Anda di halaman 1dari 4

BAB 7: KEBARANGKALIAN II

1. Rajah 1 menunjukkan lima kad yang berlabel dengan huruf.

K I L A U
L
Rajah 1
Semua kad ini dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Suatu kod dua huruf dibentuk dengan menggunakan mana-
mana dua daripada kad ini. Dua kad dipilih secara rawak, satu per satu tanpa dikembalikan.
(a) Senaraikan ruang sampel.
(b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa dan cari kebarangkalian bahawa
(i) kod itu bermula dengan huruf L
(ii) kod itu terdiri daripada dua huruf vokal atau dua huruf konsonan

2. Rajah 2 menunjukkan lima keping kad yang berlabel dengan huruf.

M A T H S
L
Rajah 2
Kesemua kad ini dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Suatu kod dua huruf hendak dibentuk menggunakan mana-
mana dua daripada kad ini. Dua kad dipilih secara rawak, satu per satu tanpa dikembalikan.
(a) Senaraikan ruang sampel.
(b) Senaraikan semua kesudahan peristiwa dan cari kebarangkalian bahawa
(i) Kod itu bermula dengan vokal,
(ii) Kod itu terdiri daripada dua huruf konsonan atau bermula dengan huruf vokal.

3. Jadual 1 menunjukkan bilangan pelajar dalam Kelas 5 Maju yang memilih 2 jenis persatuan.

Persatuan Persatuan
Murid
Matematik Sejarah

Lelaki 5 2

Perempuan 3 6

Jadual 1

(a) Jika 2 murid dipilih secara rawak dari kumpulan lelaki, hitung kebarangkalian bahawa kedua-duanya dari
persatuan yang sama.
(b) Jika 2 murid dipilih secara rawak dari Persatuan Matematik, hitung kebarangkalian bahawa kedua-dua murid
adalah sama jantina.

4.

Kebarangkalian memilih
Pelajar
Biologi Fizik Kimia
3 1
Ahmad
4 8

1 2
Ling
5 5

Jadual 2

Jadual 2 menunjukkan kebarangkalian Ahmad dan Ling memilih mata pelajaran pertama semasa dalam
Tingkatan 6. Jadual di atas adalah jadual yang tidak lengkap. Cari kebarangkalian bahawa
(a) Ahmad memilih Kimia dan Ling memilih Biologi,
(b) Ahmad dan Ling memilih mata pelajaran yang sama.

5. Jadual 3 menunjukkan bilang peserta yang menyertai kuiz mengikut sekolah dan jantina.

Bilangan peserta
Sekolah
Lelaki Perempuan
SMK Ria 4 4
SMK Agama 5 2
SMK Puteri 3 6

Jadual 3
(a) Jika dua orang peserta dipilih secara rawak dari SMK Agama, cari kebarangkalian bahawa kedua-dua mereka
adalah lelaki.
(b) Jika dua orang peserta dipilih dari peserta lelaki, cari kebarangkalian bahawa kedua-dua mereka adalah dari
sekolah yang sama.

6.
Universiti Kolej Bekerja

1 1
Diana
4 4

1 1
Liza
3 2

Jadual yang di atas menunjukkan kebarangkalian Diana dan Liza melanjutkan pelajaran ke universiti,
memasuki kolej atau bekerja selepas peperiksaan SPM. Cari kebarangkalian bahawa
(a) Diana bekerja
(b) Kedua-duanya tidak bekerja
(c) Kedua-duanya masuk kolej
(d) Seorang melanjutkan pelajaran dan seorang lagi bekerja

7. Bag A mempunyai 4 bola biru dan 3 bola kuning manakala Bag B mempunyai 5 bola biru dan 6 bola kuning.
Sebiji bola dikeluarkan dari Bag A secara rawak. Selepas warna bola tersebut direkod, bola tersebut dimasukkan
ke dalam Bag B. Seterusnya sebiji bola dikeluarkan dari Bag B secara rawak. Cari kebarangkalian bahawa
(a) kedua-dua bola berwarna biru
(b) kedua-dua bola berlainan warna

8. Dalam satu pertandingan kuiz terdapat tiga kategori soalan yang terdiri daripada 5 soalan Kimia, 3 soalan Fizik
dan 7 soalan Biologi. Setiap soalan dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang serupa. Semua sampul
surat itu dimasukkan ke dalam kotak. Semua peserta kuiz dikehendaki memilih secara rawak dua sampul surat
daripada kotak itu. Cari kebarangkalian peserta pertama memilih
(a) sampul surat pertama mengandungi soalan Kimia dan sampul surat kedua mengandungi soalan Fizik.
(b) dua sampul surat mengandungi soalan kategori yang sama.

9. Jadual 3 menunjukkan nama pengawas sekolah daripada Kelas 5A dan Kelas 5B.
Seorang pengawas lelaki dipilih secara rawak dan kemudian seorang pengawas perempuan dipilih secara rawak
untuk membantu guru dalam suatu tugasan.
Kelas Lelaki Perempuan

Ali
5A Eddy Nora
Syed

Mas
5B Raja
Helen
Jadual 3
(a) Senaraikan semua kesudahan peristiwa yang mungkin.
(b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin, cari kebarangkalian bahawa
(i) kedua-dua orang pengawas daripada kelas 5B,
(ii) seorang dari kelas 5A dan seorang dari kelas 5B.

10. Rajah 3 menunjukkan empat murid dalam kumpulan A dan empat murid lain dalam kumpulan B.
Albert Chua
Ahmad Janet

Hanif Emma Raj Fazilah

Rajah 3

Seorang murid dipilih secara rawak dari setiap kumpulan bagi membentuk satu pasukan untuk menyertai suatu
kuiz Sejarah.
(a) Senaraikan ruang sampel untuk menunjukkan gabungan semua pasukan yang mungkin.
(b) Dengan menyenaraikan semua kesudahan yang mungkin bagi peristiwa itu, cari kebarangkalian bahawa
(i) satu pasukan terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan
(ii) satu pasukan mempunyai sekurang-kurangnya seorang murid perempuan

Anda mungkin juga menyukai