Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT STAF BIL 1:2017

SK KUALA NYALAU, BINTULU

Tarikh / Hari : 30 Disember 2016 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi hingga 12.45 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat, SK Kuala Nyalau

Pengerusi Mesyuarat : En. Yusuf Bin Piee


Guru Besar, SK Kuala Nyalau

Pencatat Minit : Pn. Christina Ansik Anak Aban

Agenda:
Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Fly Kenyalang Fly dan Bacaan doa.
1. Ucapan Alu-aluan Guru Besar
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Staf Bil.2/2016
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Pembentangan / Laporan
4.1 Akademik - Penolong Kanan Pentadbiran 1
4.2 HEM - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.3 Kokurikulum – Penolong Kanan Kokurikulum
4.4 Kewangan – Unit Kewangan
4.5 LINUS – Penyelaras Linus
4.6 Prasekolah - Guru Prasekolah
5. Hal-hal lain.

Kehadiran:

Bil Nama Guru / Staf Jawatan


1. En. Yusuf Bin Piee Guru Besar
2. En. Afendi Bin Soon Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Matamit Bin Lelek Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Daini Bin Che Dom Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Rogayah Binti Mohammad Sepawi Guru Akademik Biasa
6. Cik Nurfarahin Binti Abg Munir Guru Akademik Biasa
7. En. Mohamad Fariz Bin Zahari Guru Akademik Biasa
8. Cik Siti Nur’Ain Binti Md Noor Guru Akademik Biasa
9. Cik Siti Wahida Binti Ismail Guru Pendidikan Islam
10. Pn. Calis Anak Bayan Guru Prasekolah
11. En. Mohammad Fadillah Bin Ismail Guru Bahasa Arab
12. En. Ahmad Elyas Bin Ismail Guru Akademik Biasa
13. Pn. Nur Na’ilah Binti Samsor Guru Pemulihan
14. En. Mathew Anak Rundu Penyelia Asrama
15. En. Siu Anak Pengabang Pembantu Pengurusan Murid(Asrama)
16. Pn. Christina Ansik Anak Aban Pembantu Pengurusan Murid (Pra)
17. Pn. Ren Anak Jangan Pembantu Pengurusan Murid(Asrama)
18. Pn. Serimah Binti Jalil Pembantu Operasi
19. Pn. Norhasimah Binti Jakaria Pembantu Operasi

Tidak hadir:
1. En. Ahjarul Bin Amirul Cuti tanpa kenyataan
1.0 Ucapan alu-aluan Guru Besar

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua ke mesyuarat staf pada akhir tahun ini.
Beliau juga berharap agar semua staf dapat memberikan komitmen yang tinggi dan
padu dalam memajukan sekolah dan menentukan kejayaan sekolah.

1.2 Perubahan
Setiap tahun banyak perubahan yang berlaku sama ada dari segi Pentadbir, Kurikulum,
Kokurikulum dan HEM. Ini menunjukkan sekolah kita ada peningkatan yang baik
kepadaa yang terbaik.

1.2.1 Kurikulum Semakan Tahun 1 2017. Ini di ambil berat oleh guru yang mengajar
Tahun 1.
1.2.2 Kedudukan kelas
Atas persetujuan semua guru kelas ingin mengekalkan kedudukan kelas seperti
yang ada sekarang. Tahun 1 akan ditempatkan di kelas tahun 6. Ini bagi
menjimatkan kos atau tenaga dalam melaksanakan keceriaan kelas dan tidak
perlu bertukar ganti hiasanya. Walau bagaimanapun kelas akan di tukar 2 tahun
sekali.
1.2.3 Kelas di ajar
Setiap kelas ada perubahan guru yang mengajar kelas. Jadual akan
dimaklumkan nanti oleh pihak Pentadbir
1.2.4 Pakaian Murid
Dibawah tadbir oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
1.2.4.1Tag nama dan Lencana sekolah
Semua murid wajib menggunakan tag nama dan lencana sekolah.
Akan diberitahu bila PKHEM sudah berbincang dengnan pihak
pentadbir.
1.2.4.2 Tali Leher
Untuk pelajar lelaki dan perempuan yang jenis menggunakan baju
berkolar akan menggunakan tali leher.
1.2.4.3Warna baju Pengawas dan Ketua kelas.
Masih dalam perbincangan sama ada masih dikekalkan ataupun
bertukar.

Makluman dan tindakan: Cg Matamit dan guru kelas

1.3 Perlu Berubah

1.3.1 Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah berat dalam mendidik anak bangsa.
Sebagai seorang guru kita harus menunjukkan peranan kita sebagai guru.
1.3.2 Seorang guru harus rasa bertanggungjawab dalam melaksanakan RPH dan RPT
sebelum memulakan kelas pengajaran. Ini untuk memudahkan membuat rujukan
sebelum pdp bermula. Jadual menghantar buku RPH untuk di semak oleh pihak
pentadbir adalah ditetapkan setiap hari Jumaat. Buku RPH yang di hantar hendaklah
sudah lengkap di buat hingga isnin minggu depan.
1.3.3 Apabila kelas tidak ada guru kelas sit in / teach in dilakukan bagi mengantikan
guru tidak dapat masuk kelas kerana kursus atau sebaliknya. Penyelarasnya pada
tahun ini ialah Ustazah Siti Wahida yang bertanggungjawab membuat jadual
siapa guru yang sit in / teach in. Guru yang sudah dilantik perlu masuk kelas
seperti yang sudah dijadualkan
1.3.4 Tugas seorang guru adalah mendidik murid. Dengan itu kehadiran mengajar ke kelas
adalah satu keutamaan. Sekiranya kita ponteng menghadiri kelas dan tidak
menjalankan tugas dengan amanah maka gaji yang kita terima setiap bulan itu adalah
tidak halal dengan kata lain makan gaji buta.
1.3.5 Sikap berdaya saing dan berdaya maju satu sikap positif. Sekolah kita ada
membuktikan yang sekolah kita berkelayakan bersaing dengan Sekolah Bandar.
Buktinya dalam UPSR sekolah kita mendapat tempat ke-3 dapat mengalahkan
beberapa buah sekolah di Bandar.
1.3.6 Ada beberapa aduan ibu bapa ke PPD. Kita harus peka pada masalah tersebut.
Antaranya ialah:
1.3.6.1 Cikgu lambat masuk kelas.
1.3.6.2 Cikgu tidak menyemak hasil kerja murid.
1.3.6.3 Kekemasan diri terutamanya bahagian penampilan diri dan dari segi pakaian.
Sebagai pejawat awam kita harus sentiasa berpakaian kemas bila turun kerja.
Penampilan kita boleh mencerminkan sikap peribadi
kita yang sebenarnya.
Makluman dan tindakan: Semua guru

1.4 Tingkah laku dan perbuatan.


1.4.1 Sebagai pelaku kepada masalah yang kita buat. Kita harus rasa bertanggungjawab dan
bersedia menandatangani masalah tersebut.
Contohnya kes Cg Ahjarul yang tidak turun kerja tanpa alasan.
1.4.2 Permasalahan ini boleh membawa kita kepada tindakan tatatertib. Hasil tindakan ini
kita boleh dikenakan seperti pemotongan gaji, gaji di tahan, kemungkinan dipindahkan
tanpa beritahu, lambat disahkan dalam jawatan dan mungkin bayar balik gaji yang kita
sudah terima.
Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

1.5 Kedudukan staf


1.5.1 Sekolah kita kekurangan staf AKP bahagian Pembantu Tadbir. Bagi mengisi
kekosongan itu pihak pentadbir bersetuju melantik Pn. Norhasimah sebagai Pembantu
Tadbir sementara sehingga kekosongan itu sudah ada penganti. Beliau menerima elaun
menanggung kerja yang kemudiannya dibahagikan dengan En. Mathew kerana
menguruskan kewangan sekolah.
1.5.2 Pn Ren akan melaksanakan tugasnya sebagai PPM Asrama dan membantu Pn Serimah
memasak di dapur.
1.5.3 En. Mathew sebagai Penyelia Asrama akan melaksanakan tugas sebagai Kerani
kewangan sekolah.
1.5.4 En Siu akan melaksanakan tugas PPM Asrama dan membantu En. Mathew dalam
pengeluaran stok makanan asrama.

Makluman dan tindakan: En. Mathew, En. Siu, Pn Ren dan Pn Norhasimah

1.6 “Up Date” PAPAN PERGERAKAN GURU & STAF


1.6.1 Sekiranya kita ada pergi berkursus, bengkel atau mesyuarat hendaklah diri sendiri “up
date” tarikh, tujuan hari ke mana pergi. Walau bagaimanapun Pn Norhasimah akan
“follow up date”.
1.6.2 Takwim sekolah akan ditulis mengikut bulan dan sila lihat serta beri perhatian dan
ambil tindakan jika di bahagian tindakan adalah nama kita.
Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf
1.7 Perhimpunan Pagi
1.7.1 Pada tahun ini perhimpunan pagi akan diuruskan oleh Unit HEM.
1.7.2 Jadual guru bertugas membunyikan loceng. Guru yang bertugas pada minggu tersebut
lantik murid untuk membunyikan loceng.
1.7.2.1 Jadual membunyikan loceng

Bil Masa loceng Bunyi Catatan


dibunyikan
1. 7.20 pagi 5 kali Masuk kelas
2. 9.50 pagi hingga 5 kali Waktu rehat
10.20 pagi
3. 12.20 tengah hari 5 kali Tahap 1 balik (rabu dan khamis )
4. 2 kali Setiap pertukaran waktu belajar /
setiap 30 minit
5. banyak Loceng kecemasan
kali

1.7.2.2 Guru yang bertugas hendaklah membuat rekod dan catatan dan akan
diserahkan kepada PKHEM.
1.7.2.3 Guru yang bertugas juga perlu menyambut kedatangan murid di pintu pagar
sekolah pada jam 6.20 am bersama pengawas sekolah.
1.7.3.4 Semasa perhimpunan pagi hanya seorang sahaja akan berucap di kalangan
pihak pentadbir mengikut giliran yang akan ditetapkan nanti.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

1.8 Bidang-bidang tugas dalam Pentadbiran, Akademik, HEM dan KK


1.8.1 Surat perlantikan akan diedarkan nanti. Setiap pelantikan yang diberikan perlu
dilaksanakan dengan penuh tanggunjawab dan dedikasi.
1.8.2 Perlantikan tugas dan pelaksanaannya akan diambil kira dalam PBPPP. Sekiranya ada
yang tidak setuju dengan perlantikan tersebut hendaklah
berjumpa dengan pihak Pentadbir.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

1.9 Dialog Prestasi Peringkat Sekolah


1.9.1 Pihak PPD telah menetapkan dialog prestasi perlu di buat sebanyak 12 kali
dalam setahun. Ia perlu di buat sebelum dialog prestasi peringkat PPD.
1.9.2 Hasil daripada dialog prestasi tersebut perlu ada catatan dan akan di hantar
ke PPD Bintulu untuk tindakan seterusnya. Setiap dialog prestasi yang
dibentangkan itu perlu ada maklum balas daripada semua pihak.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

1.10 Perjumpaan Pihak Pentadbir


1.10.1 Atas persetujuan mereka semua pihak pentadbir akan mengadakan perjumpaan sebulan
sekali dalam tempoh perbincangan tidak melebihi 30 minit. Mereka akan
membincangkan tentang pentadbiran sekolah bag meningkatkan lagi mutu pentadbiran
sekolah kepada yang lebih teratur.
1.10.2Tarikh perjumpaan akan dimasukkan ke dalam takwim sekolah.

Makluman dan tindakan: Semua pihak Pentadbir


1.11 Mesin Fotostat
1.11.1 Mesin fotostat yang ada sekarang akan diberhentikan pengunaannya pada 03.01.2017.
Ini disebabkan tidak ada peruntukkan untuk membayar pengunaannya. Hutang yang
belum berbayar lagi itu akan pihak sekolah memohon PIBG bayar.
1.11.2 Semua surat yang ditujukan kepada kita perlu fotostat sendiri, yang asli aka diserahkan
kepada Pn Norhasimah untuk di simpan di dalam fail. Walau bagaimanapun semua
guru akan dibekalkan 1 rim kertas fotostat untuk mencetak surat sendiri sepanjang
tahun 2017.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

1.12 Membuat Keputusan


1.12.1 Jangan buat keputusan sendiri dan perlu rujuk dengan pihak pentadbir sekiranya
berkaitan dengan urusan sekolah.
1.12.2 Semua guru dan staf di larang sama sekali meniru tandatangan pihak Pentadbir untuk
kepentingan diri sendiri kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir, itu pun sekiranya
perkara itu memerlukan tindakan segera.Sekiranya mereka tidak ada di sekolah atau
pun pergi bercuti.
1.12.3 Sesuatu keputusan di buat perlu merujuk dulu dengan pihak pentadbir.Jangan buat
keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Pentadbir. Ini akan
mengelirukan sesuatu pihak terutamanya murid.
1.12.4 Jika ada di kalangan guru yang ada meminjam buku teks murid hendaklah
dikembalikan kepada mereka. Sekiranya berlaku kehilangan hendaklah di ganti semula.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat staf Bil 2 / 2016


2.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Staf Bil 2 / 2016 di cadang oleh Pn Serimah Binti Jalil
dan di sokong oleh Cikgu Siti Nur’Ain Binti Md Noor.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1.1 Kursus Semakan KSSR 2017
Cg Rogayah bertanyakan tentang bagaimana hendak mendapatkan bahan DSKP untuk
setiap mata pelajaran tahun 1.

4.0 Pembentangan / Laporan


4.1 Akademik
4.1.1 Sila rujuk Lampiran A1 – Jawatankuasa Kurikulum Tahun 2017
4.1.2 Sila rujuk Lampiran A2 - Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbir Tahun 2017
4.1.3 Sila rujuk Lampiran A3 – Takwim Sekolah Tahun 2017

4.2 Hal-Ehwal Murid


4.2.1 Sila rujuk Lampiran B

4.3 Kokurikulum
4.3.1 Sila rujuk Lampiran C

4.4 Kewangan
4.4.1 Sila rujuk Lampiran D

4.5 LINUS
4.5.1 Penyelaras LINUS perlu mengemaskini maklumat guru-guru yang mengajar
LBM, LBI dan NUM pada tahun 2017.
4.5.2 Semua murid Tahun 2 dan 3 menguasai Saringan 2 LINUS pada tahun 2016.
Manakala Tahun 1, terdapat seorang murid yang tidak menguasai LBM dan
NUm iaitu Dayangku Arina Mahirah binti Awang Zulkarnain.
4.5.3 Pelaksanaan LINUS adalah sebanyak 2 kali setahun yang mempunyai Saringan 1
Membaca dan Saringan 2 Menulis yang akan dijalankan kepada murid-murid
Tahun 1, 2 dan 3 sahaja.
4.5.4 Pada tahun 2016, fasiLINUS telah membuat lawatan penilaian fail-fail LINUS di
sekolah. Dan penyemakan penandaan instrument juga turut di buat oleh
fasiLINUS LBM, LBI dan NUM di sekolah. Pihak pentadbir juga turut perlu
membuat penyemakan instrumen di peringkat sekolah selepas saringan dibuat.
4.5.5 Tarikh pelaksanaan saringan LINUS 2017 adalah seperti tahun sebelum ini jika
ada perubahan tarikh akan dimaklumkan oleh fasiLINUS dari semasa ke semasa.

4.6 Prasekolah

4.6.1 Pada tahun lepas, seramai 6 orang murid sahaja bagi murid-murid 6 tahun iaitu, 3
orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Berdasarkan laporan penilaian
dan perkembangan murid-murid 6 tahun, 5 daripada murid tersebut telah
menguasai kemhairan membaca dan kemahiran menulis. Manakala seorang murid
lagi belum menguasai kemahiran membaca.
4.6.2 Murid-murid tersebut juga perlu diberi perhatian lebih kerana mereka perlu sentiasa
diingatkan untuk melaksanakan sesuatu perkara.
4.6.3 Pada tahun ini pula, seramai 19 orang murid mendaftar masuk ke prasekolah.
Selain itu, jumlah murid 6 tahun juga lebih banyak daripada tahun sebelum iaitu 10
orang. Manakala murid 5 tahun seramai 9 orang. Oleh itu, murid lelaki adalah
seramai 13 orang dan murid perempuan seramai 6 orang.

Makluman dan tindakan: Semua pihak Pentadbir dan semua guru

5.0 Hal-hal lain

5.1 Ucapan terima kasih dari Encik Mathew


Encik Mathew mewakili semua ibu bapa murid Tahun 6 2016 mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua guru dan staf AKP sama ada terlibat secara langsung atau
tidak langsung atas kecemerlangan anak mereka pada UPSR yang lepas. Beliau amat
menghargai semua jasa guru dalam mendidik anak mereka.
5.2 Cuti Peristiwa
Khas untuk guru dan murid sahaja tidak termasuk Guru Besar dan AKP. Jika Guru
Besar dan AKP ingin bercuti pada hari tersebut hendaklah memohon cuti rehat.
5.3 Seperti mana dalam surat pekeliling, sesiapa staf yang ingin keluar pada waktu bekerja
atas urusan peribadi melebihi dari 3 jam akan digalakkan memohon cuti rehat.
5.4 Encik Mathew sebagai wakil semua staf AKP menyuarakan rasa keraguan dengan
kerja lebih masa pada hujung minggu tanpa apa-apa cuti ganti untuk mengantikannya.
Seperti mana yang sedia maklum kebanyakkan staf AKP turun awal 1 jam dari hari
isnin hingga khamis tiap-tiap hari bagi mengantikkan masa bekerja sebelah petang hari
Jumaat untuk urusan peribadi dan tugasan di luar. Walau bagaimanapun masalah akan
dibincangkan oleh pihak pentadbir bila ada perjumpaan bagi menyelesaikan masalah
tersebut.
5.5 Pn Norhasimah memberitahu bagi sesiapa yang ingin memohon Elaun Balik Kampung
perlu menyertakan Surat Beranak ibu bapa atau Surat Beranak diri sendiri bagi
menentukan alamat sebenarnya kita tinggal. Setakat ini hanya 3 orang saja yang sudah
lengkap di isi.
5.6 Pn Christina memberitahu stok barang Inventori di Stor Inventori banyak barang yang
sudah lama pesanannya perlu dikeluarkan kerana ada yang rosak sebab di makan tikus
dan lipas. Barang tersebut di pesan oleh guru yang sudah pindah dan tidak sempat
untuk digunakan. Cg. Afendi mencadangkan barang tersebut perlu dikeluarkan untuk
kegunaan pdp dan pengeluarannya atas namanya sendiri.
5.7 Cg Afendi meminta semua guru kelas mengambil balik buku rekod prestasi murid
daripada mereka dan kemudian diserahkan balik dengan beliau.

Makluman dan tindakan: Semua guru dan staf

Memandangkan tiada lagi hal-hal lain yang dibincangkan, maka mesyuarat ditangguhkan pada
jam 12.45 tengah hari. Pencadang mesyuarat staf ditangguhkan ialah Cikgu Nur Na’ilah Binti
Samsor dan disokong oleh Cikgu Rogayah Binti Mohammad Sepawi.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………. ………………………………
(CHRISTINA ANSIK AK ABAN) (AFENDI BIN SOON)
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Jawatankuasa Mesyuarat Staf 2017, SK Kuala Nyalau, Bintulu
SK Kuala Nyalau, Bintulu

Disemak & diperakukan sah oleh :

………………………………..
(YUSUF BIN PIEE)
Guru Besar,
SK Kuala Nyalau, Bintulu

Anda mungkin juga menyukai