Anda di halaman 1dari 7

GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

1.0 PENGENALAN

Diskriminasi bermaksud pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan
ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi
merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Diskriminasi
berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Diskrimasi
boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi,
firma, malah oleh kerajaan. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan diskriminasi ini
berlaku. Pelbagai isu-isu global kini yang dapat dikaitkan dengan tajuk yang ingin dijelaskn
iaitu diskriminasi. Isu yang ingin disentu disini adalah isu konflik timur tengah. Konflik yang
berlaku di timur tengah kini telah banyak memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak
dan wanita yang berada di timur tengah. Kanak-kanak ini menjadi mangsa kepada
peperangan yang berlaku diantara dua tanah tersebut iaitu Israel dan Palestine.

2.0 FAKTOR ISU ISRAEL-PALESTIN

Ketamakkan Israel yang terlampau taksub dengan tanah antara Isreal dengan Palestin
kerana dipercayai tanah yang dipengang oleh Palestin adalah milik golongan Zionis yang
terdiri daripada orang Israel , khususnya Jurusalem, merupakan tanah suci bagi agama
Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut . Orang-orang Yahudi mempercayai hak
kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam menganuti agama. Namun perkara
sebaliknya berlaku apabila mereka sendiri seolah-olah tidak memegang dan menafikan
prinsip-prinsip agama tersebut dan melakukan kezaliman ke atas rakyat Palestin seperti
pengusiran secara paksa, rampasan tanah, harta dan lain-lain kekejaman yang mereka
lakukan.

Selain itu, berdasarkan faktor ekonomi pula, Terusan Suez terkenal sebagai sebuah
terusan buatan manusia yang terbesar terletak antara Mesir dan Semenanjung Sinai dengan
kepanjangan 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300m (984 kaki) dan berfungsi antara
Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan ini membenarkan
laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa
mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan dalam tahun 1869, barang dagangan
dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara 2 laut
tersebut. Terusan tersebut menggabungkan dua bahagian, Utara dan Selatan tasik besar
Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.

Seterusnya tidak memupuk nilai toleransi dalam diri. Disebabkan Israel yang terlalu tamak
akan tanah yang diduduki oleh masyarakat palestin pada masa kini, mereka telah mengambil
langkah yang drastik dengan menggunkan cara yang lebih kasar untuk merebut tanah yang

1|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

diduduki oleh masyarakat Palestin tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku kepada
masyarakat Palestin yang kini telah sengsara akibat perbuatan tentera-tentera Zionis. Hal ini
menjadi buruk lagi apabila Israel melancarkan serangannya ke atas Mesir yang menyebabkan
konflik antara dua negara ini semakin sengit.

Disamping itu, negara-negara lain tidak mengamalkan nilai bekerjasama kerana tidak
membantu mangsa-mangsa di Palestin untuk membangun semula dan malah negara-negara
lain mengambil kesempatan dalam hal tersebut. Hal ini disebabkan Israel mempunyai
kepentingan ekonomi terhadap Terusan Suez iaitu laluan untuk mengangkut senjata perang
yang diimport dari Perancis, menyebabkan mereka bertekad untuk menyekat kuasa Mesir di
kawasan tersebut dan keadaan ini menjadikan persengketaan antara Mesir dengan Israel
semakin rumit. Hal ini menyebabkan Israel semakin berani untuk menyerang Palestin sesuka
hati kerana negara-negara lain hanyalah memerhatikan Palestin semakin hancur.

3.0 KESAN ISU ISRAEL-PALESTIN

Sepanjang peperangan ini berlaku, kita tidak sedar bahawa ramai kanak-kanak dan wanita
yang tidak berdosa juga turut terkorban. Hal ini sangat tidak adil bagi mereka yang tidak ada
salah dan tidak terlibat di dalam konflik Israel dan Palestin tersebut. Walaunpun kanak-kanak
dan wanita secara tidak langsung terlibat disebabkan hanya kerana mereka menetap di tanah
tersebut tetapi kanak-kanak dan wanita ini hanya sekadar insan yang lemah. Angka korban
meningkat lebih 1,200 orang dengan lebih 335 kanak-kanak dan 100 wanita terbunuh. Jumlah
mereka yang cedera melibatkan lebih 5,000. Lihat lampiran 1 (contoh gambar keadaan kanak-
kanak di Palestin. Bukan itu sahaja, kanak-kanak di palestin juga kehilangan hak kanak-kanak
dimana mereka seharusnya meneruskan pembelajaran bagi menjamin masa depan mereka,
akan tetapi disebabkan peperangan yang berlaku, mereka berhati-hati sehinggakan tidak
ingin keluar rumah demi keselamatan masing-masing. Kanak-kanak ini juga, ramai yang
mengalami tekanan emosi, dan pertubuhan kebajikan kanak-kanak Save The Children
mengumumkan laporan terbaharu bahawa 89 peratus daripada ibu bapa di kawasan yang
dibedil rejim Zionis melaporkan bahawa anak-anak mereka masih trauma.

Selain itu, di Malaysia, sudah menjadi isu dimana kebencian umat Islam terhadap Israel
lebih bersifat agama yang diluahkan secara sempit. Akan tetapi gerakan keganasan yang
berlaku di Israel didalangi oleh gerakan politik Zionis dan bukannya kesemua umat Yahudi.
Jadi ianya tidak adil jika kesalahan itu diletakan pada sesuatu agama atau bangsa. Apa yang
juga jelas, tetapi dilupakan di Malaysia, adalah realiti bahawa ramai Kristian juga antara
mangsa di Palestin. Masyarakat Kristian Palestin antara minoriti yang juga dihalau dari tanah
mereka akibat kekejaman dasar penindasan rejim zionis. Malah golongan Kristian yang terikat
dengan konflik ini terdiri daripada banyak mazhab: ada yang Katolik Barat, ada yang Katolik

2|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

Timur, Ortodox, Luteran dan sebagainya. Kesemuanya menganggap Yerusalem (Al-Quds)


sebagai kota suci dalam sejarah perkembangan kepercayaan agama Kristian.

4.0 CARA-CARA MENGELAKKANNYA SEBAGAI PANDUAN MENGHARUNGI CABARAN


KEHIDUPAN MASA KINI.

Masyarakat Malaysia haruslah mengamalkan sikap toleransi dalam diri masing-masing


kerana, kita tidak mahu keganasan ini berlaku di tanah air kita sendiri. Jika difikirkan semula,
apakan kesan jika masyarakat Malaysia tidak menerapkan nilai toleransi dalam diri sama
sekali, berkemungkinan kes pembunuhan disana sini yang hanya disebabkan satu masalah
kecil. Jika tiada nilai toleransi dalam diri, seseorang itu akan melakukan apa-apa sahaja untuk
kepuasan hatinya tanpa mengira baik buruk pekara itu dan kesan negatif yang akan berlaku
akibat perbuatannya.

Malaysia haruslah mengambil pengajaran daripada berlakunya konflik dan isu yang
berlaku Timur-Tengah. Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum mempunyai
cabaran yang cukup berat untuk mengekalkan keamanan kerana terdapat pelbagai kaum dan
agama. Sekiranya Malaysia tidak menitik beratkan keamanan dan tidak mengamalkan nilai
toleransi dalam diri masing-masing maka pada suatu hari nanti Malaysia akan menghadapi
konflik yang sedang dihadapi di Israel dan Palestin. Selain itu, sebagai seorang warganegara
Malaysia, semua orang mempunyai hak tersendiri dalam bersuara dan hak asasi sendiri.
Malaysia haruslah melihat kepada keadilan bukannya berat sebelah mahupun dalam politik
yang sekarang ini menguruskan ekonomi negara dan keamanan negara. Malaysia juga
seharusnya menjalinkan hubungan yang baik dan berkawan dengan semua negara demi
menjamin keselamatan negara.

5.0 KESIMPULAN

Sampai bilakah kekejaman Yahudi ini akan berterusan. Berapa banyak lagikah nyawa
rakyat Palestin yang tidak berdosa akan melayang begitu sahaja? Mereka hanya
mentertawakan kita dari puncak kuasa tentang usaha kita yang hanya mampu merusuh,
berdemontrasi dan memungut derma. Kita sememangnya tidak boleh bergantung harap
kepada sekutu yang juga pelindung utama Israel, AS dan negara-negara Barat malah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana semua negara ini umpama kuda
tunggangan Yahudi. Negara kuasa besar dunia bagaikan tidak mempunyai kemampuan untuk
bertindak. Negara-negara Islam sendiri hanya mampu mengutuk tindakan biadap Israel yang
disokong sekutunya Amerika Syarikat. Setakat ini tiada sebarang petanda perang berat
sebelah ini akan berakhir, namun apa yang pasti Israel akan menggunakan sepenuhnya
peluang ini untuk melumpuhkan Hamas dan dan Palestin. Mungkin perang ini akan berakhir

3|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

sebaik matlamat Israel tercapai, tetapi apakah demi mencapai matlamat itu, darah penduduk
Palestin yang mengalir dianggap sebagai sia-sia dan dibiarkan begitu saja. Kita sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa seharusnya sentiasa bersatu hati demi
menjamin masa depan yang aman dan mengelakkan diskriminasi.isu

4|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

Rujukan

Internet

http://repository.um.edu.my/11033/1/05Bil5KonflikPalestin.pdf

https://duniahartanto.files.wordpress.com/2014/10/download-jpp-45-63.pdf

https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009616_146862.pdf

5|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

6|Page
GPM 1083 PENDIDIKAN MORAL (ALLEN KUBA)

Contoh gambar keadaan kanak-kanak di palestin.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai