Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SM ST.

MICHAEL, PENAMPANG

KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI


SPM KERTAS 3
(2019)
KERTAS KERJA BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BIOLOGI SPM KERTAS 3
(2019)

1.PENDAHULUAN

Dalam menuju kecemerlangan, pelajar-pelajar perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada dari
segi akhlak, akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. Kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang
akademik diukur daripada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam khususnya SPM 2019.
Bagi mencapai matlamat tersebut, bimbingan ke arah peperiksaan perlu diberi perhatian serius
khususnya dari segi teknik-teknik menjawab, pembahagian masa dan soalan-soalan
peruncingan yang kerap disoal di dalam peperiksaan.

Menyedari hakikat inilah maka pihak Panitia Sains (Matapelajaran Biologi) telah mengambil
inisiatif untuk mengadakan Teknik Menjawab Biologi Kertas 3 bagi membantu pelajar-pelajar
menghadapi peperiksaan SPM 2019.

2. RASIONAL
Bengkel Teknik Menjawab soalan diadakan agar para pelajar dapat mempelajari teknik yang
betul semasa menjawab soalan Biologi SPM 2019.

3. MATLAMAT
Bengkel ini bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal, dan cemerlang dalam
matapelajaran Biologi bagi SPM 2019.

4. OBJEKTIF.

4.1 Supaya pelajar-pelajar dapat mengaplikasikan segala teknik dan tips yang diperoleh dari
bengkel ini bagi meningkatkan peratus gred A+ dan A dalam SPM 2019.
4.2. Supaya pelajar-pelajar dapat memberi jawapan soalan dengan tepat selaras dengan
peraturan permarkahan berdasarkan kata kunci yang diberi.

4.3 Supaya para pelajar dapat membuat pembahagian masa yang betul dalam menjawab soalan
sebagaimana masa yang ditetapkan.

5. CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 12 April 2019
Hari : Jumaat
Masa : 1.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan

6. SASARAN
6.1. Pelajar 5 Amanah (23 orang) dan 5 Bestari (22 orang)

7. PENCERAMAH JEMPUTAN
7.1 Penceramah jemputan dari SM Agama Kota Kinabalu, Encik Amir Fahd Bin A. Malek
(Ketua Pemeriksa Kertas 3 Biologi, Zon Sabah)

8. PENDEKATAN DAN PENGISIAN


8.1 Ceramah & Bengkel

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Bayaran Penceramah RM 150 x 1 orang = RM 150.00

10. KOS SUMBER


10.1 Wang PCG (Panitia Sains)
12. PERALATAN YANG DIPERLUKAN
- 1 unit LCD
- White board marker

13. JAWATAN KUASA KERJA


1. Pengerusi : Pengetua Cemerlang Pn. Jennifer Asing
2. Naib Pengerusi : Pn. Anita Mary Abah ( PK Kurikulum )
: Pn. Judith Donsia ( PK Hal Ehwal Murid )
: Pn. Johanna Sibyl Disimond ( PK Ko Kurikulum )
: Pn. Gabrielle Chia ( PK Petang)
3. Setiausaha : Pn. Elyna Tony
5. Bendahari : Pn. ___________________
6. AJK : Pn. Nestre Polinon (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
En. Cyprian Rian Jokinol (Ketua Panitia Sains)

14.0 PENUTUP

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu pelajar
menjawab soalan dengan tepat dan efisien.Ketepatan dalam menjawab soalan akan dapat
membantu para pelajar mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh kejayaan yang
cemerlang dalam mata pelajaran Biologi dalam setiap kali penilaian khususnya dalam SPM
2019.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(ELYNA TONY) (JENNIFER ASING)


Guru Subjek Biologi Pengetua Cemerlang
SM St. Michael, Penampang SM St Michael, Penampang

Anda mungkin juga menyukai