Anda di halaman 1dari 5

Sekolah yang bagus adalah didorong oleh guru, pemimpin pertengahan, pengetua dan

guru besar (PGB) sekolah yang bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada


pembelajaran murid-murd. Walau bagaimanapun, cabaran daripada kemajuan global
dan teknologi abad ke-21 telah meletakkan pemimpin-pemimpin sekolah dan guru-guru
di bawah tekanan yang lebih daripada dahulu.

Bagaimana PGB boleh menjadi seorang pemimpin sekolah yang berjaya? Berikut
adalah ciri-ciri yang saya percaya perlu dibangunkan oleh PGB, supaya kepimpinan
mereka kekal relevan untuk berkembang pada abad ke-21.

Kejujuran dan integriti (Honesty and Integrity)

Sebagai pemimpin, anda perlu mengenali nilai diri anda sendiri, kenali nilai yang sedia
ada di sekolah dan nilai-nilai yang ada dalam komuniti sekolah. PGB perlu berusaha
melakukan penjajaran dan asimilasi antara nilai yang ada pada diri mereka dengan nilai
yang sedia ada di sekolah dan masyarakat. Jika di sekolah tidak mempunyai nilai yang
mantap, maka inilah masanya untuk PGB melakukan perubahan. Namun, jika sekolah
yang diterajui oleh PGB telah mempunyai nilai budaya yang tertentu, kaji nilai dan
budaya tersebut terlebih dahulu. Kenal pasti jurang yang ada dan lakukan penjajaran
nilai yang ada pada diri anda dengan nilai-nilai sekolah dan komuniti. Jadikan nilai tadi
sebagai model yang dikongsikan dengan seluruh warga sekolah dan komuniti.

Sebagai pemimpin sekolah, PGB perlu membuat komitmen peribadi untuk bersikap
jujur dengan diri sendiri dan warga sekolah pada setiap masa. PGB perlu menunjukkan
ketelusan dalam mengambil tindakan dan tidak mempunyai agenda tersendiri untuk
kepentingan diri. Setelah itu baharulah PGB mengambil inisiatif untuk memupuk
kejujuran dan integriti dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Jika PGB membuat
kesilapan, mengakuinya, mengambil tanggungjawab untuk kesilapan itu,
menyelesaikannya dan belajar daripadanya. Sentiasa menjaga perkataan dan janji-janji.

Keupayaan meyakini dan mengupayakan orang lain. (Ability to Trust and Empower)
PGB perlu mendengar suara guru-guru dan murid-murid. Ketahui bakat, minat dan
kecenderungan mereka dan seterusnya berikan pengupayan sewajarnya. Upayakan
mereka untuk bertanggungjawab bagi melaksanakan tugas-tugas atau program yang
tertentu. Pendekatan turun padang dan sentiasa berada bersama mereka untuk
memberi bimbingan adalah karakter PGB yang disegani dan dihormati oleh warga
sekolah. PGB juga perlu memastikan setiap pencapaian guru-guru dan murid sentiasa
dihargai sama ada dalam bentuk ungkapan, perbuatan mahupun tindakan.

Berkomunikasi, berkerjasama dan dan sentiasa berhubungan. (Communicative,


Collaborative and Connected)

PGB perlu berfikiran secara terbuka, cari dan berkongsi maklumat dan pengetahuan.
Usaha untuk difahami dan memahami orang lain. Berhubung dengan dunia melalui blog
dan media sosial. Berkolaboratif dengan pihak lain sama ada secara maya atau
bersemuka bagi memastikan keputusan yang terbaik dapat dibuat.

Aura positif (Positive Energy)

PGB perlu sentiasa wujud pendekatan yang positif, proaktif dan berdedikasi. Luangkan
masa untuk bercakap dengan murid, guru dan ibu bapa. Mengambil tahu
perkembangan murid, guru dan ibu bapa serta menghargai mereka dengan
mewujudkan hubungan yang tulen. Walau bagaimanapun pastikan PGB dapat
melungkan masa untuk menguruskan kesihatan diri, kesejahteraan dan tahap tenaga
seupaya sentiasa bersynergi dalam memenuhi tuntutan tugas dan peribadi.

Keyakinan (Confidence)

PGB perlu menujukkan tahap keyakinan yang tinggi dan boleh didekati. PGB kerap
boleh dilihat, dan tidak hanya terperap di dalam bilik sahaja. PGB mengambil berat dan
kerap bertanya kepada guru dan murid-murid. Hargai apa yang anda lihat dan memberi
pujian terhadap pengajaran dan pembelajaran atau amalan yang berkesan. Sebagai
seorang pemimpin, PGB akan berhadapan dengan situasi sukar. Dalam situasi ini,
tetap tenang dan yakin untuk mengekalkan semangat dan keyakinan dalam komuniti
sekolah. Pastikan tumpuan PGB sentiasa kembali ke matlamat strategik. Objektif utama
adalah untuk memastikan semua individu yang berada dalam kawalannya bergerak
maju.

Komitmen dan kesungguhan (Commitment and Persistence)

Memaparkan komitmen tulen dan dedikasi adalah penggerak kepada guru-guru dan
murid-murid. Pastikan PGB membuat pelaburan jangka pendek dan rancangan jangka
panjang berdasarkan visi strategik abad ke-21. PGB perlu seratus peratus komited
terhadap pencapaian matlamat penambahbaikan sekolah. Menyesuaikan diri apabila
berlaku situasi yang tidak diduga dan kemudian berterusan berusaha sehingga
matlamat yang disasarkan dapat dicapai. Jangan berputus asa!

Kesediaan untuk belajar, tinggalkan pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan


(Willingness to Learn, Unlearn and Relearn)

Pertumbuhan minda adalah salah satu ciri-ciri yang paling penting yang setiap PGB
harus miliki. Untuk memperkembangkan minda, PGB perlu melakukan tiga perkara iaitu
belajar (learn), Mengosongkan minda lama (Unlearn) dan mengukuhkan pembelajaran
(Relearn). PGB perlu sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran. Jangan sekali-
kali berhenti belajar! Terokai peluang dan kemungkinan-kemungkinan abad ke-21 yang
menarik dan mampu memperkasa diri, sekolah dan komuniti. PGB perlu berfikiran
terbuka dan dengan minda berkembang. Seth Godin berkata, "Jika anda tidak
melakukan perkara-perkara yang mengusarkan anda, anda tidak benar-benar belajar."

Belajar (Learn); bermaksud PGB harus mempunyai minda yang terbuka untuk
mengemas kini dan menyesuaikan diri dengan perkembangan pendidikan terkini.
Bermaksud PGB perlu mengumpul maklumat, menyesuaikan diri dengan trend
pengurusan terkini, memahmi perkembangan dan pertumbuhan murid sesuai dengan
zamannya dan memahami pemikiran generasi guru milinial yang berada di sekolah.
PGB berkolaboratif, aktif, rajin berkongsi dan bertanya dengan rakan sejawat, rakan
strategic seperti SIP+ dan juga guru-guru di sekolahnya. Semuanya dilakukan dengan
tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.
Kemudian, Unleran adalah bahagian yang paling sukar dalam pertumbuhan minda
kerana PGB perlu mengosongkan cara berfikir yang lama, pendekatan tradisional dan
perkara jumud, yang dianggap sudah ketinggalan dan tidak produktif. Sebagai contoh,
PGB perlu melihat kemenjadian murid secara holistik di mana permbelajaran
berasaskan pertumbuhan perlu diutamakan. Oleh itu amalan sebelum ini yang melihat
keberhasilan murid dari aspek GPS dan peratus lulus dalam akademik semata-mata
perlu disimpan dalam arkib pemikiran.

Seterusnya, relearn yang membawa maksud PGB perlu beranai untuk mempelajari
sesuatu yang telah dipelajari sebelum ini, tetapi mungkin masih belum lengkap atau
belum memberi impak keberhasilan. Oleh itu selepas PGB mempunyai unlearn yang
bermaksudPGB telah membuang amalan pemikiran lama , maka kini minda perlu diisi
dengan mempelajari perkara baru. Misalnya konsep Pembelajaran Abad ke-21, STEM,
pembelajaran terbeza, pembelajarna koperatif dan kolaboratif, KBAT dan
seumpamanya

Keusahawanan, kreatif dan inovatif (Entrepreneurial, Creative and Innovative)

Kebolehan untuk berfikir di luar kotak adalah sangat penting. Kreativiti dan Inovasi
adalah cara yang hebat untuk menguruskan gangguan dan kompleksiti abad ke-21.
Memperkasakan murid dan guru untuk menjadi pintar, fleksibel, kreatif, berfikir seperti
usahawan serta mengembangkan rakan kongsi global dan sumber untuk berjaya dalam
dunia yang sentiasa berubah-ubah. PGB perlu membangunkan sekolah sebagai
organisasi keusahawanan.

Naluri Intuitif/ Gerak Hati (Intuitive)

Gerak hati adalah sesuatu yang mencabar untuk dijelaskan, walaupun besar peranan
yang dimainkannya dalam kehidupan seharian kita. Steve Jobs misalnya menyatakan
bahawa gerak hati sebagai, "sesuatu yang lebih kuat daripada akal (more powerful than
intellect)." Walau bagaimanapun kita sekadar mengungkapkan dalam kata-kata. Oleh
itu PGB perlu belajar untuk meyakini naluiri intuitif. Tanpa kita sedari dalam banyak
keputusan yang kita ambil hasil dari gerak hati, iaitu taakulan bawah sedar yang
menjadi penggerak kepada kita untuk melakukan sesuatu tanpa memberitahu kita
kenapa atau bagaimana. Oleh itu PGB perlu mendengar suara hati kerana ia datang
dari kebijaksanaan dan lubuk hati yang tulus.

Kebolehan untuk memberi inspirasi (Ability to Inspire)

Jadilah sumber inspirasi! Tujukan kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa tentang
peluang pendidikan yang terbentang luas, dengan memberikan penekanan terhadap
visi dan misi sekolah. Wujudkan satu semangat dan keyakinan untuk bekerja bersama-
sama dalam mewujudkan hala tuju sekolah.

Anda mungkin juga menyukai