Anda di halaman 1dari 2

Solat bdua dgn bukan mahram tu makruh tahrim hukumnya..

makruh tahrim tu same je


maknenye dengan haram.sebab hadith nabi ade nyatakan "jika lelaki dan perempuan yg bukan
mahram berdua maka yg ketiga adalah syaitan".. Selain dr tu.yg jadikan hukum solat jemaah
dgn bukan mahram ni haram adalah ianya bole mendatangkan fitnah syahwat..ingt ye
semua,,,manusia ni bernafsu..time solat pon bole jadi macam2 bile berdua..boleh jd fitnah,bole jd
macam2...boleh je nak solat dgn bukan mahram tp perempuan tu kene ade abg,adik atau
mahramnye sendiri(ahli keluarga)
Jadi hukumnye haram ye...klaw betul2 nk jemaah buat jemaah ramai2..banyak pahalaa 󰀀 󰀀 buat
kat masjid ...klaw nk jemaah..perempuan kene ade imam(perempuan jugak la) hehe..kalau tggal
berdua je..solat la bergilir2..
Assalamualaikum..mohon pencerahan ust..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh
Benar. Haramnya berdua-duaan dengan bukan mahram hatta untuk solat jemaah.
ِ َّ ‫سو َل‬
، ‫َّللا‬ ُ ‫ ” يَا َر‬: ‫ فَقَا َل‬، ‫ام َر ُج ٌل‬ َ َ‫ فَق‬، ” ‫ام َرأَةٍ إِ ََّل َم َع ذِي َمحْ َر ٍم‬
ْ ِ‫ ” ََل يَ ْخلُ َو َّن َر ُج ٌل ب‬: ‫ قَا َل‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ِ ‫ع ِن النَّبِي‬
َ ، ‫َّاس‬ٍ ‫ع ْن اب ِْن َعب‬
َ
َ ً
ْ : ‫ قَا َل‬، ‫ت َحا َّجة َوا ْكتُتِبْتُ فِي غ َْز َوةِ َكذَا َو َكذَا‬
َ‫ار ِج ْع فَ ُح َّج َم َع ْام َرأتِك‬ َ
ْ ‫ْام َرأتِي خ ََر َج‬
Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahram.
Lalu seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, isteri aku akan keluar menunaikan haji sedangkan
aku diwajibkan untuk berperang. Baginda menjawab: Pulanglah, dan kerjakan haji bersama isteri
engkau. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4935]
ِ َّ ‫سو َل‬
‫َّللا‬ ُ ‫ يَا َر‬: ‫ار‬ ِ ‫ص‬َ ‫مِن ْاْل َ ْن‬
ْ ‫ فَقَا َل َر ُج ٌل‬، ” ِ‫ساء‬ َ ‫ ” ِإيَّا ُك ْم َوال ُّد ُخو َل‬: ‫ قَا َل‬، ‫سلَّ َم‬
َ ِ‫علَى الن‬ َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫َّللا‬ِ َّ ‫سو َل‬ ُ ‫ أَن َر‬، ‫عامِ ٍر‬ َ ‫ع ْقبَةَ ب ِْن‬
ُ ‫ع ْن‬
َ
، ُ‫ ْال َم ْوت‬: ‫ ” ْال َح ْم ُو‬: ‫أَفَ َرأَيْتَ ْال َح ْم َو ؟ قَا َل‬
‘Uqbah bin ‘Amir meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah
kalian daripada masuk menemui kaum wanita. Seorang lelaki Ansar bertanya: Ya Rasulullah,
apa pandangan engkau tentang Al-Hamwu? Baginda menjawab: Al-Hamwu adalah maut. [Sahih
al-Bukhari, Kitab al-Nikah, hadis no: 4934]
Pengharaman berdua-duaan dengan ajnabiy merupakan kesepakatan ulama. Al-Hafiz Ibn Hajar
al-Asqalani menyatakan di dalam Fathul Bari:
‫ضعْفِ الت ُّ ْه َم ِة بِ ِه‬ ُ ‫غي ُْر ْال َمحْ َر ِم َمقَا َمهُ فِي َه َذا كَالنِس َْوةِ الثِقَاتِ؟ َوالصَّحِ ي ُح ْال َج َو‬
َ ‫از ِل‬ ْ ‫ لَك ِِن‬، ٌ‫فِي ِه َم ْن ُع ْالخ َْل َوةِ بِ ْاْلَجْ نَبِيَّ ِة َوه َُو إِجْ َماع‬
