Anda di halaman 1dari 21

ebook.

pdf

Mendeley
Senarai Rujukan Tanpa Menaip Satu Huruf!

AMMAR MUHAMAD
#drMAK
APA YANG MENARIK?

APA YANG MENARIK? ............................................................................................... 2

PEMBERITAHUAN....................................................................................................... 3

PENGENALAN .............................................................................................................. 4

BAB 1 : INSTALL MENDELEY KE DALAM PC/LAPTOP .............................. 6

BAB 2 : MENGUMPUL ARTIKEL RUJUKAN KE DALAM MENDELEY ... 8

BAB 3 : INSTALL MS WORD PLUGIN MENDELEY ................................... 10

BAB 4 : CITATION MENGGUNAKAN MENDELEY ..................................... 12

BAB 5 : MEMASUKKAN SENARAI RUJUKAN .............................................. 19

PENUTUP ..................................................................................................................... 21

2
PEMBERITAHUAN

Anda digalakkan menyebarluaskan ebook ini secara PERCUMA

kepada orang lain. Ilmu yang kita sebarluaskan merupakan

pelaburan akhirat yang paling berharga. Justeru, hargai dan sayangi

ilmu ini.

Saya memohon agar anda tidak membuat salinan,

mengubahsuai atau melakukan apa jua cara sekalipun dengan

tujuan menjual semula ebook ini kerana ianya telah diberikan secara

PERCUMA.

Semoga kebaikan yang disebarkan akan menjadi saham di

akhirat, Aamiin..

3
PENGENALAN

Perkongsian ebook ini bermula apabila saya menerima

whatsapp memohon ‘bantuan kecemasan’ dari rakan yang sedang

menyiapkan tesis Phd di Southampton, UK. Dia ingin tahu secara

hands-on, bagaimana untuk meletakkan satu atau banyak citation

pada hujung ayat atau perenggan. Kemudian, dia juga mahu semua

sumber rujukan (artikel) disenaraikan secara automatik di bahagian

References mengikut ‘gaya citation IEEE’.

Saya boleh sahaja menjawab secara terus, tetapi saya memilih

untuk menulis dan menyebarluaskan ilmu ini kepada rakan-rakan di

FB sekiranya turut berhadapan situasi yang sama. Mudah-mudahan

perkongsian ini memberi manfaat berpanjangan untuk semua.

Bagi anda (siswazah/pelajar tahun akhir/pekerja awam &

swasta/sesiapa sahaja) yang kerap membuat tugasan seperti

laporan atau tesis terutamanya, pasti perlu membuat senarai rujukan

di bahagian akhir laporan atau tesis yang memaparkan setiap artikel

yang dirujuk.

4
Mendeley adalah antara perisian reference manager

‘PERCUMA’ yang semakin memikat ramai pengguna kerana mudah

dipelajari dan sangat efisien.

Jika sebelum ini, anda mungkin perlu menaip satu persatu

setiap butiran maklumat artikel yang anda rujuk di bahagian rujukan.

Namun, menggunakan Mendeley, anda tidak perlu menaip satu

perkataan pun! Malah anda boleh memilih ‘gaya citation’ mengikut

kehendak universiti atau majikan seperti IEEE dan APA 6th Edition.

Perubahan gaya citation dilakukan secara automatik!

Sebelum anda benar-benar teruja, ebook panduan ini hanya

boleh diikuti langkah demi langkah sekiranya PC/Laptop anda telah

di’install’ perisian MS Word dan Mendeley.

Mari kita mulakan dan saya tunjukkan bagaimana!

5
BAB 1 : INSTALL MENDELEY KE DALAM PC/LAPTOP

Untuk install perisian Mendeley ke dalam PC/laptop:-

1. Layari laman web, www.mendeley.com

2. Cipta akaun baru > Klik Create a free account (kotak kuning)

Gambar 1 : Laman Web Mendeley

3. Download percuma perisian Mendeley yang serasi sistem

operasi PC/laptop anda (Windows/Mac/Linux/Android)

6
Gambar 2 : Download Mendeley

4. Selepas fail installer dimuat turun, double-click ikon installer

untuk install perisian Mendeley ke dalam PC/Laptop.

5. Ikon Mendeley akan terpapar di Desktop selepas perisian

selesai di install.

7
BAB 2 : MENGUMPUL ARTIKEL RUJUKAN KE DALAM

MENDELEY

Untuk menggunakan Mendeley secara optimum. Fail-fail artikel

rujukan yang disimpan hendaklah dalam bentuk .pdf (boleh juga

dalam format lain, tetapi tidak dijelaskan dalam panduan ini).

Untuk memasukkan fail-fail .pdf daripada folder simpanan di

PC/laptop ke dalam perisian Mendeley, anda hanya perlu melakukan

langkah-langkah ini:-

1. Buka folder yang mengandungi semua fail .pdf yang hendak

digunakan sebagai rujukan.

2. Buka perisian Mendeley dengan double-click ikon Mendeley

di bahagian Desktop. Paparan seperti gambar 3 akan

kelihatan.

3. Anda hanya perlu select semua fail .pdf yang hendak

dipindahkan (kotak kuning dalam gambar 3) > Klik dan heret

ke dalam perisian Mendeley (kotak merah dalam gambar 3)

> Lepas

4. Fail .pdf yang terdapat di dalam folder PC/laptop akan

kelihatan tersusun di dalam Mendeley.

8
Gambar 3 : Pindah Fail dari Folder ke Mendeley

NOTA PENTING:

Mendeley menggunakan metadata untuk menghasilkan


senarai rujukan secara automatik. Maklumat di dalam metadata
perlu tepat supaya senarai rujukan anda juga tepat.

Anda boleh meminda maklumat metadata dengan klik pada


nama fail .pdf di dalam Mendeley dan lihat maklumat di kolum
kanan sekali seperti nama jurnal, pengarang, tahun terbit, dan
sebagainya.

Sekiranya tidak tepat, anda perlu membetulkan di dalam kolum


tersebut (ebook ini tidak menerangkan secara terperinci proses
‘mencantikkan’ metadata).

9
BAB 3 : INSTALL MS WORD PLUGIN MENDELEY

Sebelum anda dapat membuat citation di dalam MS Word

menggunakan Mendeley, anda perlu memastikan MS Word plugin

yang disediakan oleh Mendeley telah diinstall dengan sempurna.

Langkah-langkah install plugin:-

1. Buka perisian Mendeley

2. Pergi Menu Bar > Tools > Install MS Word Plugin (kotak

merah gambar 4) > Klik

3. Mendeley akan install plugin ke dalam MS Word (PASTIKAN

TIADA FAIL MS WORD YANG SEDANG DIBUKA!)

Gambar 4 : Install MS Word Plugin

10
4. Pemasangan plugin dikira berjaya apabila anda melihat

kotak di gambar 5.

Gambar 5 : Installation Berjaya

5. Buka Fail MS Word. Pergi ke Menu Bar References dan anda

akan lihat plugin telah diinstall untuk citation menggunakan

Mendeley (kotak merah gambar 6).

Gambar 6 : Plugin telah dipasang di dalam MS Word

11
BAB 4 : CITATION MENGGUNAKAN MENDELEY

Bayangkan sekarang anda sedang menaip laporan atau tesis.

Anda menulis ayat yang diinspirasikan dari ‘idea’ yang diperoleh hasil

pembacaan artikel yang ditulis oleh pengarang lain. Sebagai

penghargaan, anda hendak memasukkan citation agar supervisor

atau pembaca laporan anda mengetahui artikel mana yang telah

anda rujuk.

Langkah 1

Buka aplikasi ‘Mendeley’ > Buka semua fail .pdf artikel yang

akan di’cite’ (rujuk kotak merah dalam gambar 7).

Gambar 7 : Fail-fail .pdf dibuka

12
Langkah 2

Pastikan Citation Style adalah IEEE (anda boleh menggunakan

style lain mengikut kehendak universiti atau majikan).

Gambar 8 : Citation Style

Langkah 3

Buka fail MS Word (laporan @ tesis) yang hendak diletakkan

citation. Letakkan kursor di penghujung ayat atau perenggan

(lihat kotak merah dalam gambar 9)

Pergi ke Menu bar > References > Klik Insert Citation > Klik Go

To Mendeley

13
Gambar 9 : Kursor Insert Citation

Langkah 4

Klik Tab artikel yang akan di’cite” > Klik Cite (rujuk kotak merah

dalam gambar 10)

Gambar 10 : Insert Cite

14
Langkah 5

Secara automatik selepas perenggan akan dimasukkan citation

‘[1]’.

Ulangi langkah 3 & 4 untuk memasukkan citation daripada

artikel ke-2 dan seterusnya hinggalah kesemua artikel yang

menjadi sumber rujukan telah di’cite’ (rujuk gambar 11).

Gambar 11 : Insert Citation Pelbagai Artikel

15
Langkah 6

Hilight citation [1] hingga citation [5] > Pergi ke Menu Bar >

References

Ikon Insert citation telah bertukar kepada Merge citations.

Klik Merge Citations (rujuk kotak merah gambar 12)

Gambar 12 : Merge Citations

16
Langkah 7

Citations akan digabungkan seperti dalam gambar 13.

Klik di tengah-tengah dash (rujuk kotak merah gambar 13) dan

edit secara manual untuk kelihatan seperti ini ( [1 – 5] ).

Gambar 13 : Citation yang telah digabung

17
Langkah 8

Mendeley akan bertanya untuk mengesahkan hasil edit,

Klik Keep Manual Edit (rujuk kepada kotak merah dalam

gambar 14)

Gambar 14 : Keep Manual Edit

Sekarang, ayat anda telah pun mempunyai citation daripada 5


sumber rujukan.

18
BAB 5 : MEMASUKKAN SENARAI RUJUKAN

Sekarang, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah lagi

untuk memasukkan senarai maklumat artikel rujukan ke bahagian

References (Rujukan) tanpa perlu menaip satu huruf sekalipun!

Langkah 1

Di mukasurat senarai rujukan (references) > Klik Kursor pada

ruang kosong

Pergi Menu Bar > References > Klik Insert Bibliography (rujuk

gambar 15)

Gambar 15 : Insert Bibliography

19
Langkah 2

Hasilnya, semua artikel yang di’cite’ akan disenaraikan dalam

bahagian rujukan dengan tepat mengikut citation style IEEE

(atau mengikut citation style yang telah anda pilih).

Gambar 16 : Senarai Rujukan

Dah selesai. Wow! Senang kan? Selamat mencuba. 

20
PENUTUP

Saya berharap panduan yang saya tulis secara ringkas dalam


ebook ini dapat mengubah cara anda menghasilkan senarai rujukan
yang selama ini sangat menyusahkan kepada cara yang sangat
memudahkan.

Langkah-langkah yang perlu diikuti telah saya terangkan secara


terperinci menggunakan ayat mudah agar terus boleh diguna pakai
oleh pembaca. Walau bagaimanapun, panduan ini hanya
menceritakan secara asas fungsi-fungsi yang terdapat di dalam
Mendeley.

Anda mungkin memikirkan pelbagai persoalan sepanjang


mengikuti panduan ini, sekiranya anda memerlukan jawapan, anda
boleh mencari dan bertanya terus kepada saya di facebook
(http://www.facebook.com/ammarkamilin) – kita boleh berkawan
(friends) atau e-mel ke amarvellife@gmail.com

Jika anda berminat untuk belajar MS Word advance sehingga


membolehkan laporan atau tesis disiapkan 25% lebih pantas dari
masa diambil sebelum ini (Contoh: Menghasilkan Jadual isi
kandungan yang mempunyai topik-topik dalam laporan dan nombor
mukasurat secara automatik), boleh mesej saya terus melalui FB.
Saya sedia dan suka mengaturkan sesi coaching secara
berkumpulan untuk anda dan rakan-rakan. Kita berhubung ya! 

21

Anda mungkin juga menyukai