Anda di halaman 1dari 2

CEE 521 – PRINCIPLES OF FITNESS AND

HEALTH

ASSIGNMENT 19
 Guru memberi tambahan pada idea serta peneguran pada isi – isi poster
sebelum ianya dibentangkan pada ke seluruh kelas.
 Guru memerhati serta memberi komen pada pembentangan tersebut
 Tajuk kesihatan atau kehidupan yang sihat.

ASSIGNMENT 20

Bila menulis laporan ini terimbas kembali sewaktu saya menghadiri kursus Diploma
Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan. Tidak semua rakan –
rakan guru yang hadir datangnya dari golongan guru yang berlatarbelakangkan sukan.
Saya dapati ramai di kalangan guru sendiri kekurangan pengetahuan tentang cara
untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Oleh itu tidak dinafikanlah bahawa
pengetahuan anak – anak murid kita lagi cetek ilmu pengetahuan apabila difokuskan
pada kesihatan. Agak menyedihkan sebab murid-murid saya datang dari taraf hidup
miskin, sederhana dan ada juga yang kaya. Tapi tidak mengamalkan gaya kehidupan
serta pemakanan yang sihat.

Pada pertemuan pertama, Saya terlebih dahulu memberi pendedahan kepada murid-
murid tentang apa itu gaya kehidupan yang sihat. Saya fokuskan kepada amalan
pemakanan dan gaya hidup. Sesi soal jawab yang saya lakukan memberi tindakbalas
positif daripada murid di mana tidak semua murid tidak mempunyai pengatahuan
tentang kesihatan. Mereka juga mengamalkan kehidupan yang sihat dalam gaya hidup
mereka tapi tidak secara keseluruhan. Malah ada yang menunjukkan risalah kesihatan.
Pada pertemuan kedua, murid-murid mendedahkan isi – isi yang ingin dibentangkan
pada poster dan buku skrap yang disediakan. Murid-murid melengkapkan isi secara
keseluruhan dengan pencarian risalah – risalah kesihatan termasuk pencarian melalui
google dalam internet.

Pada pertemuan ketiga dan terakhirnya, saya sebagai guru mendengar pembentangan
hasil dari perbincangan secara kumpulan di antara murid-murid. Ianya menarik serta
dipenuhi isi – isi yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada masyarakat serta ahli
keluarga terutama dalam mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari pemakanan.

Secara keseluruhannya pembentangan tajuk Gaya hidup sihat adalah menarik. Murid-
murid menghasilkan poster dan buku skrap yang kreatif dan menpunyai isi kandungan
yang bermanfaat. Di sini murid-murid juga menunjukkan cara pemakanan untuk
menjamin kesihatan serta mengelak daripada mendapat penyakit seperti diabetes,
darah tinggi, jantung, buah pinggang dan lain – lain. Contohnya ada satu kumpulan
murid, mereka menamakan kumpulan mereka Sweet Sour. Sebelum pembentangan
mereka memaparkan satu video sebuah keluarga yang kurang menitikberatkan
pemakanan terutama dari segi jenis makanan dan waktu makanan diambil. Melalui
video ini, pelajar ini menceritakan tentang perlunya menjaga waktu makan serta jangan
mengambil makanan berlemak sewaktu sebelum tidur malam. Dari keadaan ini mereka
menceritakan bahawa ahli keluarga ini akan mudah mendapat penyakit keturunan dan
akhirnya akan merosakkan sistem buah pinggang manusia. Seterusnya boleh
mengakibatkan kematian.

Kesimpulannya, kaedah sebegini perlu diteruskan supaya minat serta pengetahuan


para pelajar dapat ditingkatkan . Dan ianya juga dapat membantu secara tidak langsung
ahli keluarga pelajar dalam mencegah penyakit melalui cara mengamalkan cara hidup
sihat dan pemakanan yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai