Anda di halaman 1dari 98

Essentials of Human Anatomy & Physiology

Elaine N. Marieb

TOPIK 6
SISTEM SARAF
FUNGSI SISTEM SARAF
1. Input sensori – mengumpul maklumat
 Untuk memantau perubahan yang berlaku di luar
dan di dalam tubuh (perubahan = rangsangan)
2. Integrasi –
 Untuk memproses dan menginterpretasi input
sensori dan menentukan sama ada tindakan
diperlukan
3. Output motor
 Satu respons kepada gabungan rangsangan
 Respons akan mengaktifkan otot atau kelenjar
KLASIFIKASI STRUKTUR
SISTEM SARAF
 Sistem saraf pusat (CNS)
Otak
Korda spina
 Sistem saraf periferi (PNS)
Saraf di luar otak dan korda spina
KLASIFIKASI FUNGSI
SISTEM SARAF PERIFERI
 Bahagian sensori (aferen)
 Gentian saraf yang membawa maklumat ke
sistem saraf pusat
KLASIFIKASI FUNGSI
SISTEM SARAF PERIFERI
 Bahagian motor (eferen)
 Gentian saraf yang membawa impuls keluar
dari sistem saraf pusat
KLASIFIKASI FUNGSI
SISTEM SARAF PERIFERI
 Bahagian motor (eferen)
 Dua subbahagian
 Sistem saraf somatik = voluntari
 Sistem saraf autonomik = involuntari
ORGANISASI
SISTEM
SARAF
TISU SARAF: SEL SOKONGAN
(Neuroglia atau Glia)
 Astrosit (astrocytes)
 Banyak, sel berbentuk bintang
 Menyokong neuron
 Membentuk sekatan
antara kapilari
dan neuron
 Mengawal persekitaran
kimia otak (CNS)
TISU SARAF: SEL SOKONGAN
 Mikroglia (CNS)
 Fagosit berbentuk labah-
labah
 Menghapuskan kotoran
 Sel ependimal
(ependymal) (CNS)
 Melapik kaviti otak
dan korda spina
 Mengkitarkan cecair
serebrospina
TISU SARAF: SEL SOKONGAN
 Oligodendrosit
(oligodendrocytes)
(CNS)
 Menghasilkan
sarung mielin di
sekeliling
gentian saraf di
dalam sistem
saraf pusat
NEUROGLIA vs NEURON
• Neuroglia membahagi.
• Neuron tidak membahagi.
• Kebanyakan tumor otak adalah
“gliomas”.
• Kebanyakan tumor otak melibatkan sel
neuroglia dan bukan neuron.

• Cuba fikirkan peranan pembahagian sel


dalam penyakit barah (kanser)!
SEL SOKONGAN
SISTEM SARAF PERIFERI
 Sel satelit
 Melindungi badan sel neuron
 Sel Schwann
 Membentuk sarung mielin di dalam sistem
saraf periferi
TISU SARAF: NEURON
 Neuron = sel saraf
 Sel yang khusus untuk transmisi mesej
 Kawasan major neuron
 Badan sel – nukleus dan pusat metabolik
sel
 Unjuran – gentian yang menganjur (extend)
dari badan sel (dendrit dan akson)
ANATOMI NEURON

 Badan sel
 Nukleus
 Nukleolus
besar
ANATOMI NEURON
 Unjuran
(extensions) di
luar badan sel
 Dendrit –
mengkonduksi
impuls ke badan
sel
 Akson –
mengkonduksi
impuls keluar
dari badan sel
(hanya 1!)
AKSON DAN IMPULS SARAF
 Hujung akson di terminal akson
 Terminal akson mengandungi vesikel dengan
neurotransmiter
 Terminal akson diasingkan dari neuron
seterusnya oleh satu ruang
 Rekah sinaps – ruang antara neuron yang
bersebelahan
 Sinaps – persimpangan antara saraf
AKSON DAN IMPULS SARAF
PELAPIK GENTIAN SARAF
 Sel Schwann –
menghasilkan
sarung mielin
dalam bentuk jeli
bergulung
 Nodus Ranvier –
ruang di dalam
sarung mielin di
sepanjang akson
APLIKASI
• Dalam Multiple Scleroses, mielin telah
mengalami kerosakan.
• Sarung mielin menjadi keras dan
membentuk satu tisu yang dipanggil
scleroses.
• Ini dianggap sebagai satu penyakit
autoimun.
• Mengapa MS kelihatan mengganggu
otot?
LOKASI BADAN SEL NEURON
 Kebanyakannya dijumpai di dalam sistem saraf
pusat
 Jirim kelabu – badan sel dan gentian yang
tidak bermielin
 Nuklei – gumpalan badan sel di dalam jirim
putih sistem saraf pusat
 Ganglia – pengumpulan badan sel di luar sistem
saraf pusat
KLASIFIKASI FUNGSI NEURON
 Neuron sensori (aferen)
 Membawa impuls dari reseptor sensori
 Organ sensori kutaneus
 Proprioseptor – mengesan regangan atau
ketegangan
 Neuron motor (eferen)
 Membawa impuls dari sistem saraf pusat
KLASIFIKASI FUNGSI NEURON

 Interneuron (neuron penghubung)


 Dijumpai di laluan neuron di dalam
sistem saraf pusat
 Menghubungkan neuron motor dan
sensori
KLASIFIKASI NEURON
KLASIFIKASI STRUKTUR NEURON

 Neuron multikutub (multipolar) – banyak


unjuran dari badan sel
KLASIFIKASI STRUKTUR NEURON

 Neuron dwikutub (bipolar) – satu akson


dan satu dendrit
KLASIFIKASI STRUKTUR NEURON
 Neuron ekakutub (unipolar) – mempunyai
satu unjuran pendek yang menganjur
keluar dari badan sel
BAGAIMANA NEURON
BERFUNGSI (FISIOLOGI)
 Kerengsaan (Irritability) – kebolehan
untuk berespons terhadap rangsangan
 Kekonduksian (Conductivity) –
kebolehan untuk transmisi impuls
 Membran plasma di dalam keadaan
rehat akan terkutub (polarized)
 Kurang ion positif berada di dalam sel
berbanding di luar sel
MEMULAKAN IMPULS SARAF
 Penyahkutuban
(depolarization) – satu
rangsangan
menyahkutubkan membran
neuron
 Membran yang
dinyahkutub membenarkan
natrium (Na+) mengalir ke
dalam membran
 Pertukaran ion ini akan
memulakan tindakan
keupayaan di dalam
neuron
TINDAKAN KEUPAYAAN

 Jika tindakan keupayaan (impuls saraf) bermula,


tindakan ini akan merambat ke seluruh akson
 Ion kalium akan bergegas keluar dari neuron
selepas ion natrium bergegas masuk ke dalam,
ini akan menyahkutub membran tersebut
 Pam natrium-kalium ini akan mengekalkan
konfigurasi asal
 Tindakan ini memerlukan ATP
PERAMBATAN IMPULS SARAF
 Impuls akan
terus bergerak
ke arah badan
sel
 Impuls bergerak
lebih pantas
apabila gentian
mempunyai satu
sarung mielin
SAMBUNGAN IMPULS SARAF
ANTARA NEURON
 Impuls boleh merentasi sinaps ke saraf yang lain
 Neurotransmiter dibebaskan dari terminal
saraf akson
 Dendrit yang bersebelahan neuron
mempunyai reseptor yang telah dirangsang
oleh neurotransmiter
 Satu tindakan keupayaan akan bermula di
dalam dendrit
BAGAIMANA NEURON
BERKOMUNIKASI DI SINAPS
ARKA REFLEKS
 Refleks/pantulan – pantas, boleh diramal, dan
berespons involuntari terhadap rangsangan
 Arka refleks – laluan terus dari neuron sensori,
ke satu interneuron, ke satu efektor
ARKA REFLEKS RINGKAS
JENIS REFLEKS DAN
PENGAWALATURAN
 Refleks autonomik
 Pengawalaturan otot licin
 Pengawalaturan jantung dan tekanan
darah
 Pengawalaturan kelenjar
 Pengawalaturan sistem pencernaan
 Refleks somatik
 Pengaktifan otot rangka
SISTEM SARAF PUSAT (CNS)
 Sistem saraf pusat dibentuk dari tiub
neuron embrio
 Tiub ini akan membentuk otak dan korda
spina
 Bukaan tiub neuron akan menjadi
ventrikel
 Empat ruang dalam otak
 Dipenuhi dengan cecair serebrospina
KAWASAN OTAK

 Hemisfera
serebral
 Diensefalon
 Batang otak
 Serebelum
HEMISFERA SEREBRAL (CEREBRUM)
 Pasangan
(kiri dan
kanan)
bahagian
superior otak
 Merangkumi
lebih
daripada
separuh jisim
otak
HEMISFERA SEREBRAL (CEREBRUM)

 Permukaannya
dibentuk
daripada alunan
(ridges – gyri)
dan jejalur
(grooves – sulci)
LOBUS SEREBRUM

 Rekahan (fissures) (jejalur dalam)


membahagikan serebrum kepada lobus
 Permukaan lobus serebrum
 Lobus Frontal
 Lobus Parietal
 Lobus Occipital
 Lobus Temporal
LOBUS SEREBRUM
KAWASAN KHUSUS SEREBRUM
 Kawasan sensori somatik – menerima
impuls dari reseptor sensori badan
 Kawasan motor primer – menghantar
impuls ke otot rangka
 Kawasan Broca – terlibat dalam
kebolehan manusia bercakap
KAWASAN SENSORI DAN MOTOR
KOTEKS SEREBRAL
KAWASAN KHUSUS SEREBRUM

 Kawasan serebral yang terlibat dalam


deria khusus
 Kawasan Gustatory (rasa)
 Kawasan Visual
 Kawasan Auditory
 Kawasan Olfactory
KAWASAN KHUSUS SEREBRUM

 Bahagian interpretasi/tafsiran serebrum


 Bahagian pertuturan/bahasa
 Bahagian pemahaman bahasa
 Bahagian tafsiran umum
KAWASAN KHUSUS SEREBRUM
LAPISAN SEREBRUM

 Jirim kelabu
 Lapisan luaran
 Kebanyakannya
terdiri daripada
neuron badan
sel
LAPISAN SEREBRUM
 Jirim putih
 Kawasan gentian
di dalam jirim
kelabu
 Contoh: corpus
callosum
menyambungkan
hemisfera
LAPISAN SEREBRUM
 Nukleus basal – pulau
dalaman jirim kelabu
 Mengawal atur aktiviti
motor voluntari dengan
mengubah suai maklumat
yang dihantar ke korteks
motor
 Masalahnya, tidak
berupaya mengawal otot,
spastik, tersentak
 Terlibat dalam penyakit
Huntington dan Parkinson
DIENSEFALON (DIENCEPHALON)
 Berkedudukan di atas batang otak
 Ditutupi oleh hemisfera serebral
 Terdiri daripada tiga bahagian
 Talamus
 Hipotalamus
 Epitalamus
DIENSEFALON (DIENCEPHALON)
TALAMUS (THALAMUS)

 Mengelilingi ventrikel ketiga


 Stesen penghantaran untuk impuls
sensori
 Menghantar impuls ke bahagian korteks
yang betul untuk penyetempatan dan
pentafsiran
HIPOTALAMUS (HYPOTHALAMUS)
 Di bawah talamus
 Sistem saraf pusat autonomik yang
penting
 Bantu mengawal atur suhu badan
 Mengawal imbangan air
 Mengawal atur metabolisme
HIPOTALAMUS (HYPOTHALAMUS)

 Satu bahagian penting sistem limbik


(limbic system – emosi)
 Kelenjar pituitari melekat pada
hipotalamus
EPITALAMUS (EPITHALAMUS)

 Membentuk bumbung ventrikel ketiga


 Badan pineal (sejenis kelenjar endokrin)
berada di sini
 Merangkumi pleksus koroid (choroid
plexus) – membentuk cecair
serebrospina
BATANG OTAK

 Melekat pada korda spina


 Bahagian-bahagian batang otak
 Otak tengah
 Pons
 Medulla oblongata
BATANG OTAK
OTAK TENGAH

 Kebanyakannya terdiri daripada salur


gentian saraf
 Pusat refleks untuk penglihatan dan
pendengaran
 Duktus akua (aquaduct) serebral – ventrikel
ke-3 dan ke-4
PONS

 Bahagian membonjol batang otak


 Kebanyakannya terdiri daripada alur
gentian
 Merangkumi nukleus yang terlibat
dalam pengawalan pernafasan
MEDULLA OBLONGATA
 Bahagian paling bawah batang otak
 Bercantum ke dalam korda spina
 Merangkumi salur gentian penting
 Mengandungi pusat kawalan yang penting
 Kawalan kadar denyutan jantung
 Mengawalatur tekanan darah
 Pernafasan
 Menelan
 Muntah
SEREBELUM (CEREBELLUM)

 Dua hemisfera dengan permukaan


berlingkar (convoluted surfaces)
 Memberi koordinasi involuntari
pergerakan badan
SEREBELUM (CEREBELLUM)
PERLINDUNGAN TERHADAP
SISTEM SARAF PUSAT
 Kulit kepala dan kulit
 Tengkorak dan turus vertebra
 Meninges
PERLINDUNGAN TERHADAP
SISTEM SARAF PUSAT
 Cecair serebrospina
 Sekatan darah otak
MENINGES
 Dura mater
 Pelapik luaran berlapis ganda
 Periosteum – melekat ke permukaan
tengkorak
 Lapisan meningeal – pelapik luaran otak
Melipat ke dalam di beberapa
kawasan
MENINGES
 Lapisan Arachnoid
 Lapisan tengah
 Berbentuk labah-labah
 Pia mater
 Lapisan dalaman
 Berpaut (clings) kepada permukaan otak
CECAIR SEREBROSPINA
(CEREBROSPINAL FLUID)
 Serupa dengan kandungan plasma
darah
 Dibentuk oleh pleksus koroid
 Membentuk satu kusyen berair untuk
melindungi otak
 Beredar dalam ruang arachnoid,
ventrikel, dan salur tengah korda spina
VENTRIKEL DAN LOKASI
CECAIR SEREBROSPINA
VENTRIKEL DAN LOKASI
CECAIR SEREBROSPINA
SEKATAN DARAH OTAK
 Termasuk kapilari kurang telap badan
 Menyekat bahan-bahan yang berpotensi bahaya
 Tidak berguna terhadap sesetengah bahan
 Lemak dan molekul larut lemak
 Gas pernafasan
 Alkohol
 Nikotin
 Ubat bius
KECEDERAAN TRAUMA OTAK (TBI)
 Gegaran (Concussion)
 Kecederaan otak yang ringan atau
sederhana
 Berlaku pendarahan dan gentian saraf
terkoyak
 Pemulihan mungkin dengan sedikit
kehilangan memori
KECEDERAAN TRAUMA OTAK (TBI)
 Kontusi (Contusion)
 Kecederaan otak yang lebih ketara
 Berlaku pemusnahan tisu saraf
 Tisu saraf tidak akan tumbuh semula
KECEDERAAN TRAUMA OTAK (TBI)
 Edema serebral
Pembengkakan akibat respons
keradangan
Mungkin mampat dan membunuh tisu
otak
 Hematoma subdura
Pengumpulan darah di bawah dura
KEMALANGAN
SEREBROVASKULAR (CVA)
 Lazimnya dipanggil sebagai strok
 Diakibatkan oleh pemecahan salur
darah yang membekalkan sesuatu
bahagian di otak
 Tisu otak yang dibekalkan oksigen dari
sumber darah ini akan mati
 Kehilangan sesetengah fungsi atau
berkumungkinan maut
PENYAKIT ALZHEIMER
 Penyakit degeneratif otak yang beransur-ansur
 Lazimnya diperhatikan pada mereka yang sudah
berumur, tetapi boleh bermula dalam kalangan
mereka yang mula memasuki umur pertengahan
 Perubahan struktur dalam otak termasuklah
protein abnormal, dan gentian berlingkar dalam
neuron
 Mangsa mungkin mengalami kehilangan
memori, kerengsaan, bercelaru, halusinasi dan
maut
SPINA KORDA
 Lanjutan dari
medulla oblongata
ke kawasan T12
 Di bawah T12 ialah
cauda equina (satu
koleksi saraf spina)
 Pembesaran
berlaku di kawasan
serviks dan lumbar
ANATOMI SPINA KORDA
 Jirim putih luaran – salur konduksi
ANATOMI SPINA KORDA
 Jirim kelabu dalaman – kebanyakannya badan
sel
 Dorsal (posterior) horns
 Anterior (ventral) horns
ANATOMI SPINA KORDA
 Salur tengah dipenuhi dengan cecair
serebrospina
ANATOMI SPINA KORDA
 Meninges menutupi korda spina
 Saraf keluar di setiap aras vertebra
 Akar Dorsal
 Berkait dengan akar dorsal ganglia – satu
koleksi badan sel di luar sistem saraf pusat
 Akar Ventral
SISTEM SARAF PERIFERI
 Saraf dan ganglia di luar sistem saraf
pusat
 Saraf = ikatan gentian neuron
 Gentian neuron diikat oleh tisu
penghubung
STRUKTUR SARAF
 Endoneurium
mengelilingi setiap
gentian
 Kumpulan gentian
diikat menjadi fasikel
(fascicles) oleh
perineurium
 Fasikel diikat
bersama oleh
epineurium
KLASIFIKASI SARAF
 Saraf bercampur – kedua-dua gentian
sensori dan motor
 Saraf aferen (sensori) – membawa
impuls ke sistem saraf pusat
 Saraf eferen (motor) – membawa
impuls keluar dari sistem saraf pusat
SARAF KRANIAL

 12 pasangan saraf yang kebanyakannya


berada di kepala dan leher
 Dinomborkan mengikut turutan dari
hadapan ke belakang
 Kebanyakannya saraf campuran tetapi
tiga adalah sensori sahaja
SEBARAN SARAF KRANIAL
SARAF KRANIAL
I Saraf olfaktori – sensori untuk hidu
 II Saraf optik – sensori untuk penglihatan
 III Saraf okulomotor – gentian motor ke
otot mata
 IV Troklear – gentian motor ke otot mata
SARAF KRANIAL
 V Saraf trigeminal – sensori untuk muka;
gentian motor ke otot mengunyah
 VI Saraf abducens – Gentian motor ke
otot mata
 VII Saraf muka – sensori untuk rasa;
gentian motor ke muka
 VIII Saraf vestibulokoklear –
sensori untuk imbangan dan pendengaran
SARAF KRANIAL
 IX Saraf glossopharyngeal – sensori
untuk rasa; gentian motor ke farinks
(pharynx)
 X Saraf vagus – sensori dan gentian
motor untuk farinks, larinks (larynx), dan
viscera
 XI Saraf aksesori – gentian motor ke leher
dan bahagian belakang atas
 XII Saraf hipoglosal – gentian motor ke
lidah
SARAF SPINA
 Terdapat
sepasang
saraf
spina di
setiap
aras
vertebra
SISTEM SARAF AUTOMATIK
 Cabang involuntari sistem saraf
 Terdiri daripada saraf motor sahaja
 Dibahagikan kepada dua bahagian
 Bahagian simpatetik
 Bahagian parasimpatetik
PERBANDINGAN SISTEM SARAF
SOMATIK DAN AUTONOMIK
Nervous Systems
ANATOMI SISTEM SARAF AUTONOMIK
FUNGSI AUTONOMIK
 Simpatetik – “fight-or-flight”
 Berespons terhadap rangsangan luar
biasa
 Mengambil alih untuk meningkatkan
aktiviti
 Diingat sebagai bahagian “E” = senaman
(Exercise), seronok (Excitement),
kecemasan (Emergency), and malu
(Embarrassment)
FUNGSI AUTONOMIK
 Parasimpatetik – aktiviti harian
 Menjimatkan tenaga
 Mengekalkan fungsi tubuh perlu
seharian
 Diingat sebagai bahagian “D” –
pencernaan (Digestion), peninjaan
(Defecation), dan Diuresis
ASPEK PERKEMBANGAN
SISTEM SARAF
 Sistem saraf dibentuk semasa bulan
pertama perkembangan embrio
 Sebarang jangkitan keibuan boleh
menyebabkan kesan yang buruk
 Hipotalamus adalah kawasan terakhir
pada otak untuk berkembang
ASPEK PERKEMBANGAN
SISTEM SARAF
 Tiada lagi neuron dibentuk selepas
kelahiran, tetapi pertumbuhan dan
kematangan berterusan untuk beberapa
tahun (bukti terkini)
 Otak mencapai berat maksimum
apabila seseorang menjadi dewasa
 Walau bagaimanapun, kita boleh
sentiasa tumbuh dendrit!
TERIMA KASIH
DITERJEMAH DAN SEDIAKAN OLEH:
EN CHIA CHIOW MING
PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS

PJMS3043
PISMP AMBILAN JUN 2016
SEMESTER 2 (JANUARI – MEI) TAHUN 1 (2017)

Anda mungkin juga menyukai