan masyarakat bertamadun berkembang mengikut evolusi masyarat itu


sendiri seperti cara hidup, tempat tinggal, pekerjaan dan juga alatan. Contohnya
Zaman Paleolitik, cara hidup adalah nomad dalam kelompok keluarga dan
berkumpulan serta tinggal di tepi tasik, sekitar sungai dan di dalam gua. Zaman ini
juga melakukan pekerjaan dengan memungut hasil hutan, menangkap ikan dan
memburu binatang. Antara alatan yang digunakan dalam pekerjaan dan
kehidupan seharian adalah batu kasar.

Evolusi masyarakat semakin berkembang seiring dengan tamadun seperti pada


Zaman Logam iaitu masyarakat mempunyai penempatan tetap iaitu tinggal di
rumah. Penempatan juga lebih besar dan mempunyai bandar. Pekerjaan
masyarakat zaman ini ialah perdagangan barang dan mereka mencipta perahu
untuk tujuan pengangkutan.

Page | 3
ORGANISASI DAN MASYARAKAT (GMGM 2013)

4. 3 karektor dalam organisasi iaitu :


a. Distinct Purpose iaitu di mana setiap fungsi ini kebiasaannya akan
menggambarkan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
b. Setiap organisasi memerlukan individu, iaitu jika seorang sahaja yang
melakukan pekerjaan, situasi tersebut tidak dinamakan sebagai organisasi.
Oleh yang demikian, organisasi memerlukan sekumpulan individu untuk
melaksanakan tujuan dan matlamat organisasi.
c. Setiap organisasi membangunkan struktur supaya setiap individu dapat
melakukan kerja dengan baik. Struktur yang dibentuk oleh organisasi mungkin
berbentuk terbuka dan flexible, ataupun jaringan yang senang dan tidak rigid
serta samada struktur organisasi adalah lebih jelas seperti penjelasan
tanggungjawab dan juga garis panduan di organisasi.

5. Hubungan organisasi dan masyarakat ialah untuk mengstruktur masyarakat


tersebut menjadi lebih tersusun dan mempunyai arah yang jelas untuk mencapai
matlamat yang diinginkan dalam sesebuah kelompok masyarakat tersebut.
Organisasi juga memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan
masyarakat ke arah lebih bertamadun dan berdaya saing.

Selain itu juga, hubungan yang baik dalam sesebuah organisasi akan membantu
prestasi kerja, menambah kepuasan bekerja dan meningkatkan komitmen dalam
melaksanakan tugas para pekerjanya. Sebaliknya sekiranya terdapat konflik
dalam hubungan manusia di dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan
gangguan kepada misi dan visi sesebuah organisasi dan seterusnya menjadi
faktor kepada kemunduran produktiviti dalam organisasi.

Organisasi juga menggabungkan fungsi – fungsi individu dalam masyarakat ke


arah pencapaian keperluan dan juga kehendak hidup. Ianya juga menjadi alat
perubahan asas dalam kemajuan dan juga ketamadunan manusia. Keperluan
masyarakat juga berubah mengikut peredaran zaman. Gabungan dan kerjasama

Page | 4
ORGANISASI DAN MASYARAKAT (GMGM 2013)

ahli dalam masyarakat adalah elemen penting dalam pembentukan struktur


organisasi masyarakat yang lebih baik serta kawalan diperlukan melalui peraturan
formal dan tidak formal bagi menjadikan struktur organisasi masyarakat kukuh dan
kekal.

Page | 5

Anda mungkin juga menyukai