Anda di halaman 1dari 44

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT

27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR


§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN HARI ORIENTASI PRASEKOLAH SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Hari Orientasi Prasekolah 2018


2. Tarikh : 30 Disember 2017 (Sabtu)
3. Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
4. Tempat : Dewan Sekolah SJK(T) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Murid Prasekolah SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi
dengan menemukan mereka dengan guru-guru.
Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal
prasekolah yang perlu mereka ketahui.
Menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara warga sekolah
dengan ibu bapa.
7. Pelaksanaan:-
Hari orientasi telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan SJK(T) Jerantut.
Program orientasi prasekolah dimulakan dengan dengan ucapan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran iaitu, Puan Mahaletchimy A/P Krishnan. Guru-guru prasekolah iaitu Cik. Rubini
Devi dan Cik Meenambal A/P Krishnan telah menerangkan tentang beberapa perkara penting
iaitu tarikh bayaran yuran, peraturan sekolah dan pakaian murid prasekolah kepada ibu bapa.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Guru besar. Beliau mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa yang hadiri dan berharap agar semua ibu bapa serta penjaga murid
dapat memberi kerjasama yang lebih erat kepada pihak sekolah pada tahun ini.

Program orientasi prasekolah ini dapat mencapai matlamatnya kerana berjaya


memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada murid prasekolah.
Murid dapat berkenalan mesra dengan rakan-rakan sekelas. Murid juga mengenali
persekitaran sekolah SJK(Tamil) Jerantut. Secara tidak langsung pengalaman bermakna ini
dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan sosio emosi,
menguasai kemahiran asas, memupuk keyakinan diri, dan membentuk personaliti yang positif
sebagai persediaan masuk ke prasekolah.

8. Ulasan / komen:
Program ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak, sekali gus
bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Sesungguhnya adalah menjadi
tanggungjawab bagi guru semua untuk membantu murid-murid hari ini ke arah insan yang
lebih berilmu dan progresif.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................... ........................................................
(Rubini Devi A/P Mutthusamy) (En. Kumarasamy Rajagopal SMP, AMP)
Guru Prasekolah, Guru Besar,
SJK (Tamil) Jerantut. SJK (Tamil) Jerantut.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Lampiran
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN SAMBUTAN PESTA PONGGAL SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Sambutan Pesta Ponggal 2018


2. Tarikh : 15 Januari 2018 (Rabu)
3. Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
4. Tempat : Tapak Perhimpunan
5. Kumpulan sasaran : Semua murid SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Memberi peluang kepada murid-murid mengenali budaya kaum
dan tradisi masyarakat India.
Mengeratkan hubungan silaturahim di antara murid dengan guru.
Menghargai dan mempertahankan perayaan tradisi masyarakat
India.
Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang adat resam
masyarakat India.
Memperkenalkan budaya dan kebudayaan orang India kepada
bangsa-bangsa lain selaras dengan konsep 1 Malaysia.
7. Pelaksanaan:-
Pada 15 Januari 2018 yang lalu telah diadakan Sambutan Pesta Ponggal Integrasi
2018. Perayaan Pesta Ponggal atau lebih dikenali sebagai Thaiponggal jatuh pada
pertengahan Januari ini. Perayaan ini disambut oleh kaum India selama empat hari. Iaitu hari
pertama mereka merayakan Bhogi. Pada masa itu, kaum India membersihkan rumah dan
membakar barang lama untuk menyingkirkan anasir-anasir buruk. Pada hari kedua, kaum
India menyambut ‘Surya Ponggal’. Tujuan sambut ‘Surya ponggal’ adalah untuk memberi
penghormatan kepada Dewa Matahari. Manakala hari ketiga pula, kaum India menyambut
‘Maathu Ponggal’. Ia diraikan untuk memberi penghormatan kepada dewa lembu yang
membantu mendapatkan hasil pertanian kepada petani. Seterusnya, hari keempat kaum india
menyambut ‘Kaannum Ponggal’.
Program sambutan pesta ponggal ini dilaksanakan dalam kawasan sekolah bersama-
sama dengan semua warga SJK(Tamil) Jerantut termasuk murid-murid aliran perdana dan
juga murid-murid prasekolah. Sebagai langkah permulaan, tapak perhimpunan telah
dibersihkan. Guru-guru telah melukis kolam dengan menggunakan serbuk beras pelbagai
warna dengan bantuan murid-murid. Guru Besar telah merasmikan program sambutan pesta
ponggal. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan memasak ponggal, ceramah
tentang “Hari Ponggal” dan sesi fotografi.

