Anda di halaman 1dari 4

Ciri-ciri tamadun islam dan tamadun jahiliah

Ciri pertama yang dapat dilihat ketika tamadun islam ialah masyarakat Arab ketika itu
konsisten dalam mengikuti imej dan ajaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad s,a,w sejak
beratus ribu tahun dahulu sehinggalah kini. Ajaran yang di bawa oleh Rasulullah di ikuti dan
mampu bertahan. Ini merupakan satu keunikan yang ada dalam tamadun islam. Sehubungan
dengan itu, Al-quran dan al-sunnah pula di jadikan sebagai panduan dalam sistem
perundangan. Dengan adanya panduan, tamadun islam dapat menyelesaikan sesuatu masalah
itu dengan mudah tanpa sebarang persengketaan . Tamadun islam juga percaya bahawa
perintah serta larangan Allah adalah mutlak dan tidak berubah mengikut arus zaman. Hal ini
menunjukkan bahawa ciri islam begitu konsisten dan berupaya menghadapi cabaran zaman. 1

Ciri kedua ialah terbuka dan rasional. Tamadun islam ialah tamadun yang terbuka dan
tidak meletakkan had-had tertentu dalam menerima peradaban lain dalam tamadun islam.
Namun, walaupun tamadun islam menerima peradaban lain dalam tamadun mereka,islam tetap
menitikberatkan tentang garis panduan syariat yang telah di tetapkan. Selain itu, islam juga
menerima pembaharuan yang dapat memperkukuhkan sistem-sistem yang sedia ada. Hal ini
dapat menigkatkan lagi sistem-sistem yang sedia ada sekali gus dapat berkerjasama dengan
tamadun lain yang juga bersefahaman dengan tamadun islam. Islam juga bersifat rasional.
Lebih-lebih lagi mengenai persoalan semasa yang tidak melibatkan hukum bersifat multak.
Islam menggunakan perbincangan (musyawarah) dalam meleraikan sesuatu masalah.
Contohnya, semasa perang badar. Rasulullah menemui masalah mengenai tawanan perang
orang-orang quraisy. Oleh itu, Rasulullah bermusyawarah dengan para pengikutnya dengan
Abu Bakar dan Umar dalam menyelesaikan masalah ini.2

Ciri seterusnya ialah bersifat semasa. Bersifat semasa bermaksud islam masih bertahan
sehingga kini mengikut perubahan semasa yang dapat disesuaikan dengan keadaan tersebut.
Sistem-sistem yang sudah sedia ada dalam tamadun islam berupaya menerima unsur-unsur
peradaban lain yang tidak bertentangan dengan islam. Peradaban-peradaban lain yang tidak
bertentangan dengan islam berupaya membawa pembudayaan serta gabungan akal dan
keimanan yang dapat melahirkan perkara-perkara baru yang sesuai mengikut kehendak zaman.
Buah fikiran yang di gabungkan dari setiap peradaban akan membuahkan satu pemikiran yang
bernas untuk tamadun tersebut.3

1
MOHAMMAD, ALI. “Jurnal Usuludin” (2002), Konsep Dan Ciri-ciri Tamadun Al-Qur’an, 2019.
2
Ibid
3
ZULKIFLEE HARON dkk, Tamadun Islam&Tamadun Asia (Diterbitkan di Malaysia: UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA, 2011),
Ciri keempat ialah sesuai dengan fitrah manusia. Islam merupakan agama yang sesuai
dalam fitrah manusia. Hal ini kerana, islam merupakan agama yang mampu membawa
kebaikan di dunia dan di akhirat. Malah, islam juga dapat mengajar kepada manusia agar tahu
untuk menghargai diri sendiri, masyarakat dan alam. Oleh itu, kehidupan manusia ketika itu
akan lebih tenang dan harmoni. Sehubungan dengan itu, fitrah manusia juga memerlukan
keseimbangan dari segi rohani dan jasmani. Hal ini kerana, fitrah manusia sememangnya
memerlukan imbangan yang mempunyai unsur-unsur kemanusiaan dalam diri dan menjaga
aspek-aspek ketuhanan. Maksud menjaga aspek-aspek ketuhanan ialah, menjaga hubungan
manusia dengan Allah, sesama manusia dan juga alam sekeliling ciptaan Allah s,w,t.4

Ciri sempurna/syumul. Sempurna dan syumul bermaksud islam merupakan agama yang
sempurna dan dapat menyempurnakan keperluan manusia. Antara aspek yang terkandung di
dalam kehidupan manusia termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya.
Iaitu aspek bagaimana seseorang itu menjaga hubungannya antara manusia, alam
persekitaran dan menjaga hubungannya dengan Tuhan.Kesemua ini jika di uruskan dengan
baik akan menimbulkan kesan yang baik kepada tamadun islam tersebut. Sehubungan dengan
itu, islam juga seharusnya dapat menggunakan kepelbagaian aspek ini dengan baik bagi
membantu membina semula tamadun ini .5

Ciri pertama yang terdapat dalam tamadun jahiliah ialah sistem kepercayaan dan
agama. Ketika di zaman ini, Masyarakat Arab mengalami kesesatan dalam sistem kepercayaan.
Mereka melakukan penyebaran agama di kawasan-kawasan yang tertentu seperti di kawasan
pesisir pantai dan juga di kawasan Bandar. Seperti di Makkah, Yaman, Hirah, Oman dan
Bahrain. Kawasan-kawasan ini merupakan kawasan yang terpenting untuk penyebaran agama.
Oleh kerana kawasan-kawasan tersebut merupakan pusat tumpuan perdagangan dan
kebudayaan. Mudah untuk mereka menyebarkan agama di kawasan tersebut. Dalam tamadun
ini terdapat lima kategori golongan beragama yang lebih besar dan beberapa agama kecil
seperti animism. Seperti (Wathani) penyembah berhala, (Majusi) agama menyembah api,
Yahudi, Nasrani dan hanafi. Agama menyembah berhala merupakan agama yang terpenting
dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu. Manakala, agama majusi pula menyembah api
kerana mereka tidak mengakui adanya Nabi dan tidak mempunyai kitab suci. Selain itu, agama
yahudi pula ialah agama yang di bawa oleh Nabi musa s,a,w yang mana agama tersebut
mengikuti kitab suci taurat. Agama nasrani pula ialah agama yang di bawa oleh Nabi Isa s,a,w.
Agama ini ialah agama yang mengingkari ayat-ayat al-quran. Mereka mengubah suai kitab injil
mengikut keperluan dan kepentingan mereka sendiri. Manakala, agama hanafi pula merupakan
agama yang di bawa oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Seterusnya, agama lain juga seperti
animisme juga terdapat di tamadun ini.

4
ibid
5
ibid
Ciri yang seterusnya ialah dari sudut politik. Tamadun jahiliah merupakan tamadun yang
tidak mempunyai sistem pentadbiran yang teratur. Hal ini kerana mereka mengamalkan sistem
kabilah. Sistem kabilah ini merupakan sistem yang mana masyarakatnya ketika itu hidup secara
berpuak-puak dan berkelompok. Setiap kabilah yang di tubuhkan akan saling mempertahankan
kabilah mereka masing-masing. Mereka terlalu taksub dengan kabilah sendiri iaitu lahirnya
semangat assabiyah sehinggakan berlakunya peperangan yang melibatkan pertumpahan darah.
Mereka berperang adalah untuk mendapatkan harta, kuasa dan menunjukkan kekuataan
kabilah masing-masing. Manakala, kabilah yang kalah pula akan di jadikan hamba kepada
kabilah tersebut. Setiap kabilah akan di ketuai oleh seorang syeikh yang merupakan lambang
perpaduan bagi sesebuah kabilah tersebut.6

Dari segi sistem sosial dan kebudayaan. Pada tamadun ini, mereka mengamalkan
kehidupan yang tidak bermoral seperti meminum arak, berjudi dan sebagainya yang membawa
kemudaratan kepada diri sendiri.Amalan ini sudah sebati dengan kehidupan mereka ketika itu.
Sehubungan dengan itu, tamadun ini juga tidak memandang tinggi kepada kaum wanita. Hal ini
kerana, mereka beranggapan bahawa wanita merupakan pembawa kepada nasib malang.
Sehinggakan ia memberi kesan kepada masyarakat di tamadun ini dengan mengambil tindakan
menanam bayi perempuan secara hidup-hidup. Ini menunjukkan sikap masyarakat tamadun
terlalu cetek ketika itu. Malahan, tamadun ini juga tidak meletakkan peraturan yang khusus
dalam soal perkahwinan. 7

Dari sudut ekonomi pula, tamadun jahiliah mengamalkan sistem perniagaan yang
berunsurkan riba. Mereka menanam sifat dengki dalam diri mereka untuk kepentingan sendiri.
Misalnya, mereka dengki kepada peniaga yang lebih tinggi keuntungannya berbanding
perniagaan yang mereka jalankan sendiri. Selain itu, mereka mengekploitasi perniagaan orang
lain tanpa memikirkan kerja keras yang telah di lakukan oleh seseorang peniaga itu. Hal ini
menunjukkan tamadun tersebut mempunyai masyarakat yang bersifat malas.tamadun ini juga
sering melakukan penindasan, merompak dan merampas hak orang lain. Perbuatan ini
menyebabakan masyarakat di tamadun tersebut menunjukkan kehidupan yang mereka amalkan
sangat teruk dan tidak sesuai di bahawa kepada kehidupan hari ini.8

6
Prof Madya Mohammad Kamil Hj Ab Majid (UM), “ SALAH FAHAM PEMAKAIAN ISTILAAH KE ATAS MASYARAKAT
ISLAM” ,KONSEP JAHILIAH, hlm
7
ibid
8
ibid

Anda mungkin juga menyukai