Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

PELAJAR SKP5 (F) TAHUN 2018

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan


supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod
senyap.

SALUTASI Yang berusaha,


En Haminudin b Bohari
Guru Besar SK Palong 5,

Yang dihormati,
En Azman bin Ujang
Penolong Kanan 1,

Yang dihormati,
Pn Tasripah bt Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati,
En Alizman b Alam
Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati,
Puan Aini Bt Musli
Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Palong 5 (F)
Guru-guru SK Palong 5 (F), AJK PIBG SKP5(F),
guru-guru kelas agama petang, ibu bapa, para
jemputan dan murid-murid yang dirai sekalian,

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


UCAPAN ALU- Kuntum melati tumbuh melata
ALUAN MC
Burung merbah di pohon cemara
8.30 pagi
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Dari Dewan SKP5 (F), kami mengalu-alukan


kehadiran hadirin sekalian ke
“ MAJLIS HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH
KEBANGSAAN PALONG 5 (F) BAGI TAHUN
2018”.
Majlis pada hari ini akan menganugerahkan
penghargaan kepada murid-murid yang
menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang
akademik. Justeru, adalah menjadi harapan kami
warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi
memulakan anjakan paradigma dan pencetus
revolusi dalam diri setiap murid.
BACAAN DOA Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh Adik Muhammad Hazim bin Oli
Mohamed dari kelas 5 Jujur.
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
PERSEMBAHAN 1 Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
(CAK LEMPONG)
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
8.45 pagi
Seterusnya, majlis mempersilakan,
Kumpulan Serambi untuk membuat persembahan
cak lempong.

(persembahan tamat)
Majlis mengucapkan terima kasih. Persembahan itu
tadi di bawah pimpinan Encik Syukrey bin
Mohamed Darif dan dibantu oleh Puan Nor Aida
Rozeeta bt Mohamad dan Puan Zuraidah bt Azmi.
PENYAMPAIAN Melati kuntum rotan berhias,
HADIAH Tumbuh melata di tepi kali
KEDUDUKAN Anugerah cemerlang 2018
KELAS, Murid cemerlang kita hargai
MATAPELAJARAN
TERBAIK & Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi
PENINGKATAN tahun 2018 SK Palong 5 (F) pada hari ini akan kita
PRESTASI TAHAP 1 mulakan dengan Penyampaian kedudukan kelas,
(SESI PAGI) matapelajaran terbaik & peningkatan prestasi tahap
1 (sesi pagi).
9.00 pagi
Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
Penyampai :

Diiringi oleh:

(baca senarai nama)


Terima kasih kepada ………………(penyampai)
dan ………………… (pengiring) atas kesudian
untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid
yang telah berjaya.
PERSEMBAHAN 2 Hadirin sekalian,
(PEMENANG SSPN, Majlis kita akan diserikan lagi dengan
ZUHAYRAH) persembahan tarian lagu Tiga Kupang. Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini telah
mendapat johan dalam Pertandingan Tarian Tiga
Kupang Challenge sempena Karnival SSPN
Peringkat Daerah Jempol Jelebu 2018 yang telah
dianjurkan oleh pihak SSPN. Koriografi ini telah
diilhamkan oleh Puan Siti Salina bt Samsudin.
Selepas itu, majlis mempersikan Adik Nur Razmie
Zuhairah Bt Mohd Razar dari kelas 6 Amanah bagi
menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Anta
Permana.
...............................................................
Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

(tamat persembahan)

Majlis mengucapkan terima kasih dan ucapan


tahniah kepada pasukan ini.
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada
usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia
akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
PENYAMPAIAN Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Bagi
HADIAH tahun 2018 SK Palong 5 (F) pada hari ini akan
KEDUDUKAN diteruskan lagi dengan Penyampaian kedudukan
KELAS, kelas, matapelajaran terbaik & peningkatan prestasi
MATAPELAJARAN bagi tahun 4 dan 5 (sesi pagi).
TERBAIK &
Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
PENINGKATAN
PRESTASI TAHUN 4 Penyampai :
& 5 (SESI PAGI)
10.00 pagi Diiringi oleh:

(baca senarai nama)


Terima kasih kepada ………………(penyampai)
dan ………………… (pengiring) atas kesudian
untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid
yang telah berjaya.
Persembahan murid Dari Kedah ke Kuala Perlis
Tahun 6 Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan choral speaking memeriahkan
10.30 pagi
Majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Majlis seterusnya menjemput murid-murid tahun 6


bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada pagi ini
dengan persembahan choral speaking yang bertajuk
Thank You SK Palong 5.

(persembahan murid tahun 6)

Berikan tepukan gemuruh untuk persembahan itu


tadi. Untuk pengetahuan semua, persembahan
choral speaking ini dianggotai oleh murid-murid
tahun 6 di bawah pimpinan En Muhammad Asyraf
b Khaja Mohideen dan Puan Nor Aida Rozeeta bt
Mohamad.

PENYAMPAIAN Hadirin sekalian,


HADIAH
Seterusnya, Majlis Anugerah Kecemerlangan
KEDUDUKAN
Pelajar Bagi tahun 2018 SK Palong 5 (F) pada hari
KELAS,
ini akan diteruskan lagi dengan Penyampaian
MATAPELAJARAN
hadiah kedudukan kelas, matapelajaran terbaik &
TERBAIK &
peningkatan prestasi tahun 1 sehingga tahun 5
PENINGKATAN
kelas agama petang.
PRESTASI TAHUN 1
SEHINGGA TAHUN Untuk itu, majlis sukacitanya menjemput,
5 KELAS AGAMA Penyampai :
PETANG (KAP)
10.45 pagi
Diiringi oleh:
(baca senarai nama)
Terima kasih kepada ………………(penyampai)
dan ………………… (pengiring) atas kesudian
untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid
yang telah berjaya.
UCAPAN Dengan berakhirnya penganugerahan dan
PENANGGUHAN penyampaian hadiah itu tadi, maka tibalah masanya
untuk kami selaku pengendali majlis untuk
12.15 TGH HARI
menangguhkan Majlis Hari Anugerah
Kecemerlangan Pelajar 2018 . Kami menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami
berbicara.
Buat rakan-rakan yang berjaya terimalah serangkap
pantun daripada saya...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Sesungguhnya, yang


terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang
kekurangan itu adalah kelemahan kami. Dengan
itu, saya menangguhkan majlis kita pada tengah
hari ini dan akan bersambung pada jam 230 petang
nanti.
Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Assalamualaikum dan selamat bersua lagi.

Anda mungkin juga menyukai