8. Ulasan / komen:
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Sambutan Pesta Ponggal Integrasi 2018 ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama
daripada semua warga negara sekolah, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang
dirancang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PERTANDINGAN TULIS NAMA SENDIRI SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Pertandingan Tulis Nama Sendiri


2. Tarikh : Sepanjang Bulan Januari
3. Masa : 8.00 pagi hingga 8.15 pagi
4. Tempat : Prasekolah
5. Kumpulan sasaran : Murid Prasekolah SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Mengalakkan murid-murid untuk menulis nama penuh dalam
bahasa tamil dan bahasa melayu dengan betul.
Meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid.
Meningkatkan kemahiran menulis yang kemas.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Pertandingan Menulis Nama Sendiri telah dijalankan sepanjang bulan Januari kepada
murid-murid prasekolah. Pertandingan ini djalankan setiap hari selama 15 minit. Setiap pagi
guru prasekolah telah mengedarkan kertas A4 kepada semua murid dan diberi arahan untuk
menulis nama sendiri dalam bahasa tamil dan bahasa melayu tanpa bimbingan guru.
Diumumkan bahawa murid yang menulis nama dengan betul dan kemas akan diberi token.
Semua murid aktif melibatkan diri dalam pertandingan menulis nama sendiri dan cuba sedaya
upaya untuk menulis dengan kemas.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan, pertandingan tulis nama sendiri telah dilaksanakan dengan
sistematik dan terancang serta dapat memberi impak baik dari segi mencerna minda serta
guru dapat menilai penguasaan murid-murid dalam kemahiran mengenal dan menulis huruf.
Selain itu, murid-murid juga aktif dalam penglibatan mereka semasa pertandingan yang telah
dijalankan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman
murid-murid prasekolah serta dapat belajar daripada kesilapan semasa menulis.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : SUKANEKA PRASEKOLAH 2018


2. Tarikh : 04 Mac 2018 (Ahad)
3. Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
4. Tempat : Padang Sekolah
5. Kumpulan sasaran : Semua murid SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Membentuk displin kendiri melalui peraturan yang ditetapkan
dalam permainan atau acara serta kebolehan mengikut arahan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid,
murid dan murid serta guru dan ibu bapa.
Menyelaraskan psikomotor kasar serta pembentukan
kecergasan fizikal di kalangan murid prasekolah.
Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati
dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Pada 04 Mac 2018 yang lalu telah diadakan sukaneka prasekolah. Sukaneka
prasekolah telah dijalankan bersama dengan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah SJK(T)
Jerantut. Sukaneka prasekolah ini telah bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam
1.00 petang. Terdapat dua jenis acara sukaneka telah dijalankan iaitu acara individu dan acara
kumpulan yang mengikut tahap murid. Berikut merupakan acara yang telah diadakan:-

Bil Acara Peserta


1. Larian 50m (L & P) Acara Individu (6 tahun)
2. Larian 50m (L & P) Acara Individu (5 tahun)
Tarik bola dengan gelung & Bawa
3. Acara Kumpulan (5 & 6 tahun)
pundi kacang atas kepala

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan, aktiviti yang telah kami rancangkan telah berjaya dilaksanakan.
Murid prasekolah juga terkawal dan mereka memberikan sepenuh komitmen terhadap aktiviti
yang dijalankan. Kerjasama yang diterima juga boleh dipuji kerana murid tidak menimbulkan
sebarang bentuk masalah dan gangguan. Murid mengikut arahan daripada guru dengan baik
dan ini menyebabkan program yang dijalankan tidak mengambil masa yang lama dan
mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, sukaneka ini dapat memberi peluang kepada
murid-murid untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang sukan.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PERTANDINGAN JOM KENAL HURUF SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : PERTANDINGAN JOM KENAL HURUF


2. Tarikh : Sepanjang Bulan Mac
3. Masa : 8.00 pagi hingga 8.15 pagi
4. Tempat : Prasekolah
5. Kumpulan sasaran : Murid Prasekolah SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran
mengenal huruf.
Meningkatkan penguasaan murid-murid dalam kemahiran
membaca perkataan.
Membantu guru semasa melakukan proses pentaksiran dan
penilaian setiap murid.

7. Pelaksanaan Aktiviti :
Pertandingan Jom Mengenal Huruf telah dijalankan sepanjang bulan Mac selama 15
minit di prasekolah Kalai Tamil. Matlamat pertandingan jom mengenal huruf adalah untuk
memupuk menilai kefahaman dan penguasaan murid-murid untuk mengenal huruf. Berikut
merupakan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan:-
Menyanyi Lagu Huruf.
Mengenal dan menyebut huruf yang ditunjukkan.
Memadankan huruf besar dengan huruf kecil
Menulis huruf-huruf yang disebut.
8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhannya Pertandingan Jom Mengenal Huruf dapat memberi impak baik
dari segi mencerna minda serta guru dapat menilai penguasaan murid-murid dalam
kemahiran mengenal huruf. Murid-murid juga aktif dalam penglibatan mereka semasa
program yang telah dijalankan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan pengetahuan
dan kefahaman murid-murid prasekolah serta dapat belajar daripada kesilapan mengenali
huruf.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PROGRAM ANTI DADAH SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : PROGRAM ANTI DADAH


2. Tarikh : 13 Mac 2018
3. Anjuran : SJK(Tamil) Jerantut
4. Tempat : Dewan Sekolah SJK(Tamil) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Semua murid dan guru-guru SJK(Tamil) Jerantut
6. Objektif :
Melahirkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai
pencegahan dadah kepada pelajar supaya dapat mengelak
daripada pengaruh dadah.
Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan
pelajar dari segi emosi, fizikal, mental dan rohani.
Membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
7. Pelaksanaan:-
Pelancaran dan perasmian program minggu anti dadah telah diadakan pada hari Isnin
12 Mac 2018 di tapak perhimpunan. Beberapa aktiviti telah diadakan seperti pertandingan
mewarna, pertandingan melukis poster, kuiz, dan ceramah oleh pihak unit kesihatan.
Ceramah yang disampaikan adalah mengenai maksud dadah, jenis dadah, kesan negatif
akibat penggunaan dadah dan sebagainya.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan, program minggu anti dadah telah dijalankan dengan lancar.
Murid-murid sangat teruja dan telah menumpukan perhatian semasa sesi ceramah
disampaikan oleh pihak unit kesihatan. Selepas menyampaikan ceramah, kuiz mengenai
dadah telah diadakan dan beberapa soalan ditanya daripada ceramah yang telah
disampaikan. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menjawab soalan kuiz yang ditanya
dan murid yang dapat menjawab dengan betul telah mendapat hadiah. Hal ini menunjukkan
bahawa murid menerima input yang jelas daripada ceramah tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PROGRAM PERGIGIAN SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : PROGRAM PERGIGIAN


2. Tarikh : 15 Mac 2018
3. Anjuran : SJK(Tamil) Jerantut
4. Tempat : Dewan Sekolah SJK(Tamil) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Semua murid dan guru-guru SJK(Tamil) Jerantut
6. Objektif :
Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul
kepada murid.
Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
penjagaan gigi dalam kehidupan seharian.
Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.
Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.

