Anda di halaman 1dari 2

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarokatuh.

Kehadapan bakal imamku,

Aku tidak tahu bagaimanakah rupamu.


Aku tidak tahu bagaimanakah senyummu.
Aku tidak tahu bagaimanakah tawamu.
Aku tidak tahu bagaimanakah perangaimu.
Yang aku tahu, aku akan mencintaimu sepenuh hatiku.

Bakal imamku,

Ingin aku perjelaskan bahawa aku bukanlah seperti wanita sempurna yang kau impikan.
Jauh sekali aku dari kesempurnaan.
Aku tidak punyai paras yang menawan yang mampu mencairkan hatimu.
Cuma aku yakin dengan parasku ini aku akan cuba sedaya upaya berhias untukmu,
berdandan untukmu, mencantikkan diriku demi kamu, agar aku juga dapat memiliki
paras yang cantik itu hanya untuk tatapanmu.

Bakal imamku,

Ingin aku perjelaskan bahawa aku tidak punya kereta yang mewah, harta yang
berlimpah.
Jika kau memikirkan kau akan hidup senang bersamaku dengan harta yang aku punya.
Kau mungkin salah. Kerana aku tidak punyai semua itu. Hidupku sangat sederhana dan
kadangkala aku pernah hidup susah.
Namun aku ingin kau mengerti, seandainya kau telah menjadi milikku secara ikatan
yang sah, yakinlah akan rezeki Allah.
Dengan pernikahan kita, aku yakin Allah akan melimpahkan rezeki kepada kita. Kita
mampu berusaha bersama mencari sesuap nasi untuk kehidupan kita. Dengan setiap
rezeki itu walaupun sedikit, kita sama-sama harus bersyukur sayang, kerana setidak-
tidaknya. Aku bahagia kerana kau ada bersamaku dikala susah dan senangku. Aku
yakin, bagaimana denganmu?

Bakal imamku,

Ingin aku perjelaskan bahawa aku tidaklah sebaik wanita solehah di luar sana. Ya,
aku bercita-cita ingin menjadi solehah agar aku boleh menjadi suri keluarga kita,
namun aku masih perlu banyak belajar.
Justeru itu, aku mengharapkan kau membimbingku agar aku boleh menjadi wanita
solehah, isteri solehah untukmu, anak yang solehah untuk ibu bapa kita, ibu yang
solehah untuk bakal anak-anak kita, sahabat yang solehah untuk teman-temanku, dan
hamba Allah yang solehah kepadaNya. Aku percaya kau mampu membimbingku, apakah kau
mampu ?

Bakal imamku,

Sesungguhnya aku amat rindukan mu, rindu susuk wajahmu, rindu pelukanmu, rindu
ciumanmu, rindu kasih dan sayang darimu, aku selalu merindukanmu dari kejauhan.
Namun dalam kerinduan ku ini, aku selalu berdoa agar rinduku tidak melebihi rinduku
pada yang satu, Allah azza wajalla.
Kerana aku tahu perasaan rindu, sayang dan cinta ini ada pinjaman dari Allah yang
bersifat sementara. Justeru, aku tidak mampu mencintaimu, merinduimu secara
berlebihan, melebihi cintaku padaNya dan rasulku.
Namun, aku berdoa agar kau juga mencintaiku dari kejauhan sepertimana aku
mencintaimu.

Sayang,
bingkisan ini aku tuliskan untukmu,
suatu saat nanti apabila kita sudah diijabkabulkan,
dan aku sudah mengenali kamu.
Aku akan hadiahkan warkah ini untuk kamu.

kerana, Aku mencintaimu kerana Allah.

Anda mungkin juga menyukai