Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas guru pelatih
pengkhususan sejarah IPG Zon Utara tentang keberkesanan buku teks Sejarah KSSR Tahun Empat. Sebanyak 50 item yang dikategorikan ke dalam 5 aspek utama dikemukakan, iaitu (i) kandungan, (ii) bahasa, (iii) aktiviti dan latihan, (iv) persembahan serta (v) bahan grafik untuk menilai kualiti buku teks tersebut. Kaedah tinjauan yang menggunakan set soal selidik ini melibatkan sebanyak 60 orang guru pelatih. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan persepsi guru pelatih terhadap keberkesanan buku teks berada pada tahap sederhana bagi aspek isi kandungan (nilai min,.... ). Manakala perspektif guru pelatih terhadap keberkesanan buku teks berada pada tahap tinggi bagi aspek bahasa (nilai min,.... ) , aktiviti dan latihan (nilai min,.... ), persembahan serta bahan grafik (nilai min,.... ). Dapatan ujian t, menunjukkan tiada perbezaan persepsi guru pelatih pengkhususan sejarah terhadap keberkesanan buku teks yang dikaji berdasarkan jantina, institusi dan pengalaman praktikum. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu Bahagian Buku Teks dan panel penulis untuk menghasilkan buku teks yang lebih berkualiti dan bermutu. ABSTRACT
The purpose of this study is to evaluate the effectiveness of primary four
History tekxtbook from the perspective of PISMP History trainee teachers at selected teacher training institutes (IPG) in Northern of Malaysia. A total of 50 items categorized into 5 main aspects are presented, which are (i) content, (ii) language, (iii) activity and practice, (iv) presentation and (v) graphic to evaluate the quality of the textbook. 60 trainee teachers were inolved in this study using the set of questionnaires. Descriptive statistic was utilized to analized the data. The study found that aspect of content achieved a middle level of frequency but the language, activity and practice, presentation and graphic achieved a high level of frequency. The study also found that there is no difference in the perception of PISMP History trainee teachers to the effectiveness of textbool studied based on gender, institution and practical experience. The findings of this study are expected to assist the Textbook Division, Ministry of Education Malaysia and the textbook authors to produce quality textbooks in future.