7. Pelaksanaan Aktiviti :
Program kesihatan pergigian prasekolah telah dijalankan pada 15 Mac 2018. Program
pertama yang telah dijalankan ialah ceramah kesihatan pergigian dan telah disampaikan oleh
jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Damak. Tajuk ceramah yang disampaikan
adalah mengenai kesihatan pergigian yang meliputi cara penjagaan gigi yang baik, kaedah
menggosok gigi yang betul serta kerosakan-kerosakan pada gigi yang sememangnya tidak
diketahui oleh murid-murid.

Aktiviti yang kedua ialah demonstrasi cara menggosok gigi. Murid telah dibekalkan
dengan berus gigi dan ubat gigi. Jururawat pergigian telah mendemonstrasikan cara
menggosok gigi dengan betul. Dengan demontrasi yang telah diberikan diharapkan dapat
membantu murid menjaga gigi dengan baik dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan, program kesihatan pergigian dapat dijalankan dengan lancar.
Murid kelihatan sangat teruja dan menumpukan perhatian terhadap ceramah yang
disampaikan oleh jururawat. Selepas menyampaikan ceramah, kuiz mengenai pergigian telah
dilakukan. Murid berlumba-lumba menjawab soalan yang telah diberikan bagi mendapatkan
hadiah. Hal ini menunjukkan bahawa murid mendapat input yang jelas.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGAT SEKOLAH 2018


2. Tarikh : 03 - 05 April 2018
3. Anjuran : SJK(Tamil) Jerantut
4. Tempat : Dewan Sekolah SJK(Tamil) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Semua murid, guru dan staff SJK(Tamil) Jerantut
6. Objektif :
Menggerakkan program galakkan membaca.
Memupuk minat membaca secara berterusan.
Mencungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku.
Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan
berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan bacaan yang
berorientasikan peperiksaan sahaja.
Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan
memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.
7. Pelaksanaan:-
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah dijalankan selama 3 hari, bermula pada 3
hingga 5 April 2017. Matlamat program Kem Membaca Satu Malaysia adalah memupuk minat
murid-murid untuk membaca buku secara berterusan. Berikut merupakan program-program
yang telah diadakan:-
 Jom membaca bersama 30 Minit 36 saat (semua murid)
 Pertandingan mewarna (Prasekolah dan Tahap 1)
 Pertandingan buku besar.
 Pertandingan Sudoku / Silang Kata.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhanya, Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu
program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang serta
murid-murid dapat menunjukkan bakat dan meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti
mewarnakan gambar.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGAT NEGERI 2018


2. Tarikh : 04 April 2018
3. Tempat : SMK Inderapura, Jerantut
4. Kumpulan sasaran : 5 orang murid prasekolah
5. Objektif :
Memupuk minat murid dalam kemahiran membaca secara
berterusan.
Mencungkil bakat murid dalam kemahiran melukis dan mewarna.
Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid
mengunakan koordinasi motor halus.
6. Pelaksanaan Aktiviti :
Pada 4 April 2018 pihak PPD Jerantut telah menganjurkan Pertandingan Mewarna
bagi murid-murid prasekolah. Seramai 5 orang telah terpilih untuk mewakili SJK(Tamil)
Jerantut bagi pertandingan mewarna yang telah diadakan di SMK Inderapura, Jerantut,
Pahang. Murid yang bernama Navinthan A/L Mohan wakil dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Jerantut telah mendapat nombor ke-4 bagi pertandingan mewarna.

7. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan, pertandingan mewarna ini telah berjaya dilaksanakan dengan
lancar dan mencapai objektifnya. Dengan adanya usaha yang berterusan akan membuahkan
hasil membanggakan dan mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : SAMBUTAN HARI GURU PERINGAT SEKOLAH 2018


2. Tarikh : 18 Mei 2018 (Jumaat)
3. Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 Tengah hari
4. Tempat : Dewan Sekolah SJK(Tamil) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Semua murid, guru dan staff SJK(Tamil) Jerantut
6. Objektif :
Menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan guru dalam
mendidik anak-anak ke arah menjadi insan yang seimbang dari
segi intelek, fizikal, rohani dan emosi.
Melahirkan kerjasama dan hubungan yang erat antara warga
pendidik, ibubapa dan murid di sekolah ini ke arah menjadikan
institusi sekolah sebagai pusat kecemerlangan.

7. Pelaksanaan:-
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya bertempat
di Dewan SJK(T) Jerantut. Sambutan Hari Guru ini dapat mencapai matlamatnya kerana
berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan kepada semua warga
sekolah SJK(Tamil) Jerantut. Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang
dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang
telah di amanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi
kejayaan pada masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.

8. Ulasan / komen:
Sambutan Hari Guru ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama daripada semua pihak,
sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang. Diharapkan program ini
mampu mengeratkan perhubungan dan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama dari semua
pihak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PROGRAM PEMAKANAN PRASEKOLAH KPM


SJK(TAMIL) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : CERAMAH PEMAKANAN SIHAT


2. Tarikh : 27 Jun 2018 (Rabu)
3. Masa : 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang
4. Tempat : Prasekolah Kalai Tamil SJK(Tamil) Jerantut
5. Penceramah : Dr. Puan Rabiatul Adawiyah Hamzah
(Pegawai Sains Pemakanan KKBJ)
6. Kumpulan sasaran : Pewaris & Murid Prasekolah SJK(Tamil) Jerantut
7. Objektif :
Menentukan tahap pengetahuan murid terhadap pemakanan
sihat.
Memberi kesedaran pemakanan sihat kepada murid dan ibu
bapa.
Mengamalkan cara pemakanan yang betul mengikut konsep yang
telah disarankan.
8. Pelaksanaan:-
Ceramah Pemakanan Sihat telah berlangsung dengan jayanya bertempat di
prasekolah Kalai Tamil. Ceramah pemakanan sihat telah disampaikan oleh Dr Puan Rabiatul
Adawiyah Hamzah. Beliau merupakan seorang Pegawai Sains Pemakanan Klinik Kesihatan.
Beliau telah menyampaikan ceramah tentang kepentingan pemakanan sihat yang perlu
diamalkan oleh murid-murid prasekolah dan juga ibu bapa mereka. Matlamat ceramah
pemakanan sihat adalah dapat melahirkan murid yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek serta dapat mewujudkan murid yang sihat mementingkan pemakanan yang sihat.
Selain itu, beliau juga menunjukkan demonstrasi makanan berkhasiat kepada ibu bapa.

9. Ulasan / komen:
Ceramah Pemakanan Sihat ini berjaya mendapat sepenuh kerjasama daripada
pewaris-pewaris prasekolah, sekali gus bakal merealisasikan segala objektif yang dirancang.
Diharapkan program ini mampu mengeratkan perhubungan dan sifat silaturrahim yang erat dan
kerjasama dari pewaris prasekolah.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PERTANDINGAN MENGHIAS SUDUT PERPADUAN


SJK(TAMIL) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : PERTANDINGAN MENGHIAS SUDUT PERPADUAN


2. Tarikh : 04 Julai 2018 (Rabu)
3. Masa : 8.00 pagi
4. Tempat : Prasekolah Kalai Tamil SJK(Tamil) Jerantut
5. Kumpulan sasaran : Semua warga sekolah SJK (Tamil) Jerantut
6. Objektif :
Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara warga SJK(Tamil)
Jerantut yang pelbagai kaum di sekolah.
Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat setempat, para
guru, staff dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas
secara bersama-sama.
9. Pelaksanaan:-
Pertandingan menghias sudut perpaduan telah berlangsung dengan jayanya
bertempat di prasekolah. Murid-murid dapat menghias sudut perpaduan dengan bimbingan
guru-guru. Guru-guru menerangkan bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara membuat
poster perpaduan. Murid-murid menghasilkan poster perpaduan dengan menggunakan teknik
cop tapak tangan. Selepas itu, guru-guru telah menerangkan maksud dan kepentingan sikap
perpaduan kepada murid-murid.

10. Ulasan / komen:


Pertandingan menghias sudut perpaduan dapat dijalankan seperti dirancang dengan
lancar. Melalui aktiviti-aktiviti ini, ia akan membantu dalam mencapai hasrat untuk
menyatupadukan murid-murid di sekolah saya agar menjadi satu masyarakat Malaysia yang
majmuk dengan wujudnya sikap penerimaan dalam diri setiap murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN PERTANDINGAN MENGEJA PERKATAAN SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : PERTANDINGAN MENGEJA PERKATAAN


2. Tarikh : Sepanjang Bulan Julai
3. Masa : 8.00 pagi hingga 8.30 pagi
4. Tempat : Prasekolah
5. Kumpulan sasaran : Murid Prasekolah SJK(T) Jerantut
6. Objektif :
Meningkatkan kemahiran membaca perkataan dan penguasaan
murid-murid.
Meningkatkan kemahiran membaca dan menambah
perbendaharaan kata.
Mengeja dan menulis perkataan-perkataan dengan betul.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Pertandingan Mengeja Perkataan telah dijalankan sepanjang bulan Julai selama 30
minit di prasekolah Kalai Tamil. Matlamat pertandingan jom mengenal huruf adalah untuk
mmeningkatkan dan menilai tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca
perkataan. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan:-
Membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
Mengeja dan membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup.
Bacaan modul Bahasa Melayu
Membina perkataan
Permainan Ejaan (Spelling bee)
Permainan Ular dan Dadu

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhannya Pertandingan Mengeja Perkataan dapat membina semangat
membaca di kalangan murid prasekolah, terutama mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahasa
Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita serta ia meningkatkan potensi murid dalam
bidang Bahasa Melayu. Selain itu, murid-murid dapat bekerjasama dalam aktiviti kumpulan
untuk membina perkataan dengan baik. Murid-murid dapat menunjukkan semangat
kerjasama yang tinggi. Murid–murid yang lemah patut diberi lebih tumpuan semasa aktiviti ini
dijalankan.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN SAMBUTAN HARI KELUARGA DAN HARI JADI MURID


PRASEKOLAH KE-1 dan KE-2 SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Sambutan Hari Keluarga Dan Hari Jadi Murid Prasekolah
2. Tarikh : 11 Oktober 2018
3. Masa : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
4. Tempat : Dewan sekolah
5. Kumpulan sasaran : Semua guru, murid prasekolah dan ibu bapa
6. Objektif :
Memupuk hubungan yang lebih rapat erat antara murid dan
guru, guru dan ibu bapa murid serta warga sekolah yang terlibat.
Murid-murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai
oleh guru, warga sekolah dan rakan-rakan.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Sambutan hari jadi dan hari keluarga telah berlansung dengan meriahnya bertempat
di dewan sekolah SJK(Tamil) Jerantut. Sambutan hari jadi dan hari keluarga merupakan
aktiviti yang disukai oleh murid-murid prasekolah. Sambutan yang dijalankan dapat menarik
minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu, murid-murid dapat merasakan bahawa
mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan apabila dapat menyambut hari lahir mereka
bersama-sama. Sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan guru besar, nyanyian
lagu selamat hari lahir, meniup lilin dan memotong kek hari lahir. Murid prasekolah kemudian
dijamu dengan set Marrybrown, agar-agar, kuih-muih dan buah tembikai.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhannya sambutan hari jadi dan hari keluarga ini mencapai
matlamatnya kerana berjaya memberikan pengalaman yang menarik dan menggembirakan
kepada murid prasekolah. Semua murid pulang dengan riang dan tidak sabar untuk
menceritakan pengalaman menarik mereka kepada adik-beradik di rumah. Secara tidak
lansung, pengalaman bermakna itu dapat membantu menyuburkan potensi murid dalam
aspek perkembangan sosio emosi, dan membentuk personaliti yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN MINGGU MATEMATIK SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Pertandingan Mengira Cepat Mengira


2. Tarikh : 11 Oktober 2018
3. Masa : 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
4. Anjuran : Ketua panitia Matematik
5. Kumpulan sasaran : Murid-murid prasekolah
6. Objektif :
Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan
pemahaman dalam mata pelajaran Matemtik.
Menimbulkan minat murid dalam Matematik.
Menguji kemahiran murid dalam Matematik.
Membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Ketua panitia SJK(Tamil) Jerantut telah mengadakan Minggu Matematik. Terdapat
beberapa aktiviti yang menarik telah diadakan untuk murid-murid termasuk murid-murid
prasekolah. Antara aktiviti tersebut adalah seperti Kuiz Metematik, Bijak Tambah & Tolak
(Tahun1), Pertandingan Mengira cepat (Operasi tambah tolak & mengenal nombor),
Pertandingan Bina Model dan sebagainya.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan pertandingan mengira cepat (operasi tambah dan tolak) yang
telah dijalankan telah mendapat respon yang positif daripada murid-murid prasekolah. Murid-
murid melibatkan diri dengan aktif dalam pertadingan yang diadakan. Kelemahan yang
dikenalpasti adalah beberapa murid tidak dapat menjawab soalan matematik dalam masa
yang diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH JERANTUT


SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Jerantut


2. Tarikh : 04 Oktober 2018
3. Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
4. Anjuran : PPD Jerantut
5. Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding
6. Kumpulan sasaran : Murid-murid prasekolah
7. Objektif :
Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid
sekolah.
Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat.
Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan.
Memupuk semangat cinta dan bangga terhadap negara
Malaysia.
8. Pelaksanaan Aktiviti :
Pada 04 Oktober 2018 pihak PPD Jerantut telah menganjurkan Karnival Prasekolah
Pertandingan Mewarna dan pertandingan pakaian beragam. Murid yang bernama Navinthan
A/L Mohan dari kelas Prasekolah Kalai Tamil dan Shanjanah A/P Thanabal telah terpilih untuk
mewakili SJK(Tamil) Jerantut bagi pertandingan pakaian beragam. Selain itu, bagi
pertandingan berwarna seramai enam orang murid telah terpilih dari kedua-dua prasekolah.
Pada karnival tahun ini, johan dan naib johan bagi pertandingan pakaian beragam dan naib
johan bagi pertandingan mewarna disandang oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jerantut.

9. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan karnival prasekolah ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar
dan mencapai objektifnya. Dengan adanya usaha yang berterusan akan membuahkan hasil
membanggakan dan mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH


SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH


2. Tarikh : 14 November 2018
3. Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
4. Tempat : Dewan Sekolah
5. Kumpulan sasaran : semua guru, murid-murid prasekolah dan ibu bapa
6. Objektif :
Meraikan para graduan prasekolah SJK(Tamil) Jerantut yang
telah berjaya menjalani alam awal persekolah.
Memberi penghargaan kepada graduan prasekolah melalui
pembahagian sijil dan hadiah.
Menanam rasa cinta dan sukakan sekolah dalam kalangan
murid-murid prasekolah.
Menjalinkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dan
semangat bekerja dalam kumpulan sesama pendidik dan
masyarakat.
7. Pelaksanaan Aktiviti :
Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah merupakan majlis bersejarah bagi setiap individu
murid prasekolah yang menambatkan persekolahan pengajian prasekolah dalam tempoh
yang ditetapkan. Ia juga merupakan satu penghargaan dan penghormatan kepada diri
mereka. Sehubungan dengan itu, amatlah wajar kanak-kanak prasekolah yang menamatkan
pengajian di prasekolah diraikan dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ini amat sesuai
dengan peringkat perkembangan mereka. Ini akan memupuk murid-murid prasekolah akan
bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat seterusnya.

