Anda di halaman 1dari 4

FONDAPARINUX

(i) Tujuan/ Kegunaan Ubat

 Mencegah pembekuan darah dalam saluran darah selepas pembedahan


pada paha, lutut atau perut.

 Merawat masalah pada paru-paru, kaki dan lain-lain bahagian badan yang
disebabkan oleh pembekuan darah.

(ii) Cara Penggunaan

Administrasi

 Digunakan secara suntikan di bawah kulit (SC). Lokasi suntikan haruslah


digilirkan setiap kali membuat suntikan ubat.

Jika terlupa

 Minta pendapat Pegawai Farmasi untuk tunjukajar. ( Ambil serta merta


apabila teringat tetapi sekiranya hampir dengan masa dos yang berikutnya
tunggu sehingga masa suntikan yang seterusnya.)

Penyimpanan

 Suhu bilik.

 Jarum yang telah digunakan mestilah dibuang dalam bekas yang tertutup
dan tidak ditembusi jarum.

Peringatan

 Kemungkinan berlakunya pendarahan. Dinasihatkan supaya pesakit


mengelakkan aktiviti lasak yang memungkinkan kecederaan.

 Berus gigi atau flos dengan berhati-hati bagi mengelakkan pendarahan.


(iii) Interaksi

Drug – Drug
 Aspirin, asid salisilik
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Mengurangkan fungsi platelet dan koagulasi.
o Hentikan penggunaan sebelum administrasi fondaparinux. Jika
tidak, pastikan risiko pendarahan di monitor secara teliti.

 Clopidogrel, heparin, warfarin


o Tingkatkan risiko pendarahan
o Kesan aditif antikoagulan.
o Penggunaan antikoagulan perlu dihentikan sebelum administrasi
LMWH. Jika tidak boleh, monitor secara teliti kerana risiko
pendarahan yang berlaku mungkin serius.

 NSAID seperti diclofenac, mefenamic acid, meloxicam, naproxen,


piroxicam, ibuprofen, indomethacin
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Mengurangkan fungsi platelet dan koagulasi
o Penggunaan NSAID perlu dihentikan sebelum administrasi LMWH.
Jika tidak boleh, monitor secara teliti kerana risiko pendarahan yang
berlaku mungkin serius.

 SSRI seperti duloxetine, escitalopram, fluoxetine, fluvoxamine


o Tingkatkan risiko pendarahan
o Monitor simptom dan tanda pendarahan.

Drug- Herba

 Capsaicin
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Merencat agregasi platelet dan meningkatkan aktiviti fibrinolitik.
o Guna secara berhati dan perhatikan simptom-simptom pendarahan
 Curcumin
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Merencat agregasi platelet
o Guna secara berhati dan perhatikan simptom-simptom pendarahan

 Bawang putih
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Kesan aditif antiplatelet dan juga merencat agregasi platelet.
o Penggunaan secara berterusan bawang puteh dan LMWH amat
tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, makanan yang
mengandungi kuantiti kecil bawang putih tidak mendatangkan
masalah. Apabila diambil secara secara berlebihan, perhatikan
pada simptom pendarahan yang mungkin berlaku

 Halia
o Tingkatkan risiko pendarahan
o Kesan additif platelet
o Gunakan secara berhati-hati terutama apabila mengambil 4-15
gram.

(iv) Kesan Ubat

Kesan Terapeutik

 Pencegahan dan rawatan deep-vein thrombosis.

 Ia merupakan agen anti trombotik yang bertindak pada antithrombin


111(AT111) yang secara tidak langsung akan menghalang penghasilan
trombin seterusnya mencegah pembentukan thrombus (darah beku).
Kesan Sampingan

 Biasa

o Kekeliruan.

o Pendarahan sedikit, ruam dan gatal.

o Sembelit, cirit birit, atau gangguan perut yang tidak teruk.

o Sakit kepala yang biasa.

o Gangguan tidur.

o Kulit menjadi pucat.

 Jarang berlaku

o Reaksi alahan.

o Pendarahan

o Sakit dada.

o Kering mulut, dahaga, kejang otot, loya dan muntah.

o Demam, batuk, sakit tekak, sakit badan.

o Kebas atau lemah pada lengan atau kaki, atau sebelah badan.

o Kesakitan pada kaki bahagian bawah(betis)

o Peningkatan berat badan.

o Sakit kepala, masalah penglihatan, pertuturan dan berjalan.

o Bengkak tangan, buku lali atau kaki.

o Pendarahan hidung.

o Muntah yang mengandungi darah

Anda mungkin juga menyukai