َ ‫اختَلَفُوا ه َْل يَقُو ُم‬
َ
. ُ‫شافِعِي ِ أنَّه‬ َ
َّ ‫ َوي َُؤيِ ُدهُ نَصُّ ال‬. ‫ج ََل بُ َّد مِ ْن أ ْن يَ ُكونَ َم َع إِحْ َداه َُّن َمحْ َر ٌم‬ ْ
ِ ‫سف َِر ال َح‬
َ ‫ت فِي‬ِ ‫ َو َكذَا فِي النِس َْوةِ الثِقَا‬، ‫ ََل بُ َّد مِ نَ ْال َمحْ َر ِم‬: ‫َوقَا َل ْالقَفَّا ُل‬
َ
ُ‫ت إَِل أ ْن ت َ ُكونَ إِحْ َداه َُّن َمحْ َر ًما لَه‬َّ ٍ ‫ساءٍ ُم ْف َر َدا‬
َ ِ‫ِي بِن‬ َ
َ ُ‫وز لِل َّر ُج ِل أ ْن ي‬
َ ‫صل‬ ُ ‫ََل يَ ُج‬
Pada hadis ini terdapat larangan berdua-duaan dengan wanita ajnabiyyah. Ini merupakan
ijma’/kesepakatan para ulama. Ulama berbeza pendapat adakah (keperluan adanya mahram ini)
boleh digantikan dengan bukan mahram yang lain contohnya dengan adanya sekumpulan
wanita-wanita yang dipercayai? Yang benar, ia boleh kerana kurangnya fitnah dalam hal
tersebut. Al-Qaffal berkata: Mesti ada juga mahram. Begitu juga dengan keadaan sekumpulan
wanita yang dipercayai dalam permusafiran menunaikan haji, mestilah ada mahram salah
seorang daripada mereka. Ini diperkuatkan lagi dengan perkataan Al-Imam Al-Syafie bahawa
tidak boleh seorang lelaki mendirikan solat bersama kaum wanita melainkan bersama-sama
salah seorang wanita itu mahramnya. [Fathul Bari, jilid 4, m/s 77]
Imam an-Nawawi berkata dalam Syarah Sahih Muslim:
‫سنَتَي ِْن‬
َ ‫ِصغ َِر ِه كَاب ِْن‬ِ ‫ َو َك َذا لَ ْو َكانَ َمعَ ُه َما َم ْن ََل يُ ْست َ َحى مِ ْنهُ ل‬، ِ‫ق ْالعُلَ َماء‬ ِ ‫ث َمعَ ُه َما فَ ُه َو َح َرا ٌم ِب ِاتفَا‬ ٍ ‫غي ِْر ثَا ِل‬ َ ‫ي ِب ْاْلَجْ نَ ِبيَّ ِة مِ ْن‬ُّ ‫َوأ َ َّما ِإذَا خ َََل ْاْلَجْ نَ ِب‬
‫ فَإِ َّن‬، ‫ِب‬ ‫ن‬‫ا‬ ‫ج‬ َ ‫أ‬ ‫ة‬ ‫ْو‬
‫س‬ ‫ن‬‫ب‬ ٌ
‫ل‬ ‫ج‬ ‫ر‬ ‫ع‬ ‫م‬ َ ‫ت‬ ‫و‬ َ ‫ل‬ ‫ا‬‫م‬ َ
‫َل‬ ‫ب‬ ، ‫م‬ ‫ا‬‫ر‬ ‫ح‬
َ َ ٍ َ ِ ِ ُ َ َ َ ْ‫ِ اجْ َ َ ِ َ ِ ْ َ ٍ جْ ِ َّ ٍ ُ َ َ َ ٌ ِخِ فِ َ ِ اج‬ ‫و‬ ‫ه‬ َ ‫ف‬ ‫ة‬ ‫ي‬‫ب‬َ ‫ن‬ َ ‫أ‬ ‫ة‬َ ‫أ‬‫ر‬ ‫ام‬ ‫ب‬ ٌ
‫ل‬ ‫ا‬ ‫ج‬ ‫ر‬ ‫ع‬ ‫م‬ َ ‫ت‬ ‫و‬ َ ‫ل‬ ‫ا‬َ ‫ذ‬ َ
‫ك‬ ‫و‬ ، ‫م‬ ‫د‬‫ع‬ ْ
‫َال‬
َ َِ َ ُ َ ُ ُ ِ‫ك‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫و‬ ‫ج‬ ‫و‬ َّ
‫ن‬ ‫إ‬ َ ‫ف‬ ، َ‫ث َونَحْ ِو ذَلِك‬ ٍ ‫َوث َ ََل‬
‫از ُه‬ ُ ‫ الصَّحِ ي َح َج َو‬،
Apabila seorang lelaki ajnabi berdua-duaan dengan seorang wanita ajnabiyyah tanpa orang
yang ketiga bersama mereka, maka ia haram menurut kesepakatan ulama. Begitu juga
hukumnya haram apabila (orang ketiga) yang ada bersama-samanya ialah orang yang dia tidak
segan atau malu kepadanya kerana dia kanak-kanak seperti anak berumur dua hingga tiga
tahun dan sebagainya. Sesungguhnya wujudnya (orang ketiga seperti kanak-kanak itu) sama
sahaja seperti tiada. Begitu juga jika berkumpul ramai lelaki dengan seorang wanita ajnabiyyah
maka hukumnya tetap haram. Ini berbeza apabila jika berkumpulnya seorang lelaki dengan
ramai wanita, maka pendapat yang tepat ialah hal itu dibenarkan.
Kata beliau lagi:
‫ ِبأ َ ْن‬، ِ‫ورة‬ َ ‫اض ُع الض َُّر‬ ِ ‫ َويُ ْست َثْنَى مِ ْن َهذَا ُك ِل ِه َم َو‬، ‫غي ِْرهَا‬ َ ‫ص ََلةٍ أ َ ْو‬ َ ‫ْث َح َّر ْمنَاهَا بَيْنَ ْالخ َْل َوةِ فِي‬ ُ ‫ َو ََل فَ ْرقَ فِي تَحْ ِر ِيم ْالخ َْل َوةِ َحي‬: ‫ص َحابُنَا‬ ْ َ ‫قَا َل أ‬
‫ف فِي ِه‬ َ ‫َِل‬َ ‫ت‬ ْ
‫اخ‬ َ
‫َل‬ ‫ا‬ َ ‫ذ‬ ‫ه‬
َ ‫و‬ ،
َ َ َ ‫ا‬‫ه‬ َ
‫ك‬ ‫َر‬ ‫ت‬ ‫و‬ْ َ ‫ل‬ ‫ا‬‫ه‬َ ‫ي‬
ْ َ ‫ل‬‫ع‬َ ‫َاف‬
َ ‫خ‬ ‫ا‬ َ ‫ذ‬ ‫إ‬
ِ َ‫ِك‬ ‫ل‬َ ‫ذ‬ ُ ‫ه‬ ‫م‬
ُ َ‫ز‬‫ل‬ْ َ ‫ي‬ ْ
‫ل‬ َ ‫ب‬ ، ‫ا‬‫ه‬ ُ
َ َ‫ب‬‫ا‬‫ح‬ ‫ص‬
ْ ‫ت‬
ِ ‫س‬
ْ ‫ا‬ ُ ‫ه‬َ ‫ل‬ ‫ح‬
ُ ‫ا‬َ ‫ب‬ُ ‫ي‬َ ‫ف‬ ، ‫ل‬
َ‫ِك‬ َ ‫ذ‬ ‫و‬َ ْ‫َح‬ ‫ن‬ ‫و‬
ْ َ ‫أ‬ ‫ق‬
ِ ِ‫ي‬‫ر‬ َّ
‫الط‬ ‫ِي‬ ‫ف‬ ً ‫ة‬َ ‫ع‬ ِ‫ط‬َ ‫ق‬‫ن‬ْ ‫م‬ ً
ُ ِ ‫ة‬َّ ‫ي‬‫ب‬َ ‫ن‬ ْ‫ج‬َ ‫أ‬ ً ‫ة‬َ ‫أ‬‫ر‬َ ‫يَ ِج َد ْام‬
، ‫َّللاُ أ َ ْعلَ ُم‬
َّ ‫ َو‬. ِ‫اْل ْفك‬ ِْ ‫ص ِة‬َّ ِ‫شةَ فِي ق‬ َ ِ‫عائ‬ َ ُ
‫ِيث‬ ‫د‬ ‫ح‬
َ ‫ه‬ِ ‫ي‬ْ َ ‫ل‬‫ع‬ َ ‫ل‬ُّ ‫د‬
ُ َ ‫ي‬ ‫و‬
َ .
Ulama-ulama kami (iaitu ulama-ulama mazhab Syafie) berpendapat: Tiada beza dalam
pengharaman khulwah sama ada khulwah itu berlaku ketika solat atau selainnya. Dikecualikan
daripada pengharaman ini apabila keadaan darurat. Apabila seorang lelaki menemui seorang
wanita ajnabiyyah yang tersesat di tengah jalan atau selainnya, maka dibolehkan untuk si lelaki
itu menemaninya. Bahkan hendaklah dia menemani wanita itu apabila dia takutkan keselamatan
wanita itu jika dia meninggalkannya bersendirian di jalanan. Hal ini tiada perbezaan pendapat
dalamnya. Ini ditunjukkan oleh hadis ‘Aisyah radiallahu ‘anha dalam kisah hadis al-Ifk.
[Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, jilid 9, m/s 109]
Ingatlah hadis di bawah:
Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu berkhutbah dan menyatakan Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
َّ ‫ام َرأَةٍ ِإ ََّل َكانَ ثَا ِلث َ ُه َما ال‬
َ ‫ش ْي‬
ُ‫طان‬ ْ ِ‫ََل يَ ْخلُ َو َّن َر ُج ٌل ب‬
Tidaklah seorang lelaki bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiga adalah
syaitan.[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2091, hasan sahih gharib]
Shaikh al-Mubarakfuri menyatakan:
ِ ‫ش ْه َوة َ ُك ٍل مِ ْن ُه َما َحتَّى ي ُْل ِقيَ ُه َما فِي‬
‫الزنَا‬ َّ ‫َو ْال َم ْعنَى يَ ُكونُ ال‬
َ ‫ش ْي‬
َ ‫طانُ َمعَ ُه َما يُ َهيِ ُج‬
Ia bermaksud syaitan akan bersama-sama mereka berdua. Ia akan menggoda nafsu syahwat
mereka berdua sehingga menjerumuskan mereka berdua ke dalam penzinaan. [Tuhfatul Ahwazi,
jilid 5, m/s 456]
-ADMIN-

Anda mungkin juga menyukai