Anda di halaman 1dari 13

 

     

     

  TUGASAN
 

  ARAHAN KEPADA GURU:

  1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan.

  2. Pastikan calon melaksanakan tugasan berdasarkan


Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1).
 
3. Tugasan disertakan dengan Rubrik Penskoran
  (Lampiran 2).

  4. Lampiran 3, 4 dan 5 disertakan.

   

TERHAD
TERHAD 2

TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


MATA PELAJARAN GEOGRAFI (23)
TAHUN 2016

1.0 ARAHAN KEPADA GURU

1.1 Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang


ditetapkan.

1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.

1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang


ditetapkan.

1.4 Setelah tugasan dimuat turun, guru memberi taklimat dan


mengarahkan calon mencari maklumat serta bahan yang berkaitan
(perancangan dan proses awal). Aktiviti ini boleh dilaksanakan
sebelum lapan waktu pengajaran dan pembelajaran yang
diperuntukkan untuk penulisan laporan.

1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan


dalam melaksanakan tugasan.

Bimbingan bermaksud perbuatan membimbing atau memberi


petunjuk atau panduan tentang cara melakukan sesuatu. Guru
dibenarkan membimbing calon dalam aspek berikut:

a. penyediaan kerangka pelaporan.


b. mengenal pasti sumber rujukan yang berkaitan dengan
pelaksanaan tugasan.
c. menerangkan proses pemilihan bahan rujukan dan maklumat
yang sesuai secara individu atau berkumpulan.
d. memberikan pandangan atau komen tentang hasil kerja
calon.
e. memberi cadangan untuk membuat penambahbaikan hasil
kerja calon dalam tempoh lapan waktu pengajaran dan
pembelajaran.
1.6 Guru adalah dilarang melakukan perkara berikut:
a. menyediakan jawapan atau contoh jawapan berkaitan dengan
tugasan kepada calon
b. membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan
akhir tugasan

TERHAD
TERHAD 3

1.7 Hasil kerja calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan
melakukan plagiat. Plagiat atau ciplak atau plagiarisme adalah
suatu perbuatan meniru atau mengambil hasil kerja orang lain
sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya atau
mengakuinya sebagai hasil kerja sendiri. Oleh itu, guru perlu
melaksanakan perkara berikut:

a. Memastikan calon tidak melakukan plagiat atau ciplak atau


plagiarisme. Hasil kerja calon yang dikemukakan kepada
guru untuk penilaian adalah asli atau tulen dan merupakan
hasil usaha sendiri yang tidak ditiru daripada mana-mana
pihak.

b. Sekiranya calon memetik pernyataan, mengambil data, grafik


atau maklumat daripada mana-mana sumber rujukan
hendaklah dinyatakan sumber rujukan tersebut. Calon perlu
mengolah semula pernyataan atau maklumat yang dipetik
dengan menggunakan ayat sendiri. Jika calon memetik dan
menyalin semula sebahagian atau keseluruhan ayat atau
petikan tanpa menyatakan sumber rujukan adalah dianggap
telah melakukan plagiat. Calon yang melakukan plagiat
atau ciplak atau plagiarisme boleh digagalkan atau
diberikan gred F berdasarkan peraturan peperiksaan yang
berkuatkuasa.
Contoh :

Petikan maklumat disertakan sumber:

“Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas


antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen
benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan
cahaya matahari. Komponen benda hidup terdiri daripada
semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam
persekitaran ini”.

Sumber: Chong Mui Sen , Azizan Abu Samah, Geografi


Tingkatan 1: Sasbadi Sdn. Bhd 2002.

Maklumat diolah semula:

Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen


hidup (biotik) yang saling berinteraksi dengan komponen
bukan hidup (abiotik) yang menghasilkan suatu sistem yang
stabil.

TERHAD
TERHAD 4

1.8 Tiada tugasan ulangan atau masa tambahan diperuntukkan.

1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan Rubrik


Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai panduan untuk
membimbing calon menghasilkan tugasan yang baik bagi mendapat
skor cemerlang.

1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam penulisan.

1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).

1.12 Memperakukan tugasan calon dalam Borang Akuan Pengesahan


(Lampiran 4).

1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon berpandukan
rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Skor
hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Pentaksiran Individu
(Lampiran 5) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

TERHAD
TERHAD 5

2.0 ARAHAN KEPADA CALON

2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Geografi wajib


dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2016.

2.2 Penulisan tugasan perlu dilaksanakan dalam tempoh lapan waktu


pengajaran dan pembelajaran dalam bulan Julai 2016.

2.3 Mendapatkan bimbingan guru untuk menyediakan kerangka tugasan


dan pemilihan bahan rujukan. Calon hendaklah membina kerangka
tugasan sendiri yang sesuai dengan kehendak tugasan.

2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang


ditetapkan.

2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai


panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.

2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar


waktu pengajaran dan pembelajaran.

2.7 Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 – 20)
wajib disertakan bersama-sama hasil kajian.

2.8 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja


mestilah dibuat secara individu.

2.9 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan


untuk menjelaskan lagi hasil kajian.

2.10 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)


untuk mencari dan mengumpul fakta.

2.11 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).

2.12 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.

TERHAD
TERHAD 6

2.13 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak
ditiru daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan
plagiat. Plagiat atau ciplak atau plagiarisme adalah suatu perbuatan
meniru atau mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau
sebahagian daripadanya dan menjadikannya atau mengakuinya
sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya calon memetik pernyataan,
mengambil data, grafik atau maklumat daripada mana-mana sumber
rujukan hendaklah dinyatakan sumber rujukan tersebut. Calon perlu
mengolah semula pernyataan atau maklumat yang dipetik dengan
menggunakan ayat sendiri. Jika Calon memetik dan menyalin semula
sebahagian atau keseluruhan ayat atau petikan tanpa menyatakan
sumber rujukan adalah dianggap telah melakukan plagiat. Calon yang
melakukan plagiat atau ciplak atau plagiarisme boleh digagalkan
atau diberikan gred F berdasarkan peraturan peperiksaan yang
berkuatkuasa.
Contoh :

Petikan maklumat disertakan sumber:

“Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara


benda hidup dengan benda bukan hidup. Komponen benda bukan
hidup terdiri daripada tanih, air, udara, dan cahaya matahari.
Komponen benda hidup terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan
haiwan yang hidup dalam persekitaran ini”.

Sumber: Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah, Geografi Tingkatan 1:


Sasbadi Sdn. Bhd 2002.

Maklumat diolah semula:

Ekosistem merupakan sistem yang melibatkan komponen hidup (biotik)


yang saling berinteraksi dengan komponen bukan hidup (abiotik) yang
menghasilkan suatu sistem yang stabil.

2.14 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa


tugasan dilaksanakan.

2.15 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan


(Lampiran 4).

TERHAD
TERHAD 7

3.0 TUGASAN

Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan


di kawasan tempat tinggal / sekolah anda

Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut:

3.1 Konsep dan takrifan sistem pengangkutan.

3.2 Bina jadual dan graf / carta pai yang sesuai tentang pengangkutan
di kawasan kajian. (Jadual dan graf / carta pai tersebut hendaklah
relevan dengan tugasan 3.3 dan 3.4).

3.3 Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi


di kawasan kajian.

3.4 Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap


pengangkutan di kawasan kajian.

TUGASAN TAMAT

TERHAD
TERHAD 8

Lampiran 1

4.0 KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN

BIL PERKARA HURAIAN


1 Perancangan Menyediakan perancangan yang sangat
 Tajuk lengkap, tepat, realistik dan mempamerkan
sikap bersungguh-sungguh.
 Jadual kerja
(10 markah)
 Objektif kajian
 Penentuan kaedah kajian
2 Proses Awal Mengumpul maklumat daripada pelbagai
Mengumpul maklumat menggunakan sumber dengan menggunakan kaedah yang
kaedah yang sesuai. Memperoleh relevan dan menyatakan sumber rujukan.
maklumat daripada pelbagai sumber Keseluruhan data dan maklumat adalah relevan
 Borang Soal Selidik / Temubual dan asli.
(10-20 responden) (20 markah)
 Data
 Masalah
 Cadangan penambahbaikan
3 (a) Konsep Menghuraikan konsep dengan tepat
(b) i. Jadual berdasarkan sumber rujukan berserta contoh.
 Data (5 markah)
 Tajuk
 Sumber Jadual dibina betul, relevan dan lengkap.
(8 markah)
ii. Graf
 Tajuk
 Petunjuk
 Label paksi Graf / carta pai dibina lengkap dan tepat.
Ada justifikasi pemilihan grafik dan tafsiran.
 Skala
(15 markah)
 Plotan

iii. Carta pai


 Tajuk
 Petunjuk
 Sudut Sektor
(c) Masalah Mengenal pasti dan menghuraikan tiga atau
 Fakta lebih masalah yang relevan dan tepat .
 Huraian (20 markah)
 Contoh

(d) Cadangan Memberikan pendapat secara kreatif dan kritis


penambahbaikan serta rasional.
 Fakta (20 markah)
 Huraian
 Contoh
 Idea kreatif dan kritis
 Rasional
4 Penilaian Umum Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang
gramatis.
(2 markah)

TERHAD
TERHAD 9

Lampiran 2

RUBRIK PENSKORAN

RUBRIK

BIL KRITERIA Perancangan (10 markah)

08 – 10 06 – 07 03 – 05 01 – 02

1  Tajuk Menyediakan Menyediakan Menyediakan Menyediakan


perancangan perancangan perancangan perancangan
 Jadual kerja
yang sangat yang lengkap yang kurang tetapi tidak
 Objektif kajian lengkap, tepat, dan tepat. lengkap lengkap
 Penentuan realistik dan
kaedah kajian mempamerkan
sikap
bersungguh-
sungguh.
  

RUBRIK

BIL KRITERIA Proses Awal (20 markah)

15 – 20 10 – 14 05 – 09 01 – 04

2 Mengumpul maklumat Mengumpul Mengumpul Mengumpul Maklumat


menggunakan kaedah maklumat maklumat maklumat tidak lengkap
yang sesuai. daripada daripada daripada dan tidak
Memperoleh maklumat pelbagai pelbagai sumber yang asli.
daripada pelbagai sumber sumber terhad.
sumber dengan dengan Menggunakan
menggunakan menggunakan kaedah yang
 Borang Soal Selidik / kaedah yang kaedah yang kurang
Temubual relevan dan relevan. relevan. Data
 Data menyatakan Sebahagian dan maklumat
sumber yang diberi
 Masalah data dan
rujukan. maklumat adalah terhad
 Cadangan dan kurang
Keseluruhan adalah
Penambahbaikan asli.
data dan relevan dan
maklumat asli.
adalah relevan
dan asli.

* Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar lapan waktu pengajaran dan
pembelajaran.

TERHAD
TERHAD 10

RUBRIK
BIL KRITERIA
Laporan Akhir (70 markah)
05 04 03 01-02
3 (a) Konsep Menghuraikan Menerangkan Menyatakan Menyatakan
(5 markah) konsep konsep konsep konsep yang
dengan tepat dengan tepat dengan umum dan
berdasarkan berdasarkan ringkas dan kurang tepat
sumber sumber kurang tepat tanpa sumber
rujukan rujukan. berdasarkan rujukan.
berserta sumber
contoh di rujukan yang
kawasan terhad.
kajian.
07-08 05-06 03-04 01-02
(b) i. Jadual
(8 markah) Jadual dibina Jadual dibina Jadual dibina Jadual dibina
 Data dengan betul, betul, relevan kurang relevan tidak lengkap
relevan dan dan kurang dan kurang dan tidak tepat.
 Tajuk
lengkap. lengkap. lengkap.
 Sumber

ii. Graf 11-15 07-10 04-06 01-03


 Tajuk
 Petunjuk Graf / carta pai Graf / carta pai Graf / carta pai Graf / carta pai
 Label paksi dibina lengkap dibina lengkap dibina kurang dibina tidak
 Skala dan tepat. dan tepat. lengkap. lengkap dan
Justifikasi Sebahagian Justifikasi tidak relevan
 Plotan
pemilihan justifikasi pemilihan dengan
grafik dan pemilihan grafik dan maklumat yang
iii. Carta pai
tafsiran adalah grafik dan tafsiran adalah dikumpul.
 Tajuk
sangat tafsiran adalah kurang
 Petunjuk relevan. relevan. relevan.
 Sudut Sektor
15-20 10-14 05-09 01-04
(c) Masalah Menghuraikan Menghuraikan Menghuraikan Menyenaraikan
(20 markah) empat atau tiga atau dua masalah Masalah tanpa
 Fakta lebih masalah lebih masalah yang relevan huraian.
 Huraian yang relevan, yang relevan, dengan jelas.
 Contoh jelas dan jelas dan
terperinci. terperinci.
15-20 10-14 05-09 01-04
(d) Cadangan
penambahbaikan Memberikan Memberikan Memberikan Memberikan
(20 markah) cadangan cadangan cadangan dan cadangan
secara kreatif secara kreatif boleh tetapi tidak
 Fakta
dan kritis serta dan rasional. dilaksanakan. boleh
 Huraian
rasional. dilaksanakan.
 Contoh
 Idea kreatif
dan kritis
 Rasional
01-02
4 Penilaian Umum
( 2 markah) Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.

TERHAD
TERHAD 11

Lampiran 3
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2016

PANDUAN PENULISAN RUJUKAN  

1. Buku teks

• Chong Mui Sen, Azizan Hj. Abu Samah, 2003. Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
Kuala Lumpur: Percetakan Saufi Sdn. Bhd.

2. Buku rujukan

• Chong Mui Seng, 2000. Target A Geografi PMR. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.
Bhd.

3. Akhbar

• Utusan Malaysia, 17 Mei 2008, halaman 3.

4. Orang Sumber

• En. Mohammad B. Kassim, 34 tahun, B104 Kg. Pinang Kem, 57000 Kuala Lumpur

5. Internet

• http://www.kpkt.gov.my/kegiatanekonomi/Malay/Why_m.asp

• http: //www.googlemap.com.

• http://wikipedia.org/wiki/kegiatanekonomi

• http ://www.ahpsb.com.my/files/Microsoft%20Word%20-%20recycle.pdf

TERHAD
TERHAD 12

Lampiran 4

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2016
 

BORANG AKUAN PENGESAHAN

PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.

RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH

Murid

Pentaksir (Guru)

Ketua Pentaksir
Sekolah /
Pentaksir Luar

TERHAD
TERHAD 13

Lampiran 5

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)


MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2016

BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Sekolah : ........................................................................................................

Nama Calon : ........................................................................................................

Tingkatan : ........................................................................................................

Tugasan : ........................................................................................................

........................................................................................................
 

No. Kad Pengenalan


       

   

Angka Giliran
 

   

SKOR
BIL KRITERIA CATATAN
Pentaksir Sekolah Pentaksir Luar

1 Perancangan (10 peratus)

2 Proses Awal (20 peratus)

3 Laporan Akhir (70 peratus)

JUMLAH KESELURUHAN

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai