Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2016 SEMESTER 1 )

PENDIDIKAN ISLAM
GPI 1083

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NURUL AQILAH BINTI MOHD ISA

NO. KAD 981007-02-6950


PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2016192310081

KUMPULAN: PPISMP C4

NAMA PENSYARAH USTAZ MUHAMAD AUFA BIN MOHAMMED SANUSI


AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
PERANAN WANITA DALAM MEMBINA UMMAH MASA KINI DI MALAYSIA
PROJEK:

TARIKH SERAHAN: 31 MAC 2017


PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan limpah kurnianya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja


kursus ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada Encik Muhammad Aufa Bin
Mohd Sanusi atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan kerja kursus
ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta rakan-rakan khususnya
kerana sentiasa memberi sokongan secara langsung mahupun sebaliknya. Pelbagai ilmu
dan pengalaman yang dapat digarap semasa merealisasikan tugasan ini. Dalam mendepani
era globalisasi, para mahasiswa khususnya warga pendidik perlu merungkai ilmu secara
dominan sejajar dengan cabaran abad ke-21 yang menekankan pemikiran kritis dan kreatif.

2
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN .................................................................................................................. 2

ISI KANDUNGAN.................................................................................................................. 3

PENGENALAN ..................................................................................................................... 4

1.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT


SEJAHTERA ......................................................................................................................... 5

2.0 PERANAN WANITA ISLAM DALAM MEMBINA UMMAH ........................................... 6

2.1 Peranan wanita sebagai isteri ................................................................................. 6

2.2 Peranan wanita sebagai ibu .................................................................................... 7

2.3 Peranan wanita dalam masyarakat ......................................................................... 8

3.0 CABARAN YANG DIHADAPI WANITA ISLAM DALAM MEMBINA UMMAH MASA
KINI DI MALAYSIA DAN LANGKAH MENGATASINYA ........................................................ 9

3.1 Wanita yang bekerjaya ........................................................................................... 9

3.2 Tidak menunjukkan akhlak yang baik ................................................................... 10

3.3 Perkembangan teknologi maklumat ...................................................................... 11

KESIMPULAN ..................................................................................................................... 12

RUJUKAN ........................................................................................................................... 13

3
PENGENALAN

Setiap wanita di dunia ini menggalas tanggungjawab yang besar dalam


pembentukan dan pembangunan keluarga dan masyarakat Islam. Sejak zaman kebangkitan
awal Islam lagi wanita berperanan dalam pembentukan ummah, contohnya isteri-isteri
Rasulullah (SAW) seperti Sayidatina Khadijah Khuwailid dan Sayidina ‘Aisyah yang
membantu dalam perjuangan baginda (Muhamad Suhadi, 2015). Semangat dan
pengorbanan para isteri Rasulullah (SAW) dan juga para sahabat dalam menyebarkan
aktiviti dakwah Islamiah telah membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan awal Islam
di Madinah. Wanita Islam pada masa kini perlu mencontohi keperibadian watak tokoh-tokoh
wanita Islam terdahulu yang cekal dalam menghadapi sebarang ujian dari Allah .

Pembentukan institusi keluarga bahagia merupakan asas kepada pembentukan


masyarakat dan negara yang cemerlang. Keluarga mawaddah wa rahmah dapat dibentuk
sekiranya setiap ahli keluarga menjadikan agama Islam sebagai teras utama. Hal ini
demikian kerana Nabi Muhammad SAW telah membawa agama Islam yang merupakan
agama yang sudah lengkap seperti firman Allah SWT :

ِ ْ ‫ضيتُ لَ ُك ُم‬
‫اْلس ََْل َم ِدينًا‬ َ ُ‫ْاليَ ْو َم أ َ ْك َم ْلتُ لَ ُك ْم دِي َن ُك ْم َوأَتْ َم ْمت‬
ِ ‫علَ ْي ُك ْم ِن ْع َمتِي َو َر‬
‘… Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah
Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai
agama bagimu …’ [Al-Maa-idah: 3]

Seterusnya dalam membentuk keluarga cemerlang, banyak cabaran yang terpaksa


dihadapi oleh umat Islam terutama golongan wanita yang berperanan sebagai isteri dan ibu
dalam sesebuah institusi keluarga. Wanita pada masa kini lebih mengutamakan kerjaya
berbanding keluarga. Kebanyakkan wanita sudah diberi kepercayaan dengan memegang
jawatan tinggi. Wanita kini tidak lagi seperti zaman jahiliah di mana perempuan dianggap
sebagai hamba. Tetapi sesetengah daripada golongan wanita telah mengabaikan peranan
mereka sebagai pelindung keluarga seperti kes di Kota Bahru, seorang ibu mengelar
anaknya sehingga mati (Rosmizan Resdi, 2017).

4
1.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT
SEJAHTERA

Islam telah mengatur asas-asas dalam membentuk institusi keluarga muslim bagi
melahirkan suatu umat yang terbaik, cemerlang dan unggul dan berperanan sebagai
khalifah di bumi ini. Islam memandang institusi keluaga sebagai pencorak masyarakat.
Keluarga yang dibina haruslah berlandaskan agama Islam. Hal ini demikian kerana, anak
akan mencontohi akhlak mulia ibu bapa dan membesar di atas dasar iman dan taqwa.

Masyarakat sejahtera dapat dibentuk melalui institusi kekeluargaan. Setiap ahli


keluarga bertanggungjawab terhadap keluarganya supaya keluarga bahagia dapat dibentuk.
Sebagai asasnya, keluarga diibaratkan seperti bahtera. Bapa mengemudi bahtera tersebut
dibantu oleh isteri dan anak-anak sebagai kelasi kapal. Bagi memastikan kapal ini tidak
tenggelam mahupun hanyut, setiap ahli perlu memainkan tanggungjawab masing-masing.

Seterusnya, ibu bapa berperanan sebagai pendidik dalam membina watak dan peribadi
yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Sabda Rasulullah
SAW bersabda ;

“ bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapanya yang


menjadikannya sama ada Yahudi atau Nasrani atau Majusi ” (hadis riwayat
Imam Muslim).

Pendidikan yang diperoleh boleh dijadikan bekalan untuk menghadapi cabaran dunia
globalisasi kini. Sekiranya ibu bapa gagal melaksanakan tugas mereka, anak-anak
berkemungkinan akan terlibat dengan gejala sosial yang akan meruntuhkan akhlak Islamiah
seseorang.

Selain itu, setiap anak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan ibu dan bapa
apabila mereka sudah tua. Anak-anak yang soleh dan solehah pasti tidak mengabaikan
kebajikan ibu bapa mereka sekiranya mereka memikirkan pengorbanan yang telah dilakukan
oleh ibu dan bapa mereka ketika kecil (Zawati Awang & Azman Ariffin, 2015).

Kesimpulannya, kerukunan sesebuah institusi keluarga akan membentuk


ketamadunan bangsa bagi sesebuah negara. Seorang ibu memainkan peranannya sebagai
pembina peribadi mulia dan agen ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga manakala
bapa berperanan sebagai pembimbing dalam keluarga tersebut dan anak-anak yang soleh
dan solehah pula menjadi penyejuk mata buat ibu dan bapa mereka.

5
2.0 PERANAN WANITA ISLAM DALAM MEMBINA UMMAH

2.1 Peranan wanita sebagai isteri

Peranan utama wanita dalam membentuk pembinaan ummah ialah


bermula daripada peringkat pembentukan keluarga (Zawati Awang & Azman
Ariffin, 2015). Wanita diberi amanah untuk menguruskan rumah tangga
berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ;

Peranan wanita sebagai isteri sekaligus pendamping kepada suami


ialah memastikan perjalanan rumah tangga yang dibina bersama suami
berjalan lancar dan mendapat keredhaan Allah SWT. Seorang isteri haruslah
patuh dan taat pada perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat
Islam, menjaga kehormatan dan maruah diri serta membantu memudahkan
urusan suami terutama kegiatan dakwah. Contohnya, perjuangan Siti Sarah
dalam membantu Nabi Ibrahim A.S. dalam menegakkan tauhid dan
kebenaran.

Pada zaman ini, perjuangan yang dimaksudkan ialah isteri


seharusnya setia bersama-sama ketika jatuh bangun suami. Contohnya,
semasa syarikat yang diusahakan suami mengalami muflis ataupun ketika
suami dibuang kerja. Pada waktu inilah, isteri bertindak sebagai tulang
belakang suami dan memberi motivasi kepada suami untuk terus berusaha
dan yakin pada Allah SWT bahawa dialah yang memberi rezeki.

6
2.2 Peranan wanita sebagai ibu

Peranan wanita sebagai ibu bukan sahaja tertumpu untuk menjaga


makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi peranan
seorang ibu adalah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Sebelum
itu, seorang wanita haruslah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia
terlebih dahulu sebelum mendidik anak-anaknya. Mereka harus menjaga
hubungan dengan Pencipta dan juga hubungan dengan makhluk seperti
melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala
laranganNya. Mendidik anak seharusnya diberikan semenjak anak masih
dalam kandungan lagi. Jadi, seorang ibu disarankan untuk mengamalkan
membaca al-Quran dan banyakkan berdoa supaya diberi zuriat yang soleh
mahupun solehah.

Selain itu, ibu juga disarankan untuk menjaga perilaku ketika sedang
hamil kerana akhlak ibu bapa sangat berpengaruh terhadap akhlak anak-
anak. Justeru itu, pada masa ini, seorang ibu harus memberikan pemahaman
agama yang baik kepada kandungannya kerana ibu adalah guru pertama
bagi anak-anak. Tugas mendidik ini bukan sahaja tertumpu pada ibu sahaja
malahan bapa juga perlu melakukan perkara sama. Selepas anak itu lahir,
ibu perlu terus mendidik dengan memberi peringatan kepadanya dan menjadi
suri teladan buat anak-anak. Anak-anak yang berusia 3 tahun mudah meniru
perbuatan ibu dan bapa mereka seperti meniru pergerakan solat yang
dilakukan oleh ibu dan ayah mereka. Justeru itu, setiap ibu juga perlu
mendoakan kebaikan dan kejayaan, memberi didikan dan mengasuh dengan
penuh kasih-sayang kepada anak-anaknya.

7
2.3 Peranan wanita dalam masyarakat

Selain tanggungjawab sedia ada sebagai pengurus di rumah, wanita


juga berperanan penting sebagai pendakwah. Setiap umat Islam digalakkan
untuk menyebarkan Islam tanpa mengira jantina, umur mahupun warna kulit,
Ini jelas dalam firman Allah SWT :

Wanita solehah perlu sedar akan tanggungjawabnya untuk


berdakwah. Pemahaman yang jelas menjadikan wanita tersebut akan saling
bekerjasama dengan suami untuk membentuk keluarga berlandaskan syariat
Islam sehingga melahirkan pejuang Islam. Wanita juga berperanan
mewujudkan suasana persekitaran yang berlandaskan agama Islam. Hal ini
dapat dibuktikan apabila komuniti wanita mengadakan program-program
keagamaan seperti kuliah agama Fiqh Wanita dan mengajak rakan-rakan
Muslimah yang lain untuk menyertai majlis-majlis ilmu.

Setiap wanita juga membantu dalam usaha menegakkan Islam.


Wanita menjadi tulang belakang bagi seseorang lelaki. Wanita membantu
lelaki dalam urusan dakwah mereka. Contohnya, pada zaman Rasulullah
SAW, Sayidina Khadijah membantu baginda dalam urusan dakwah dengan
membelanjakan hartanya, Sayidina Khadijah juga membela dan percaya
Rasulullah SAW di saat orang lain masih belum yakin terhadap agama Islam
(Abdul Monir Yacoob & Suzalie Mohamad, 2004).

8
3.0 CABARAN YANG DIHADAPI WANITA ISLAM DALAM MEMBINA UMMAH MASA
KINI DI MALAYSIA DAN LANGKAH MENGATASINYA

3.1 Wanita yang bekerjaya

Golongan wanita adalah golongan yang mendominasi bidang


pekerjaan yang terdapat dalam dunia ini (Siti Fatimah Abdul Rahman, 2006).
Antara cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang bergelar isteri
mahupun ibu adalah tanggungjawab dan faktor yang mendorong cabaran ini
berlaku adalah dari segi kerjaya. Peranan wanita pada zaman ini sudah
banyak berubah, Pelbagai kerja dan profesion telah diceburi oleh wanita. Jika
kita lihat peratusan guru wanita di sekolah adalah lebih banyak berbanding
guru lelaki. Itu sahaja sudah membuktikan golongan wanita kebanyakkannya
mendominasi bidang pekerjaan seperti peguam, doktor, guru dan lain-lain
lagi.
Wanita bekerjaya mempunyai bebanan tugas yang amat beras.
Mereka perlu membahagikan masa dengan baik di antara kerjaya dan
keluarga supaya pengurusan rumah tangga dan anak tidak terabai. Hal ini
kerana, mereka mempunyai amanah di tempat kerja dalam menjalankan
tugas dengan penuh cemerlang. Maka, para wanita yang bekerjaya
disarankan untuk bijak membahagi masa dalam menjalankan tanggungjawab.
Berbeza pula dengan suri rumah, mereka mempunyai masa untuk mendidik
dan mengasuh anak-anak serta melihat perkembangan anak-anak.
Selain itu, suami juga disarankan untuk membantu isteri dalam
menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Bagi mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan, ibu bapa boleh membawa anak-anak pergi bercuti
mahupun beriadah di hujung minggu. Selain beriadah, ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak mengikuti kuliah keagamaan yang dianjurkan di sekitar
kawasan perumahan. Secara tidak langsung, akan terbinalah keluarga yang
seimbang dunia mahupun akhirat.
Sekiranya aktiviti seperti ini dilakukan secara konsisten, anak tidak
akan merasakan diri mereka dipinggirkan. Ibu bapa juga boleh mengelakkan
anak mereka bersosial sehingga dapat meruntuhkan akhlak anak masing-
masing.

9
3.2 Tidak menunjukkan akhlak yang baik

Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh wanita dalam pembinaan


ummah ialah wanita itu sendiri tidak mempamerkan akhlak yang baik
sebagaimana yang digariskan oleh agama Islam itu sendiri. Sebagai
contohnya, kes seorang ibu mengelar anaknya sehingga mati di Kota Bahru
(Rosmizan Resdi, 2017). Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana fitrah
wanita itu sendiri yang bersifat lembut dan penyayang.

Jika dilihat pada masa kini, wanita sering terlibat dengan aktiviti-aktiviti
kurang sihat seperti menagih dadah, pembuangan bayi, penderaan,
pelacuran dan lain-lain lagi. Selain kes tersebut, terdapat juga wanita yang
melakukan penderaan terhadap anak-anak mahupun orang gaji kesan
daripada tekanan hidup yang menghimpit mereka. Bagaimana mungkin ibu
yang menjadi suri teladan buat keluarga dan bagaimana ibu yang sanggup
membunuh anak sendiri dapat membina ummah demi kepentingan agama.

Setiap ibu haruslah menunjukkan akhlak yang baik terhadap anak-


anak supaya anak-anak dapat membentuk anak-anak yang berakhlak mulia.
Hal ini kerana, anak-anak merupakan cerminan kepada ibu bapa.
Kehancuran instutusi keluarga bermakna kehancuran ummah itu sendiri
kerana ummah dibina berdasarkan institusi kekeluargaan.

Langkah mengatasi akhlak wanita ini ialah setiap wanita khususnya


ibu perlu menerapkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Ibu haruslah
menjadi sahabat buat anak-anak dan memahami mereka. Setiap wanita juga
perlu mendalami ilmu agama supaya mengetahui adab-adab supaya dapat
membentuk akhlak Islamiyyah. Bagi mengatasi dan mengawal kemarahan,
setiap wanita disarankan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT dan
musahabah diri sendiri.

10
3.3 Perkembangan teknologi maklumat

Cabaran wanita yang berperanan sebagai ibu semakin meningkat.


Mereka perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK). Hal ini kerana, golongan muda masa kini begitu
longgar nilai moralnya, ini dicerminkan melalui masalah-masalah moral yang
berlaku dalam kalangan remaja seperti keganasan Juvana, ponteng sekolah,
penagihan dadah dan banyak lagi. Hal ini dilihat berpunca daripada gadjet
kerana melalui gadjet mereka dapat mengakses internet tanpa had dan
tapisan.
Perkembangan teknologi ini mendatangkan pelbagai kebaikan kerana
maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari. Namun pada masa yang
sama, banyak perkara yang negatif boleh berlaku. Oleh itu, setiap ibu bapa
harus mengawasi anak-anak mereka apabila menggunakan internet kerana
capaian internet bersifat terbuka.
Keruntuhan akhlak moral anak-anak bukan sahaja berpunca daripada
gadjet seperti telefon malahan daripada filem yang ditonton. Sebagai contoh,
anak-anak kecil yang melihat rancangan barat yang yang menunjukkan
akhlak yang tidak bermoral seperti pergaulan bebas, fesyen mereka yang
tidak menutup aurat dan budaya mereka yang bertentangan dengan syariat
Islam. Mereka akan mudah meniru akhlak tersebut kerana anak-anak kecil
tidak mempunyai nilai-nilai agama yang mantap dalam diri mereka.
Justeru itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai
agama dalam diri anak-anak dengan memberi tauladan yang baik buat anak-
anak. Ibu bapa boleh membacakan kisah-kisah pejuang agama Islam dan
sirah baginda Rasulullah SAW agar menjadi ikutan buat anak-anak. Hal ini
kerana, pada diri baginda terdapat akhlak yang sangat unggul seperti dalam
Surah Al AHzab ayat 21 yang mengajak kita untuk meneladani Rasulullah
SAW.

11
KESIMPULAN

Kesimpulannya, pembangunan ummah amatlah penting bagi mempertahan dan


memperjuang agama. Wanita turut menyumbang dalam kerangka pembinaan dan
kelangsungan ummah. Jika pada zaman dahulu, peranan wanita terhad kepada peranan
pembantu buat kaum lelaki. Kini tidak lagi apabila wanita turut bersama-sama membantu
dalam pembinaan ummah bersama-sama dengan suami.

Wanita juga turut menyumbang dalam pembangunan dari segi perspektif sosial
melalui pembinaan watak dan keperibadian anak-anak (Azrina Sobian, 2008). Setiap wanita
perlu berusaha untuk menambahkan ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Hal ini
demikian kerana melalui ilmu, seorang wanita mampu mempertingkatkan kualiti diri sebagai
wanita mithali yang dapat menyumbangkan kearah pembangunan negara.

Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki ketahanan diri
yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran yang
mendatang. Wanita muslim juga perlu mempersiapkan diri mereka dari pelbagai aspek iaitu
aspek spiritual, mental dan fizikal ke tahap yang paling baik. Hal ini kerana apabila mereka
diuji dengan cabarn-cabaran yang bakal mendatang, mereka akan lebih kuat dari segi
dalaman mahupun luaran. Firman Allah SWT dalam Surah As- Saff ayat 4 ;

Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan,
kerjaya, kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih
lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang
meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan
untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani
pada bahu lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita
mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan
sebagai melengkapi antara satu sama lain.

12
RUJUKAN

Al Quran dan Al Hadis

Abdul Monir Yacoob & Suzalie Mohamad. (2004). Konsep dan peranan ulil amri di malaysia.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Azrina Sobian. (2008). Keluarga islam, kemahiran keibubapaan dan cabaran semasa. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Muhamad Suhadi. (2015). Wanita lebih mudah masuk syurga. Selangor: PTS Publishing
House Sdn. Bhd.

Siti Fatimah Abdul Rahman. (2006). Memahami kedudukan wanita berjaya dari perspektif
islam. Selangor: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Zawati Awang & Azman Ariffin. (2015). Fikrah makalah ilmiah pendidikan islam. Perlis:
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Internet

Rosmizan Resdi. (4 Februari, 2017). Utusan Online. Diakses pada 6 April, 2017, from Bayi
dua bulan maut dikelar ibu sendiri: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/video
-bayi-dua-bulan-maut-dikelar-ibu-sendiri-1.440329

13

Anda mungkin juga menyukai