Majlis ini telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi. Semua hadirin dan para jemputan
telah mengambil tempat. Setelah tamat bacaan doa telah disampaikan oleh murid praseklah.
Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar Encik Kumarasamy A/L Rajagopal. Setelah
tamat ucapan guru besar, mereka telah dipertontonkan dengan tayangan gambar aktiviti
kanak-kanak prasekolah sepanjang tahun 2018. Kemudian majlis diteruskan dengan
persembahan murid-murid prasekolah iaitu tarian dan nyanyian lagu.

Seterusnya, pada pukul 9.15 pagi, bermulalah acara penganugerahan sijil kepada
semua murid-murid prasekolah serta penganugerahan khas. Anugerah Khas telah diberikan
kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam sesuatu bidang ataupun
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

subjek. Anugerah Khas Cemerlang Keseluruhan telah diberikan kepada Navinthan A/L
Mohan. Kemudian penyampaian cenderahati kepada Pengerusi Pewaris Prasekolah. Majlis
telah diakhiri dengan ucapan Pengerusi Pewaris Prasekolah SJK(Tamil) Jerantut. Majlis
bersurai pada jam 10.30 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SJK(T) JERANTUT 2018

1. Nama Aktiviti : SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


2. Tarikh : 14 September 2018
3. Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 pagi
4. Tempat : Dewan Sekolah
5. Kumpulan sasaran : Semua guru, murid-murid prasekolah dan ibu bapa
6. Objektif :
Menanam sikap sayang dan cinta kepada negara.
Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri
serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan
negara.
Mewujudkan persekitaraan sekolah dalam suasana ceria di
bulan kemerdekaan.
7. Pelaksanaan Aktiviti:
Pada 14 September 2018 SJK(Tamil) Jerantut telah menganjurkan sambutan bulan
kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cintakan
negara dalam kalangan warga SJK (Tamil) Jerantut. Segala perancangan dan persiapan
untuk sambutan dilakukan sebulan sebelum sambutan iaitu aktiviti sepanjang bulan
kemerdekaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Thevaram oleh wakil murid. Diteruskan
dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas sekolah. Guru Besar sekolah merasmikan
pelancaran bulan kemerdekaan. Acara diteruskan dengan istiadat perbarisan murid-murid
sekolah yang membawa jalur gemilang, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku dengan penuh
bersemangat oleh para pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada bulan tersebut iaitu
aktiviti mewarna prasekolah, kuiz merdeka, melukis poster, pertandingan fesyen show, dan
sebagainya.

8. Ulasan / komen:
Secara keseluruhan sambutan bulan kemerdekaan ini telah berjaya dilaksanakan
dengan lancar dan mencapai objektifnya. Dengan adanya usaha yang berterusan akan
membuahkan hasil membanggakan dan mencapai kecemerlangan sebagaimana yang
diharapkan.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... .............. ...........................................................


(RUBINI DEVI MUTTHUSAMY) (EN.KUMARASAMY RAJAGOPALSMP, AMP)
GURU PRASEKOLAH, GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT. SJK (TAMIL) JERANTUT.
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL JERANTUT
27000 JERANTUT PAHANG DARUL MAKMUR
§¾º¢Â Ũ¸ ¦ƒÃñÎð ¾Á¢úôÀûÇ¢
Tel / Fax : 09-2671885, E-mail: cbd2037.sjktj.gmail.com

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai