Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Dalam menyelusuri keadaan ketamadunan masyarakat Jahiliyah dengan


ketamadunan masyarakat Islam selepas kedatangan Nabi Muhammad S.A.W banyak
menunjukkan pro dan kontra dikalangan masyarakat pada zaman tersebut sama ada
dari segi agama dan kepercayaan serta corak hidup masyarakat pada zaman itu.
Justeru itu, makna tamadun secara ringkas dan umumnya adalah merujuk kepada
kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun.1

Tamadun Jahiliah ini bermula di Tanah Arab, yang mana masyarakat pada
zaman Jahiliyah ini berada dalam keadaan yang jahil dalam pelbagai aspek
kehidupan sama ada dari segi agama, ilmu pengetahuan mahupun peradaban
mereka. Zaman Jahiliyah ini berlaku semasa pemerintahan kerajaan Saba’ pada 115
Masihi dan kerajaan Himyar pada 534 Masihi. Kejahiliyahan masyarakat Arab pada
waktu itu dikatakan berpunca daripada peristiwa keruntuhan empangan Ma’arib yang
menyebabkan banjir besar lalu memusnahkan kerajaan Saba’ dan kemusnahan
empangan Ma’arib ini juga menyebabkan kemerosotan ekonomi berlaku.2 Selepas
peristiwa tersebut, pada 534 Masihi kerajaan Himyar mula ditakluki oleh Habsyah
dan dari tarikh tersebutlah masyarakat Arab mengalami keruntuhan tamadun seperti
mana zaman kegelapan yang pernah berlaku di Eropah.

Namun demikian, kedatangan tamadun Islam telah mengubah keadaan ini, yang
mana masyarakat Arab Makkah mula menjinak-jinakkan diri mereka terhadap Islam
dan meninggalkan semua amalan Jahiliyah seperti ritual penyembahan patung
berhala, pembunuhan bayi perempuan secara hidup-hidup dan sebagainya yang
bertentangan dengan norma-norma ajaran islam. Keadaan ini berlaku setelah
dakwah islamiyah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W mula tersebar secara
meluas di tanah Arab. Keadaan ini, pada mulanya berlaku apabila dakwah Baginda
yang disebarkan hanya dilakukan secara senyap-senyap sahaja yang kepada ahli
keluarga terdekat dan para sahabat handai ketika itu. Namun, setelah turunnya
perintah Allah S.W.T yang mengkehendaki baginda melakukan dakwah secara
terang-terangan, meskipun pada waktu itu penyebaran dakwah baginda banyak
menghadapi tentangan daripada penduduk Makkah sendiri iaitu kaum Quraisy.

1 Mahayudin Hj Yahya, 2001, “Tamadun Islam”. Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. XV.

2 Ibid., hlm. XiV.


Tambahan pula, bapa saudara baginda sendiri pun turut menentang penyebaran
dakwah sehinggalah turun surah yang menyatakan azab yang bakal diterima oleh
bapa saudara Nabi Muhammad (S.AW.). Tetapi, baginda tidak berputus asa dan
terus menyebarkan dakwah meskipun terpaksa berhijrah ke Madinah.

Seterusnya, jika ditelusuri satu persatu sejarah kegemilangan tamadun Islam


selepas tamadun Jahiliyah ini berakhir, kehidupan masyarakat Islam dan bukan Islam
mula bersatu padu, ekonomi islam diamalkan dan unsur riba serta penindasan
dihapuskan. Hal ini dapat disaksikan semasa zaman pemerintahan Nabi Muhammad,
yang mana baginda telah mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh di Kota Madinah
dan Piagam Madinah menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua kaum
pada waktu itu. Hal ini kerana kerajaan yang dibentuk adalah berasaskan akidah.3
Justeru itu, tamadun Jahiliyah mempunyai konteks masyarakat yang lebih kepada
sifat kemungkaran, kekejaman, ataupun akidah yang terpesong berbanding
masyarakat selepas kedatangan islam iaitu tamadun islam yang lebih mengutamakan
akidah sebagai asas pembentukkan ukhwah yang jitu. Oleh itu, pelbagai faktor yang
mempengaruhi perubahan ini, ciri-ciri masyarakat pada waktu itu, cabaran yang
dihadapi ke arah perubahan itu serta kesan dan juga iktibar perubahan masyarakat
pada zaman tersebut.

2.0 FAKTOR PERUBAHAN TAMADUN JAHILIAH KEPADA TAMADUN ISLAM

Dalam faktor perubahan Tamadun Jahiliah kepada Tamadun Islam ia bermula


selepas berlakunya peristiwa Pembukaan Kota Mekah pada 20 Ramadan tahun ke-8
Hijrah.4 Dalam konteks ini, Pembukaan Kota Mekah adalah bermaksud pembebasan
Kota Mekah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman Jahiliah. Sebelum Kota
Mekah dikuasai Islam, ia berfungsi sebagai tempat dan pusat penyembahan berhala
dan lain-lain amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah. Peristiwa pembukaan kota
Mekah berlaku apabila Bani Bakar dalam naungan Quraisy menyerang Bani Khuzaah
dalam naungan islam yang dibawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Serangan
Bani Bakar yang dibantu pihak kafir quraisy melalui memberi pembekalan senjata
dan ketenteraan bagi menyerang Bani Khuzaah. Justeru itu, tindakan musyrikin

3 Ibid., hlm. XVii.


4 https://www.kembaraumrah.my/2018/08/02/pembukaan-kota-makkah/, tarikh capaian 11 Mac 2019.
quraisy ini ternyata melanggar persetujuan perjanjian hudaibiyah yang
ditandatangani antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy.

Peristiwa ini menyebabkan Nabi Muhammad SAW amat marah atas


pencabulan tersebut. Keadaan ini menyebabkan baginda telah mengemukakan 3
tuntuan terhadap musyrikin Mekah. Setelah mengemukakan 3 tuntutan itu,
musyrikin mekah telah memilih untuk berperang menentang tentera islam. Pada hari
jumaat 10 Ramadan tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah bersama-sama tenteranya
memasuki mekah melalui 4 penjuru yang diketuai 4 orang panglima perang Islam.
Setelah itu, tentera Islam telah berjaya memasuki Kota Mekah tanpa berlaku
pertumpahan darah. Rasulullah S.A.W telah menghancurkan kesemua berhala di
sekeliling Kaabah sebagai simbol berakhirnya penyembahan berhala di Kota Mekah.
Selepas itu, Rasulullah S.A.W telah bersujud sebagai tanda kesyukuran atas
kemenangan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Dengan ini, baginda telah memberi
pengampunan kepada musuhnya. Kemuliaan pekerti Rasulullah S.A.W menyebabkan
ramai penduduk mekah memeluk Islam. Hasil pembukaan Kota Mekah tersebut,
Islam boleh disebarkan ke seluruh Tanah Arab. Justeru itu, kedatangan Tamadun
Islam di Kota Mekah telah mengubah dan penerimaan masyarakat Tamadun Arab
Jahiliah terhadap Tamadun Islam.

Antara salah satu faktor yang mendorong perubahan Tamadun Jahiliah


kepada Tamadun Islam ialah mempunyai sistem perlembagaan yang teratur.5
Dalam konteks ini, Tamadun Islam menjadikan wahyu daripada Allah s.w.t iaitu al-
quran sebagai sumber panduan dan sistem kehidupan dalam perkembangan para
penganut Islam (muslim). Sistem perlembagaan ini mendapat pengiktirafan Allah
S.W.T menerusi Kitab Al-Quran yang diutuskan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Keadaan ini telah mendorong kepada penerimaan masyarakat arab Jahiliah terhadap
Tamadun Islam.

Selain itu, faktor yang mendorong berlakunya perubahan Tamadun Jahiliah


kepada Tamadun Islam adalah disebabkan asas, dasar dan faktor dalam proses
pembentukan Tamadun Islam.6 Dalam situasi ini, kriteria utama penerimaan
Tamadun Islam dalam masyarakat arab jahiliah adalah bergantung sejauhmana
Islam itu dijadikan sebagai kayu pengukur dalam segala proses pembentukannya.

5 Yaacob Harun, 2006, Tamadun Islan Dan Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 45.

6 Ibid.
Hal ini kerana, Tamadun Islam mengariskan sesebuah masyarakat dalam Tamadun
Islam mesti selari dan selaras tanpa mengambil kira para penyumbang kepada
tamadun ini, sama ada mereka terdiri para pengikut islam (muslim) mahupun bukan
Islam (non-muslim). Keadaan ini, telah menjadi pendorong kepada penerimaan dan
perubahan masyarakat Arab Jahiliah kepada masyarakat Islam.

Teras kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam proses mentamadunkan para


pengikut Islam juga menjadi faktor pendorong berlakunya perubahan Tamadun
Jahiliah kepada tamadun Islam. Hal ini demikian kerana baginda merupakan penetap
dan penentu sesuatu itu diterima dan diiktiraf sebagai tamadun. Dengan ini, segala
perkataan dan perbuatan nabi muhammad saw sendiri yang dikenali sebagai Al-
Sunnah atau Al-Hadis baginda S.A.W. Oleh itu, masyarakat arab jahiliah menerima
Tamadun Islam kerana mengakui kejujuran atau Al-Siddiq nabi muhammad saw
sebagai pemimpin Tamadun Islam. Hal ini berlaku kerana masyarakat arab jahiliah
amat mementingkan kejujuran dan membenci kebohongan serta sekaligus
mendorong mereka untuk menerima Islam.

Di samping itu, faktor yang mendorong perubahan Tamadun Jahiliah kepada


Tamadun Islam juga dapat dilihat melalui penerimaan Tamadun Islam terhadap
masyarakatnya yang meliputi semua manusia tanpa mengira keturunan,
bangsa , puak, kumpulan, kelompok, warna, kulit, kasta, pangkat, darjat,
kedudukan dan sebagainya. Dalam konteks ini, Tamadun Islam menjelaskan
bahawa setiap masyarakat Islam mestilah meliputi semua kategori manusia dalam
sesebuah tamadun atau peradaban. Justeru itu, tamadun islam merujuk sebagai
milik sesuatu bangsa yang beragama Islam dan sekaligus membezakan tamadun
Islam dengan tamadun yang lain di dunia seperti tamadun Yunani, China dan India.
Dengan ini, memudahkan Tamadun Islam di terima oleh masyarkat Arab Jahiliah
kerana penyebaran Tamadun Islam meliputi semua manusia tanpa bersifat puak-
puak atau dikenali sebagai semangat Assabiyyah. Keadaan ini telah menyebabkan
masyarakat Jahiliah menerima Tamadun Islam dalam kehidupan mereka sebagai
bentuk masyarakat Ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.

Tamadun Islam juga merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan


kemanusiaan turut menjadi faktor perubahan Tamadun Jahiliah kepada Tamadun
Islam.7 Dalam situasi ini, Tamadun Islam menjelaskan semua aspek kemanusiaan

7 Ibid., hlm. 46.


melalui pelbagai tahap di peringkat yang lebih tinggi, cemerlang dan sempurna
dengan menekankan aspek-aspek material, fizikal dan spiritual. Dari sudut
pandangan tamadun islam, kemajuan dan pencapaian sesebuah tamadun atau
peradaban adalah menerusi kemajuan dalam aspek-aspek material, fizikal dan
spiritual. Hal ini demikian kerana tamadun Islam menganggap kemajuan aspek-
aspek tersebut sebagai contoh dan lambang sesebuah tamadun yang lengkap dan
sempurna. Keadaan ini telah mendorong penerimaan masyarakat arab jahiliah
terhadap tamadun islam bagi membangunkan sebuah peradaban di tanah arab
berdasarkan aspek-aspek yang diperkenalkan tamadun Islam dan sekaligus
membawa perubahan tamadun Jahiliah kepada tamadun Islam.

Akhirnya faktor yang mendorong perubahan tamadun ini juga turut disebabkan
tamadun Islam merentasi dan mengatasi sempadan geografi, ruang dan
masa. Dalam konteks ini, menjelaskan bahawa tamadun Islam bukanlah menjadi
milik sesuatu negara, kerajaan dan pemerintah atau dinasti berbanding tamadun lain
di dunia. Hal ini demikian kerana sesuatu cara hidup (al-din) dalam tamadun islam
adalah secara alam keseluruhanya (universal) dan tidak menekankan kepada
penilaian aspek sempadan geografi. Keuniversalan tamadun islam ini menjangkaui
sempadan dan batasan geografi, ruang dan masa. Keadaan ini menarik minat
masyarakat Arab Jahiliah untuk menerima tamadun Islam dan ia telah membawa
kepada berlakunya perubahan tamadun jahiliah kepada tamadun Islam.

3.0 HALANGAN TAMADUN JAHILIYAH KEPADA TAMADUN ISLAM

Pelbagai halangan yang dihadapi bagi mengubah masyarakat pada zaman Jahiliyah
kepada yang lebih bertamadun. Hal ini, kerana tamadun Jahiliyah adalah zaman
yang mana masyarakat pada tamadun itu berada dalam keadaan kegelapan dalam
pelbagai aspek, bermaksud mereka hidup dalam keadaan jahil, kucar-kacir atau tidak
mempunyai pengetahuan dalam apa-apa bidang sekalipun. Hal ini, kerana mereka
tidak mempunyai Nabi yang diwahyukan pada waktu itu, kitab agama sebagai asas
juga tidak diturunkan menyebabkan mereka tidak mempunyai panduan hidup yang
jelas.

Justeru itu, antara halangan yang dihadapi bagi mengubah masyarakat tamadun
Jahiliyah kepada tamadun Islam adalah sikap mempertahankan amalan tradisi
kepercayaan nenek moyang mereka.8 Keadaan ini menyulitkan lagi apabila
terdapat masyarakat Arab Jahiliyah mempertahankan amalan tradisi penyembahan
patung berhala pada waktu itu. Hal ini kerana masyarakat Arab berpendapat bahawa
tradisi ini adalah warisan nenek moyang mereka dan mereka amat marah dan
sensitif apabila Nabi Muhammad (S.A.W) mencela agama berhala mereka.
Tambahan itu, amalan tradisi penyembahan patung berhala ini juga amat penting
pada zaman Jahiliyah kerana ianya menjadi salah satu sumber ekonomi. Masyarakat
Quraisy pada zaman Jahiliyah menjadikan patung berhala sebagai sumber rezeki
mereka melalui penjualan patung berhala kepada masyarakat pada waktu itu.
Justeru itu, setelah penyebaran dakwah islamiyah secara meluas yang melarang
penjualan patung berhala telah menutup sumber rezeki masyarakat pada waktu itu.
Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir masyarakat Quraisy yang menentang
penyebaran Islam kerana mereka berpendapat sekirannya mereka memeluk Islam,
maka sudah tentu punca rezeki mereka daripada penjualan patung berhala akan
hilang kerana Islam tidak membenarkan pembuatan dan penjualan patung berhala.
Oleh yang demikian mereka melakukan pelbagai ancaman kepada Nabi Muhammad
(S.A.W) agar penyebaran dakwah Islam menemui kegagalan.

Selain itu, penentangan secara kekerasan.9 Kekerasan yang dilakukan juga


adalah salah satu halangan yang lain yang dihadapi dalam mengubah masyarakat
daripada tamadun Jahiliyah kepada tamadun Islam. Pelbagai kekerasan yang
dilakukan oleh masyarakat Quraisy bagi mengagalkan penyebaran dakwah Islam
pada waktu itu misalnya seperti cubaan membunuh Nabi Muhammad (S.A.W) yang
dilakukan oleh masyarakat kaum Quraisy secara senyap-senyap namun cubaan
membunuh itu telah menemui kegagalan kerana telah diketahui oleh Nabi
Muhammad (S.A.W). Bukan itu sahaja pelbagai lagi kekerasan yang dilakukan oleh
masyarakat Arab Quraisy sama ada kekerasan itu bersifat tekanan kejiwaan atau
berbentuk fizikal,10 bagi mengagalkan penyebaran dakwah islamiyyah di Tanah Arab
pada waktu tersebut. Misalnya seperti pemulauan semua keturunan Nabi yang mana
mereka dipulaukan sama ada dari segi urusan berjual beli, pertolongan fizikal dan
pergaulan seharian. Keadaan ini dilakukan oleh masyarakat Quraisy kepada keluarga

8 Ibid., hlm. 44.


9 Dr.Imam Munawwir, 1984, “Sikap Islam Terhadap Kekerasan Damai Toleransi dan Solidaritas”. Edisi
Pertama. Johor Bahru: Penerbit Penamas Sdn. Bhd. Malaysia., hlm .68.
10 Universiti Malaya, 2001, “Tamadun Islam dan Tamadun Asia”. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia., hlm., 49.
Nabi Muhammad (S.A.W) agar penyebaran dakwah islam diberhentikan dengan
kadar segera. Namun Nabi Muhammad (S.A.W) tidak pernah berputus asa walaupun
pelbagai halangan, cemuhan, dan rintangan yang baginda hadapi dalam
menyebarkan Islam kepada masyarakat Jahiliyah. Justeru itu, keadaan penyebaran
Islam yang berkembang dengan pesat telah meningkatkan bilangan penganut Islam
di Makkah mahupun di Madinah.

Seterusnya, halangan dan cabaran yang dihadapi dalam mengubah masyarakat


Jahiliyah kepada masyarakat yang lebih bertamadun ialah terpaksa menghadapi
beberapa peperangan.11 Dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan
berakhlak mulia Nabi Muhammad (S.A.W) terpaksa berdepan dengan beberapa siri
peperangan yang berlaku diantara orang Islam dengan Musyirikin Makkah misalnya,
dalam perang Badar, Khandak dan Uhud. Peperangan yang sering berlaku ini
menyukarkan penyebaran dakwah kepada masyarakat di Makkah. Serta, peperangan
yang berlaku turut meningkatkan bilangan para sahabat yang menjadi syahid dalam
pertempuran. Tujuan peperangan yang sering timbul dikalangan masyarakat Arab
adalah untuk melenyapkan penyebaran ajaran Islam pada waktu itu. Malahan,
peperangan ini juga untuk menghapuskan Nabi Muhammad (S.A.W) dan para
pengikutnya dalam medan pertempuran. Misalnya, semasa peristiwa perang Badar
yang terjadi di lembah Badar, iaitu 125 km daripada Madinah. Peperangan ini
tercetus akibat tindakan kaum Musyirikin Makkah yang merampas harta benda dan
mengusir kaum muslimin dari Makkah pada waktu itu. Lalu, keadaan ini
menimbulkan pertikaian dan persengkataan antara kaum muslimin Madinah dengan
Musyirikin Quraisy Makkah. Tambahan pula, terdapat 84 siri peperangan yang
pernah tercetus dalam menentang kaum Musyirikin Quraisy yang sering melakukan
perkara-perkara seperti menggugat kedudukan dan kepentingan kaum Muslimin.
Nabi Muhammad (S.A.W) pernah terlibat dalam peperangan sebanyak 7 kali siri
peperangan. Peperangan dilakukan bagi mengalahkan musuh yang menzalimi umat
Islam.

5.0 IKTIBAR PERUBAHAN TAMADUN JAHILIAH KEPADA TAMADUN ISLAM

11 Aizuddin Kamarul Zaman, 2018, “Iktibar Perang, Perjuangan Rasulullah”. Rencana Agama., Kuala
Lumpur: Berita Harian. Sec.4, hlm .,7.
Gejala sosial yang berlaku pada hari ini di Malaysia bukan sesuatu yang baru tetapi
telah berlaku sejak zaman Jahiliah. Di mana berlaku sebelum keputeraan Nabi
Muhammad S.A.W sehingga meningkat usia baginda menyaksikan dengan mata
sendiri kerosakan akhlak yang dilakukan oleh orang Arab pada zaman itu. Perbuatan
yang tidak bermoral telah diamalkan oleh masyarakat arab zaman Jahiliah. Sebagai
contoh, mereka berjudi, minum arak dan juga berzina. Kedudukan seorang wanita
dalam masyarakat Arab Jahiliah adalah rendah dan mereka tidak layak untuk
mendapatkan harta yang diwarisi oleh ibu bapa mereka. Selain itu, mereka juga
menanam bayi perempuan hidup-hidup. Hal yang demikian kerana mereka
menganggap anak perempuan hanya akan menjatuhkan maruah keluarga mereka.

Manakala aktiviti perniagaan mereka telah mengamalkan riba dan juga


penindasan. Mereka tidak menerima kebenaran dan tidak ikut ajaran para nabi dan
rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa merupakan
faktor yang menyebabkan mereka dipanggil masyarakat arab jahiliah. Sehinggalah
lahirnya Tamadun Islam. Kelahiran tamadun Islam adalah cetusan daripada Islam itu
sendiri, bahkan menurut Syed Qutb Islam itulah Tamadun (Rasid Muhamad, 1996).
Kemunculan Tamadun Islam telah berjaya mencorakkan tamadun baru bagi
masyarakat Arab Jahiliah.12 Cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat Arab
Jahiliah berjaya diubah dengan munculnya tamadun ini. Kehidupan mereka lebih
teratur secara beransur-ansur.

Justeru itu, iktibar yang diperoleh ialah amalan kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain. Nilai ini amat penting dan perlu diamalkan
apabila berada di dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, sebagai seorang
pelajar kita hendaklah memberikan kerjasama apabila mendapat tugasan secara
berkumpulan selain saling bantu membantu apabila kawan berada dalam kesusahan.
Selain itu, ketokohan dan kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W dalam
menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan
bijaksana. Sikap ini boleh kita contohi apabila menjadi seorang ketua kerana
menjadi seorang ketua bukanlah mudah. Ramai pengikut yang di bawah melihat
setiap sikap yang ditunjukkan untuk dijadikan sebagai contoh. Di samping itu, sikap

12
Ros Aiza Mohd Mokhtar, 2012, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Edisi Kedua, Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., hlm. 41.
Nabi yang gigih dan sabar dalam menangani masalah dan halangan yang
ditempuh. Sikap sabar dan gigih perlu dicontohi oleh masyarakat pada hari ini dalam
kehidupan seharian terutamanya sabar dan gigih dalam melakukan sesuatu
pekerjaan yang diceburi dan mengelakkan sikap curi tulang dan rasuah dalam setiap
tugasan yang dilakukan. Kerana hal ini, akan membawa kepada keruntuhan akhlak
dan moral seseorang individu.

RUJUKAN

Mahayudin Hj Yahya. Tamadun Islam. Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2001.

Dr.Imam Munawwir. Sikap Islam Terhadap Kekerasan Damai Toleransi dan


Solidaritas. Edisi Pertama. Johor Bahru: Penerbit Penamas Sdn. Bhd. 1984.

Universiti Malaya. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Perpustakaan
Negara Malaysia. 2001.
Aizuddin Kamarul Zaman. Iktibar Perang, Perjuangan Rasulullah. Rencana Agama.
Kuala Lumpur: Berita Harian. 2018.

Ros Aiza Mohd Mokhtar. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Edisi Kedua. Selangor
Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2012.

Yaacob Harun. Tamadun Islan Dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. 2006.

Internet :https://www.kembaraumrah.my/2018/08/02/pembukaan-kota-makkah/,

diakses pada tarikh 11 Mac 2019.

Anda mungkin juga menyukai