Anda di halaman 1dari 8

LAMPIRAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
(JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN, SOALAN TUGASAN & PANDUAN PEMARKAHAN)
TAHUN AKADEMIK 2018
Program : PISMP Semester / Tahun:
Semester 1 Tahun 1
Nama Kursus: SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA Ambilan: JUN 2018
AWAL ABAD KE-20

Kod: SJHK3103 Kumpulan: 1 PISMP ( ELEKTIF TERAS)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Jam Pembelajaran Pelajar

1. Penulisan Esei 03 OGOS 2018 04 SEPTEMBER 2018 6

2. Ulasan Kritis 27 OGOS 2018 14 SEPTEMBER 2018 2

3. Pembentangan 7 JULAI 2018 21 JULAI 2018 2

Disediakan oleh Pensyarah / Penyelaras Kursus Disahkan oleh Ketua Jabatan

Nama: FATIMAH BT MOHD DAHALAN Nama: KAMSIAH BINTI OMAR

Tanda tangan: Tanda tangan:

Tarikh: Tarikh:

1
LAMPIRAN 1

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Memperincikan perkembangan kerajaan awal di Tanah Melayu dengan menggunakan pelbagai alat berfikir melalui pembentangan
berkumpulan. (C4, PLO1, PLO4, PLO5, CS4, TS4 )
2. Membincangkan secara kritis kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Melaka dan perkembangan kerajaan Melayu selepas Kesultanan
Melayu Melaka. (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS2)
3. Membanding bezakan bentuk pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. (C5, A4, PLO3, CTPS2)
4. Membahas secara beretika tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajah di Tanah Melayu. (C5, PLO3, PLO8, CTPS3, EM2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan sebuah penulisan akademik yang kritis berbentuk kajian kes tentang perjuangan dan sumbangan salah satu tokoh pejuang
berikut dalam usaha mereka menentang penjajah ketika negara ini dikuasai oleh British. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan Haji Abdul Rahman
Limbong atau Tok Janggut atau Dato Maharaja Lela atau Dato Dol Said.

2. Membuat suatu ulasan kritis dengan membanding bezakan tentang bentuk dan dasar penjajahan Portugis dan Belanda di Melaka antara
tahun-tahun 1511 sehingga 1824

3. Menganalisis dalam kumpulan tentang ciri-ciri ekonomi dan pemerintahan dua dari kerajaan awal di Tanah Melayu yang dipilih dan membuat
pembentangan secara kolaborasi dengan menggunakan alat-alat berfikir yang relevan.

2
LAMPIRAN 1

Spesifikasi Tugasan ASPEK / KRITERIA


TUGASAN WAJARAN
TOPIK PENILAIAN

Topik 6: Tindak Balas Masyarakat Tugasan 1: Penulisan Akademik ( 100 %)


Tempatan terhadap
penjajah Kriteria penilaian keseluruhan:
Secara Individu
Menghasilkan sebuah penulisan akademik berbentuk kajian  Penguasaan Isi
- Hj Abdul Rahman Limbong kes yang kritis dan komprehensif tentang perjuangan salah 30% Kandungan .Kebolehan
- Tok Janggut seorang tokoh tempatan dalam membela hak rakyat dan menilai fakta (C5)
- Dato Maharaja Lela tanah air dari belenggu undang-undang dan peraturan
- Dato Dol Said penjajah demi kemakmuran tanah air dan kejayaannya  Organisasi

( Jumlah :1200 patah perkataan)  Penguasaan proses berfikir


(CTPS3: Kebolehan
mencari idea dan mencari
penyelesaian masalah)
 Etika dan Moral
Profesional (EM2):
menganalisis dan membuat
keputusan dalam
penyelesaian masalah –
secara beretika)

Topik 4: Penjajahan Kuasa-Kuasa Tugasan 2: Membuat Ulasan Kritis - ( 100%) Kriteria penilaian
asing di Tanah Melayu keseluruhan:
 Konsep penjajahan Menghasilkan sebuah penulisan kritis yang analitik
 Penjajahan tentang dasar-dasar penjajah Portugis dan Belanda di 10% • Penguasaan Isi
- Portugis Melaka dan membuat banding beza dasar kedua-dua Kandungan/
- Belanda penjajah tersebut. (C5:menilai )
- British • Organisasi (A4)
(Jumlah : 400 patah perkataan)
• Penguasaan proses
berfikir ( CTPS2)
3
LAMPIRAN 1

Tugasan 3: Pembentangan berkumpulan - (100%) Kriteria penilaian terhadap


Topik 1.Kerajaan-Kerajaan Awal di komitmen
Tanah Melayu Menganalisis secara kritis mengenai dua daripada
 Kedah Tua Kerajaan awal di Tanah Melayu dari segi ciri-ciri 10%  Kualiti perbincangan (C4)
 Chih Tu ekonomi dan sifat-sifat pemerintahannya. Seterusnya  Liputan Kandungan (CS4)
 Beruas analisis perbincangan tersebut dipindahkan dengan  Organisasi
 Gangga Negara menggunakan peta pemikiran ( i-THINK) di mana  Kemahiran Komunikasi
 Temasik yang sesuai, serta disediakan ke dalam bentuk  Kerja Berpasukan (TS4)
slaid power point bagi membentangkannya

Jumlah 50%

4
LAMPIRAN 1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: __2018__

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: SJH3103 Semester / Tahun: Semester 1/ Tahun 1


Ambilan: Jun 2018
Nama Kursus:
Kumpulan: 1PISMP ( ELEKTIF TERAS)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Akademik ( 6 jam)


03 OGOS 2018 04 SEPTEMBER 2018

27 OGOS 2018
2. Ulasan Kritis ( 4 jam) 14 SEPTEMBER 2018

3. Pembentangan ( 2 jam) 07 JULAI 2018 21 JULAI 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Memperincikan perkembangan kerajaan awal di Tanah Melayu dengan menggunakan


pelbagai alat berfikir melalui pembentangan berkumpulan. (C4, PLO1, PLO4, PLO5,
CS4, TS4 )
2. Membincangkan secara kritis kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Melaka dan
perkembangan kerajaan Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka. (C5, A3, PLO1,
PLO3, CTPS2)
3. Membanding bezakan bentuk pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. (C5, A4, PLO3,
CTPS2)
4. Membahas secara beretika tindak balas masyarakat tempatan terhadap penjajah di
Tanah Melayu. (C5, PLO3, PLO8, CTPS3, EM2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :

1
LAMPIRAN 1
1. Menghasilkan sebuah penulisan akademik yang kritis berbentuk kajian kes tentang
perjuangan dan sumbangan salah satu tokoh pejuang berikut dalam usaha mereka
menentang penjajah ketika negara ini dikuasai oleh British. Tokoh-tokoh dimaksudkan
Haji Abdul Rahman Limbong atau Tok Janggut atau Dato Maharajalela atau Dol Said.

2. Membuat suatu ulasan kritis dengan membanding bezakan tentang bentuk dan dasar
penjajahan Portugis dan Belanda di Melaka antara tahun-tahun 1511 sehingga 1824

3. Menganalisis secara kritis mengenai dua daripada Kerajaan awal di Tanah Melayu
seperti yang ditetapkan dalam soalan tugasan ; dari segi ciri-ciri ekonomi dan sifat-
sifat pemerintahannya. Seterusnya memindahkan analisis perbincangan tersebut ke
dalam peta pemikiran (i-THINK) yang sesuai dan membentangkannya menggunakan
slaid power point.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Ketika British menjajah Tanah Melayu, mereka telah memperkenalkan


pelbagai dasar baharu dan peraturan yang membebankan rakyat tempatan
sehingga rakyat bangkit menentang penjajah British. Perjuangan rakyat ini
telah dipimpin oleh tokoh-tokoh pejuang setempat dan kebangkitan
mereka ini adalah manifestasi perjuangan nasionalisme awal menentang
penjajah di negara kita.

TUGASAN 1: ( 100 % markah wajaran 30% )

Menilai dengan kritis tentang perjuangan dan usaha-usaha salah seorang tokoh
pejuang tempatan yang telah mempamerkan nilai-nilai patriotisme dan kepimpinan
perjuangan yang tinggi. Dasar perjuangan mereka jelas bertujuan membawa kepada
pembebasan rakyat tempatan dari belenggu undang-undang dan peraturan penjajah
British sekaligus mahu menghalau penjajah dari tanah air yang tercinta ini. Penilaian ini
perlu diterjemahkan melalui penghasilan sebuah penulisan akademik berbentuk kajian
kes yang kritis dan komprehensif tentang tajuk di atas.

TUGASAN 2: (100% markah wajaran 10%)

Membuat suatu ulasan kritis dengan membanding bezakan bentuk dan dasar penjajahan
Portugis dan Belanda di Melaka antara tahun-tahun 1511 sehingga 1824.

TUGASAN 3: ( 100% markah wajaran 10%)

Secara berkumpulan bertiga, anda dikehendaki berkolaborasi untuk berbincang dan menilaii
secara kritis serta membentangkan mengenai mana-mana dua kerajaan awal yang dipilih
melalui soalan tugasan pembentangan yang ditetapkan seperti di bawah :

Dengan merujuk kepada mana-mana dua kerajaan awal di Tanah Melayu seperti yang
disenaraikan, analisis secara kritis ciri-ciri ekonomi dan sifat-sifat pemerintahan kedua-dua
kerajaan tersebut yang menyumbang kepada ketamadunan masyarakat hari ini.
Seterusnya memindahkan analisis perbincangan tersebut dengan menggunakan peta
pemikiran i-THINK yang sesuai dan membentangkannya dengan menggunakan slaid
power point.

2
LAMPIRAN 1

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu sementara tugasan ke-3 yakni persembahan
pembentangan adalah secara kolaborasi kumpulan .( bertiga)
2. Tugasan ini terdiri dari;

a. Penulisan Esei : Menghasilkan sebuah penulisan akademik berbentuk


kajian kes yang kritis, dan komprehensif tentang salah
seorang daripada tokoh pejuang menentang British
daripada nama tokoh pejuang disenaraikan.

b. Ulasan Kritis : Membuat suatu ulasan kritis sambil membanding


bezakan tentang bentuk penjajahan Portugis dan
Belanda di Melaka antara tahun-tahun 1511 sehingga
1824

c. Pembentangan/Persembahan : Membentang dan membuat persembahan mengikut


tajuk yang ditetapkan

3. Gunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber rujukan utama atau kajian
sebagai bahagian utama isi tugasan

4. Format penulisan

a. Font Arial saiz 11


b. Langkau satu baris setengah ( 1.5 )
c. Rujukan menurut APA ( American Psychological Association)
d. Lampiran hendaklah disertakan sebagai bukti
e. Mengandungi Isi kandungan dan halaman serta Penghargaan

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali

6. Tugasan mesti dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy.

7. Penulisan akademik 30 markah , membuat ulasan kritis 10% markah dan pembentangan
membawa 10 % markah di mana markah keseluruhan kerja kursus ialah 50%.

8. Panjang tugasan 1, tidak kurang 1200 patah perkataan tidak termasuk senarai rujukan
dan lampiran . Tugasan 2 pula tidak kurang dari 400 patah perkataan tidak termasuk
lampiran dan senarai rujukan, sementara panjang tugasan 3, tidak lebih daripada 20 slaid
power point termasuk senarai rujukan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


2. Tugasan anda harus meliputi semua kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Spesifikasi
Tugasan Projek
3. Persembahan power point yang menarik, mempunyai grafik dan peta i-THINK yang sesuai
dan berinformasi serta tepat menjawab persoalan tugasan.

3
LAMPIRAN 1
4. Rumusan / cadangan dan bukti-bukti serta bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-
hujah anda hendaklah dikemukakan.
5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.
6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
7. Penulisan esei / laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai
dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah
8. Perlu mengandungi senarai rujukan dari pelbagai sumber yang tepat memenuhi kehendak
tugasan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ __________________________

(Nama: Dr FATIMAH BT MOHD DAHALAN) (Nama: ZAWIAH BT BAHROM)


Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_____________________________

(Nama: KAMSIAH BT OMAR )


Ketua Jabatan
Jabatan Sains Sosial
IPGK Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai