Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran bertutur adalah kebolehan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada pita suara
manusia. Kemahiran bertutur bermula pada peringkat bayi, dan petuturan bukanlah dicipta namun
pertuturan bermula dengan cara meniru dan mengajuk. Bertutur juga melibatkan nada, kenyaringan,
dan kelantangan suara yang mesti dikawal dan dihasilkan sesuai dengan situasi dan konteks
pertuturan. Bertutur juga adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafaskan. Aspek
kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimic muka, gerak mata, tangan adalah
membantu penutur untuk menyatakan perasaan, idea dan pandangan penutur mengenai sesuatu
yang ingin disampaikan. Disamping itu, bertutur juga adalah proses untuk mengeluarkan bunyi
bahasa yang bermakna ,dan melibatkan proses mental iaitu, memahami, menaakul, memadan,
menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi.

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERTUTURAN


2.1 PERINGKAT AWAL PERTUTURAN

Proses pertuturan ini bermula sejak pada peringkat bayi kanak-kanak lagi. Sebagai contoh
bayi yang ingin menyusu,bayi kebiasaannya akan menangis ataupun mengajuk ibunya yang
menggunakan Bahasa yang direka oleh ibunya untuk menandakan sesuatu situasi tersebut. Hal ini
menyebabkan anak-anaknya mengajuk dan meniru ibunya. Menurut Mahzan (2003), Pendidikan
prasekolah pada suatu masa dahulu lebih banyak memfokuskan pengajaran mengenal huruf atau
dikenali sebagai ‘celik huruf’. Kemahiran ini bermaksud, kanak-kanak tersebut mempunyai
kemampuan yang minimum dalam perkembangan tahap literasi mereka. Umumnya, pda peringkat
permulaan seseorang kanak-kanak yang dapat mengenal pasti huruf atau abjad dalam sesuatu
system bahasa dianggap sudah mencapai tahap celik huruf yang memadai untuk pendidikan
peringkat awal mereka,tetapi anggapan itu sudah tidak relavan dalam perkembangan pesat dunia
pendidikan era globalisasi kini. Hal ini bermaksud, kanak-kanak bukan hanya mengenal pasti huruf
atau abjad dalam sesuatu sistem bahasa namun dapat membaca dan memahami sesuatu bahan
bacaan. Hal ini dijadikan kayu ukur bagi seseorang kanak-kanak tersebut sama ada berupaya
menguasai bidang atau pengetahuan yang lain. Pra sekolah adalah merupakan satu platform untuk
melonjakkan tahap penguasaan dan kemahiran literasi seorang kanak-kanak.

Proses pertuturan pada peringkat awal adalah kanak-kanak sudah mula mencuba untuk
menyoal untuk mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, pada usia sekitar empat hingga lima tahun,
kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi, maka dengan itu, kanak- kanak bermula untuk
menyoal pelbagai soalan kepada ibubapa mahupun adik beradiknya dan ketika di sekolah, pelajar
akan menyoal pelbagai soalan kepada gurunya. Hal ini kita dapat lihat bahawa, kanak- kanak bukan
sahaja hanya mampu mengajuk perkataan yang didengarnya sahaja, tetapi kanak- kanak ini dapat
memcipta ayatnya yang tersendiri dan melafazkannya untuk dijadikan sebuah soalan. Hal ini juga
menunjukkan bahawa kanak- kanak ini dapat mentafsir dan memahami perkataan yang
dilafazkannya dan mahir menggunakan perkataan tesebut untuk dijadikan sebuah ayat. Selain itu,
pada peringkat awal ini juga kanak- kanak akan mula pandai membuat teguran atau kenyataan
mengenai sesuatu situasi. Sebagai contoh, seorang abang yang berusia 7 tahun menegur adiknya
yang berusia 4 tahun untuk tidak bermain di luar rumah disbabkan cuaca yang tidak berapa
elok.Seterusnya,kanak- kanak mula untuk mahir bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Disamping itu,kanak-kanak pada peringkat awal ini juga bijak untuk memberikan arahan.

2.2 PERINGKAT PERTENGAHAN PERTUTURAN


Proses petuturan pada peringkat pertengahan ini pula adalah, kebiasaannya bermula pada
usia 9 tahun. Hal ini kerana pada usia 9 tahun kanak- kanak akan mula pandai membuat deskripsi
tentang objek atau gambar. Sebagai contoh, murid- murid diarahkan untuk menerangkan tentang
situasi yang terdapat di dalam gambar yang diberi oleh gurunya. Selain itu,kanak- kanak pada
peringkat pertengahan akan ahir untuk bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar- gambar
bersiri. Seterusnya, kanak- kanak mahir untuk mendeskripsi pengalaman atau suatu pristiwa.
Sebagai contoh, murid yang lambat untuk hadir ke kelas, murid tersebut akan menerangkan
alasannya kepada gurunya sebab- sebab murid tersebut lambat hadir ke kelas. Seterusnya, kanak-
kanak akan mahir untuk memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu. Sebagai contoh, ketua
kelas memberi arahan kepada ahli- ahli kelas yang lain. Disamping itu, kanak -kanak pada peringkat
pertengahan juga dapat menyoal dan menjawab soalan- soalan berhubung dengan pribadi
seseorang, masa bersekolah, peersekitaran, di rumah dan sebagainya. Selain itu, kanak- kanak ini
akan dapat membaca iklan dan pertuturan. Seterusnya, kanak- kanak pada proses pertengahan ini
juga mampu untuk memberi ucapan pendek dan mudah. Seterusnya, kanak- kanak ini juga mampu
mengambil bahagian dalam perbualan mudah. Sebagai contoh, aktiviti kerja berkumpulan di
sekolah, kanak- kanak mula mampu untuk berbincang sesama sendiri. Seterusnya, kanak-kanak mula
mampu untuk memberi komen secara mudah dan akhir sekali, kanak-kanak mampu membuat
ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

2.3 PERINGKAT MAJU PERTUTURAN

Proses pertuturan pada peringkat maju ini pula sangat berbeza dengan proses pertuturan
pada peringkat pertengahan. Kebiasaannya pada peringkat maju ini adalah pada kanak-kanak yang
berusia 13 tahun.Hal ini kerana, kanak-kanak mampu untuk mendeskripsi sesuatu peristiwa,
kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebaliknya. Selain itu,kanak-kanak juga mampu
untuk bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Seterusnya,
kanak-kanak pada peringkat maju mampu untuk mengambil bahagian dalam perbincangan,
perbualan atau dialog. Disamping itu, kanak-kanak mampu untuk bertanya untuk mendapatkan
maklumat. Sebagai contoh, seorang pelajar yang bertanyakan kepada gurunya tentang
matapelajaran yang tidak dfahami. Seterusnya, kanak- kanak mampu untuk menerangkan proses,
kejadian, prosedur dan peraturan. Selain itu,kanak-kanak mampu memberitahu arah atau hala
sesuatu tempat. Bukan itu saja, kanak-kanak juga mampu untuk memberi ceramah dan
syaarahan(yang disediakan). Selain itu, kanak-kanak ini juga mampu untuk mengambil bahagian
dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain. Seterusnya, kanak- kanak ini
juga mampu mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. Disamping itu, kanak-kanak juga
mampu untuk mendeklamasikan sajak. Bukan itu saja,kanak-kanak juga mampu untuk
menyampaikan komen, laporan ulasan. Sebagai contoh, kanak-kanak memberikan laporan kepada
pihak polis. Akhir sekali, kanak- kanak mampu mengkritik cerpen, pendapat, puisi, dan novel.
Sebagai contoh, kanak-kanak perempuan mahupun lelaki yang sering yang sering membaca nivel
dan mampu untuk meceritakan kembali cerita yang telah dibacanya.

3.0 KESIMPULAN
Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa yang bersesuaian dengan pengalaman,
kesediaan serta tahap kematangan yang mempengaruhi setiap kedudukan kanak-kanak adalah
penting. Ibu bapa atau guru perlu kreatif dalam merancang suasana pembelajaran Bahasa yang
berkesan dan menarik serta sesuai dengan tahap kematangan kanak-kanak tersebut. Pelopor
Pendidikan awal kanak-kanak seperti Friedrich Frobel, Johann Pestalozzi, Maria Montessori
(dalam Eliason dan Jenkins, 2003) sering menyarankan agar Pendidikan peringkat awal ini
berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakan penglibatan aktif kanak- kanak pada
zaman kini.

Anda mungkin juga menyukai